Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kenapa mesti dia??!!!
Kenapa mesti dia??!!!
Diyana Ramlan
19/1/2015 14:48:36
160,681
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 51 [Kisah Luqman]

“Abang Luqman janji tak akan lupakan Sha?”

Luqman tersenyum bahagia menatap gambar lama yang dikoyak separuh itu. Natasha. Nama itu sentiasa terpahat di dalam hatinya sejak kecil lagi. Dia akui, dia sangat mencintai gadis bekerjaya itu. Gadis yang dahulu sangat manja dengan dirinya, kini sudah menjadi seorang wanita yang sangat disegani ramai dek kerana pekerjaannya sekarang.

“Luqman?” tegur mamanya dari belakang. Luqman berpaling melihat wajah mama yang dikasihi.

“Ya ma?”

Datin wati mengambil tempat di sebelah anak tunggal kesayangannya. Wajah bahagia itu ditenung penuh kasih. “Ada benda lucu ke? Asyik tersenyum je tengok gambar lama tu?”

Luqman ketawa kecil. Sah! Dia diintai mamanya sejak tadi. “Tak ada apa-apa mama. Ni, tengok gambar Sha masa kecil-kecil” kata Luqman lalu menghulurkan gambar tersebut kepada mamanya.

Datin Wati mengambil huluran itu. “Kenapa sekerat je ni?”

“sekerat lagi dekat Sha, mama” ucap Luqman menunduk malu.

Datin Wati tersenyum. “Ha! Jangan nak anggau sangat ya. Esok kamu kena ada di butik Aunty Fazian. Jangan lambat pula”

“Baik Madam!” kata Luqman lalu dipeluk mesra wanita itu. Datin wati hanya tersenyum. Manja benar anaknya ini. Agaknya lepas nikah nanti, makin menjadi-jadi perangai manjanya.

__

Matanya terpegun melihat keayuan Natasha mengenakan set pernikahan mereka. Hatinya tidak berhenti berdegub laju. Cantik. Gadis itu sangat cantik pada pandangannya. Dia berasa begitu bertuah kerana bakal memperisterikan seorang wanita yang sangat dicintainya.

“Luqman, Kamu pergi panggil Natasha. Kami nak bincang tentang set pakaian resepsi pula.” Arah Datin Seri Paduka Fazian. Luqman hanya mengangguk.

Mata Luqman melilau mencari kelibat bakal isterinya. Rasanya tadi, gadis itu di lihat disekitar ruangan set pernikahan wanita ini. Tetapi bagaimana pula boleh hilang?

Lama dia meninjau-ninjau disetiap ruangan bangunan butik perkahwinan tiga tingkat itu, akhirnya, matanya tertancap pada satu susuk tubuh yang sangat dikenalinya daripada belakang. Luqman tersenyum. Disitu rupanya gadis itu menyorok. Langkah laju diatur kearah tempat ‘menyorok’ Natasha.

“Are you crazy? No I’m not! Gila ke? Aku kan nak kahwin dengan Abang Luqman?” ucap Natasha menepis andaian yang dikatakan oleh Shakirah. Langkah yang diatur Luqman diperlahankan. Dia terdengar Natasha berkata sesuatu tentang dirinya.

“Ye kau nak kahwin dengan Luqman. But! Hati dan jiwa kau.. ada pada Faiz! I can see that now!” kata Shakirah lagi. Langkah Luqman yang tinggal beberapa meter daripada Natasha terhenti. Kakinya menjadi kaku. Lidahnya menjadi kelu. Terkejut. Ya. Dia terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh sahabat gadis yang dicintainya itu.

“OK. What makes you say that?” tanya Natasha sambil bercekak pinggang memandang Shakirah.

“Kau jadi tak keruan bila bersama dia?” tanya Shakirah inginkan kepastian daripada Natasha.

“Ya. Sebab dia selalu cari fasal dengan aku.” Kata Natasha memeluk tubuh.

“Kau rasa tak keruan tapi dalam masa sama kau rasa tenang?” tanya Shakirah lagi.

“Well… sometimes… tapi sebab dia ada waktu aku perlukan someone. Macam waktu Dahlia kata dia makwe Abang Luqman.. and so on..” jelas Natasha. Masih lagi menidakkan.

“Hati kau.. jantung kau.. apa yang kau rasa bila pandang dia?” tanya sahabatnya itu lagi.

“aku.. aku..” merah muka Natasha apabila ingin mengemukakan jawapan bagi soalan yang baru ditanya itu. Shakirah tersenyum nakal.

“Jantung kau berdegub kencang. Hati kau menjadi tidak tentu arah tapi dalam masa sama kau suka keadaan itu.” Jawab Shakirah menjawab soalan yang ditanyanya tadi.

Buntang mata Natasha memandang wajah sahabatnya. “macam mana kau..??”

“That’s because you are in love with him.. with Faiz not with Luqman. Ya mungkin kau sayangkan Luqman.. tapi kau tak cintakan dia. you did not see that sparks when you are around Luqman. Kan?” kata Shakirah sambil menggenggam tangan Natasha.

Belum sempat Natasha membalas apa yang dikatakan Shakirah, nama shakirah dipanggil oleh Datin Wati. Shakirah berlari-lari anak melintasi tempat Luqman berdiri namun gadis itu langsung tidak perasan kehadiran jejaka yang sudah mendengar semua yang dikatanya kepada Natasha.

‘Apa? Natasha… cintakan lelaki lain? Dan lelaki itu ialah… Faiz…’ Mata Luqman hampir berair setelah mendengar apa yang tidak patut didengarinya. Hatinya sedikit terusik. Benarkah gadis yang dicintainya mencintai jejaka lain? Jejaka yang merupakan sahabatnya sendiri.

Luqman mengintai sedikit melihat Natasha. Sekali lagi hatinya ibarat ditusuk dengan sebilah pisau terus kehatinya. Wajah Natasha yang merona merah cukup jelas mengiyakan apa yang diandaikan oleh sahabatnya tadi. Hatinya kini berkecai. Kini dia sedar yang dirinya bukan lagi jejaka yang dicintai oleh gadis itu. Tetapi, ada jejaka lain yang bertamu dihatinya. Dan jejaka itu merupakan sahabatnya sendiri. Ammar Faiz.

__

Lebih seminggu Luqman menyibukkan dirinya dengan kerja-kerja dihospital. Dia mahu melupakan sebentar kesakitan yang ada di dalam hatinya. Dia tidak mahu memarahi apatah lagi membenci Natasha. Kesakitan yang ada di dalam hatinya biarlah dia sahaja yang tahu. Dia tidak mahu membabitkan sesiapa di dalam hal peribadinya. Mana tidaknya, kurang sebulan sahaja lagi majlis bahagia mereka bakal menjelang tiba. Dia mahu menyelesaikan kekusutan ini secara matang.

Bunyi pada telefon bimbit di kocek menyedarkan dirinya yang sedang sibuk menyiapkan kerja-kerja laporan kesihatan yang ada di atas mejanya. Punat hijau ditekan laju pada skrin untuk menjawab panggilan itu tanpa dia melihat siapa yang memanggil.

“Assalamualaikum, Luqman? Ni Aunty Fazian”

“Waalaikumusalam. Ya Aunty?”

“Kamu tahu bukan hari ini kamu ada temu janji dengan Aunty fasal design perkahwinan kamu?” Ujar Datin Seri Paduka Fazian dihujung talian.

Luqman menepuk dahinya. Sungguh dia lupa akan hal itu. Walhal mama dan papanya berkali-kali menginggatkannya dirumah.

“Ya Allah. Saya lupa Aunty. Tak apa, sekarang juga saya kesana.” Jawab Luqman lalu mematikan talian. Langkah laju diatur keluar dari bilik kecil itu.

__

Luqman tiba di firma milik Datin Seri Paduka Fazian lebih kurang lima belas minit kemudian. Dia tergesa-gesa menekan punat lif untuk ke aras di mana letaknya bilik wanita itu. Namun lif yang ditunggu-tunggu langsung tidak berjalan dari nombor yang tertera pada skrin atas pintu lif tersebut.

“Maaf Encik. Lif ni rosak. Sekarang ni pun kami sedang baiki lif ini.” Tegur seorang lelaki berusia memakai lengkap pakaian putih pengawal keselamatan.

“Oh. Bila rosaknya pakcik? Tadi saya lihat lima lif ni elok sahaja?” Tanya Luqman. Dia hairan kenapa lif yang dihadapannya ini tidak berfungsi sedangkan lima lif lain yang ada di situ berfungsi sahaja.

“Entah la nak. Kami pun pelik juga.” Jawab Pakcik tersebut. Belum sempat Luqman membalas, rakan sekerja pakcik tersebut menyapa.

“Pak Tam. Kita kena baiki cepat lif ni. Ada laporan mengatakan dua orang staff sini terperangkap. Siapa nama dia ya? Encik Ammar Faiz dan… Liya... Liya…”Belum sempat rakan pakcik itu menghabiskan kata-katanya, Luqman terlebih dahulu memotong.

“Liyana Natasha?”

“Ha! Betul tu! Liyana Natasha! Tapi, bagaimana Encik boleh tahu nama staff tu?” Tanya rakan pakcik tersebut.

“Macam mana mereka boleh terperangkap?” Tanya Luqman tanpa menjawab pertanyaan tersebut.

“Mereka membuat laporan tadi dari dalam lif. CCTV dan rakaman audio dari dalam lif masih berfungsi, cuma lif tersebut sahaja tidak bergerak. Kami pun tidak tahu apa masalahnya.”

“Boleh saya lihat CCTV tersebut?” Tanya Luqman.

“Maaf ya nak, kamu ni siapa?” Tanya Pak Tam iaitu pakcik yang berbual dengannya tadi.

“Gadis itu tunang saya dan lelaki bernama Ammar Faiz itu sahabat saya.” Jawab Luqman.

“Ha… Kamu Saleh, cepat bawa Encik ini ke bilik sekuriti. Mungkin dia risau keadaan tunang dan sahabatnya.” Arah Pak Tam kepada rakan sekerjanya itu. Saleh yang mendengar arahan daripada Pak Tam segera membawa Luqman ke bilik Sekuriti.

“Maaf Encik, saya perlu ke tandas sebentar. Encik boleh lihat di Skrin Sembilan itu. Ini pula rakaman audio tersebut.” Ujar Saleh lalu keluar dari bilik sekuriti itu.

Luqman melabuhkan duduknya pada kerusi yang ada di hadapan skrin. Skrin nombor Sembilan ditatap. Alat mendengar suara atau headphone dipakai bagi mendengar perbualan mereka yang kurang jelas jika dibuka kepada speaker itu.

“Kau ok?” tanya Faiz tidak memandang Natasha. Dia masih menatap pada skrin telefonnya.

“Alhamdulillah ok. Kau?” tanya Natasha sekadar berbasa-basi sahaja dengan Faiz.

“Ok juga.” Ucap Faiz. Natasha mengangguk faham lalu melukis lagi beberapa lukisan ke dalam buku catatannya.

“Tahniah.”

“Untuk apa?” tanya Natasha. Mata gadis itu kini sudah merenung ke wajah Faiz yang putih bersih itu.

“Your wedding”

Natasha mengangguk lagi. lalu kembali melakar.

“And.. you look beautiful in that baju nikah.” Segala perbuatan Natasha terhenti.

“Erm… Terima kasih. Kau pun..” ucap Natasha masih menundukkan wajah.

“Aku apa?” tanya Faiz yang sudah memandang wajah putih kemerah-merahan milik Natasha.

“Kau nampak handsome dalam tuksedo putih tu.” ucap Natasha ikhlas sambil memberanikan diri membalas renungan Faiz. Luqman dapat melihat Natasha mata tidak dapat beralih dari menatap wajah lelaki itu.

“Jadi, kau admit la aku ni handsome?” sengih Faiz membuatkan Natasha mencebik.

“Perasan!” ucap Natasha membuatkan Faiz ketawa kecil. Jelas kelihatan lesung pipit yang ada di wajah lelaki tersebut.

“Apa? Betul kan?” usik Faiz lagi membuatkan Natasha menjeling menyampah.

“Perasan! Ingat aku suka la kau handsome? Heee.. nasib baik la bukan…”

“Aku suka kau” kata-kata Natasha dipotong Faiz membuatkan Natasha sedikit terkejut dengan luahan yang diucap Faiz.

Luqman mencabut headphone tersebut dari melekap pada telinganya. Hatinya dipagut rasa cemburu. Ya! Dia cemburu melihat dan mendengar semuanya!

__

Pintu diketuk perlahan. Arahan masuk daripada dalam membuatkan Luqman memulas tombol pintu itu. Wajahnya terpaksa dimaniskan. Dia tidak mahu sesiapa pun tahu apa yang bermain di hati dan di fikirannya.

Pintu dikuak, dia melihat gadis dan sahabatnya ada di situ. Dia harus tenang. Dia tidak mahu sebarang masalah timbul sekarang.

“Come, let us all sit there.” Ajak Datin Seri Paduka Fazian.

Setelah semua yang ada duduk di sofa di dalam bilik pejabat itu, Datin Seri Paduka membuka sebuah sampul surat dihadapannya, mempamerkan beberapa keping gambar di hadapan Natasha dan Luqman. Faiz yang duduk bersandar di kerusi bersebelahan Luqman hanya menjeling pada foto tersebut.

“Kau cintakan Luqman?” Tanya Faiz lagi. Pertanyaan itu menghentikan segala perbuatan Luqman.

“Faiz! Apa tanya mereka macam itu?” marah Datin Seri Paduka Fazian kepada anaknya kerana membuatkan Natasha berasa tidak selesa dengan soalan itu. Natasha mengenggam jarinya mencari kekuatan, merenung wajah Luqman yang tidak lepas memandang Natasha.

“Kenapa Abang Luqman pandang Sha macam itu?” tanya Natasha sedikit tidak selesa.

“Sha cintakan Abang?” tanya Luqman mengulangi soalan Faiz itu tadi. Keadaan di dalam bilik menjadi sunyi, menanti jawapan dari Natasha. Hatinya dilanda rasa resah. Jantungnya berdegub laju.

Lama Natasha berjeda. “Sha?” panggil Luqman menyedarkan Natasha dari mengelamun memikirkan sesuatu.

Natasha mengukirkan sebuah senyuman yang paling manis sekali buat Luqman. “Sha cintakan Abang Luqman. Dan hanya Abang Luqman sahaja yang ada di hati Sha.” Luah Natasha.

Faiz mengangguk. Lalu bangkit meninggalkan bilik pejabat itu. Amarah daripada Datin Seri Paduka Fazian tidak dihiraukannya. Luqman merenung Faiz dari belakang susuk tubuh sahabatnya itu. Cemburukah jejaka itu? Pandangannya beralih pula ke wajah buah hatinya, Jantungnya ibarat di sentak sesuatu. Lain! Ya! Pandangan itu lain sekali!

Hatinya sekali lagi terusik. Nampaknya, benarlah kedua-dua mereka mencintai satu sama lain.

__

Seminggu berlalu. Luqman masih lagi menyibukkan dirinya dengan kerja-kerja di hospital. Ada juga beberapa kali Natasha mengajak berjumpa. Mungkin ingin meluangkan masa berdua. Bak kata orang sekarang “Dating”. Dia bukan tidak mahu, dia sangat rindukan gadis itu. Dia tahu gadis itu tidak curang kepada dirinya. Dia sangat mengenali gadis itu. Gadis yang sangat tulus dalam menyatakan hasrat hatinya. Jika mereka curang, sudah pasti wajah ayu itu tidak terpamer rasa sedih. Ya. Dia dapat melihat dengan jelas kesedihan yang ada di wajah itu, walaupun gadis itu bersungguh-sungguh menyembunyikannya.

Luqman menghentikan kerjanya sebentar. Dia memikirkan Natasha. Gadis itu begitu menyayangi hubungan mereka.kerana itu walaupun hatinya sudah mula mencintai Faiz, dia seboleh mampu mengelak agar hubungannya dengan gadis itu berantakan.

Kedua-dua tangan diraupkan kemuka. Ya Allah. Apa yang perlu aku lalukan? Aku sangat menyintai dia Ya Allah. Tetapi, aku juga tidak sanggup melihat gadis itu menyembunyikan lagi kesedihan hanya kerana ingin membahagiakan aku.

Bunyi ketukan pintu menyedarkan Luqman.

“Assalamualaikum Doktor. Maaf mengganggu” ucap seorang jururawat bernama Ayu.

“Waalaikumusalam. Ya Ayu?”

“Doktor Luqman, Doktor tak nak melawat rakan doktor ke?” Tanya Ayu lagi.

“Siapa?” Tanya Luqman kehairanan. Siapa pula yang sakit?

“Oh. Doktor Luqman tak tahu lagi ya? Doktor Faiz ditahan wad pagi tadi. Accident” Ucap Ayu. Menjelaskan tujuannya itu kedalam bilik Luqman.

Luqman mengangguk. Faiz Accident? “Baik. Terima kasih Ayu. Saya pergi sekarang” ucap Luqman lalu mengatur langkah ke wad yang dikatakan jururawat bernama Ayu.

Langkah Luqman terhenti beberapa meter daripada bilik wad Faiz. Natasha. Gadis itu kelihatan seperti kaku berdiri di hadapan bilik itu. Luqman hanya memerhati daripada jauh. Wajah itu dilihat penuh dengan kekusutan dan kesedihan.

Setelah lama gadis itu berdiri diluar, akhirnya gadis itu melangkah masuk ke dalam wad tersebut. Luqman turut sama melangkah, akan tetapi, langkahnya hanya terhenti di hadapan pintu bilik sahaja. Wajah Natasha yang sedang menitiskan air mata di lihat dari cermin kecil pintu tersebut. Pintu dikuak sedikit.

“Maafkan aku.” Sayu sahaja suara gadis itu memohon maaf pada jejaka yang sedang terlantar di atas katil pesakit itu. Tanggisan Natasha jelas kedengaran pada pendengarannya. Hatinya juga dilanda sayu. Dia akui, dia tidak sanggup melihat gadis itu menanggis seperti itu. Kali terakhir dia melihat gadis itu menanggis sebegitu sewaktu gadis itu kehilanggan kedua-dua ibu bapanya. Dan sekarang, dia harus menyaksikan sekali lagi.

“Maafkan aku. Aku sayangkan kau.” Ucap Natasha lagi. Menangis di sebelah katil milik jejaka itu. Serta merta hatinya menjadi semakin sayu!

Luqman meninggalkan bilik sahabatnya. Langkah di atur kembali ke dalam bilik kecil yang dikhaskan kepadanya oleh pihak hospital. Hatinya menjadi sayu. Dia sayangkan gadis itu. Tetapi, dia tidak mahu menjadi penyebab gadis itu bersedih. Ya! Aku harus melakukan sesuatu! Aku harus!

__

“Ammar Faiz bin Datuk Seri Paduka Ibrahim, aku nikahkan dikau dengan Liyana Natasha binti Daud dengan mas kahwinnya RM4000 tunai.”

Dengan sekali lafaz, Ammar Faiz sudah sah bergelar suami yang sah kepada gadis yang berada tidak jauh dari sahabatnya itu. Gadis itu kelihatan masih terkejut dengan apa yang berlaku. Luqman tersenyum bahagia apabila akhirnya dia melihat senyuman terpamer pada wajah gadis itu. Walaupun gadis itu tidak menjadi suri di dalam hidupnya. Dia bahagia melihat gadis itu bersama dengan orang yang sangat menyayangi dan sangat setia seperti Faiz.

“Kau gila Bro!” tempelek Faiz. Dia teringat kata-kata Faiz malam semalam. Dia sendiri menelefon Faiz kononnya ingin berjumpa atas urusan pakaian pengapit yang bakal dipakai Faiz bermasalah. Tujuan sebenar dia ialah…

“Tak… aku nak kau ganti tempat aku… aku nak kau yang menjadi suami Natasha” Jelas Luqman.

Faiz menggelengkan kepalanya. “Kau gila! Apa kata semua orang nanti? Jangan ambil mudah. Ini perkara gila kau tahu!”

Luqman tersenyum. “But you love her don’t you?” Kata-kata luqman membuatkan Faiz kaku. Lidahnya tidak dapat berkata-kata.

“Aku dah tahu semuanya Faiz. Tak perlu sembunyikan apa-apa.” Ucap Luqman lalu melabuhkan duduknya pada bangku yang ada pad ataman tasik titiwangsa itu.

“Aku minta maaf bro.. aku tak bermaksud semua ni.. aku sendiri tak sangka aku akan.. sayangkan dia lebih dari seorang kawan” jelas Faiz. Juga melabuhkan duduknya di sebelah Luqman.

Luqman tersenyum. “Tak perlu… Aku yang perlu minta maaf sebenarnya. Kau dah berkorban banyak untuk aku. Ingat tak masa aku tak ada duit di London dulu? Ditipu hidup-hidup?”

“Aku tak minta balasan atas apa yang aku dah korbankan untuk kau. Aku ikhlas. Lagi-lagi kau nak aku jadi suami Natasha kerana nak berterima kasih dekat aku? No Luqman. aku tak setuju!” jawab Faiz. Tegas.

Luqman menggelengkan kepalanya. “Bukan atas sebab itu.”

“Then?” Tanya Faiz. Tidak mengerti apa yang ingin disampaikan oleh Luqman.

“Kau mencintai dia. Begitu juga dia. Aku tak sanggup nak lihat dia terseksa lagi. Dia bahagia apabila bersama dengan kau. Dan aku dapat lihat itu. Biar pun dia tidak lagi mencintai aku. Tetapi, jauh dari sudut hati aku, aku sangat menyayangi dia. Biarlah aku mencintai dia dari jauh.”

Luqman tersedar dari lamunan apabila melihat Natasha yang sedang menyalami tangan mamanya. Ya. Dia tidak sanggup melihat adengan ini. Adalah lebih baik aku beredar dari sini. Tugasku sudah selesai. Langkah diatur perlahan keluar dari dewan yang sepatutnya menjadi hari bahagianya. Walaupun sepatutnya dia yang menyalami tangan tok kadi tadi, dia bahagia. Bahagia melihat gadis itu tersenyum bahagia semula.

“Abang Luqman!” panggil Natasha apabila mereka sudah berada di tepi kolam yang sedikit tersorok itu menuju ke ruangan lobi dewan tersebut. Langkah Luqman terhenti, dia kemudian berpaling memandang wajah insan yang disayanginya itu sambil tersenyum.

Natasha melangkah menghampiri Luqman. “Kenapa abang Luqman rancangkan semua ini? Bukankah abang Luqman sayangkan sha?”

Diamati wajah ayu gadis dihadapannya. “Sebab abang tahu. Cinta Sha bukan milik abang. Tapi, milik dia…” ucap Luqman sambil menunjuk Faiz yang kian menghampiri.

“Tapi macam mana…”

“I know it all from the very beginning Sha… tapi abang redha, abang berusaha juga untuk merealisasikan impian mama dan papa. Tapi makin abang usaha, makin abang sedar ramai orang yang tersakiti. Abang sayangkan Sha, abang cintakan sha… tapi cinta sha bukan milik abang... Abang redha.” Ucap Luqman sambil tersenyum lalu beredar meninggalkan Natasha.

Maafkan abang. Abang buat ini semua demi Sha… mungkin Sha bukan jodoh abang. Abang doakan Sha bahagia bersama Faiz…

Selamat Tinggal Liyana Natasha…

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Diyana Ramlan