Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kenapa mesti dia??!!!
Kenapa mesti dia??!!!
Diyana Ramlan
19/1/2015 14:48:36
160,586
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 29

Suasana di dalam perkarangan rumah banglo mewah milik Datin Wati dan Datuk Imran begitu meriah sekali dengan kehadiran para jemputan untuk meraikan majlis sambutan hari jadi anak terunanya. Pelbagai jenis juadah di sediakan. Dan berbelas khemah kanopi ditempah khas pada malam itu. Semuanya buat meraikan parti tersebut. Natasha yang cantik mengenakan jubah biru laut bermanik halus ditepi berselendang hitam kebiruan kelihatan ayu berdampingan bersama Luqman yang segak memakai sut putih itu. Kelihatan pasangan itu secocok sekali.

“Selamat datang.” Ucap Natasha yang turut sama meneman Luqman menyalami tetamu yang baru sahaja menghadiri majlis tersebut.

Luqman mendekatkan kepalanya ke telinga Natasha yang berbungkus Selendang itu. “Cantik Sha malam ni. You look gorgeous sayang.” Bisiknya.

Merah muka Natasha menahan malu lalu sebuah cubitan dihadiahkan kepada pinggang Luqman. “Aduh! Sakitlah sayang!” Luqman pura-pura mengaduh sakit. Walhal hatinya cukup bahagia sekali.

“Padan muka!”

“Ehem!” suara deheman menganggu kemesraan yang baru sahaja ingin terbit di antara Luqman dan Natasha. Faiz! Lelaki itu memakai kemeja biru bervestkan hitam dan dipadankan dengan tali leher senada dengan warna baju kemejanya. Cukup menyerlahkan ketampanan yang ada pada Faiz yang tidak kurang juga kacak dengan wajahnya berkacukan itu.

“Yo Faiz! Kenapa kau lambat?” tegur Luqman lalu bersalaman dengan sahabat sepejabatnya itu. Oh! Abang Luqman berkawan baik dengan dia. Aku ingatkan dia ni jenis yang tak ada kawan. Natasha hanya mengukirkan senyuman buat Faiz namun tidak diendahkan oleh Faiz. Dia malah membalas senyuman itu dengan jelingan yang tajam. Dah kau! Takkan nak gaduh dengan aku lagi kut?

“Sorry. Aku baru habis duty tadi. Oh yea, by the way, doktor Salim kirim salam. Dia on duty hari ini. Dia minta maaf sangat dekat kau.” Kata Faiz menyampaikan amanah yang dikirim daripada sahabat sekerja mereka. Natasha hanya menjadi pendengar setia di samping Luqman.

“Hahaha.. it’s okay. Eh! Jemput lah! Makan kenyang-kenyang! Jangan asyik nak jaga badan sangat! Kau dah cukup sado dah tu.” Ucap Luqman lalu mempersilakan sahabatnya itu masuk untuk menjamu selera. Natasha ketawa halus. Oh! Jaga badan rupanya. Mesti cerewet dia ni!

“Luqman! Sha! Jom! Event nak start dah ni!” panggil Mama Wati lalu menarik pasangan sejoli itu ke atas pentas.

Makaih! Asal aku pun kena naik atas pentas ni?!

“Hadirin yang dihormati sekalian. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kalian yang sudi hadir ke majlis hari jadi anak saya pada malam ini. Walaupun busy, kalian tetap sanggup datang ke majlis kami.”

“Mesti!” jawab salah seorang tetamu di dalam kelompok itu. Disambut dengan gelak ketawa daripada tetamu yang lain. Bilangan yang hadir cukup ramai sehingga sesak juga dilihat. Sudah dilihat seperti mereka berada di dalam satu carnival pula. Alah! Apadahal! Rumah Mama Wati kan besar? Huhuhu..

“So, ini dia! Birthday boy!” bunyi tepukan gemuruh diberikan kepada Luqman. Ada juga yang bersiul nakal. Bukan kepada Luqman, tetapi kepada Natasha yang berada di sisi Luqman.

“Terima kasih kepada Tan Sri, Puan Sri, Datuk Datin, dan sahabat handai.”

Luqman ketawa halus sebelum menyambung bicaranya. Natasha pula hanya menundukkan pandangannya ke lantai. Malu kerana dia juga menjadi bahan tontonan tetamu yang hadir. “Dah macam buat ucapan rasmi pula.” Disambut dengan gelak ketawa tetamu yang hadir.

“I don’t know what to say. But, mama, papa, I love you both so much! Terima kasih kerana beri kasih sayang dan mendidik Luqman menjadi apa yang Papa Mama lihat sekarang. Tanpa Papa dan Mama, Luqman mungkin bukan menjadi anak yang mama dan papa inginkan. To all guest, terima kasih kerana sudi hadir ke majlis yang tidak seberapa ini.”

Tak seberapa?! Majlis besar gedabak ni dikata tidak seberapa?

“Untuk sahabat seperjuangan saya di hospital, haha.. thanks for coming! I really appreciate it. Walaupun busy, kalian still manage to come.” Luqman berjeda sebentar. Dia kemudian menggengam tangan Natasha membuatkan kepala Natasha yang sejak tadi tunduk, segera mendongak memandang sepasang anak mata milik Luqman.

“And for you my dear, terima kasih kerana sudi terima diri ini yang tidak seberapa. Yang penuh dengan kekurangan. Yang penuh dengan keburukan.” Ucapan terakhir daripada Luqman mendapat tepukan yang sangat gemuruh daripada para tetamu. Tidak kurang juga siulan yang nakal diberikan kepada mereka. Tiba-tiba sahaja lampu terpadam. Semua menjadi kaget sebentar. La! Asal tak de lampu ni? Baru nak feeling ni!

Lampu spotlight menerangi sebuah meja yang berada tidak jauh daripada pentas menjadi tumpuan ramai. Sebuah kek yang sederhana tinggi berada di tengah-tengah meja bulat tersebut. Laungan lagu happy birthday dinyanyikan oleh Datin Wati dan Papa Im yang muncul disebalik kegelapan itu disertai nyanyian tersebut oleh tetamu yang hadir. Natasha menolak bahu Luqman.

“Abang Luqman pergi la. Pergi potong kek!” bisik Natasha lalu menolak lembut bahu Luqman. Luqman hanya menuruti lalu menghampiri meja kek dan juga Papa dan mamanya. Sebaik sahaja nyanyian lagu habis dinyanyikan, Luqman mencium kedua-dua pipi Datin Wati dan memeluk tubuh Datuk Imran. Dia kemudian meniup lilin yang ada. Sekali lagi tepukan gemuruh diberikan.

Natasha turun daripada pentas dan ingin berdiri di samping Luqman. Tetapi langkahnya terhenti apabila orang ramai juga turut mengorak langkah menghampiri Luqman. Tidak kurang juga anak-anak gadis daripada kenalan Mama Wati dan Papa Im yang seksi habis! Akhirnya Natasha terpaksa mengundurkan dirinya. Nak dibandingkan dirinya itu dengan anak gadis kenalan teman Mama Watinya, dirasakan jauh panggang dari api.

Natasha mendekati meja yang kosong yang jauh dari orang ramai. Terasa lemas pula apabila berada terlalu lama di dalam orang ramai. Dia melepaskan keluhan. Di sebalik keluhan, dia teringat akan apa yang terjadi sebentar tadi. Bagaimana Luqman dengan beraninya meluahkan isi hatinya di khalayak ramai, bagaimana sambutan dan siulan orang ramai terhadap luahan tersebut. Sebuah senyuman terukir dibibir. Ah! Malu!

Dia kemudian teringat pula bagaimana popularnya Luqman di kalangan gadis-gadis daripada anak teman Mama Wati dan Papa Im. Sakit hati? Ya! Cemburu? Ya! Masakan tidak pula? Keluhan panjang keluar lagi dari mulutnya.

“Panjang kau mengeluh” Tegur seseorang yang membuatkan Natasha tersentak. Segera dia mendongakkan kepalanya. Ler. Si kerek ni! Haih!

“Sibuklah!” balas Natasha. Malas hendak bertegang urat dengan Faiz.

Dengan rasa tidak malunya, faiz menarik kerusi di hadapan Natasha lalu tanpa segan silu dia duduk. “Kau dah makan ke?” Tanya Faiz setelah lama mendiamkan diri.

“Dah!” tipu Natasha. Mana sempat dia ingin mengisi perutnya, jika dia ingin ke meja yang menyediakan makanan sahaja, dia sudah ditegur untuk berborak dengan tetamu yang hadir. Hairan. Dia tidak mengenali pun mereka. Tetapi mereka seperti sudah lama mengenali dia. Mungkin juga kerana pekerjaan yang dilakukan olehnya.

“Betul kau dah makan?” Tanya Faiz lagi sambil tersenyum sinis. Eh! Aku tumbuk kang!

“Ye! Dah makan lah! Kenyang giler ni!” baru sahaja dia menghabiskan kata-katanya, perutnya berbunyi kuat menandakan dia lapar. Faiz ketawa halus. Tiba-tiba seorang lelaki berkaca mata bersut hitam datang menghampiri mereka. Dah kenapa pakai cermin mata hitam tengah malam ni?

“Sir, here’s your food.” Kata lelaki tersebut lalu meletakkan kesemua hidangan yang ada di sediakan di pinggan di hadapan mereka. Faiz hanya mengangguk serius. Setelah meletakkan pinggan-pinggan yang berisi makanan itu di hadapan mereka, lelaki bersut itu meminta diri lalu hilang dari pandangan. Natasha melihat makanan yang terhidang dihadapannya. Kalau sahaja Faiz tak ada di hadapannya, mahu sahaja dia makan sampai licin makanan ini semua. Nampak sahaja dia kurus seperti tidak cukup makan, namun, dia mempunyai selera yang kalah seorang ahli sumo berbadan gempal.

“Makanlah. Aku tahu kau lapar.” Ucap Faiz membuatkan tanda Tanya dalam diri Natasha. Ni apa kes baik dengan aku?

“Tak nak!” kerana ego dia menolak. Faiz hanya mengukirkan senyuman nipis.

“Orang yang ego selalu rugi tau! Makan jela! Aku bukannya letak apa-apa pun dalam makanan tu. Aku tahu kau tak makan lagi”

“Tak nak!” Natasha masih lagi menolak. Tak nak la makan dengan mamat ni!

“just eat ok. Aku tahu kau lapar.” Faiz cuba memujuk. Degil jugak minah ni! Getus hatinya.

“Mana kau tahu?” Tanya Natasha tidak puas hati.

“Aku perhatikan kau” tanpa disedari, ayat itu terpacul keluar dari mulutnya. Demi menutup malunya, dia meminta diri lalu beredar dari meja tersebut. Panggilan daripada Natasha tidak dihiraukannya.

“Ish mamat ni! Agak la nak aku habiskan dua puluh pinggan hidangan ni seorang diri. At least share la dengan aku! Dasar kerek loh!” Natasha mencebik geram. Dalam geram, dia berterima kasih kepada Faiz kerana sudi mengambil makanan untuknya. Walaupun bilangan hidangan yang diambil oleh orang suruhannya berjumlah dua puluh pinggan. Penuh satu meja!

Ghasak la aku nak menghabiskan semua ni!
Previous: Bab 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Diyana Ramlan