“Cik Natasha” panggil
Mila berkali-kali. Natasha tersentak. Terasa mahu menangis sahaja dia ketika
ini. Tetpi ditahannya agar tidak terus menerus melayan perasaannya dikala ini. Kertas-kerta
kerja yang hancur dan terkoyak yang berada di lantai biliknya itu di renungnya.
Ya Allah, Kuatkanlah hatiku ini.
“Mila. You dah report hal ini ke pihak atasan?” tanya
Natasha. Cuba untuk mengawal segala macam perasaan di dalam hatinya kini.
“Dah, Cik Natasha.” Jawab Mila ringkas.
“Any news from them?” tanya Natasha lagi. Masih tidak
berpuas hati dengan jawapan yang diberi setiausahanya. Di ambilnya secebis
kertas yang berada di hujung kasut tumit tingginya itu. Rekaan eksklusifnya
untuk pelanggan kerabat diraja dan bangsawan juga turut di koyakkan oleh
seorang yang berhati penuh kedengkian ini.
“Mereka tak dapat nak buat apa-apa Cik Natasha. Mereka
juga tidak mahu perkara ini dilaporkan ke pihak polis sebab tak ada barang
berharga yang dicuri. Selain itu, mereka tak nak hal ini diketahui umum. Takut
menjatuhkan reputasi syarikat.” Jawab Mila jujur. Kepalanya ditundukkan .
Natasha hanya melepaskan keluhan yang teramat berat
sekali. Melepaskan sebentar beban yang bakal di kendongnya. Haih! Nampaknya ada
yang tak tidur malam ni. Dah la presentation dekat Datin Seri Paduka Fazian
lagi dua minggu.
“Kumpulkan semua team saya. Emergency meeting lagi dua
puluh minit.” Tegas arahan yang diberi Natasha. Pantas sahaja Mila keluar dari
bilik pejabat Natasha untuk memberitahu semua pekerja di bawah Natasha.
Natasha berjalan menuju ke mejanya lalu duduk merenung
jauh ke luar tingkap yang terdapat di belakang mejanya. Pandangannya itu kini
kosong. Fikirannya serabut. Memikirkan hal kerja yang baru sahaja siap itu
minggu lepas, kini dia dan pekerja terpaksa mereka semula. Siapalah pula yang
berdengki dengannya? Kenapa harus rekaannya? Bukan itu sahaja, rekaan
pasukannya juga turut sama musnah! Hancur! Bersepah terkoyak di dalam biliknya
yang belum di bersihkan oleh mak cik Bedah, tukang bersih di pejabatnya itu. Di pejamkan matanya pula.
‘Ya
Allah. Jika ini dugaan buatku. Maka Engkau kuatkan dan tabahkanlah hatiku ini
Ya Allah’. Natasha berdoa dalam hati. sedih kerana hasil kerjanya hancur begitu
sahaja. Diraup wajahnya dengan kedua telapak tangannya.
“Siapalah
yang dengki dengan kami ni?” terlepas jua keluhannya itu.
“Allah
nak uji hambanya. Sabar, berusaha dan teruskan berdoa.” Satu suara menegurnya
dari belakang. Cepat-cepat dia memalingkan kerusinya ke meja terarah kepada
suara yang menegurnya. Abang Luqman?! Hampir sahaja dia terjerit tapi pantas
sahaja di mengawal perasaannya ketika itu.
Luqman
hanya tersenyum melihat Natasha. Natasha bangkit dari duduknya.
“Duduklah
abang Luqman.” Jemputnya lalu kembali duduk di kerusinya. Begitu juga Luqman.
Dia mengambil tempat di hadapan meja berhadapan dengan Natasha.
“Macam
mana abang boleh masuk? Mila…”
“Dia
nak bagitahu Sha.. tapi abang cakap abang nak buat surprise kat Sha.” Kata
Luqman setelah memotong pertanyaan Natasha.
Natasha
mengangguk tanda faham.
“Kenapa
bersepah ni Sha? Ini ke yang buatkan Sha terkejar-kejar nak balik sampai
pengsan?” tanya Luqman sedikit hairan dengan keadan di bilik pejabat adik
angkatnya ini. Kedaan bilik ini tidak ubah seperti kapal pecah.
Natasha hanya mengangkat kedua bahunya sambil tersenyum.
“kenapa abang datang?” tanya Natasha terus terang. Luqman
ketawa kecil.
“Terus-terangnya.” Kata Luqman jujur.
“Abang nak tengok keadaan Sha. Abang tak sempat jumpa Sha
pagi tadi sebab abang pergi jogging. Sampai hati Sha balik tak jumpa abang
dulu” rajuk Luqman. Dia kemudian memasamkan mukanya tanda protes. Alahai. Ingat
comel la tu? Getus hati Natasha lalu ketawa kecil.
“Sha dah biasa. Selalunya, lepas solat subuh Sha terus ke
pejabat. nak elak traffic jam.” Jelas Natasha. Cuba memujuk Luqman namun tidak
berjaya.
“Mana boleh macam tu.” Protes Luqman lagi. Wajahnya yang
berkacukan Pan Asia itu ditatap Natasha lama. ‘Abang Luqman janganlah buat
macam tu. Nanti Sha bertambah terpikat dekat abang Luqman.’ Luahnya di dalam
hati.
“Muka abang ni handsome sangat ye?” puji Luqman sendiri
lalu menghamburkan ketawanya. Jelas Nampak lesung pipit di kedua belah pipinya.
Lelaki ini yang membuatkan dia tidak dapat tidur lena. Lelaki ini yang
membuatkan dia sentiasa resah. Dan lelaki ini juga menjadi dambaan semua wanita
yang melihatnya walaupun baru pertama kali bersua muka.
“Perasan!” Natasha menjelirkan lidahnya. Luqman tergelak
sakan.
“Oleh kerana Sha tak tunggu abang balik pagi tadi, Sha
kena teman abang makan tengahari esok?” ucap Luqman. Dahi Natasha berkerut
seribu.
“Esok? Tapi Sha rasa tak boleh la abang Luqman. Minggu
depan boleh?” tanya Natasha. Memandangkan dirinya yang baru sahaja berhadapan
dengan satu beban yang mungkin buat dirinya dan pekerjanya terpaksa
bersekengkang mata menyiapkan rekaan terbaru mereka setelah rekaan lamanya
dikoyak dan dihancurkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Okay! It’s a date!” terus sahaja Luqman menyetujui
cadangan Natasha itu. Dia sebenarnya sudah dapat mengagak bahawa Natasha akan
berkata sebegitu.
“Okay.” Ucap Natasha. Sedikit lega kerana Luqman menerima
cadangannya tanpa mempersoal banyak.
Luqman bangkit dari kerusinya membuatkan Natasha juga
turut bangun dari duduknya.
“Okay la. Abang nak balik hospital ni. Nanti kalau ada
apa-apa, abang call Sha ya?” ucap Luqman lalu menghadiahkan sebuah senyuman
buat Natasha. Natasha hanya mengangguk.
“Baik Doktor Luqman.” Ucap Natasha penuh lemah lembut.
Langkah Luqman terhenti apabila dia berada di hadapan
pintu bilik pejabat Natasha. Dia menoleh sebentar memandang Natasha.
“Sha.. B.A.N.G.K.I.T!” ucap Luqman lalu menarik tombol
pintu bilik lalu beredar dari bilik pejabat Natasha. Natasha tersenyum.
“Abang Luqman masih ingat.” Kata Natasha sendirian.
BANGKIT. Sebuah perkataan yang mempunyai makna atau istilah dari akronim rekaan
mereka sejak kecil lagi. Ia membawa makna berusaha untuk terus maju kehadapan.
Bangun, Kuat, Ikthiar dan Tawakal. Itulah makna disebalik BANGKIT yang mereka
cipta sendiri jika ditimpa masalah. Dengan perkataan itu jugalah yang
membuatkan dia dan Luqman berjaya ke tahap ini.