Bip! Bip! Bip!
‘Aku dekat mana ni? Ya Allah. Beratnya mata ni.’
Perlahan-lahan Natasha membuka matanya. Terasa silau sedikit oleh kerana
pancaran lampu di dalam bilik yang dia duduki kini membuatkan dia memejam
kembali matanya. Mukanya berkerut sedikit cuba melawan berat mata yang di
tahannya.
Sekali lagi dia membuka mata memerhati sekelingnya.
Dilihat keadan sekeliling. Dia pasti. Dia berada di dalam bilik seseorang.
Bukan di hospital. Hiasan di dalam bilik ini tersangatlah indah. Direka
mengikut citarasa Royal English. Bukan sahaja hiasan di dalam bilik sahaja,
malah peralatan seperti perabot juga mengikut tema yang serupa. Sungguh Indah
sekali.
“Syukur aku bukan dekat hospital” diluahkannya perasaan
leganya itu dengan suara yang perlahan.
“Sha dah sedar?” satu suara garau menanya keadaannya
kini. Di tolehkan wajahnya memandang dari mana datangnya suara itu. tangannya sempat meraba kepalanya. memastikan dia masih bertudung. Fuh! lega.
“Abang Luqman?”
Luqman yang dari tadi melelapkan matanya di sofa yang
berdekatan bangun menghampiri Natasha yang masih lagi terbaring lesu di atas
katil. Diusapnya dahi gadis itu penuh lemah lembut. Terasa lega sedikit kerana
melihat Natasha, adik angkatnya itu sudah sedar daripada pengsan.
“Sha dekat mana ni abang Luqman?” tanya Natasha
kebingungan. Disangkanya dia sendirian di dalam bilik, namun sangkaannya itu
sama sekali salah. Ternyata Luqman berada di sisinya. Mungkin sepanjang dia
pengsan.
“Sha dekat rumah kami. Dekat bilik abang.” Jawab Luqman
ringkas. Natasha menjeling pintu bilik. Lega. Ternyata pintu bilik itu terbuka
luas. Mungkin terbuka sepanjang dia pengsan juga.
“Macam mana Sha ada dekat..” belum sempat Natasha ingin
bertanya, Luqman terlebih dahulu menjawab soalan Natasha itu.
“Sha pengsan. Nasib baik sha tak ada apa-apa. Maafkan
abang Liyana Natasha” Luqman menggenggam tangan Natasha sambil tunduk memohon
maaf.
“Kenapa abang perlu minta maaf? Sha rasa salah Sha sebab
tak tengok jalan tadi.” Kata Natasha tidak mengerti. Luqman cium lembut tangan Natasha.
Serta merta muka Natasha merona merah.
“Maafkan abang sebab tak hantar Sha sampai ke kereta.
Maafkan abang sebab bagi Sha tinggalkan abang macam tu je.” Jelas Luqman kepada
Natasha.
Natasha tersenyum.
“Abang Luqman ni. Sha okay la. Janganlah rasa bersalah
sangat. Semua ni atas kecuaian Sha sendiri. Janganlah macam ni.” Pujuk Natasha
ssedikit tidak selesa apabila Luqman menyalahi dirinya atas kecuaian yang bukan
datang dari dirinya.
“Tapi abang tetap rasa bersalah. Maafkan abang ya Sha?”
Luqman tetap dengan rasa bersalahnya. Direnung tepat ke anak mata Natasha.
Natasha hanya mengangguk.
“Iya. sha maafkan abang Luqman ya? Janganlah macam ni”
pujuk Natasha lagi.
Akhirnya Luqman mengukirkan senyuman. Natasha menghembus
nafas lega.
“Abang Luqman, sekarang pukul berapa ya? Sha kena balik
office ni.” Kata Natasha agak tergesa-gesa untuk bangkit dari baring. Dia baru
sahaja teringat akan sesuatu mustahak. Namun ditahan Luqman.
“Sha baring dulu. Rehat. Abang dah cakap dah dengan
setiausaha Sha, Mila. Esok baru Sha ke sana ya?” pujuk Luqman. Masih lagi risau
akan keadaan Natasha.
“Dah pukul berapa ni abang Luqman?” tanya Natasha sambil
melihat disekeliling bilik. Melihat jika ada jam dinding untuk di lihat.
“baru pukul tiga pagi, sayang.” Jawab Luqman. Serta merta
muka Natasha merona merah lagi. Gulp! Sayang?
“Err.. sayang?”
Luqman hanya tersenyum lalu bangun dari duduk. “Sha
rehatlah ya. Abang keluar dahulu.” Ucap Luqman lalu melangkah keluar dari bilik
itu.
Natasha hanya mengangguk. Masih
menahan malu dipanggil sebegitu. Ya Allah! Abang Luqman panggil aku sayang!
Ucap Natasha di dalam hati. tidak dapat menahan kegembiraanya itu, di kemudian
menari kecil di atas katil perbaringannya. Persis kanak-kanak lima tahun. Terlupa
sebentar bahawa dirinya baru sahaja pulih daripada pengsan.