“Abang
Luqman janji tak akan lupakan Sha?”
Luqman
tersenyum bahagia menatap gambar lama yang dikoyak separuh itu. Natasha. Nama
itu sentiasa terpahat di dalam hatinya sejak kecil lagi. Dia akui, dia sangat
mencintai gadis bekerjaya itu. Gadis yang dahulu sangat manja dengan dirinya,
kini sudah menjadi seorang wanita yang sangat disegani ramai dek kerana
pekerjaannya sekarang.
“Luqman?”
tegur mamanya dari belakang. Luqman berpaling melihat wajah mama yang dikasihi.
“Ya
ma?”
Datin
wati mengambil tempat di sebelah anak tunggal kesayangannya. Wajah bahagia itu
ditenung penuh kasih. “Ada benda lucu ke? Asyik tersenyum je tengok gambar lama
tu?”
Luqman
ketawa kecil. Sah! Dia diintai mamanya sejak tadi. “Tak ada apa-apa mama. Ni,
tengok gambar Sha masa kecil-kecil” kata Luqman lalu menghulurkan gambar
tersebut kepada mamanya.
Datin
Wati mengambil huluran itu. “Kenapa sekerat je ni?”
“sekerat
lagi dekat Sha, mama” ucap Luqman menunduk malu.
Datin
Wati tersenyum. “Ha! Jangan nak anggau sangat ya. Esok kamu kena ada di butik
Aunty Fazian. Jangan lambat pula”
“Baik
Madam!” kata Luqman lalu dipeluk mesra wanita itu. Datin wati hanya tersenyum. Manja
benar anaknya ini. Agaknya lepas nikah nanti, makin menjadi-jadi perangai
manjanya.
__
Matanya
terpegun melihat keayuan Natasha mengenakan set pernikahan mereka. Hatinya
tidak berhenti berdegub laju. Cantik. Gadis itu sangat cantik pada
pandangannya. Dia berasa begitu bertuah kerana bakal memperisterikan seorang
wanita yang sangat dicintainya.
“Luqman,
Kamu pergi panggil Natasha. Kami nak bincang tentang set pakaian resepsi pula.”
Arah Datin Seri Paduka Fazian. Luqman hanya mengangguk.
Mata
Luqman melilau mencari kelibat bakal isterinya. Rasanya tadi, gadis itu di
lihat disekitar ruangan set pernikahan wanita ini. Tetapi bagaimana pula boleh
hilang?
Lama
dia meninjau-ninjau disetiap ruangan bangunan butik perkahwinan tiga tingkat
itu, akhirnya, matanya tertancap pada satu susuk tubuh yang sangat dikenalinya
daripada belakang. Luqman tersenyum. Disitu rupanya gadis itu menyorok. Langkah
laju diatur kearah tempat ‘menyorok’ Natasha.
“Are you crazy? No I’m not! Gila ke?
Aku kan nak kahwin dengan Abang Luqman?” ucap Natasha menepis andaian yang
dikatakan oleh Shakirah. Langkah yang diatur Luqman diperlahankan. Dia terdengar
Natasha berkata sesuatu tentang dirinya.
“Ye
kau nak kahwin dengan Luqman. But! Hati dan jiwa kau.. ada pada Faiz! I can see
that now!” kata Shakirah lagi. Langkah Luqman yang tinggal beberapa meter
daripada Natasha terhenti. Kakinya menjadi kaku. Lidahnya menjadi kelu.
Terkejut. Ya. Dia terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh sahabat gadis yang
dicintainya itu.
“OK.
What makes you say that?” tanya Natasha sambil bercekak pinggang memandang
Shakirah.
“Kau
jadi tak keruan bila bersama dia?” tanya Shakirah inginkan kepastian daripada
Natasha.
“Ya.
Sebab dia selalu cari fasal dengan aku.” Kata Natasha memeluk tubuh.
“Kau
rasa tak keruan tapi dalam masa sama kau rasa tenang?” tanya Shakirah lagi.
“Well…
sometimes… tapi sebab dia ada waktu aku perlukan someone. Macam waktu Dahlia
kata dia makwe Abang Luqman.. and so on..” jelas Natasha. Masih lagi
menidakkan.
“Hati
kau.. jantung kau.. apa yang kau rasa bila pandang dia?” tanya sahabatnya itu
lagi.
“aku..
aku..” merah muka Natasha apabila ingin mengemukakan jawapan bagi soalan yang
baru ditanya itu. Shakirah tersenyum nakal.
“Jantung
kau berdegub kencang. Hati kau menjadi tidak tentu arah tapi dalam masa sama
kau suka keadaan itu.” Jawab Shakirah menjawab soalan yang ditanyanya tadi.
Buntang
mata Natasha memandang wajah sahabatnya. “macam mana kau..??”
“That’s
because you are in love with him.. with Faiz not with Luqman. Ya mungkin kau
sayangkan Luqman.. tapi kau tak cintakan dia. you did not see that sparks when
you are around Luqman. Kan?” kata Shakirah sambil menggenggam tangan Natasha.
Belum
sempat Natasha membalas apa yang dikatakan Shakirah, nama shakirah dipanggil oleh
Datin Wati. Shakirah berlari-lari anak melintasi tempat Luqman berdiri namun
gadis itu langsung tidak perasan kehadiran jejaka yang sudah mendengar semua
yang dikatanya kepada Natasha.
‘Apa?
Natasha… cintakan lelaki lain? Dan lelaki itu ialah… Faiz…’ Mata Luqman hampir
berair setelah mendengar apa yang tidak patut didengarinya. Hatinya sedikit
terusik. Benarkah gadis yang dicintainya mencintai jejaka lain? Jejaka yang
merupakan sahabatnya sendiri.
Luqman
mengintai sedikit melihat Natasha. Sekali lagi hatinya ibarat ditusuk dengan
sebilah pisau terus kehatinya. Wajah Natasha yang merona merah cukup jelas
mengiyakan apa yang diandaikan oleh sahabatnya tadi. Hatinya kini berkecai. Kini
dia sedar yang dirinya bukan lagi jejaka yang dicintai oleh gadis itu. Tetapi,
ada jejaka lain yang bertamu dihatinya. Dan jejaka itu merupakan sahabatnya sendiri.
Ammar Faiz.
__
Lebih seminggu Luqman menyibukkan dirinya dengan
kerja-kerja dihospital. Dia mahu melupakan sebentar kesakitan yang ada di dalam
hatinya. Dia tidak mahu memarahi apatah lagi membenci Natasha. Kesakitan yang ada
di dalam hatinya biarlah dia sahaja yang tahu. Dia tidak mahu membabitkan
sesiapa di dalam hal peribadinya. Mana tidaknya, kurang sebulan sahaja lagi
majlis bahagia mereka bakal menjelang tiba. Dia mahu menyelesaikan kekusutan
ini secara matang.
Bunyi pada telefon bimbit di kocek menyedarkan dirinya
yang sedang sibuk menyiapkan kerja-kerja laporan kesihatan yang ada di atas
mejanya. Punat hijau ditekan laju pada skrin untuk menjawab panggilan itu tanpa
dia melihat siapa yang memanggil.
“Assalamualaikum, Luqman? Ni Aunty Fazian”
“Waalaikumusalam. Ya Aunty?”
“Kamu tahu bukan hari ini kamu ada temu janji dengan
Aunty fasal design perkahwinan kamu?” Ujar Datin Seri Paduka Fazian dihujung
talian.
Luqman menepuk dahinya. Sungguh dia lupa akan hal itu. Walhal
mama dan papanya berkali-kali menginggatkannya dirumah.
“Ya Allah. Saya lupa Aunty. Tak apa, sekarang juga saya
kesana.” Jawab Luqman lalu mematikan talian. Langkah laju diatur keluar dari
bilik kecil itu.
__
Luqman tiba di firma milik Datin Seri Paduka Fazian lebih
kurang lima belas minit kemudian. Dia tergesa-gesa menekan punat lif untuk ke
aras di mana letaknya bilik wanita itu. Namun lif yang ditunggu-tunggu langsung
tidak berjalan dari nombor yang tertera pada skrin atas pintu lif tersebut.
“Maaf Encik. Lif ni rosak. Sekarang ni pun kami sedang
baiki lif ini.” Tegur seorang lelaki berusia memakai lengkap pakaian putih pengawal
keselamatan.
“Oh. Bila rosaknya pakcik? Tadi saya lihat lima lif ni
elok sahaja?” Tanya Luqman. Dia hairan kenapa lif yang dihadapannya ini tidak
berfungsi sedangkan lima lif lain yang ada di situ berfungsi sahaja.
“Entah la nak. Kami pun pelik juga.” Jawab Pakcik
tersebut. Belum sempat Luqman membalas, rakan sekerja pakcik tersebut menyapa.
“Pak Tam. Kita kena baiki cepat lif ni. Ada laporan
mengatakan dua orang staff sini terperangkap. Siapa nama dia ya? Encik Ammar
Faiz dan… Liya... Liya…”Belum sempat rakan pakcik itu menghabiskan
kata-katanya, Luqman terlebih dahulu memotong.
“Liyana Natasha?”
“Ha! Betul tu! Liyana Natasha! Tapi, bagaimana Encik
boleh tahu nama staff tu?” Tanya rakan pakcik tersebut.
“Macam mana mereka boleh terperangkap?” Tanya Luqman
tanpa menjawab pertanyaan tersebut.
“Mereka membuat laporan tadi dari dalam lif. CCTV dan
rakaman audio dari dalam lif masih berfungsi, cuma lif tersebut sahaja tidak
bergerak. Kami pun tidak tahu apa masalahnya.”
“Boleh saya lihat CCTV tersebut?” Tanya Luqman.
“Maaf ya nak, kamu ni siapa?” Tanya Pak Tam iaitu pakcik
yang berbual dengannya tadi.
“Gadis itu tunang saya dan lelaki bernama Ammar Faiz itu
sahabat saya.” Jawab Luqman.
“Ha… Kamu Saleh, cepat bawa Encik ini ke bilik sekuriti. Mungkin
dia risau keadaan tunang dan sahabatnya.” Arah Pak Tam kepada rakan sekerjanya
itu. Saleh yang mendengar arahan daripada Pak Tam segera membawa Luqman ke
bilik Sekuriti.
“Maaf Encik, saya perlu ke tandas sebentar. Encik boleh
lihat di Skrin Sembilan itu. Ini pula rakaman audio tersebut.” Ujar Saleh lalu
keluar dari bilik sekuriti itu.
Luqman melabuhkan duduknya pada kerusi yang ada di
hadapan skrin. Skrin nombor Sembilan ditatap. Alat mendengar suara atau
headphone dipakai bagi mendengar perbualan mereka yang kurang jelas jika dibuka
kepada speaker itu.
“Kau ok?” tanya Faiz tidak memandang Natasha. Dia masih
menatap pada skrin telefonnya.
“Alhamdulillah ok. Kau?” tanya Natasha sekadar
berbasa-basi sahaja dengan Faiz.
“Ok juga.” Ucap Faiz. Natasha mengangguk faham lalu
melukis lagi beberapa lukisan ke dalam buku catatannya.
“Tahniah.”
“Untuk apa?” tanya Natasha. Mata gadis itu kini sudah
merenung ke wajah Faiz yang putih bersih itu.
“Your wedding”
Natasha mengangguk lagi. lalu kembali melakar.
“And.. you look beautiful in that baju nikah.” Segala
perbuatan Natasha terhenti.
“Erm… Terima kasih. Kau pun..” ucap Natasha masih
menundukkan wajah.
“Aku apa?” tanya Faiz yang sudah memandang wajah putih
kemerah-merahan milik Natasha.
“Kau nampak handsome dalam tuksedo putih tu.” ucap
Natasha ikhlas sambil memberanikan diri membalas renungan Faiz. Luqman dapat
melihat Natasha mata tidak dapat beralih dari menatap wajah lelaki itu.
“Jadi, kau admit la aku ni handsome?” sengih Faiz
membuatkan Natasha mencebik.
“Perasan!” ucap Natasha membuatkan Faiz ketawa kecil.
Jelas kelihatan lesung pipit yang ada di wajah lelaki tersebut.
“Apa? Betul kan?” usik Faiz lagi membuatkan Natasha
menjeling menyampah.
“Perasan! Ingat aku suka la kau handsome? Heee.. nasib
baik la bukan…”
“Aku suka kau” kata-kata Natasha dipotong Faiz membuatkan
Natasha sedikit terkejut dengan luahan yang diucap Faiz.
Luqman mencabut headphone tersebut dari melekap pada
telinganya. Hatinya dipagut rasa cemburu. Ya! Dia cemburu melihat dan mendengar
semuanya!
__
Pintu diketuk perlahan. Arahan masuk daripada dalam
membuatkan Luqman memulas tombol pintu itu. Wajahnya terpaksa dimaniskan. Dia tidak
mahu sesiapa pun tahu apa yang bermain di hati dan di fikirannya.
Pintu dikuak, dia melihat gadis dan sahabatnya ada di
situ. Dia harus tenang. Dia tidak mahu sebarang masalah timbul sekarang.
“Come, let us all sit there.” Ajak Datin Seri Paduka
Fazian.
Setelah semua yang ada duduk di sofa di dalam bilik
pejabat itu, Datin Seri Paduka membuka sebuah sampul surat dihadapannya,
mempamerkan beberapa keping gambar di hadapan Natasha dan Luqman. Faiz yang
duduk bersandar di kerusi bersebelahan Luqman hanya menjeling pada foto
tersebut.
“Kau cintakan Luqman?” Tanya Faiz lagi. Pertanyaan itu
menghentikan segala perbuatan Luqman.
“Faiz! Apa tanya mereka macam itu?” marah Datin Seri
Paduka Fazian kepada anaknya kerana membuatkan Natasha berasa tidak selesa
dengan soalan itu. Natasha mengenggam jarinya mencari kekuatan, merenung wajah
Luqman yang tidak lepas memandang Natasha.
“Kenapa Abang Luqman pandang Sha macam itu?” tanya
Natasha sedikit tidak selesa.
“Sha cintakan Abang?” tanya Luqman mengulangi soalan Faiz
itu tadi. Keadaan di dalam bilik menjadi sunyi, menanti jawapan dari Natasha. Hatinya
dilanda rasa resah. Jantungnya berdegub laju.
Lama Natasha berjeda. “Sha?” panggil Luqman menyedarkan
Natasha dari mengelamun memikirkan sesuatu.
Natasha mengukirkan sebuah senyuman yang paling manis
sekali buat Luqman. “Sha cintakan Abang Luqman. Dan hanya Abang Luqman sahaja
yang ada di hati Sha.” Luah Natasha.
Faiz mengangguk. Lalu bangkit meninggalkan bilik pejabat
itu. Amarah daripada Datin Seri Paduka Fazian tidak dihiraukannya. Luqman
merenung Faiz dari belakang susuk tubuh sahabatnya itu. Cemburukah jejaka itu? Pandangannya
beralih pula ke wajah buah hatinya, Jantungnya ibarat di sentak sesuatu. Lain!
Ya! Pandangan itu lain sekali!
Hatinya sekali lagi terusik. Nampaknya, benarlah
kedua-dua mereka mencintai satu sama lain.
__
Seminggu berlalu. Luqman masih lagi menyibukkan dirinya
dengan kerja-kerja di hospital. Ada juga beberapa kali Natasha mengajak
berjumpa. Mungkin ingin meluangkan masa berdua. Bak kata orang sekarang “Dating”.
Dia bukan tidak mahu, dia sangat rindukan gadis itu. Dia tahu gadis itu tidak
curang kepada dirinya. Dia sangat mengenali gadis itu. Gadis yang sangat tulus
dalam menyatakan hasrat hatinya. Jika mereka curang, sudah pasti wajah ayu itu
tidak terpamer rasa sedih. Ya. Dia dapat melihat dengan jelas kesedihan yang
ada di wajah itu, walaupun gadis itu bersungguh-sungguh menyembunyikannya.
Luqman menghentikan kerjanya sebentar. Dia memikirkan
Natasha. Gadis itu begitu menyayangi hubungan mereka.kerana itu walaupun
hatinya sudah mula mencintai Faiz, dia seboleh mampu mengelak agar hubungannya
dengan gadis itu berantakan.
Kedua-dua tangan diraupkan kemuka. Ya Allah. Apa yang
perlu aku lalukan? Aku sangat menyintai dia Ya Allah. Tetapi, aku juga tidak
sanggup melihat gadis itu menyembunyikan lagi kesedihan hanya kerana ingin
membahagiakan aku.
Bunyi ketukan pintu menyedarkan Luqman.
“Assalamualaikum Doktor. Maaf mengganggu” ucap seorang
jururawat bernama Ayu.
“Waalaikumusalam. Ya Ayu?”
“Doktor Luqman, Doktor tak nak melawat rakan doktor ke?” Tanya
Ayu lagi.
“Siapa?” Tanya Luqman kehairanan. Siapa pula yang sakit?
“Oh. Doktor Luqman tak tahu lagi ya? Doktor Faiz ditahan
wad pagi tadi. Accident” Ucap Ayu. Menjelaskan tujuannya itu kedalam bilik
Luqman.
Luqman mengangguk. Faiz Accident? “Baik. Terima kasih
Ayu. Saya pergi sekarang” ucap Luqman lalu mengatur langkah ke wad yang dikatakan
jururawat bernama Ayu.
Langkah Luqman terhenti beberapa meter daripada bilik wad
Faiz. Natasha. Gadis itu kelihatan seperti kaku berdiri di hadapan bilik itu. Luqman
hanya memerhati daripada jauh. Wajah itu dilihat penuh dengan kekusutan dan
kesedihan.
Setelah lama gadis itu berdiri diluar, akhirnya gadis itu
melangkah masuk ke dalam wad tersebut. Luqman turut sama melangkah, akan tetapi,
langkahnya hanya terhenti di hadapan pintu bilik sahaja. Wajah Natasha yang
sedang menitiskan air mata di lihat dari cermin kecil pintu tersebut. Pintu dikuak
sedikit.
“Maafkan aku.” Sayu sahaja suara gadis itu memohon maaf
pada jejaka yang sedang terlantar di atas katil pesakit itu. Tanggisan Natasha
jelas kedengaran pada pendengarannya. Hatinya juga dilanda sayu. Dia akui, dia
tidak sanggup melihat gadis itu menanggis seperti itu. Kali terakhir dia
melihat gadis itu menanggis sebegitu sewaktu gadis itu kehilanggan kedua-dua
ibu bapanya. Dan sekarang, dia harus menyaksikan sekali lagi.
“Maafkan aku. Aku sayangkan kau.” Ucap Natasha lagi. Menangis
di sebelah katil milik jejaka itu. Serta merta hatinya menjadi semakin sayu!
Luqman meninggalkan bilik sahabatnya. Langkah di atur
kembali ke dalam bilik kecil yang dikhaskan kepadanya oleh pihak hospital.
Hatinya menjadi sayu. Dia sayangkan gadis itu. Tetapi, dia tidak mahu menjadi
penyebab gadis itu bersedih. Ya! Aku harus melakukan sesuatu! Aku harus!
__
“Ammar Faiz bin Datuk Seri Paduka Ibrahim, aku nikahkan
dikau dengan Liyana Natasha binti Daud dengan mas kahwinnya RM4000 tunai.”
Dengan sekali lafaz, Ammar Faiz sudah sah bergelar suami
yang sah kepada gadis yang berada tidak jauh dari sahabatnya itu. Gadis itu
kelihatan masih terkejut dengan apa yang berlaku. Luqman tersenyum bahagia
apabila akhirnya dia melihat senyuman terpamer pada wajah gadis itu. Walaupun gadis
itu tidak menjadi suri di dalam hidupnya. Dia bahagia melihat gadis itu bersama
dengan orang yang sangat menyayangi dan sangat setia seperti Faiz.
“Kau gila Bro!” tempelek Faiz. Dia teringat kata-kata
Faiz malam semalam. Dia sendiri menelefon Faiz kononnya ingin berjumpa atas
urusan pakaian pengapit yang bakal dipakai Faiz bermasalah. Tujuan sebenar dia
ialah…
“Tak… aku nak kau ganti tempat aku… aku nak kau yang menjadi
suami Natasha” Jelas Luqman.
Faiz menggelengkan kepalanya. “Kau gila! Apa kata semua
orang nanti? Jangan ambil mudah. Ini perkara gila kau tahu!”
Luqman tersenyum. “But you love her don’t you?” Kata-kata
luqman membuatkan Faiz kaku. Lidahnya tidak dapat berkata-kata.
“Aku dah tahu semuanya Faiz. Tak perlu sembunyikan
apa-apa.” Ucap Luqman lalu melabuhkan duduknya pada bangku yang ada pad ataman tasik
titiwangsa itu.
“Aku minta maaf bro.. aku tak bermaksud semua ni.. aku
sendiri tak sangka aku akan.. sayangkan dia lebih dari seorang kawan” jelas
Faiz. Juga melabuhkan duduknya di sebelah Luqman.
Luqman tersenyum. “Tak perlu… Aku yang perlu minta maaf
sebenarnya. Kau dah berkorban banyak untuk aku. Ingat tak masa aku tak ada duit
di London dulu? Ditipu hidup-hidup?”
“Aku tak minta balasan atas apa yang aku dah korbankan
untuk kau. Aku ikhlas. Lagi-lagi kau nak aku jadi suami Natasha kerana nak
berterima kasih dekat aku? No Luqman. aku tak setuju!” jawab Faiz. Tegas.
Luqman menggelengkan kepalanya. “Bukan atas sebab itu.”
“Then?” Tanya Faiz. Tidak mengerti apa yang ingin
disampaikan oleh Luqman.
“Kau mencintai dia. Begitu juga dia. Aku tak sanggup nak
lihat dia terseksa lagi. Dia bahagia apabila bersama dengan kau. Dan aku dapat
lihat itu. Biar pun dia tidak lagi mencintai aku. Tetapi, jauh dari sudut hati
aku, aku sangat menyayangi dia. Biarlah aku mencintai dia dari jauh.”
Luqman tersedar dari lamunan apabila melihat Natasha yang
sedang menyalami tangan mamanya. Ya. Dia tidak sanggup melihat adengan ini. Adalah
lebih baik aku beredar dari sini. Tugasku sudah selesai. Langkah diatur
perlahan keluar dari dewan yang sepatutnya menjadi hari bahagianya. Walaupun sepatutnya
dia yang menyalami tangan tok kadi tadi, dia bahagia. Bahagia melihat gadis itu
tersenyum bahagia semula.
“Abang Luqman!” panggil Natasha apabila mereka sudah
berada di tepi kolam yang sedikit tersorok itu menuju ke ruangan lobi dewan
tersebut. Langkah Luqman terhenti, dia kemudian berpaling memandang wajah insan
yang disayanginya itu sambil tersenyum.
Natasha melangkah menghampiri Luqman. “Kenapa abang
Luqman rancangkan semua ini? Bukankah abang Luqman sayangkan sha?”
Diamati wajah ayu gadis dihadapannya. “Sebab abang tahu.
Cinta Sha bukan milik abang. Tapi, milik dia…” ucap Luqman sambil menunjuk Faiz
yang kian menghampiri.
“Tapi macam mana…”
“I know it all from the very beginning Sha… tapi abang
redha, abang berusaha juga untuk merealisasikan impian mama dan papa. Tapi
makin abang usaha, makin abang sedar ramai orang yang tersakiti. Abang
sayangkan Sha, abang cintakan sha… tapi cinta sha bukan milik abang... Abang
redha.” Ucap Luqman sambil tersenyum lalu beredar meninggalkan Natasha.
Maafkan abang. Abang buat ini semua demi Sha… mungkin Sha
bukan jodoh abang. Abang doakan Sha bahagia bersama Faiz…
Selamat
Tinggal Liyana Natasha…