Langkah diatur penuh
cermat dan berhati-hati sekali menuju ke kafeteria hospital. Langkahnya penuh
dengan berjaga-jaga oleh kerana hari ini dia terpaksa memakai kasut bertumit
tinggi. Sudahlah dia terlupa hendak membawa kasut lain, dia kini terpaksa memakai
kasut berketinggian enam inci. Ini semua kerana mesyuarat yang diadakan pagi
tadi. mesyuarat yang melibatkannya bersama dengan ahli lembaga pengarah yang
lain. Termasuklah Datin Seri Paduka Fazian. Jika tidak, mana mungkin dia akan
memakai kasut tinggi sedemikian.
Natasha melangkah masuk ke kafeteria tersebut. Orang
ramai yang rata-ratanya terdiri dari pekerja hospital tersebut memandang ke
arahnya. Dah kenapa semua pandang aku? Perasaan aku je kot. Natasha menepis
cepat-cepat perasaannya itu.
Dia
meninjau keadaan sekeliling. Ingin melihat jika Luqman sudah menunggunya
ataupun tidak. Dari jauh, dia dapat melihat susuk tubuh Luqman yang
membelakanginya. Dia mengukirkan senyuman lalu melangkah ke arah meja yang
diduduki Luqman.
“Abang
Luqman dah lama tunggu?” tanya Natasha setelah menghampiri Luqman yang sedang
menyedut minumannya. Luqman yang menyedari kehadiran Natasha lantas bangun lalu
menolong menarikkan kerusi di hadapannya untuk diduduki Natasha. Senyuman di
bibirnya makin lebar dari biasa sahaja melihat wajah Natasha.
“Tak
lah. Abang baru setengah jam dekat sini.” Jawab Luqman jujur. Natasha tergelak
kecil.
“Abang
Luqman perli Sha ek?” tanya Natasha lagi. Luqman pula tergelak kecil.
“Cantik
Sha hari ini.”Puji Luqman masih lagi mengukirkan senyumannya buat Natasha. Muka
Natasha sudah merona merah dengan pujian Luqman. Mana tidaknya, pujian itu
datang dari orang yang sangat dia sayang selain sayangnya kepada arwah ibu dan
bapanya.
“Hari
ini jela? Ha ha ha… memandai je abang Luqman ni.” Tegur Natasha. Menidakkan
pujian Luqman itu tadi. kepalanya tergeleng-geleng mengikut menidakkan pujian
tersebut.
“Betul
la. Dulu masa Sha kecil, sha comot sangat. Bila dah besar ni. Lawa pula. Mesti
bangga teman lelaki sha.” Puji Luqman lagi. Masih dengan sikap jujurnya itu.
Natasha
menggelengkan kepalanya.
“Sha
mana ada boyfriend.” Ringkas sahaja jawapan yang diberi Natasha terhadap pujian
Luqman itu tadi. Luqman tergelak kecil. Seakan tidak percaya dengan jawapan
yang diberi Natasha. Mana mungkin orang secantik Natasha tidak memiliki teman
lelaki?
“Kenapa
pula abang Luqman gelak? Betul la.” Kata Natasha. Menegaskan yang dia masih
lagi ‘solo’ sehingga ke hari ini.
“Abang
tak percayalah. Mesti ada seseorang yang sha minat ni.” Kata Luqman. Muka
Natasha merona merah lagi. Ish Abang Luqman ni! Suka sangat buat muka aku merah
la!
“Erm…
sha pergi order air dulu la.” Ucap Natasha. Menukar topik perbualan mereka.
Natasha ingin bangkit dari duduknya namun dihalang Luqman.
“Sha
nak minum apa? Abang ambilkan. Maklumlah, dekat sini semua kena ambil sendiri.
Order lepas itu ambil dekat kaunter. Takut nanti Sha tak biasa. Meh abang
ambilkan.” Jelas Luqman panjang lebar. Natasha hanya mengangguk tanda dia
faham.
“Erm…
Serupa macam abang Luqman la. Teh Limau manis.” Kata Natasha.
“Makan
apa?” Tanya Luqman lagi. Natasha hanya mengelengkan kepalanya. Luqman
mengangguk faham lalu beredar ke kaunter untuk memesan air yang dipesan Natasha. Mungkin dia sudah memahami kerenah
Natasha yang tidak makan waktu tengahari.
Natasha
melihat sekelilingnya. Luqman memilih tempat mereka di luar kafeteria.
Berdekatan dengan tempat lalu lalang
untuk ke surau dan bersebelahan dengan bangunan tempat letak kereta.
Barangkali Luqman memilih tempat ini untuk mengurangkan kebisingan yang ada di
dalam kafeteria tersebut. Mungkin juga ingin menghirup udara segar?
“Doktor,
boleh tak saya duduk dekat sini?” terdengar satu suara perempuan tidak jauh
dari tempat dia duduknya. Suara pertanyaan itu menarik minat penglihatannya.
Terbeliak kedua-dua biji bola matanya. Kerek! Lelaki yang bergaduh dengannya
itu tadi. Aduh! Dia kerja dekat sini ke? Aku ingatkan dia kerja dekat Hospital
lain. Dah la duduk menghadap aku! Natasha membongkokkan sedikit duduknya. Tidak
mahu dilihat lelaki tersebut.
“Kat
tempat lain tak ada tempat ke?” tanya lelaki itu tegas. Penuh dengan lagak sombong
pada pandangan Natasha. Tiada langsung senyuman diwajahnya. Hanya jelingan sahaja.
Amboi! Kerek betul la mat kerek ni. Memang patut pun aku panggil kau kerek!
Jururawat
yang menanyakan soalan tadi menundukkan wajahnya. Mungkin malu kerana ditanya
sebegitu. Aduh! Kasihannya dia.
“Errr…
Tempat lain penuh doktor.” Jawab jururawat itu perlahan sahaja. Masih lagi
menundukkan kepalanya.
“Ha!
Tengok apa tu!” sergah Luqman dari belakang Natasha menyebabkan Natasha
terjerit nama ‘kerek’. Luqman ketawa sakan dapat mengenakan Natasha. Manakala
Natasha pula sudah merona merah menahan malu bukan kerana dirinya di sakat
Luqman, tetapi lelaki yang di panggil kerek itu memandang tepat ke wajahnya.
Sah! Mesti dia ingat aku pasang telinga. Abang Luqman ni!
“Abang
Luqman ni!” di cubitnya lengan Luqman. Geram!
“Suka
sangat la menyakat Sha! Geram tau!” sambung Natasha lagi apabila melihat tawa
Luqman masih tidak berhenti. Malah menarik minat orang sekelilingnya pula.
Termasuk kerek tu!
“Nah!
Ini dia minuman tuan puteri. Siap double triple ais lagi tau!” Ucap Luqman lalu
diletaknya gelas yang berisi teh limau manis itu di hadapan Natasha. Natasha
mengerling ke jam tangannya. Keningnya terangkat sebelah.
“Cepatnya.
Tak sampai dua minit” tanya Natasha seakan tidak percaya dengan kepantasan
pesanan yang dikirimnya kepada Luqman. Uish! Ilmu apa yang abang Luqman pakai
ni?
“He
he he…” Luqman hanya tersengih lalu duduk di tempatnya. Bunyi kerusi ditolak
kasar dari arah belakang Luqman sekali lagi menarik minat Natasha. Lelaki yang
bergaduh dengannya di tempat letak kenderaan tadi dilihat bangun lalu beredar
dari tempat duduknya dengan muka masam mencuka. Wah! Mamat tu dah belah! Bagus!
Bagus! Hati Natasha bersorak gembira. Serta merta bibirnya mengukirkan senyuman
tanpa dia sendiri sedari.
“Sha
tengok apa tu?” pandangan Natasha kini menarik perhatian Luqman. Namun, apabila
dia menoleh kebelakang, tiada apa-apa yang dilihatnya. Hanya orang ramai
sahaja.
“Tak
ada apa-apa” Ucap Natasha lalu menyedut minumannya. Luqman mengangkat kedua-dua
bahunya.
“Sha
apa khabar? Macam mana kes hari itu? Dah dapat tangkap ke pencuri tu?” Tanya
Luqman bertubi-tubi. Dia kemudian menyedut minumannya.
Redup
sahaja wajah Natasha apabila diajukan soalan itu. Dia kemudian menghela nafas
yang berat sekali. “Nak kata pencuri tu, tak juga abang Luqman. Sebab dia tak
curi apa-apa pun. Dia hanya koyak semua karya kami sahaja. Cuma, tu la, siapa
dan apa motif dia buat tu yang membinggungkan sha.” Jelas Natasha. Sejujurnya, dia
sendiri pelik kenapa pelaku itu tidak mencuri karya mereka. Malah dia hanya
menghapuskan sahaja.
“Sha
tak rasa ini angkara orang dalam?” tanya Luqman bersahaja.
“Tak
tahulah abang Luqman. Sha tak suka tuduh sesiapa. Takut dapat dosa free
memfitnah je.” Kata Natasha berterus terang. Memang ada benarnya juga. Jika dia
main tuduh sahaja tanpa bukti, itu sudah dikira memfitnah. Dan memfitnah itu
tergolong di dalam dosa-dosa besar. Astaghfirullah!
Luqman
mengangguk faham. “Habis jalan penyelesaian sha tentang kes itu macam mana?”
tanya Luqman mengambil berat akan masalah yang dihadapi Natasha.
Natasha
mengangkat kedua-dua bahunya tanda dia sendiri tidak tahu. “Entah! Tengoklah
macam mana. Sha ingat nak biarkan sahaja. Sebab ada hikmah disebalik semua ni,
Abang Luqman. Disebabkan kes hari itu la rekaan terbaru kami diterima Datin
Seri dengan penuh pujian tau. jadi, Sha ada juga rasa berterima kasih dekat si
pelaku tu. He he he...” Natasha tergelak kecil dengan kata-katanya sendiri.
“Biarkan
macam tu je?” tanya Luqman seolah tidak percaya.
Natasha
tergelak kecil lagi. Natasha mengelengkan kepalanya. “Of course la tak! Tengok la
nanti apa Sha nak buat.”
“Pulak.
Terserah Sha la.” Kata Luqman turut sama tertawa. Bukan kerana marah dengan
sikap ambil mudah dan suka berahsia Natasha itu, tetapi kagum dengan sikap
positifnya. Betullah kata orang, sikap positif mampu membuat hidup kita menjadi
lebih baik. Bersangka baik atau dalam bahasa arabnya dipanggil ‘Husnudzon’ juga
membentuk diri yang ceria dan hidup bahagia.