Bunyi deringan telefon
bimbit di sebelahnya itu memeranjatkan Natasha yang sedang bersarapan. Dia
mengerling pada skrin telefon bimbitnya itu.
Mama Wati
Pantas sahaja tangannya mencapai dan menekan punat jawab
pada skrin telefon itu. Menjawab panggilan daripada orang yang paling dia
hormat dan sayang.
“Assalamualaikum Mama Wati!” Ucap Natasha dengan nada
ceria. Natasha mencapai alat kawalan jauh televisyen untuk memperlahankan
suara.
“Waalaikumussalam anak mama ni. Sihat?” tanya Datin Wati
di hujung talian. Natasha tersenyum. Memang sudah dijangka, mesti Mama watinya
ini akan tanya khabarnya dulu sebelum sempat dia menanyakannya kepada Mama
kesayangannya itu.
“Alhamdulillah. Sihat je ma. Mama Wati sihat?” Jawab
Natasha tenang.
“Alhamdulillah sihat juga. Mama Wati ada benda nak cakap
ni.” Ucap Datin Wati dihujung talian. Gulp! benda apa tu?
“Erm.. apa dia Mama Wati?” tanya Natasha sedikit
gementar. Takut juga jika Mama Wati perasan akan hubungannya dengan Luqman yang
sedikit renggang.
“Itu rahsia. Datang rumah mama ye petang ni?” Ajak Datin
Wati lalu memutuskan talian telefon. Aik? Mama Wati ni kenapa?
Natasha meletakkan telefon bimbitnya di atas meja dapur
itu. Nafas panjang dihela. Nampaknya dia terpaksa kesana. Tak mengapalah.
Mungkin ada perkara mustahak yang ingin dibincangkan. Natasha bingkas bangkit
lalu mendaki tangga untuk bersiap ke kediaman Datin Wati.
“Assalamualaikum.” Ucap Natasha yang sedang berdiri di
hadapan pintu rumah banglo milik Datin Wati. Bukan kerana tidak berani masuk ke
dalam rumah tersebut, tetapi tidak sopanlah jika dia terus sahaja memasuki
rumah tersebut tanpa pengetahuan tuan rumah ini.
“Waalaikumussalam. Masuklah Sha. Mama ada dekat ruang
tamu kedua ni” panggil Datin Wati dari dalam rumah. Pantas sahaja kaki Natasha
melangkah masuk menuju ke ruang tamu kedua di kediaman tersebut.
“Mama Wati, Sha ada bawakkan…” kata-katanya terhenti
apabila terlihat bahawa bukan sahaja dia tetamu Datin Wati, tetapi ada juga
tetamu lain. Tetamu yang sangat dia kenali. Datin Seri Paduka Fazian dan anak
terunanya, Faiz! Serta merta kakinya seperti di gam. Tidak dapat melangkah.
Alamak! Datin Seri! Dahlah sejak peristiwa kerek kenalkan aku sebagai bakal
menantu dia tu, aku seboleh mampu mengelak dari bertembung dengannya. Tapi
terjumpa pula. Aduh!
“Marilah duduk sini Sha.” Panggilan dari Mama Wati
mengejutkan Natasha dari terus berdiri kaku. Perlahan-lahan Natasha jalan ke
arah mereka lalu bersalaman dengan Datin Seri Paduka Fazian dan Mama Wati
kesayangannya. Dia kemudian duduk di sebelah Datin Wati. Berhadapan dengan
Datin Seri Paduka Fazian dan Faiz.
“Natasha ni anak you ke Wati?” tanya Datin Seri Paduka
Fazian kepada Datin Wati. Ada riak tanda tanya di wajahnya. Mungkin tidak
percaya bahawa Natasha dapat berada di situ. Datin Wati tersenyum lalu
mengangguk mengiyakan.
“Oh yeke? Tak sangka. Natasha. Dah lama saya tak jumpa
you.” Sapa Datin Seri Paduka Fazian kepada Natasha. Gulp!
“Saya ada je dekat Ofis, Datin Seri” ucap Natasha sedikit
gugup. Matanya dikerling sebentar kepada Faiz yang sedang sibuk melayan telefon
bimbitnya. Ish kerek ni! Tak nak tengok langsung muka aku! Eh? Kenapa aku kisah
pula dia tak pandang aku?
“Sha, Mama dengan
aunty fazian ada perkara nak bincang ni. Soal business. Ajaklah Faiz
bersiar-siar dekat taman sekejap ya?” minta Datin Wati. Natasha mengangguk
faham. Begitu juga dengan Faiz. Mereka kemudian bergerak meninggalkan Datin
Wati dan Datin Seri Paduka Fazian untuk membincangkan hal mereka.
“Awak! Macam mana ni?! Saya tak jelaskan lagi berkenaan
status tu tempoh hari” ucap Natasha sedikit risau. kerana masih tidak
menjelaskan berkenaan status ‘Daughter-in-law to be’ yang dikatakan Faiz tempoh
hari.
Faiz kelihatan tenang sahaja sambil bermain lagi dengan
telefon bimbitnya. Natasha yang sedikit tidak puas hati dengan sikap Faiz itu
segera merampas telefon itu. “Hoi!” marah Faiz.
“Awak dengar tak apa yang saya cakap ni?” Tanya Natasha
sekali lagi. Ish! Mat kerek ni! Serius boleh tak?
“Tahu dah. Saya dah explain dekat mama balik. Jangan la
risau sangat.” Jawab Faiz tenang.
“Serius?” tanya Natasha seakan tidak percaya dengan
kata-kata yang keluar dari mulut Faiz itu. Faiz hanya mengangguk tanda perkara
itu betul dan dia tidak menipu.
“Alhamdulillah!” diraup kedua-dua tapak tangan yang masih
memegang telefon bimbit Faiz itu sekali kemuka. Apabila telefon bimbit itu
terkena sahaja dahi Natasha, automatik sahaja terpampang skrin hadapan di
telefon itu terbuka. Terbeliak mata Natasha melihat skrin tersebut.
“Dah kenapa tengok macam nak tercabut mata tu?” tanya
Faiz. Serta merta muka Natasha merona merah. Dipulangkan kembali telefon itu
kepada pemiliknya. Ish! Tak tahu malu!
“Kenapa?” tanya Faiz sedikit hairan dengan tingkah laku
Natasha. Dia kemudian membelek telefonnya. Tidak semena-mena, terhambur tawa
Faiz.
“Lah! Ini ke?” tanya Faiz lalu menunjukkan gambarnya yang
tidak berbaju sewaktu menghadiri kelas renang di London dahulu. Makin merah
muka Natasha.
“Ish! Tak tahu malu! Tak payah la tunjuk!” marah Natasha.
Geram dengan Faiz yang galak ketawakannya. Makin merah muka Natasha, makin kuat
Faiz menyakat Natasha sehinggakan Natasha mencubit geram pada lengan Faiz.
Geram sangat!
“Hahaha… berketak tak badan saya? Hahaha…” ketawa Faiz.
“Diam la kerek! Malu la sikit! Saya ni perempuan! Mana
biasa tengok benda-benda tu semua! Badan perempuan je saya tengok! Mana la saya
tak malu!” marah Natasha lagi. Tetapi ketawa Faiz Nampak seperti tiada
surutnya. Makin kuat lagi adalah.
“Eleh! Kalau awak kahwin dengan saya nanti mesti awak
suka” Faiz sudah mula mahu menyakat Natasha. Makin merah wajah Natasha dengan
kata-kata Faiz. Apa?
“Ish! Siapa nak kahwin dengan awak! Perasan!”
“Betul tak nak? Orang cakap saya handsome.. orang cakap
la.. bukan saya.” Kata Faiz, memuji diri sendiri.
Natasha menjeling tajam ke arah Faiz sambil tersenyum
sinis. “Angkat bakul sendiri Nampak? Siapa kata awak handsome? Tak handsome!
Langsung tak comel!”
“Yeke? Bukan hari itu awak juga yang kata saya ni comel?”
tanya Faiz menginggatkan Natasha semula akan kejadian di Tasik Titiwangsa
tempoh hari. Serta merta wajah Natasha kembali merah. Manakala Faiz sambung
ketawa dengan pertanyaannya sendiri apabila tidak mendapat respon daripada
Natasha. Dia ni!!!
“Ehem!”
Bunyi deheman
menganggu kerancakan perbualan Natasha dan Faiz. Pantas sahaja mereka memandang
gerangan yang menegur itu. Hampir terkeluar jantung Natasha apabila melihat Luqman
sedang merenungnya sambil berpeluk tubuh! Serius sahaja wajahnya. Langsung
tiada senyuman di bibir itu. Sejak bila dia ada dekat situ?