Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kenapa mesti dia??!!!
Kenapa mesti dia??!!!
Diyana Ramlan
19/1/2015 14:48:36
160,586
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 15

Pertunjukan Fesyen yang diadakan oleh syarikat dan butik milik Datin Seri Paduka Fazian mendapat pujian ramai. Mereka sangat meminati serta kagum dengan hasil seni reka fesyen yang di hasilkan daripada pasukan produktifnya. Tetamu yang hadir tidak putus-putus mengucapkan tahniah kepada beliau. Natasha yang hadir hanya mengenakan dress labuh berwarna Royal Blue bermanik keemasan dan bertudung shawl labuh melilit di kepalanya. ringkas sahaja pakaiannya hari ini.

“Mila!” sergah Natasha apabila melihat setiausahanya yang berada di meja makan bulat jauh sedikit daripada pentas peragaan. Mila yang baru sahaja menyuapkan makanan kedalam mulut hampir tersedak apabila disergah oleh majikannya itu. Natasha tergelak kecil. Tidak menyangka sergahannya mendapat reaksi sebegitu. Dia sengaja mahu menyapa setiausahanya kerana mahu lari daripada disoal pelbagai soalan daripada para wartawan fesyen yang hadir.

“Ya Allah cik Natasha! Terkejut saya tau!” luah Mila.

“Awak Nampak cun la hari ini Mila. Lawa.” Puji Natasha. Walaupun tubuh setiausahanya itu bertubuh kecil dan rendah daripadanya, tetapi hari ini dengan baju dress singkat berwarna merah jambu berlabuci di sekitar bahu kiri itu menyerlahkan diri si pemakai.

Mila tersipu malu dengan pujian yang di beri majikannya itu. Jarang dia dipuji sebegini. Bukan dari majikannya ini sahaja, Datin Seri Paduka Fazian juga turut memuji keterampilannya di majlis ini. “Mana ada, Cik Natasha. Cik Natasha lagi cantik. Jealous saya.”

“Awak ni. Saya pula?” Natasha tergelak kecil dengan kata-kata yang keluar dari mulut setiausahanya. Ada-ada sahaja la si Mila ni.

“Natasha!” Panggil satu suara dari arah belakangnya. Perlahan-lahan Natasha menoleh kebelakang. Natasha mengukirkan senyuman buat Dahlia. Dia benar-benar tidak menyangka yang dia akan bertemu dengan ‘rakan’nya itu di sini. Di majlis yang gah dan terkenal ini. Majlis yang hanya dihadiri oleh tetamu kenamaan sahaja.

“Hey! Tak sangka dapat jumpa you dekat sini.” Ucap Natasha. Hanya tersenyum melihat Dahlia.

“Yea! Are you kidding me? I pun terkejut bila mama panggil nama you tadi. tak sangka you kerja dengan mama i!” ucap Dahlia. Kening Natasha terangkat sebelah.

“Mama?” tanya Natasha masih tidak mengerti. Pelik! Bukankah Dahlia juga sepertinya? Anak yatim piatu?

“Datin Seri Paduka Fazian tu mama angkat I la Natasha. Mama pula kebetulan kawan baik arwah ibu i. so, dia ambil I jadi anak angkat dia. Lagi pun, mama Cuma ada seorang anak je. Itu pun anak lelaki.” Jelas Dahlia panjang lebar. Natasha mengangguk faham. Patutlah Dahlia mampu berpakaian mewah begini. Sudah rezekinya.

“Cik Natasha, saya ke sana dahulu ya? Nak borak dengan Puan Sabariah sekejap.” Mila meminta diri memandangkan dirinya dirasakan tidak diperlukan. Natasha hanya mengangguk dengan masih mengukirkan senyuman buat Dahlia.

“Dah rezeki you Dahlia.” Ucap Natasha. Dahlia hanya mengangguk.

“So, seronok tak kerja dengan mama? Mesti mama cerewet kan? Mama memang macam tu. Sebab tu I tak nak kerja dekat syarikat dia. Stress!” luah Dahlia lalu tergelak kecil.

“Eh tak la. I happy kerja dengan your mom. Dia sporting tau!” Kata Natasha, ikhlas.

“Nampak sangat tipu.” Tegur satu suara garau dari sebelahnya. Natasha terpaksa mendongakkan kepalanya memandang gerangan yang tidak reti memberi salam itu. Suka hati je cakap aku menipu. Aku punya la ikhlas puji mak si Dahlia ni.

Terbeliak matanya memandang seraut wajah yang sangat dia menyampah. Aduh! Kenapa pula mamat ni ada kat sini! Kenapa dia?! Kenapa tak Zac Efron ke? Dave Franco ke? Kenapa mesti mamat kacukan British ni!

“Awak?”

“Apa?” tanya lelaki itu dengan lagak sombong sekali. Dia yang memakai tuksedo berwarna sedondon dengan Natasha berdiri tegak di sebelah Natasha sambil berpeluk tubuh.

“Abang Faiz ni! Suka bergurau la! Natasha, kenalkan. Ammar Faiz. Abang i. Abang, ini la kawan yang Lia ceritakan tu. Isn’t she beautiful?” Dahlia memperkenalkan Faiz kepada Natasha. Dahlia tersenyum penuh makna.

“Assalamualaikum nenek kebayan? Tak sangka awak pandai fesyen ye? Ingatkan reti sihir orang dengan mulut awak tu je?” tegur Faiz kepada Natasha. Terlopong sebentar mulut Natasha. Amboi! Nak cari gaduh betul dia ni! Sabar Natasha! Sabar!

Natasha memalingkan wajahnya menghadap Faiz yang berdiri di sebelahnya itu. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya sambil cuba menahan amarahnya yang bila-bila masa sahaja bakal keluar itu. Kemudian dia memaniskan wajahnya dengan mengukirkan senyuman yang paling indah sekali buat Faiz. “Waalaikumussalam Encik kerek. Ops! Encik Faiz. Tak sangka penuh sopan dan berbudi bahasa ayat awak itu tadi.”

Faiz mengetap bibirnya. Terasa dengan perlian Natasha itu tadi. kini kedua-dua mereka menghadap satu sama lain. Masing-masing saling merenung antara mereka.

“Errr.. did you guys know each other?” tanya Dahlia inginkan kepastian. Niatnya untuk memperkenalkan abangnya Faiz hanya mahu melihat abangnya berkenalan dengan Natasha, tetapi lain pula jadinya. Takut juga mereka bakal mengadakan perang dunia ketiga pula selepas ini.

“Eh! Apa pula tak kenal dengan nenek kebayan ni? Kan nenek?” tanya Faiz. Selamba sahaja dia memanggil Natasha dengan gelaran itu. Natasha mengetap bibirnya. Geram! Di kecilkan matanya merenung wajah kacak milik Faiz.

“Faiz? Dahlia? Natasha? What’s going on here?” tegur Datin Seri Paduka Fazian tiba-tiba. Mematikan pergaduhan yang bakal meletus.

Faiz dan Natasha berdehem beberapa kali. Cuba menenangkan hati masing-masing. Dahlia pula sudah tersengih tidak tahu ingin menjawab apa dengan mamanya. “Errr… mama…” belum sempat Dahlia hendak menjelaskan pertanyaan Datin Seri Paduka Fazian, Faiz terlebih dahulu memotong percakapannya.

“Mama. Meet my girlfriend and in shaa Allah your daughter-in-law to be. Liyana Natasha.” Selamba sahaja Faiz memperkenalkan diri Natasha sebagai teman wanitanya. Sekali lagi, entah keberapa kali mata Natasha terbeliak dengan ayat yang keluar dari mulut Faiz itu tadi. APA??!!

“Really? Ya Allah! Natasha betul ke ni? Since when kamu berdua dating? Mama tak tahu pun?” tanya Datin Seri Paduka Fazian bertubi-tubi. Kelihatan teruja dengan ayat yang keluar dari mulut anak terunanya itu.

Natasha ingin sahaja menidakkan kata-kata Faiz itu tadi tetapi dihalang oleh Faiz. “Betul la mama! Dah lama dah, sejak Faiz dekat London lagi. Tu la, bila Faiz cakap Faiz dengan someone, mama tak nak percaya.”

“Mama bukan tak percaya.. mama..” kata-kata Datin Seri Paduka Fazian terganggu dengan teguran daripada tetamu yang hadir. Dahlia pula sudah lama menghilangkan diri. Tidak mahu ikut campur dengan urusan abangnya itu. Natasha memandang tepat kewajah tampan milik Ammar Faiz bin Datuk Seri Paduka Helmi. Terasa bertambah menyampah dia dengannya.

“Awak ikut jela lakonan ni. Nanti saya belanja awak aiskrim” kata Faiz separuh berbisik. Tidak mahu mamanya terdengar akan perbualan mereka.

“Awak ingat saya budak-budak ke?” bentak Natasha. Tidak suka akan pembohongan yang dibuat Faiz itu.

“ikut jela nenek!” arah Faiz sedikit tegas. Natasha memasamkan mukanya tanda dia tidak suka dan tak nak ikut serta pembohongan yang dibuat-buat itu. Dia meminta diri dari Datin Seri Paduka Fazian untuk ke tandas sebentar. Niatnya bukan mahu ketandas, tetapi mahu menenangkan diri dengan apa yang berlaku sebentar tadi.

Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Diyana Ramlan