“Alhamdulillah! Kenyang
nya abang Luqman! Terima kasih banyak-banyak tau” ucap Natasha sebaik sahaja
mereka sampai di sebelah kereta milik Luqman. Restoran mamak bistro di hadapan
mereka dipandang sekilas. Atas permintaan Natasha, tempat ini menjadi tempat
mereka menjamu makan malam pada malam ini. Luqman pula hanya menuruti kemahuan
Natasha. Jika boleh, segala kemahuan Natasha akan dituruti.
Luqman tersenyum “Amboi. Memang la kenyang. Dah dia makan
tiga keping roti canai, dua keping roti bum!” perli Luqman lalu mentertawakan
Natasha.
Natasha mencebik.
“Ala.. dah orang tu belanja kita. Apa lagi. order aja la!
Hehehe”
“Abang tak kisah. Apa je yang Sha nak. Abang sanggup dan
rela lakukannya. Demi orang yang abang sayang.” Ucap Luqman. Muka Natasha
bertukar merah. Malu dengan apa yang dikatakan Luqman.
“Ish abang Luqman ni!”
“Betul Sha. Just say it. Abang akan sedaya upaya
lakukannya untuk Sha. Just for you sayang” ucap Luqman lagi dengan suara yang
cukup mengetarkan jiwa Natasha. Makin merah muka Natasha menahan malu.
“Dah la! Jom balik!”
Baru sahaja tombol pintu kereta itu ingin Natasha buka,
pergelangan tangan Natasha ditarik lembut. “Sha.” Panggil Luqman cukup lemah
lembut.
“Err.. ye abang Luqman?”
“Sha terima kan?’ Tanya Luqman.
“Terima apa abang Luqman?’ Tanya Natasha kembali.
“Sha terima kan luahan hati abang semalam?”
“Entah la abang. Sha.. Sha tak tahu.. apa pula kata mama
dan papa nanti”
“Mama dan papa setuju.” Ucap Luqman. Terus sahaja wajah
tampan itu direnung Natasha. seperti tidak mempercayai sahaja apa yang dikata
Luqman.
“Apa? Mama Wati dan Papa Im setuju?” Tanya Natasha
kembali. Eh! aku pekak ke? Takkan macam tu je Mama Wati dan Papa Im boleh
setuju?
Luqman hanya mengangguk.
“Tapi macam mana…”
“Itu sha kena Tanya mama sendiri. Mama nak jumpa sha
esok. Boleh sha datang rumah kami?” Tanya Luqman lagi. Natasha mengaru
kepalanya yang tidak gatal. Ni apa kes minta aku datang rumah? Ish! Seganlah!
“Segan la abang Luqman! Dah la semalam Sha terus balik
je” Jawab Natasha. Tertunduk malu kerana mengingatkan peristiwa semalam. Kerana
terlalu terkejut dengan luahan hati
daripada Luqman, dia tanpa mengucapkan apa-apa terus sahaja angkat kaki
daripada rumah banglo milik orang tua Luqman.
Luqman ketawa kecil dengan gelagat yang di pamer Natasha.
“Tak ada apalah. Dah! Esok abang datang ambil sha dekat rumah ye? Esok kan
hujung minggu? Biar Abang je ambil Sha?”
“Suka hati abang Luqman la.” Kata Natasha lalu masuk
kedalam kereta. Luqman hanya ketawa kecil lalu mengikuti Natasha masuk kedalam
kereta.
“Terima kasih Abang Luqman.” Ucap Natasha sebaik sahaja
kereta diberhentikan dihadapan rumah teres milik Natasha. Wajah tampan itu
ditenungnya. Sebuah senyuman dihadiahkan buat jejaka itu.
“Terima kasih je?” Tanya Luqman cuba untuk bergurau.
Natasha ketawa kecil.
“Birthday abang Luqman kan sabtu ni? So, hadiah nanti sha
bagi sabtu la. He he he”
Luqman mengelengkan kepalanya. “Tak nak. Abang tak kisah
pasal hadiah”
Natasha mengerutkan dahi kehairanan. Aik? Kalau tak nak
hadiah, abang Luqman ni nak apa? Takkan duit kot? Takkan gaji doktor tak cukup?
Nak dibandingkan dengan aku, banyak lagi gaji dia. Kalau dia tak ada duit
sekali pun, Papa Im kan kaya?
“Err.. Abang Luqman nak apa?” Tanya Natasha tidak
mengerti.
Enjin kereta dimatikan. Luqman duduk menghadap Natasha.
Ditenung sepasang mata berwarna hazel milik Natasha. “Abang nak kan jawapan
daripada Sha. Jawapan bagi luahan hati abang semalam.”
“Oh.. erm.. Sha.. err..”
“Sayang, Abang betul sayang dan cintakan Sha.” Luqman
meluahkan kata-kata tulus daripada hatinya. Memandang sepasang anak mata itu
dengan penuh rasa cintanya. Ya Allah. Abang Luqman, jangan la pandang sha macam
tu. Iman tak kuat. Huhuhu.
“Sha..”
“Sha?”
Natasha menundukkan kepala. Malu. “Sha pun sayangkan
abang.”
“Really?!!! Ya Allah! Thank you sayang!” mahu sahaja
Luqman memeluk Natasha. Tetapi oleh kerana memikirkan mereka hanya adik dan
abang angkat sahaja dan bukannya keluarga sedarah dengannya, dimatikan niatnya
itu. Sabar.
“Okay la. Sha keluar dulu.” Ucap Natasha lalu cepat-cepat
keluar dari kereta. Baru sahaja Natasha ingin membuka pintu pagarnya, bunyi hon
dibunyikan daripada kereta Luqman. Natasha memalingkan wajahnya memandang
Luqman yang berada di dalam. Cermin kereta di bahagian penumpang diturunkan.
“Thanks sayang. Jumpa esok.” Ucap
Luqman lalu meninggalkan kawasan perumahan itu. Natasha hanya tersenyum tersipu
malu.