Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kenapa mesti dia??!!!
Kenapa mesti dia??!!!
Diyana Ramlan
19/1/2015 14:48:36
160,554
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
prolog

Suasana nyaman di sawah bendang membuatkan waktu tengahari itu menjadi tenang sekali. Kelihatan seorang budak lelaki lingkungan usia sepuluh tahun sedang duduk di pondok yang berada di tengah sawah padi milik keluarganya.

“Abang Luqman!” jerit suara kanak-kanak perempuan tidak jauh dari tempat dia duduk. Budak lelaki yang bernama luqman itu berpaling memandang dari mana datangnya suara tersebut. Dari jauh budak perempuan bertocang dua berseluar track dan berbaju lusuh berlari menghampiri tempat luqman beristirahat.

“Abang Luqman! Betul ke apa yang Sha dengar?” tanya Natasha sebaik sahaja dia berdiri di hadapan luqman. Dia kelihatan termengah-mengah setelah penat berlari hanya ingin mendapatkan penjelasan daripada rakan karibnya, Luqman.

Luqman hanya tersenyum lalu mengangguk mengiyakannya.

“Ya. Betul apa yang Natasha dengar tu.” Kata Luqman. Jarak umur antara kedua-dua mereka hanyalah setahun sahaja. Namun, ramai yang menganggap mereka sebaya oleh kerana badan Natasha yang sedikit gempal itu.

Natasha kelihatan lemah lalu duduk di sebelah Luqman. Dia tertunduk.

“Nanti. Kalau abang Luqman pindah ke bandar, siapa lagi yang nak tolong Sha bila Sha ada masalah? Siapa lagi yang nak tegur si pembuli yang selalu buli Sha? Siapa lagi yang nak temankan Sha balik lepas mengaji dekat rumah tok imam?” luah Natasha. Terasa sedih apabila Luqman yang sudah dianggap seperti abangnya sendiri hendak berpindah ke bandar metropolitan Kuala Lumpur. Dirinya yang yatim piatu itu sudah menganggap Luqman sebahagian dari hidupnya. Kini, Luqman sudah mahu pergi. Mampukah dia menjalani hidup kanak-kanaknya dengan gembira seperti biasa? Tanpa Luqman?

“Sha. Insyaallah, nanti kalau setiap kali cuti, Abang Luqman balik la Selangor. Ala, bukannya jauh pun Kuala Lumpur tu dengan Sabak Bernam. Jalan kaki pun boleh!” Luqman cuba membuat Natasha ketawa dengan lawaknya. Tapi tidak berjaya. Hanya terpamer raut wajah kesedihan sahaja.

Luqman bangun dari tempat duduknya lalu duduk bercangkung dihadapan Natasha. Demi melihat wajah kanak-kanak itu.

“ Liyana Natasha. Jangan la sedih lagi. Nanti Abang Luqman sedih juga tau.” Pujuk kanak-kanak berumur sepuluh tahun itu. Walaupun usianya muda lagi, namun, tingkah laku dan pemikirannya cukup matang sekali.

Perlahan-lahan Natasha mengukir senyuman buat Luqman.

“Ha! Macam tu la.” Kata Luqman penuh ceria sambil menayangkan symbol ‘Thumbs up’.

“Abang Luqman janji tak akan lupakan Sha?” ujar Natasha lalu menunjukkan jari kelingkingnya. Menyuruh Luqman berjanji dengan dirinya.

Luqman tersenyum. Faham benar dengan perangai rakan karibnya itu. Di sambut jari itu dengan jari kelingkingnya. Tanda janji yang mereka tidak akan melupakan satu sama lain.

Bunyi enjin kereta Wira membuatkan Natasha tersedar. Dipandang wajah ibu dan bapa Luqman sayu sekali. Natasha sudah menganggap kedua mereka umpama ibu dan bapanya sendiri. Dan hari ini, mereka bakal berhijrah dari kampung ini kerana bapa Luqman sudah menerima tawaran kerja di salah sebuah syarikat terkemuka di Kuala Lumpur.

“Mama Wati. Jangan lupakan Sha tau.” Rajuk Natasha lalu mendakap erat Puan Wati, Ibu Luqman.

Puan Wati hanya tersenyum lalu dia mendakap kembali pelukan Natasha itu.

“Insyaallah sayang, Mama tak akan lupakan Sha.”

Pelukan mereka itu kemudian beralih pula kepada Encik Imran. Lelaki berusia lingkungan 30-an itu.

“Papa Im pun jangan lupakan Sha tau?” dipeluknya erat bapa Luqman itu. Tidak sanggup rasanya ingin berpisah dengan mereka semua.

Encik Imran dan Puan Wati kelihatan sedang memeluk dan berbual dengan pak cik Daud dan Mak Cik Zura, pasangan yang menjaga Natasha setelah kedua orang tuanya meninggal dunia setahun lepas. Luqman datang menghampiriku bersama sekeping surat.

“Sha, ini Luqman nak bagi hadiah.” Hulur Luqman sekeping sampul surat itu kepada Natasha. Disambutnya Natasha teragak-agak. Dibukanya perlahan-lahan untuk mengetahui isi kandungan di dalam sampul surat itu.

Natasha Terkejut. Rupa-rupanya gambar mereka sedang bermain di bendang di hadapan rumah Luqman tahun lepas. Dia benar-benar tidak menyangka bahawa Luqman masih simpan lagi gambar tersebut.

“Abang Luqman masih simpan gambar ni?” Tanya Natasha, Terharu.

Luqman hanya mengangguk mengiyakan pertanyaan Natasha itu.

“Abang Luqman harap Sha tak lupakan Abang tau. Ini sahajalah gambar kenangan kita” Ujar Luqman.

Dahi Natasha berkerut seribu. “Hanya satu? Abang Luqman tak ada gambar lain? Habis macam mana Abang Luqman nak ingat Sha?” tanya Natasha bertalu-talu. Luqman hanya tersenyum. Di ambilnya gambar itu dari tangan Natasha lalu dikoyak dua oleh Luqman. Diberinya gambar diri kepada Natasha manakala sebahagian lagi yang ada gambar Natasha di pegangnya.

“Gambar abang ada pada Sha, Gambar Sha pula ada pada abang. Gambar ni hanya satu sahaja dalam dunia ni tau. Janji yang bila kita jumpa semula, kita akan cantum dan lengkapkan semula gambar ini. Ya?” Jelas Luqman dengan tenang sekali.

Natasha mengangguk tanda setuju.

“Luqman, mari. Kita bertolak sekarang ya?” panggil Puan Wati kepada Luqman.

“Baik Mama.” Sahut Luqman lalu masuk ke dalam kereta setelah melambaikan tangan tanda berpisahnya mereka disini, hari ini.

Natasha hanya mampu melambai kembali tangannya. Berserah dengan perpisahan mereka. ‘Sha tak akan lupakan abang. Sha janji.’ Monoloqnya sendiri. Kelihatan kereta wira milik keluarga luqman bergerak perlahan keluar dari kawasan rumah Liana Natasha.

‘Selamat tinggal Abang Luqman. Semoga kita berjumpa lagi.’ Katanya sendiri lalu mengesat air matanya yang sudah mula membanjiri pipi tembamnya itu.
Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Diyana Ramlan