Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kenapa mesti dia??!!!
Kenapa mesti dia??!!!
Diyana Ramlan
19/1/2015 14:48:36
160,593
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 16

Angin malam itu sedikit sebanyak dapat menyejukkan hati Natasha yang tadi bergelogak penuh amarah. Dia mengambil tempat di bangku yang terletak di dalam taman mini yang ada di hotel itu. Sunyi. Biarlah Sunyi. Dia suka akan suasana ini. tidak seperti di dalam ruangan ballroom itu tadi, penuh sesak dengan tetamu yang tidak putus-putus datang meraikan pertunjukan fesyen yang diadakan.

“Ha! Lega!” luah Natasha. Lega kerana akhirnya dia punya masa sendirian. Jauh daripada gangguan. Tetapi tidak sampai dua minit dia duduk di bangku itu, telefon bimbit kepunyaannya berbunyi. Tanda satu pesanan ringkas masuk.

Assalamualaikum! Sha dah tidur ke?

Serta merta wajahnya bertukar ceria. Abang Luqman! Pantas sahaja jari jemarinya menaip punat di telefonnya.

Belum lagi. Abang Luqman tak tidur ke? Dah nak dekat tengah malam ni.

Butang hantar ditekannya. Di kerling jam pada skrin telefon bimbitnya. Sudah hampir jam dua belas tengah malam. Tidak tidur lagi ke Abang Luqman ni?

Abang tak boleh tidur. Sha punya pasal la!

Terkedu dia membaca mesej pesanan ringkas yang di hantar Luqman. Fasal dia? Laju sahaja dia membalas mesej tersebut.

Kenapa pasal Sha pula? Sha tak ada pun miscalled abang Luqman?

Ada! Sha ada miscalled abang. Tapi bukan dekat telefon. Sha miscalled hati abang. Sha buatkan abang asyik teringatkan Sha je tau!

Serta merta wajahnya merona merah. Malu bercampur bahagia membaca pesanan ringkas yang dihantar Luqman. Ya Allah! Betul ke ni? Abang Luqman ingat dekat aku? Hatinya berbunga riang.

Tidak sempat dia membalas pesanan ringkas itu, telefon bimbitnya berdering tanda sebuah panggilan masuk. Tertera nombor yang tidak dikenali di skrin.

Siapa ni? Call dari pekerja atau klien aku? Soalnya dalam hati.

Pantas sahaja dia mengangkat panggilan tersebut. Takut jika panggilan tersebut datang daripada panggilan penting.

“Assalamualaikum Liyana Natasha here.” Ucapnya ringkas.

Diam. Tiada seorang pun menyahut salamnya di hujung talian. Siapa pula ni?

“Hello?” tanyanya sedikit pelik. Takkanlah ada orang nak kenakan aku pula? Tak kelakar okay?

“Hello…” jawab satu suara dihujung talian. Suara yang sengaja dikepitkan sehingga kedengaran seperti orang sengau sahaja di pendengaran Natasha. Kening Natasha terangkat sebelah. Dah ni siapa pula?

“Ye? Ada yang boleh saya bantu?” tanya Natasha lagi. Tidak mahu berlama-lama.

“Bantu? Boleh-boleh…” jawab suara itu dihujung talian.

“So?”

“So?” ikut suara itu dari pertanyaan Natasha. Sengaja menaikkan kemarahan Natasha yang baru sahaja mahu reda. Ish! Masalah betul la hari ini. tadi dengan si kerek. Baru nak bahagia, ada lagi masalah?

“Maaf ye. Kalau awak nak main-main, saya letak telefon sekarang. Assalamualaikum.” Bentak Natasha menahan geram di hati. sakit pula hatinya bila diperlakukan sebegitu. Serupa orang tidak punya akal.

Kedengaran jelas suara seseorang ketawa sakan dihujung talian. Natasha mengeluh panjang. Rasa mahu pijak-pijak sahaja orang ini. suka sangat menyakat dirinya. “Abang Luqman ni!” Natasha menjerit kecil.

“Aduh! Pekak telinga abang! Ha ha ha…” masih lagi kedengaran Luqman ketawa dihujung talian. Muka Natasha masam mencuka.

“Biar! Padan muka! Siapa suruh kenakan Sha!” Luah Natasha. Geram dengan perangai Luqman yang satu itu. Agak-agak la kalau nak gurau pun Abang Luqman ni!

“Ala… sorry la tuan puteriku yang comel, cantik, cute, bergaya…” pujuk Luqman. Tidak mahu adik angkatnya itu merajuk kerana dirinya. Nanti siapa pula yang mahu melayan perangai suka menyakatnya yang satu itu.

“Comel dengan cute itu sama je la. Abang Luqman ni harap je belajar tinggi. Tapi, tatabahasa pun salah!” bidas Natasha. Masih lagi merajuk dengan Luqman.

“Amboi. Kasar bahasa. Okay.. okay.. sorry ye? Jangan la buat abang macam ni…” rayu Luqman lagi.

“Apa yang Sha buat dekat abang Luqman pula? Abang Luqman yang buat sha.”

“Sha… Please…” Rayu Luqman lagi. Natasha tersenyum. Terhibur pula hatinya dengan sikap Luqman yang satu ini lagi. Sikapnya yang cepat sahaja meminta maaf apabila dia sudah melakukan kesalahan. Tidak kiralah untuknya atau kepada sesiapa pun.

“Okay…” jawab Natasha ringkas. Luqman sudah bersorak gembira di hujung talian. Akhirnya, dapat juga memujuk hati Natasha.

“Thank you sayang!” ucap Luqman. Natasha telan air liurnya.

“Errrr…” tidak ada satu pun perkataan yang mampu terucap olehnya. Terkedu dengan perkataan sayang yang diucap Luqman.

“sebenarnya abang nak jemput sha ni. Mama nak Sha datang makan tengahari esok dekat rumah kami. And mama tak nak sha cakap ‘No’ for an answer.” Jelas Luqman. Natasha mengangguk faham. Meskipun Luqman tidak dapat melihatnya.

“In shaa Allah. Ada event apa je abang Luqman?” tanya Natasha.

“Ada la. Secret!” gurau Luqman sudah ketawa dihujung talian.

“Abang Luqman ni. Main-main lagi. Cepat la bagitahu.” Tanya Natasha lagi.

“Ala… sha ni. Nak gurau sikit pun tak boleh. Esok kami ada buat kenduri sikit. Ala, kenduri kecil-kecil je.”Jelas Luqman. Natasha mengangguk faham.

“In shaa Allah.. Esok pukul berapa? Boleh rasanya… memandangkan esok cuti umum.” Jawab Natasha. Dia tidak kisah jika undangan itu diadakan sewaktu dia cuti. Apatah lagi undangan itu datangnya daripada Mama Wati.

“Esok lepas Isyak. Datang tau!”

“In shaa Allah, Abang Luqman.” Jawab Natasha.

“Okay! See you tomorrow sayang! Assalamualaikum.” Ucap Luqman lalu mematikan talian. Natasha tersenyum.

“Waalaikumussalam.” Ucap Natasha. Ada kebahagiaan di dalam hatinya. Kebelakangan ini Luqman sering menuturkan kata-kata sebegitu kepadanya. Mungkinkah Abang Luqman juga punya perasaan serupa dengannya?

Cepat-cepat Natasha mengelengkan kepalanya. “Tak mungkin!”

“Apa yang tak mungkin?” Tanya satu suara dari belakangnya. Suara ni. Natasha mengeluh lagi. Aduh! Bagi la ruang sikit untuk aku. Baru nak rasa bahagia je, mesti kau ada. bentak hatinya.

“Tak ada apa-apa.” Jawab Natasha ringkas kepada soalan Faiz itu tadi. dia benar-benar tiada mood ingin melayan kerenah Faiz yang suka mencari gaduh dengannya. Walaupun baru berjumpa, tetapi dia rasa macam sudah lama bermusuhan dengan Faiz.

Natasha bangun dari duduknya dan ingin beredar dari situ namun dihalang Faiz. Faiz memegang erat lengan Natasha. “Duduk kejap. Saya ada benda nak bincang.”

Natasha menepis tangan Faiz yang memegang erat lengannya. Tidak suka dirinya dipegang sesuka hati. “Nak bincang apa? Saya rasa tak perlu nak bincang apa-apa lagi.”

“Duduk jela.” Arah Faiz sedikit tegas. Natasha mengeluh. Dia kemudian akur dengan arahan Faiz tadi. malas ingin bertegang urat dengan lelaki itu.

Faiz mengambil tempat di sebelah Natasha. Membuatkan Natasha berpaling muka ke arah lain. “Mengenai hal tadi. saya minta maaf.”

Kening Natasha terangkat sebelah. “Tahu pun nak minta maaf.”

“Diam sekejap boleh tak? Menjawab je kerja.” tegur Faiz. Tidak suka akan sikap Natasha yang satu itu. Natasha hanya menjeling maut kepada Faiz.

“Bukannya sengaja saya nak cakap macam tu. Mama selalu desak saya kahwin cepat. Rimas! So, saya nak tawarkan dua benda dekat awak.” Usul Faiz.

“Apa dia?” Tanya Natasha acuh tak acuh sahaja.

“Satu. Kahwin dengan saya.” Kata Faiz. Hampir terlopong mulut Natasha dengan ayat yang keluar dari mulut Faiz. Tak nak!!!

“Tak nak!!!” bantah Natasha memotong percakapan Faiz. Dia bingkas bangun dari duduknya ingin beredar dari situ. Namun sekali lagi dihalang oleh Faiz.

Degil betul la minah ni! Getus hati Faiz.

“Ish awak ni! Cuba dengar dulu!” marah faiz. Sikapnya yang dingin itu membuatkan Natasha terdiam seketika. Kerana sikapnya ini juga membuatkan dia menjadi seorang yang digeruni di tempat kerja.

“Apa dia? Apa tawaran kedua?” tanya Natasha membelakangi Faiz. Bibirnya diketap kerana masih berasa geram.

“Kalau awak tak nak kahwin dengan saya, tolong saya berlakon di hadapan mama? Jadi girlfriend saya.” Tutur Faiz bernada serius.

Apa?!!.

Natasha memusingkan badannya memandang Faiz. Wajah tampan Faiz direnung Natasha. “Awak. Dengar sini ye? Ada dua jawapan saya untuk kedua-dua tawaran awak tu. Satu! Saya tak nak berkahwin dengan awak! I barely know you! Tiba-tiba awak nak suruh saya kahwin dengan awak? No way! Dua! Saya tak suka berbohong! Apatah lagi orang yang saya nak bohong itu boss saya sendiri! Tak berkat rezeki saya nanti! Sudah la awak! Assalamualaikum!” Ucap Natasha lalu beredar meninggalkan Faiz dengan hati penuh kemarahan. Tidak suka dengan sikap Faiz yang suka mengambil kesempatan keatas dirinya. Dia tidak mahu tahu kenapa Faiz berkata begitu malah dia tidak ingin tahu langsung kenapa Faiz memikirkan sampai ke tahap begitu. Hatinya geram!
Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Diyana Ramlan