Bunyi ketukan di pintu
pejabat mematikan lamunannya seketika. Entah kenapa, peristiwa semalam di
hadapan rumahnya itu sedikit sebanyak menganggu konsentrasinya dalam kerja.
segera dia menggelengkan kepala masih lagi tersenyum. Dah kenapa dengan aku ni?
Bunyi ketukan di pintu bunyi lagi. Pantas sahaja Natasha
menyuruh gerangan yang mengetuk pintu itu masuk menemuinya.
“Cik Natasha.” Tegur Mila. Tersembul wajahnya di hadapan pintu.
Wajahnya kelihatan lebih ceria dari biasa.
“Ya mila?” tanya Natasha sambil tersenyum ke arah
setiausahanya itu. Mila turut sama membalas senyuman Natasha.
“Cik Natasha tak lunch ke? Dah waktunya ini.” Ucap Mila,
menginggatkan Natasha. Pagi tadi dia ada menginggatkan setiausahanya agar
mengingatkan berkenaan temu janjinya dengan
Luqman. Malah dia menyuruh setiausahanya membatalkan semua temu janjinya
dengan klien selepas waktu rehat. Sudah semestinya Mila mengesyaki bahawa
Natasha ingin keluar berjumpa dengan seseorang istimewa.
“Oh ye! Terima kasih ya mila!” ucap Natasha segera bangun
membersihnya mejanya. Mila sudah tersenyum kambing di pintu biliknya. Sah! Ini
mesti ingat aku nak pergi dating ni.
“kirim salam saya dekat someone special tu ya Cik
Natasha.” Sakat Mila. Sejak peristiwa pembentangan yang mendapat pujian tempoh
hari, hubungan dia dan setiausahanya rapat sekali. Malah bukan dengan Mila sahaja,
turut sama dengan pekerja bawah seliaannya juga. Mereka seperti tidak lagi
gerun dengan sikap Natasha yang tegas itu. Tambahan pula, sikap Natasha kini
sudah kurang tegasnya.
Natasha tergelak kecil. “Ada-Ada sahaja awak ni Mila. In
Shaa Allah.” Jawab Natasha. Dia kemudian membetulkan tudung dan pakaiannya.
Mila yang dari tadi ingin menyakat Natasha lagi membatalkan niatnya sebaik
sahaja telefon bimbit milik Natasha berbunyi. Pantas sahaja Natasha
mengambilnya. Tertera nama Abang Luqman di skrin telefon miliknya.
“Assalamualaikum Abang Luqman.” Ucap Natasha memulakan
bicara salamnya. Cuba untuk menyembunyikan keterujaannya itu. Disambut oleh
Luqman dihujung talian. Tetapi Natasha dapat mendengar jelas Luqman sedang
sibuk ketika ini. Mungkin masih di Hospital barangkali.
“Abang Luqman nak sha tunggu dekat mana ni?” tanya
Natasha sebaik sahaja memberi salam. Butang baju blazernya dibuka sedikit.
“Mengenai tu. Abang rasa kita lunch dekat kafe hospital
tempat abang kerja boleh tak Sha? Hari ini ramai pesakit. Abang sibuk sikit ni.
Boleh tak Sha?” tanya Luqman. Berharap Natasha setuju dengan cadangannya. Bukan
dibuat-buat, tetapi memang dia sangat sibuk sekarang ini. Ditambah lagi dengan
bilangan kedatangan pesakit yang parah akibat kemalangan yang baru dihantar ke
hospital lagi membuatkannya bertambah sibuk.
“Oh… Boleh sahaja. Sha datang sekarang ya.” Kata Natasha.
Setuju dengan cadangan Luqman. Dia sedikit pun tidak kisah dimana mereka akan
makan tengahari kerana segala temujanji dengan pelanggannya sudah di tunda
keesokkan hari.
“Okay Sha. Terima kasih. Sorry sangat tau!” ucap Luqman
dihujung talian lalu mematikan talian tersebut. Mungkin keadaannya yang terlalu
sibuk membuatkan dia berbuat begitu. Tidak boleh berlama di dalam talian.
Natasha
menghembuskan nafasnya perlahan. Nampaknya dia akan ke Hospital Ampang untuk
makan tengahari bersama dengan Luqman. Dia tidak kisah akan perkara itu.
Memandangkan jarak tempat dia bekerja dan hospital tempat Luqman bekerja juga
tidak berapa jauh letaknya. Cuma yang memeningkan dia adalah kesesakan jalan
raya menuju ke sana sahaja. Terpaksalah dia menempuh perjalanan yang sepatutnya
mengambil masa kurang sepuluh minit itu menjadi lebih kurang hampir dua puluh
minit. Selesai mengemas meja dan membetulkan pakaiannya, dia segera keluar dari
pejabat menuju ke lobi bangunan.
Bunyi
nyanyian lagu ‘Untuk Dia’ oleh Sleeq dan Najwa Latif kedengaran sederhana kuat
di corong radio. Kenderaan MyVi yang di pandu Natasha dipandu sederhana laju
setelah melalui lampu isyarat yang ketiga. Dia kini sudah hampir ke kawasan
parkir Hospital Ampang.
Hari
ini dia kira bernasib baik kerana kurang kenderaan yang menggunakan jalan
menuju ke hospital tersebut. Jika tidak, dia pasti tersangkut lagi di lampu
isyarat yang pertama.
HOSPITAL
AMPANG, PANDAN MEWAH.
Sesampainya dia di hadapan pintu hospital,Dia
segera memberikan signal ke kiri untuk memasuki perkarangan hospital lalu
membelokkan keretanya ke kanan menuju ke arah bangunan terletaknya tempat
parkir kereta. Nasibnya hari ini semamangnya memihak kepadanya, kerana terdapat
beberapa lagi tempat kosong yang ada di dalam bangunan itu. Jika tidak, jangan
haraplah pak cik keselamatan itu hendak memberinya kebenaran untuk memasuki
bangunan tersebut. Kerana sememangnya jika tempat parkir sudah penuh, mereka
tidak akan membenarkan sebarang kenderaan masuk kecuali kenderaan pekerja
hospital yang sudah ada nama di petak parkir khas mereka.
Natasha
memandu kereta kesayangannya penuh cermat sekali mendaki ke tingkat tiga
bangunan. Kerana di situ baru di letakkan tempat parkir kereta untuk pelawat.
Sewaktu dia sibuk mencari-cari tempat kosong untuk meletakkan kenderaannya,
tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Segera dia menekan pembesar suara untuk
menjawab panggilan tersebut.
“Assalamualaikum. Liyana Natasha here” jawab Natasha
tanpa memandang skrin telefon bimbitnya. Kepalanya masih meninjau-ninjau
sekeliling kalau-kalau ada tempat kosong.
“Waalaikumussalam. Cik Natasha, Mila ni.” Jawab Mila
dihujung talian.
“Ye Mila?”
“Maaf
mengganggu Cik Natasha, saya Cuma nak tanya ni.” Kata Mila. Dirinya rasa serba
salah kerana menganggu Natasha ketika ini. Sedangkan dia tahu Natasha sudah
mengatakan bahawa sebarang hal kerja perlu diberitahu keesokkan hari. Tetapi
kali ini dia terpaksa, kerana Datin Seri Paduka Fazian sendiri yang ingin dia
mengambil dokumen tersebut dari bilik fail.
“Ye?
Tanyalah. And make it quick. Saya tengah memandu ni.” Jawab Natasha. Tenang
bersuara. Ini mesti berkaitan dengan kerja.
“Dokumen
mengenai festival fesyen minggu depan tu cik Natasha simpan di mana ya? Datin
seri minta saya ambilkan.” Terang Mila ringkas. Tidak mahu membuang masa kerana
Natasha sedang memandu.
Natasha
membelokkan keretanya ke kanan, mendaki lagi ke tingkat empat kerana di tingkat
tiga tiada langsung kekosongan. “Cuba awak ke bilik fail. Cari di almari nombor
tiga, bahagian penting.”
“Dah
cik Natasha. Tapi tak jumpa.” Jawab mila, hampa.
“Tak
jumpa?” tanya Natasha inginkan kepastian. Setahunya, dia letakkan fail tersebut
di situ.Natasha menjeling ke skrin waktu dashboardnya. Lambat dah ni! Natasha
menekan pedal minyaknya sedikit.
“Ha!
Dekat atas meja saya. Cuba awak tengok. Kalau tak ada juga, mungkin Puan
Sabariah yang ambilnya, sebab semalam dia minta kebenaran saya untuk buat
sedikit pengubahsuaian.” Terang Natasha panjang lebar kepada setiausahanya.
Pandangannya kini kurang fokus pula ke pemanduannya kerana masih memikirkan di
mana letaknya fail tersebut.
“Oh…
baik Cik Natasha. Maaf mengganggu.” Kata Mila. Masih lagi rasa serba salah.
Natasha tergelak kecil.
“It’s
okay.” Jawabnya ringkas.
‘Ha!
Jumpa pun satu tempat parkir kosong.’ Hatinya gembira apabila terlihat satu
tempat parkir tidak jauh darinya. Pedal minyak ditekan. Dia memandu keretanya
menuju ke petak parkir tersebut.
Tiba-tiba
sebuah kereta BMW bewarna putih masuk ke petak parkir kosong yang ingin
dimasukinya membuatkan dirinya terpaksa menekan brek kecemasan. Dirinya
terdorong sedikit kehadapan. Bunyi gesekan tayar kuat kedengaran. Ya Allah. Nak
mati ke pemilik kereta tu? Kalau nak pun jangan la bahayakan aku! Nafas Natasha
turun naik. Cepat-cepat dia beristighfar.
Natasha
keluar dari keretanya, dia kemudian melangkah ke hadapan ingin melihat jika dia ada ter’cium’ kereta
BMW yang keluar itu tadi. Hatinya dilanda resah. Tangannya mengigil, masih
terkejut dengan keadaan tadi.
Fuh! Lega. Tak kena! Lagi dua inci je lagi nak
langgar. Nasib baik sempat tekan break. Kalau tidak, melayang duitnya ingin
membaiki kos kerosakan. Walaupun bukan kerana kesalahannya, dia tetap bimbang
jika kereta kesayangnya itu kemek. Di urut dadanya meredakan keresahan yang
ada.
“Awak
ni buta ke? Tak Nampak kereta saya nak masuk?” marah seseorang dari
belakangnya. Ini pasti pemilik kereta BMW tersebut! Eh! Dia yang buta cakap
kita! Selamba badak dia je tuduh orang!
“Hello!
Awak tu yang buta!” marah Natasha lalu berpaling memandang gerangan yang
memarahinya itu tadi. geram pula aku dengan dia ni! Natasha mengetap bibirnya
menahan geram.
Natasha
memandang tepat ke wajah pemuda yang memarahinya. Wajahnya yang putih dan bersih
itu ditatap Natasha penuh kemarahan. Harap muka je handsome! Tapi perangai? Kerek
betul!
“Apa?
Saya?” Tanya pemuda itu. Dia dilihat memakai baju putih yang selalu dipakai
oleh pekerja-pekerja di dalam hospital tersebut. Oh! Doktor rupanya. Ingatkan mamat
sewel mana tadi. ada otak rupanya.
“Ya!
Awak la!” Natasha memberanikan diri mengatakan pemuda tersebut yang salah. Heh!
Dia tak kenal lagi siapa Liyana Natasha! Marilah kalau nak gaduh!
“Weh
nenek, saya yang masuk dulu la. Apesal pula saya yang salah. Dasar nenek
kebayan.” Marah pemuda itu dengan sombongnya. Amboi! Panggil aku nenek! muka
aku yang lawa ni kau kata macam nenek kebayan? Wah! Melebih!
“Amboi!
Sedap mulut awak je cakap saya nenek kebayan. Awak tu? Doktor kerek! Sombong
gila! Awak la yang salah! Ini laluan one way la! Saya la yang sepatutnya dapat
parkir ni dulu. Awak tiba-tiba laju potong saya tadi. lepas tu nak claim ini
tempat parkir awak. Suka suki je.” Bebel Natasha. Rasa meluat benar dia dengan
pemuda di hadapannya kini. Rasa mahu sahaja dia cungkil keluar anak mata
berwarna hazel milik lelaki ini. Geram!
“Huh!
Orang dah salah memang macam tu. Banyak alasan!” perlinya. Eh eh? Ni memang
mintak dah ni! Muka Natasha merona merah menahan amarahnya. Di jelingnya kereta
BMW berwarna putih milik lelaki tersebut. Ikutkan hati, mahu sahaja dia sepak
kereta tersebut.
“Sedap
mulut awak je. Awak tu harap je pakai kot doktor bagai. Tapi perangai? Hilang
terus ke sopan santun tu? Jadi doktor ni memang hanya pada jawatan sahaja ke? ”
Bidas Natasha lalu mengetap bibirnya. Ya Allah, sabarkanlah hatiku ini.
“Apa?
Jaga sikit mulut tu ya?”
“Apa?
Betul apa? Awak tu tiba-tiba je drive laju. Bahayakan orang lain!! Mana
sifat kemanusiaan yang ada pada seorang doktor?” Bidas Natasha lagi. Ha! Lawan
la mulut laser aku ni! Tahu pulak diam!
Wajah
tampan lelaki itu mula tegang. Nampak jelas urat-urat mula timbul pada lehernya yang putih itu. rahangnya pula diketapnya.
Orang ramai mula datang melihat apa yang
terjadi. Malu dengan orang yang mula berkumpul, akhirnya pemuda tersebut
mengambil keputusan mengalah.
“Huh!
Awak ambil la nenek kebayan! Setakat tempat parkir pun nak gaduh! Macam
budak-budak.” Katanya lalu masuk kedalam kereta dan berlalu dari situ.
"Biarlah!" jerit Natasha lalu menjelirkan lidahnya ke arah kereta lelaki tersebut yang mula hilang dari pandangan.
Natasha
tersenyum kemenangan. Yes! Padan muka! Tula! Nak gaduh lagi dengan aku! Harap
muka je handsome. Tapi kerek gila!
Malas ingin melayan perasaan
marahnya itu, dia masuk kedalam kereta MyVinya lalu parkir kenderaannya di
petak parkir yang direbut olehnya dan pemuda itu tadi. Nasib aku dapat parkir
ni! Kalau tak, entah dimana lagi dia hendak parkir kereta comel kesayangan aku
ini.