Lebih seminggu Natasha
dan kumpulan di bawah seliaannya mengambil masa untuk menyiapkan segala lakaran
dan rekaan baru mereka untuk di bentangkan di hadapan Datin Seri Paduka Fazian.
Segala bentuk hiburan dan ajakan terpaksa ditolak termasuklah ajakan Luqman
seminggu lepas. Dan hari ini, semua penat lelah mereka membuahkan hasil yang
tidak disangka-sangka. Ternyata, kejadian pecah masuk yang menghancurkan segala
hasil kerja mereka dahulu membuatkan rekaan mereka yang baru ini dipuji oleh
Datin Seri Paduka Fazian.
Natasha mengambil tempat di kerusi dalam bilik pejabatnya.
Urusan pembentangan malam pertunjukan fesyen yang bakal diadakan kurang dua
minggu lagi telah pun selesai. Ternyata, rekaan darinya dan pekerjanya mendapat
pujian daripada Datin Seri Paduka Fazian, CEO di dalam syarikat ini. Bukan itu
sahaja, segala lakaran dan rekaan untuk pelanggan kerabat yang memerlukan
bantuannya juga sudah siap dan sudah pun di bincangkan bersama mereka mengikut
jadual yang telah di susun dengan bantuan daripada setiausahanya, Mila.
“Alhamdulillah.” Terungkap perkataan syukur di bibir
Natasha. Di raup wajahnya dengan kedua telapak tangannya. Menghilangkan penat
yang dilaluinya sejak minggu lepas lagi.
“Cik Natasha.” Bunyi dari intercom mengejutkan dirinya
yang sedang beristirahat itu. Dia membetulkan duduknya sebentar.
“Ya Mila?” jawabnya ringkas.
“Datin Seri Paduka Fazian want to see you, cik Natasha”
ucap Mila ringkas. Dahi Natasha berkerut seribu. Datuk Seri nak jumpa aku?
Bukankah dia dah balik selepas pembentangan tadi? Soalnya di dalam hati.
“Bukan Datin Seri dah pulang ke Mila?” tanyanya inginkan
kepastian.
“I Don’t know Cik Natasha.” Balas Mila. Eh? Tak tahu pula
dia ni. Soalnya lagi di dalam hati.
“Di mana?” tanya Natasha lalu bangkit membetulkan baju
kemejanya yang sedikit runyuk itu.
“Di bilik meeting, Cik Natasha.” Jawab Mila.
“Okay. Terima kasih.” Ucap Natasha lalu melangkah ke
pintu bilik pejabatnya bersama sebuah buku plan yang selalu dibawanya jika
melibatkan mesyuarat atau bersua dengan pelanggan. Baru sahaja pintu biliknya
dibukanya, tiba-tiba, PAPPPP!!!!! bunyi letupan kecil berbunyi di hadapan
biliknya itu sedikit sebanyak memeranjatkan dirinya yang langsung tidak
mempersiapkan diri itu. Cepat-cepat di memejamkan matanya. Pejabat Kena Bom ke?
Mak!! Jeritnya di dalam hati.
“SURPRISE!!!” Jerit semua pekerja yang berada di bawah
seliaannya itu. Riuh sebentar kedaan ketika itu. Natasha membukakan matanya
perlahan-lahan.dilihatnya kepingan kertas berkilau terbang jatuh dari atasnya.
Fuh! Lega bukan bom!
“ya Allah. Terkejut saya.” Ujar Natasha, jujur. Dia
kemudian menyambung “What’s all this? Mila?” tanya Natasha sambil ketawa kecil.
Terhibur sedikit dengan perancangan parti mengejut pekerjanya ini.
“Kami buat surprise parti ni untuk Cik Natasha. Kami
berterima kasih sangat sebab Cik Natasha seorang leader yang terbaik. Semua
rekaan dan lakaran yang di bentang tadi Cik Natasha yang punya bukan? Tapi, Cik
Natasha bilang dekat mereka bahawa kami semua yang lakar. Terima kasih Cik
Natasha.” Luah Mila sambil tersenyum. Disambut pula ucapan terima kasih beramai-ramai
daripada pekerjannya yang seramai kurang lebih dua puluh orang itu.
“Ya Allah. Apa la yang korang merepek ni. Kita kan buat
bersama? Jadi, ganjarannya pun bersama lah.” Ucap Natasha. Dia agak terharu
juga dengan kejutan ini. Mana tidaknya, dia hampir sahaja ingat bahawa letupan
kecil itu tadi merupakan letupan bom.
“Ala Cik Natasha ni malu-malu pula.” Usik Syafiq, salah
seorang pekerjanya kini. Natasha tergelak kecil. Terhibur dengan kemesraan yang
diberi semua pekerja bawahan kepadanya. Semua orang yang berada di situ turut
sama tergelak dengan usikan itu.
Bunyi tepukan tangan mematikan seketika sambutan mereka.
Semua mata tertumpu kea rah belakang mereka. Begitu juga Natasha. Datin Seri!
Jerit Natasha di dalam hati. Kelihatan semua kakitangan di situ semua
menundukkan wajah mereka. Takut barangkali dengan tetamu yang tidak diduga itu.
“Well, tak nak jemput saya makan sekali ke?” tanya Datin
Seri Paduka Fazian selamba sambil ketawa. Semua kakitangan yang tadinya takut
bertukar menjadi ceria semula. Dijemputnya bos besar mereka itu ke meja
berdekatan untuk menjamu selera dengan bekalan dan makanan yang dibeli mereka
khas untuk meraikan kejayaan mereka kali ini. Kelihatan Datin Seri Paduka
Fazian berasa tidak kekok makan sekali dengan semua pekerjanya. Malah dia
langsung tidak kisah makan di atas pinggan kertas. Sungguh rendah diri. Natasha
hanya tersenyum melihat telatah semua kakitangannya, termasuklah bos mereka
itu. Sungguh dia beruntung bekerja di dalam syarikat milik Datin Seri Paduka Fazian.
Dia merasakan mereka ibarat satu keluarga yang besar sekali.