“Sha nak makan apa?
Abang ambilkan” pelawa Luqman bermurah hati ingin mengambilkan makanan untuk
Natasha. Adik angkat kesayangannya.
“Eh? Tak payah la. Abang Luqman ni. Nak buat layanan
first class pula dekat Sha.” Kata Natasha agak segan dengan pelawaan Luqman
itu. Mukanya merona merah. Luqman hanya ketawa kecil melihat wajah comel
Natasha yang sedang menahan malunya itu.
“Lah.. buat apa nak malu. Erm.. Chichken chop?” tanya
Luqman.
"Allergic"
"Beef Lasagna?" tanya Luqman sekali lagi. benar-benar ingin melayan puteri kesayangannya itu.
"tak suka beef." jawab Natasha menahan ketawa kerana sengaja mencari alasan agar tidak dilayan bagai puteri.
"Sha. please..." rayu Luqman perlahan.
"okay.. okay.." kali ini Natasha mengalah. Luqman tersenyum.
"urm.. Fettucine Pasta with chilli Tuna and swiss brown mushroom?" tanya Luqman panjang lebar nama menu yang ada di situ. Natasha tergelak kecil.
"Amboi. ha ha ha.." Natasha hanya mampu tergelak. dia kemudian menganggukkan kepala lalu menyambung “boleh juga.”
“Great! Please.. have a sit dear. I will be back in five
okay?” kata Luqman lalu terus beredar dari tempat duduknya. Natasha hanya
tersenyum melihat Luqman. Tidak menyangka yang Luqman akan melayannya seperti
seorang puteri. Gentleman gitu. Pujinya dalam hati.
Bunyi deringan di telefon bimbit mengejutkannya. Pantas
sahaja dia mencapai telefon bimbit itu di tas tangan yang senantisasa di
sisinya. Tertera nombor pejabat di skrin telefonnya. Mukanya sedikit berkerut.
“Dah pukul berapa dah ni? Takkan dia orang semua tak
balik lagi?” luah Natasha sendiri. Dia kemudiannya menekan punat hijau di skrin
untuk menjawab panggilan tersebut.
“Assalamualaikum. Liyana Natasha here.” Ucap Natasha
sedikit tegas. Risau jika yang membuat panggilan tersebut adalah bosnya, Datin
Seri Paduka Fazian.
“Waalaikumussalam cik Natasha. Saya ni, Mila.” Kedengaran
suara Mila, setiausahanya di hujung corong telefon. Suaranya berbunyi sedikit
cemas.
“Ye Mila?” Tanya Natasha sedikit runsing. Manakan tidak,
Mila menelefonnya kini sudah waktu larut malam. Apatah lagi diluar waktu
bekerjanya. Jika tidak kerana sebarang kecemasan, pasti dia tidak akan di
hubungi oleh pekerjanya ini. Pasti ada sesuatu yang tidak kena. Getus hatinya.
“Cik Natasha…. Erm.. macam mana nak cakap ye.. erm..
arrr..” kedengaran suara Mila sedikit tergagap-gagap.
“Why Mila? Ada apa-apa yang berlaku ke?” tanya Natasha
sedikit runsing tetapi masih boleh dikawalnya lagi.
“Pejabat kita kena pecah masuk Cik Natasha. Habis design
kita di koyaknya.” Ujar Mila. Kata-kata Mila dirasakan Natasha ibarat terkena
kejutan elektrik sahaja. Mana tidaknya, hasil rekaannya yang selama tiga bulan
itu dalam sekelip mata sahaja hancur.
“Apa? Bila?”
“Baru je ni Cik Natasha. Tadi lepas saya dengan Effy pulang dari dinner, kami terus ke pejabat sebab saya lupa nak ambil briefcase. tapi, bila nak buka sahaja pintu pejabat kita, pintu tu tak berkunci. saya tak tahu..” belum
sempat kata-kata Mila itu dapat diteruskan, Natasha terlebih dahulu memotong
percakapannya.
“Okay! I’ll be there in about ten minutes. Call Encik
Kamal to inform this. Then you call me back okay? Oh Mila, stay calm.” Terus
sahaja talian itu diputusnya. Dia harus segera ke pejabat. Tidak ada masa di
sini. Dia harus melihat sendiri bagaimana keadaan pejabatnya kini.
Baru sahaja Natasha ingin bangun untuk beredar, Luqman
sudah pun sampai di meja mereka bersama makanan yang di pesan oleh Natasha.
“Sha? Kenapa ni?” tanya Luqman setelah menyedari ada
perkara yang tidak kena dengan adik angkatnya itu. Natasha hanya tersenyum
hambar.
“Sha kena pergi ni Abang Luqman.” Ringkas sahaja jawapan
yang diberi Natasha. Dahi Luqman berkerut tidak faham.
“Go where? You haven’t eat anything yet Sha?” Tanya
Luqman tidak puas hati dengan jawapan yang diberi Natasha.
“Office. Ada emergency.” Luah Natasha. Luqman mengangguk
faham.
“Sha pergi dulu ya abang. Kirim salam Sha dekat mama Wati
dan Papa Imran tau!” sambung Natasha lalu cepat-cepat beredar dari situ.
Langkahnya laju sahaja keluar dari kediaman mewah milik pasangan ibu bapa
angkatnya. Bunyi deringan di telefon bimbit membuatkan dirinya yang sedang
melangkah laju di sisi jalan raya itu terganggu. Dia memperlahankan langkahnya,
kini pandangannya tertumpu kepada bunyi di dalam tas tangan itu. Dengan kelam
kabut di mencari-cari di mana dia meletakkan telefon bimbit jenama iphone 6 nya
itu.
“Aduh! Mana pula aku letak ni!” getus Natasha. Geram.
Dalam sibuk dia mencari telefon bimbitnya itu di dalam
gelap malam, tanpa dia sedari di kini sedang berjalan di tengah jalan raya di
kawasan perumahan itu. Bunyi hon dan lampu daripada kenderaan langsung tidak
dihiraunya.
“Ha! Jumpa….” Baru sahaja dia ingin gembira kerana sudah
menjumpai telefon itu, dia kini baru menyedari bahawa dia berada di tengah
jalan raya dan sebuah kenderaan dipandu laju yang berada tidak jauh darinya
yang akan melanggarnya.
“Alamak!” dia hanya sempat memejamkan mata sahaja apabila
menyedari di bakal dilanggar. Kedua-dua tangannya diraupkan ke muka. Aduh! Mati
lah aku! Aku tak nak mati! Amalan aku masih banyak lagi tak buat! Ya Allah! Aku
tak nak mati! Jeritnya dalam hati.
Disangkanya dirinya bakal terkena sesuatu yang
menyakitkan. Tetapi tidak terjadi apa-apa. Malah kini dirasakan dirinya berada
dalam pelukan seseorang. Dalam samar-samar lampu yang terdapat di jalan raya
itu, dia hanya dapat melihat sehelai tali leher yang kelihatan agak pelik itu.
“Ehee.. peliknya tali leher” kata Natasha antara sedar
atau tidak.
“Awak okay ke?” tanya satu suara garau yang masih
memeluknya itu. Di goncang perlahan tubuh kecil Natasha yang antara sedar atau
tidak.
“Saya masih hidup ke?” tanya Natasha lalu mengusap tali
leher itu. Matanya kuyu sahaja kerana masih terkejut dengan kejadian dia hampir
dilanggar itu tadi.
“Ye. Awak masih hidup.” Jejaka itu
mengiyakan.
"Alhamdulillah." Natasha tersenyum. tangannya kini menarik-narik tali leher yang kelihatan sungguh pelik itu. ada pula tali leher begini di masa ini? tali leher bercorak lipstick wanita. pondan ke apa?
"weh! Awak jangan nak pengsan pulak!" tegur lelaki yang menyelamatkannya itu tadi. tangannya masih memeluk Natasha yang masih lemah itu.
"Bising la. bagi la orang tidur kejap." memejamkan matanya. Lalu dia tidak sedarkan diri. Yang hanya dia
dengar ialah bunyi riuh di sekelilingnya. Mungkin orang ramai juga terkejut
seperti mana dia juga. Ahh! Biarlah.. aku nak rehat sekejap. Monolognya sendiri
lalu melelapkan matanya. tidak sedarkan diri.