Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kenapa mesti dia??!!!
Kenapa mesti dia??!!!
Diyana Ramlan
19/1/2015 14:48:36
160,602
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 18

Ya Allah. Kenapa aku begitu perasan? Kenapa aku perasan dengan perasaanku sendiri? Kenapa aku sangat yakin yang abang Luqman punya perasaan yang sama denganku? Bodohnya aku! Diketuk perlahan kepalanya yang dibaluti shawl. Pandangannya terarah pada tasik titiwangsa dihadapannya. Dirinya perlu bersendirian. Tidak mahu di kacau sesiapapun. Dia mahu mengubati hatinya yang terluka agar keesokan hari tidak ada langsung saki baki kesakitan ini.

Air mata yang ditahan sewaktu di banglo tadi kini tidak henti-henti membanjiri pipinya yang putih mulus itu. Hatinya hancur! Berkecai! Bukan itu sahaja, dia malu! Malu kerana menyangka Luqman mempunyai perasaan yang serupa dengan dirinya. Tidak sangka! dia hanya bertepuk sebelah tangan! Dia malu kerana pasti Luqman menganggap dia tergedik akan Luqman! Walhal Luqman hanya kasih padanya seperti seorang adik! Tidak lebih tidak kurang!

“AHhhhhhhh!!!!” Natasha menjerit sekuat hati kerana dengan cara itu sahaja dia dapat melepaskan beban di dalam hatinya. Hatinya benar-benar berkecai. Jeritannya itu di ikuti pula dengan tangisan yang tidak henti-henti. Mukanya diraup dengan kedua-dua telapak tangannya.

Tiba-tiba seketul batu dibaling dihadapannya. Air dari ketulan batu yang terkena pada tasik itu terpercik sedikit pada Natasha. Segera dia menoleh ke sisinya. Faiz yang lengkap memakai baju sukan tenang berdiri di sebelah Natasha. Entah dari mana dia datang Natasha tidak ambil peduli. Hatinya lebih penting dari kehadiran Faiz yang tidak diundang itu. Pandangan Natasha kembali terarah ke tasik yang tenang itu.

“Saya tak ada mood nak layan awak. Tolong pergi.” Tegas arahan yang diberi Natasha. Tidak kuasa ingin melayan Faiz yang suka mencari fasal dengannya. Faiz masih lagi berdiri di sebelah Natasha, dia kemudian duduk di sebelah Natasha pula. Langsung tidak menghiraukan kata-kata Natasha itu tadi.

“Doktor Faiz, Please.” Rayu Natasha. Tidak langsung memandang wajah Faiz. Mana mungkin dia ingin melihat wajah lelaki itu dengan wajahnya yang sudah merah, pipinya pula masih mengalir saki baki air mata, manakala hidungnya pula sudah merah seperti badut sahaja.

“Ini kan tempat awam. Kenapa saya perlu beredar pula? Suka hati saya la.” Jawab Faiz tenang. Masih lagi membaling ketulan batu ke dalam tasik.

Malas hendak bertegang urat dengan Faiz, Natasha mengambil keputusan ingin beredar sahaja. Namun sebaik sahaja Natasha ingin bangun, pergerakannya itu terhalang. Faiz memegang erat lengan Natasha membuatkan Natasha kembali duduk di tempatnya.

“Hati yang bersedih jangan ditahan. Kelak membawa seribu keresahan” Ucap Faiz dengan nada tenang.

Sedikit sebanyak mengusik emosi Natasha yang sedang bersedih itu. Serta merta air matanya berjujuran keluar. “Huaaaaa!!!” Lebih banyak daripada sebelumnya. Faiz menghulurkan kain sapu tangannya untuk digunakan oleh Natasha. Natasha pula menyambutnya lalu mula bercerita. Dia menceritakan akan perasaannya itu, tentang Luqman, tentang Dahlia. Tidak ada lagi perasaan marah terhadap Faiz ketika ini, yang ada hanyalah perasaan sedih yang sedikit sebanyak dikongsi bersama dengannya.

“Lupakan sahajalah Luqman tu. Apa susah.” Ucap Faiz sebaik sahaja keadaan Natasha kembali tenang. Dia langsung tidak memandang wajah Natasha biarpun sewaktu Natasha sedang bercerita mahupun ketika Natasha sudah kembali tenang. Pandangannya dari mula hanya terarah ke tasik sahaja.

“Senang la awak cakap. Dia tu Orang yang saya sayang! Susah la!” Ucap Natasha sedikit geram dengan sikap ambil mudah Faiz itu.

“Habis? Takkan awak nak meratap selama-lamanya?” tanya Faiz.

Natasha terkedu lalu menggelengkan kepalanya. “Tak adalah sampai begitu sekali.”

“Habis tu?”

“Awak tak faham la! Awak bukannya pernah jatuh cinta pun!” marah Natasha. Geram juga dengan sikap Faiz ini. selain sikapnya yang sombong dan kerek itu, dia juga memiliki sikap suka memaksa! Benci la!

“Siapa kata?”

“Tengok pun dah tahu..” selamba sahaja Natasha meluahkan apa yang difikirannya. Dengan keadaan Faiz macam ini? siapa sahaja yang mahu berteman dengannya?

Faiz menundukkan kepalanya. Nafas panjang dihelanya. “Saya pernah bercinta.” Sepotong ayat itu walaupun dikata Faiz dengan nada rendah, tetapi cukup jelas di pendengaran Natasha. Hampir terlopong mulut Natasha dengan kenyataan yang dikeluarkan Faiz. Seperti tidak percaya. Serta merta minatnya beralih kepada kenyataan yang dikeluarkan faiz itu tadi.

“Siapa? Waaa! Tak sangka!” ucap Natasha menunjukkan keterujaannya. Faiz hanya tersenyum hambar.

“She was my junior. Kami bercinta dari bangku sekolah lagi.” Ucap Faiz masih bernada perlahan. Natasha mengangguk faham.

“And then? What happened?” tanya Natasha tidak sabar. Buat pertama kalinya Faiz memandang tepat ke wajah Natasha setelah sekian lama tidak memandang wajah itu. Direnungnya mata Natasha. Seperti mahu memberitahu sesuatu. Tetapi tidak sampai satu minit, pandangannya kembali terarah ke tasik di hadapannya.

“Kami putus. The End!” ucap Faiz sedikit tegas. Tidak mahu Natasha bertanya lagi. Cukuplah kisah silamnya itu hanya dirinya sahaja yang simpan. Tidak perlu diungkap kembali kisah yang lama.

“Ala..” kata Natasha tidak puas hati dengan penamat cerita Faiz. Ingin ditanya, tetapi dia faham bahawa faiz semestinya tidak mahu bercerita lagi.

“Natasha” panggil Faiz. Natasha memandang wajah kacukan british itu. Handsome juga kau ya? Eh! Apa aku merepek ni! Dia kemudian mengelengkan kepalanya seperti menidakkan sesuatu.

“Awak dah kenapa ni?” tanya Faiz sedikit pelik. Rasanya tadi dia hanya memanggil nama gadis itu sahaja. Natasha hanya tersengih. “Tak ada apa-apa. Kenapa panggil tadi?”

“Jodoh pertemuan ajal maut semua terletak di tanganNya. Jadi jika Luqman itu sudah tertulis untuk awak, jangan risau. walau sehebat manapun dugaan yang mendatang, dia akan tetap menjadi milik awak.” Ucap Faiz. Natasha mengangguk faham.

“Tak perlu la awak nak meratap meraung macam orang gila. nanti tak pasal-pasal keluar statement dekat surat khabar “Pereka fesyen terkenal meroyan gilakan lelaki!”..” ucapnya lagi. Kali ini dengan ketawa yang tidak dibuat-buat. Amboi! Sempat lagi kau ea!

“Ish! Awak ni! Saya tahu la! Sibuk sahaja!” ucap Natasha sedikit geram. Terasa dengan perlian pedas Faiz.

“cakap je. Awak tu tahu jela. Macam nenek-nenek. kecoh lebih.” Ucap Faiz. Kembali dengan sikap sombongnya. Ish! Kerek gila!

“Apa?” Natasha membeliakkan matanya. Bersedia jika Faiz ingin memulakan pergaduhan antara mereka. Baru sahaja aku nak berbaik dengan dia, dia dah kembali kepada dirinya yang asal. Kalau dah kerek tu kerek juga!

“Hahaha…” Buat pertama kalinya, Faiz ketawa di hadapan Natasha membuatkan Natasha sedikit terkedu. Terserlah lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Alahai! Comel! Ehhhhhhhhhhhh!!!! Apa aku ni!!!!

“Apa yang kau geleng tu nenek? sah dah tak betul!” Faiz menyambung kembali ketawanya. Kali ini ketawanya terhambur kuat. Lucu dengan pertanyaannya sendiri. Sekali lagi pandangan Natasha tertarik ke wajah yang sebelum ini dirasakan meluat itu.

“Awak ni comel juga kan?” Kata Natasha tanpa sedar, meluahkan apa yang bermain difikirannya. Namun setelah dia sedar akan kesilapannya, dia segera menutup mulutnya.

Faiz yang tadi galak mentertawakan Natasha kini berdehem beberapa kali dengan kenyataan yang diberi Natasha. terkejut juga dengan dirinya sendiri. tidak pernah dia ketawa sebegitu dihadapan wanita lain selain Dahlia dan mamanya.

Faiz berdehem beberapa kali. “Aaaa… saya pergi dulu la. Assalamualaikum.” Ucap Faiz lalu bangkit dan beredar dari situ.

Baru sahaja beberapa langkah Faiz langkah beredar dari duduknya, Natasha memanggilnya membuatkan langkahnya mati. Namun kerana egonya itu, dia tidak memandang Natasha. “Terima kasih sebab sudi mendengar luahan perasaan saya ni.” Ucap Natasha sambil tersenyum. Walau marah macam mana sekalipun dia dengan Kerek ini, dia sangat bersyukur kerana Faiz sudi mendengar kisah sedihnya.

Faiz hanya mengangguk lalu kembali melangkah beredar dari situ. Natasha tersenyum. “Malu la tu.” Ucapnya lalu tergelak kecil. Sedikit sebanyak terhibur juga dengan perangai Faiz itu tadi.

‘Betul apa yang dikatakan oleh Faiz. Aku tak boleh lemah! Takkan aku nak meratap selamanya akan benda yang tak pasti? Jodoh, Pertemuan, Ajal dan Maut semua sudah ditentukan oleh Sang Pencipta. Jadi? Apa lagi yang mahu aku takut? Aku harus kuat!’ Monolognya di dalam hati. kembali semangat dengan pertemuan singkat itu. Dia kemudian mengenggam tangan kanannya lalu di halakan kea rah langit. Seolah berikrar agar tidak mahu bersedih akan perkara yang tidak pasti dan sia-sia lagi.

Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Diyana Ramlan