Pagi Sabtu itu, Natasha
sudah siap ingin keluar ke pasaraya terdekat untuk membeli barangan basah dan
kering untuk kegunaan di dapur. Natasha mengenakan baju T lengan panjang berona
biru muda, seluar jeans hitam dan bertudung shawl satin berwarna kelabu. Cukup
ringkas dan kemas. Dia keluar sebaik sahaja selesai siap berpakaian dan terus
memandu keretanya ke pasaraya terdekat, Jusco.
“Assalamualaikum Mak Cik!” tegur satu suara dari belakang
Natasha sewaktu dia sedang meneliti salah satu barang di hadapannya. Pantas
sahaja dia menoleh ke belakang melihat gerangan yang menegurnya itu. siapa pula la yang selamba badak dia je panggil aku makcik ni? nenek betul. geram.
“Waalaikumsalam. Ya Allah. Shakirah. aku ingatkan
siapalah tadi.” Jawab Natasha sebaik sahaja mendapat tahu rakannya itu yang
menegurnya. shakirah hanya tergelak kecil.
Shakirah menjeling ke dalam troli yang ditolak Natasha.
“Ini je ke kau beli? Macam nak buat kenduri aje?” tanya Shakirah.
Natasha pula tergelak kecil. Kemudian dia mengelengkan kepala.
“Ini untuk stok sebulan dekat rumah la. Senang tak perlu
ulang alik setiap minggu dekat pasaraya ini. Kau buat apa dekat sini?” tanya
Natasha pula.
“Aku pun beli barang juga. Ibu aku minta aku belikan
barang untuk masak esok. Ada kenduri sedikit. Eh! Kau jangan lupa datang tau!”
kata Shakirah mengingatkan Natasha berkenaan dengan kenduri tahlil yang
diadakan secara kecil-kecilan itu.
“Insyaallah. Esok kan abang Luqman dah nak balik. Jadi
aku tak janji tau. Nanti kirim salam dekat mak kau ya?”
“Aah la. Aku yang ingatkan kau tapi aku pula yang lupa.
Ha! Tak apa, tak apa. Kau tak masak apa-apa ke untuk Abang Luqman kau tu?” kata
Shakirah sudah tersengih-sengih. Natasha terasa sedikit malu dengan usikan
kawan baiknya itu.
“Erm. Aku ingat nak masakkan dia Shepered Pie. Kau rasa
okay tak?” Natasha bertanya pendapat Shakirah.
“Aku rasa macam kurang sesuai la. Yela, dia dekat London tu hari-hari dia makan makanan orang sana. For sure he wants makanan dari sini.
More like tradisional food. Ha! Apa kata kau buat kuih bakar? Kau kan expert
buat kuih tu!” cadang Shakirah memandangkan Natasha amat pandai dalam buat kuih
tersebut.
Natasha mengangguk tanda setuju.
“Erm. Geliga juga otak kau ni kan? tu favourite dia tu. Hehe.. thank you my
love.” Puji Natasha lalu tergelak kecil.
“Tahu dah otak aku ni geliga. Okay la, berbual dengan kau
sampai ke esok tak habis. Aku pergi cari barang ibu aku pesan dulu ya. Kita
sambung dekat telefon nanti. Bye! Assalamualaikum.” Ucap Shakirah lalu menolak
trolinya berlalu dari situ.
“Waalaikumsalam.”