Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kenapa mesti dia??!!!
Kenapa mesti dia??!!!
Diyana Ramlan
19/1/2015 14:48:36
160,593
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 24

“Apa dia mama wati? Parti?” tanya Natasha sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal. Wajah Datin Wati direnungnya menantikan kepastian. Parti hari jadi Abang Luqman? Ah sudah! Tadi sudahlah Faiz Nampak aku menangis kerana Abang Luqman, sekarang aku kena hadir pada majlis hari jadi Luqman kurang seminggu ini? macam mana aku ingin melupakan Luqman jika aku terpaksa berhadapan dengannya?

“Ya. Parti. Sha Wajib datang tau! WAJIB!” Datin Wati sengaja menekankan perkataan Wajib itu berkali-kali kepada Natasha. Mengharapkan bahawa Natasha dapat menghadiri majlis hari jadi anak terunanya.

“Errmmmm… tapi…” belum sempat Natasha memberi alasan, Datin Wati terlebih dahulu memotong kata-kata Natasha.

“No excuse” tegas sahaja arahan yang diberi Datin Wati. Natasha memandang pula wajah Datin Seri Paduka Fazian dan Faiz yang berada di hadapannya. Kenapa mereka ada sekali?

“Natasha, you kena datang juga ya? kami nak semua ahli keluarga ada.” ujar Datin Seri Paduka Fazian dengan riak wajah gembira.

“Errr.. sebelum tu, boleh tak Sha tahu plan Mama Wati dan Datin Seri dahulu? beriya sungguh minta Sha datang ni? Mesti ada perkara istimewa ni” tanya Natasha penuh dengan perasaan ingin tahu.

Datin Seri Paduka Fazian dan Mama Wati berpandangan sebentar dengan senyuman yang penuh makna sekali. Tetapi belum sempat mereka membuka bicara, Faiz terlebih dahulu memotong apa yang bakal mereka sampaikan.

“Err.. mama, bukan ke mama nak jumpa client sekarang?” Tanya Faiz tiba-tiba.

“tak jadi. Bukan ke mama dah bagitahu Faiz yang mama cancel semua appointment dengan client hari ini?” Jelas Datin Seri Paduka Faizan kepada anak terunanya. Nampak benar si Faiz ni cepat lupa. Dah nak dekat nyanyuk la tu. Natasha ketawa kecil.

“Macam ni Sha.. mama wati ingat..” belum sempat Mama Wati menghabiskan ayatnya, sekali lagi Faiz memotong percakapan itu.

“Err.. Auntie, Bila ek birthday Luq?” Tanya Faiz seolah berpura-pura lupa walhal tidak sampai lima minit dia diberitahu mengenai tarikh tersebut. Dah! Kau ni kenapa kerek?

“Kamu ni kenapa Faiz? Cepat benar lupanya?” Tegur Datin Seri Paduka Fazian. Bingo! Terima kasih Datin Seri! Merah muka Faiz menahan malu apabila ditegur dihadapan Natasha.

“Urm.. dia terminum banyak semut kut Datin Seri. Hehehe..” sampuk Natasha sengaja mahu menyakat Faiz. Biar! Kali ni biar aku pula usik kau! Selalu kau asyik nak cari gaduh dengan aku je kan? Padan muka!

“Macam ni Sha. Mama Wati dengan Auntie Fazian nk buat surprise untuk Luqman.” Mama Wati menyambung ayatnya yang dipotong Faiz tadi.

“Surprise apa Mama? Macam best je bunyi! Tak sabar pula Sha!” Sempat dia menjeling ke arah Faiz. Aik? Kenapa kau pandang tempat lain?

“Kami ingat nak satukan Dahlia dan Luqman pada malam tu”

Bagai halilintar yang membelah bumi. Dia terkaku sebentar. Termangu dengan apa yang baru sahaja diberitahu oleh Mama Wati tadi. Terdiam seribu bahasa. Hatinya hancur. Hancur ibarat debu yang berterbangan.

“Ya sha. Kami ingat kami nak satukan la mereka. Dahlia beritahu mereka pun dah bercinta dari masa belajar dulu. Jadi, rasanya tak ada masalah.” Jelas Datin Seri Paduka Fazian lagi. mereka tersenyum bahagia dengan keputusan yang baru sahaja diberitahu tadi. Seolah telah mendapat persetujuan daripada kedua-dua belah pihak.

Walaupun hati Natasha sudah hancur lebur. Air mata yang bertakung di tubir mata ditahannya. Dia tetap harus melakarkan sebuah senyuman buat kedua-dua wanita yang dihormatinya itu kini. “Yeke? Baguslah. Dah lama Sha tak makan nasi minyak ni.” Gurau Natasha beserta ketawa yang dibuat-buat.

“Alhamdulillah kalau Sha setuju.” Mama Wati mengucapkan kata syukurnya di hadapan Natasha. Kemudian memandang wajah bakal besannya Datin Seri Paduka Fazian.

“Tapi Luqman tak setuju!” Satu suara keras membantah keputusan itu.

Terkejut semua yang ada di ruang tamu itu. Natasha yang tertunduk penuh kedukaan juga turut terkejut dengan kehadiran yang tidak disangka daripada gerangan yang bersuara itu. Abang Luqman? Sejak bila abang ada di situ?

“Kenapa Luqman? Kenapa Luqman tak setuju? Bukan ke Luqman dengan Lia dah lama bercinta?” Tanya Mama Wati tidak puas hati. Jelas dia juga terkejut dengan bantahan daripada anak kesayangannya.

Luqman masih lagi tercegat berdiri di anak tangga pertama yang menghadap ruang tamu itu. Matanya tajam merenung Natasha. Seolah seekor singa yang mahu membaham makanannya. Dia kemudian melangkah perlahan ke arah ruang tamu itu.

“Luqman tak cintakan Dahlia lagi” sepatah ayat yang keluar dari mulut Luqman membuatkan semua yang berada di situ terkejut. Datin Seri Paduka Fazian dan Mama wati juga begitu. Mereka berpandangan sesama sendiri.

Luqman memberhentikan langkahnya betul di hadapan Natasha. Dia kemudian menarik tangan Natasha agar bangun berdiri dihadapannya.

Luqman Cintakan Natasha! Liyana Natasha!

Previous: Bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Diyana Ramlan