Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kenapa mesti dia??!!!
Kenapa mesti dia??!!!
Diyana Ramlan
19/1/2015 14:48:36
160,588
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 2

Natasha mematikan enjin keretanya di ruang parking rumah teres dua tingkat miliknya. Diurut lembut pada tengkuk yang dibaluti dengan tudung shawl yang dipakainya itu. Penat. Itu yang mampu diungkapkan oleh dirinya ketika ini. Selesai sahaja dia keluar dari kereta MyVi kesayangannya itu, dia melangkah longlai ke pintu depan rumahnya untuk dibuka pintu. Itulah dia Liana Natasha. Walaupun dia merupakan seorang pereka termuda yang terkenal, dia langsung tidak mahu membazirkan duitnya kea rah kebendaan. Baginya, simple itu sudah mencukupi. Cukuplah di punya kereta dan tempat tinggal yang selesa. Itu la yang di ajar oleh Puan Azura, makciknya yang telah membesarkannya selama ini. Pesanan jangan membazir itu terpahat di dalam dirinya.

“Assalamualaikum Sha. Baru balik?” Tegur jiran bersebelahan dengan rumahnya. Natasha memalingkan wajahnya memandang Puan Aminah. Jirannya yang berusia lingkungan lewat lima puluhan itu sangat mengambil berat akan dirinya. Sudah dianggap dirinya itu seperti anaknya sahaja.

“Waalaikumsalam Mak cik, aah. Baru je balik. Banyak kerja la hari ini. Tu yang lewat balik ni.” Jelas Natasha satu persatu. Senyuman dihadiahkan kepada Puan Aminah.

“Lah. Kesian kamu. Mak cik tunggu juga kamu petang tadi. Ingat nak beri sikit kuih yang mak cik buat ni. Sampai ke malam baru pulangnya. Nah. Ambil la kuih ini. Buat alas perut malam-malam ini.” Kata Puan Aminah lalu dihulurnya semangkuk kuih berisi popia yang belum dimasak lagi. Faham benar dengan selera makannya ini yang pantang lihat popia. Pasti akan terbuka selera walaupun sudah larut malam.

“Wah! Alhamdulillah. Terima kasih mak cik! sayang mak cik!” Ucap Natasha lalu tergelak kecil.

“Alah kamu ni, nak bodek mak cik la tu. Dah lewat ni. Kamu masuk la. Nanti demam pula. Esok kamu kerja?” tanya Puan Aminah kepada Natasha.

Natasha hanya menggeleng tanda tidak bekerja.

“Esok Sabtu la Mak Cik. Cuti. Ofis saya Sabtu dan Ahad dia bagi cuti. Macam syarikat kerajaan. Itu yang syok kerja dekat situ. Hehe..” jawab Natasha masih memandang popia yang berada di dalam mangkuk itu.

“Oh.. Bagus la kalau macam itu.” Ucap Puan Aminah terangguk-angguk tanda mengerti.

“Okaylah Mak Cik, Saya masuk dulu la. Nak goreng popia ni. Hehe..” kata Natasha lalu mengundurkan diri.

“Ha.. elok lah tu. Masuklah, mak cik pun nak temankan pak cik kamu tengok wrestling ni.” Kata Puan Aminah sudah beransur masuk kedalam rumahnya.

Natasha hanya tergelak dengan kata-kata Puan Aminah itu tadi. Dahsyat. Dahsyat. Dia melangkah ke pintu rumahnya yang sudah dibukanya itu tadi lalu diletakkan popia itu cepat-cepat di ruang dapur. Diletakkannya kuali dan dipanaskannya minyak agar dia dapat mengoreng popia.

“Tak sabarnya nak makan kau popia!”

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Diyana Ramlan