Usai menunaikan
kewajipan solat subuh, Natasha segera menyiapkan diri untuk ke pejabat. dia
bersolek ala kadar sahaja dengan hanya mengenakan bedak asas dan sedikit
eyeliner sahaja. Baju pula dipakainya baju kurung moden yang sentiasa di bawa
lebih di dalam keretanya. Cukup ringkas sekali penampilannya pagi ini. Akan
tetapi, itu sudah cukup buat dirinya tampak ayu. Bunyi ketukan di pintu
membantutkan segala pergerakannya. Dia memberi isyarat agar gerangan yang
mengetuk pintunya itu untuk masuk.
“Sha dah sihat?” tanya Datin Wati sebaik sahaja melangkah
masuk ke dalam bilik Luqman yang digunakan oleh Natasha sejak dirinya pengsan
semalam. Natasha tersenyum melihat wajah Datin Wati yang baru sahaja melangkah
masuk itu. Sikap ambil berat Mama Wati terhadap dirinya dari dahulu itu yang
membuatkan mereka rapat.
“Alhamdulillah dah sihat Mama Wati.” Jawab Natasha.
Diciumnya kedua tangan orang tua itu. Mama Wati tersenyum. Sayu hatinya
tiba-tiba kerana tidak mempunyai rezeki untuk mendapat seorang lagi anak.
Setelah melahirkan Luqman, Datin Wati disahkan menghidap penyakit barah Rahim
yang membuatkan di terpaksa membuang system peranakannya. Sejak itu, dia tidak
dapat menghamilkan anak lagi. Namun, itu tidak menghalang dia untuk mengasihi
Natasha. Apatah lagi Natasha ini sudah dianggap seperti anaknya sendiri.
“Tinggal la di sini dua tiga hari.” Datin Wati meluahkan
hasratnya. Natasha tersenyum. Faham dengan perasaan ibu angkatnya.
“Tak boleh mama. Sha ada baaaanyak sangat kerja dekat
office. Nanti, bila sha ada masa terluang, Sha melawat la mama ye?” pujuk
Natasha sambil mengukirkan senyuman.
Datin Wati tersenyum lagi.
“Kalau macam tu, Sha janji dengan mama yang sha akan
selalu melawat kami di sini ya?” Tanya mama Wati sekadar melegakan hatinya.
“In shaa Allah mama.” Ucap Natasha lalu memeluk erat
tubuh wanita itu. Sayang benar dia dengan Datin Wati Hernasari ini.
“Sayang mama!” di cium pula kedua-dua belah pipi milik
Datin Wati. Datin Wati tersenyum dengan telatah anak angkat kesayangannya ini.
“Sayang Sha juga!” Datin Wati pula membalas ciumannya di
pipi gebu milik Natasha.
“Amboi. Dari semalam asyik sayang dekat mama je. Papa ni
tak sayang langsung la. Merajuk la macam ni.” Tegur Datuk Imran yang tiba-tiba
mencelah perbualan mereka. Dia yang awalnya ingin terus turun bersarapan
terhenti seketika melihat gelagat mesra isterinya dan anak angkatnya di hadapan
pintu bilik. Terasa bahagia sedikit dengan keadaan seperti itu. Sudah lama juga
dia tidak melihat isterinya seceria itu.
“Ala papa Im ni. Sha pun saaaaaayang sangat dekat papa
tau! jangan la merajuk. Nanti siapa nak belanja Sha aiskrim?” pujuk Natasha.
Menggunakan taktik pujukannya sewaktu dia kecil dahulu.
Datuk Imran ketawa mendengar pujukan Natasha. Dia ingat
benar peristiwa itu. Dia yang sering membelanjakan anaknya Luqman dan Natasha
aiskrim sehinggakan anak angkatnya itu setiap kali bertemu dengannya pasti
mahukan aiskrim.
“Dah! Jom sarapan. Kalau nak tunggu si Luqman tu,
alamatnya lambat lagi la kita makan. Dia tu mana makan pagi. Di dahulukan pula
aktiviti joggingnya itu dari bersarapan.” Leter Datuk Imran lalu melangkah
keluar dari bilik itu untuk turun sarapan. Diikuti pula Datin Wati dan Natasha
yang sedang berpimpinan tangan.