Gedebuk!
“Aduh!” Natasha tersedar dari lamunannya. Fail yang
dipegangnya terjatuh dari genggaman. Haih! Kerana peristiwa semalam, habis
semua perkara tidak dapat diberi tumpuan. Ini semua gara-gara abang Luqman la
ni!
Sebuah keluhan keluar dari mulutnya. Fail yang jatuh tadi
diambil dari lantai.
“Aik? Panjang kau mengeluh?” tegur satu suara di
belakangnya. Natasha memalingkan wajahnya. Shakirah! Memang tepat masanya!
“Ya Allah! Kirah!”
Dia segera mendapatkan teman baiknya itu. Dipeluk erat
sehingga tidak boleh bernafas dibuatnya. Terasa beban dan kejutan yang
dihadapinya kebelakangan ini sedikit kurang jika dibandingkan sebelumnya.
“Dah! Kau ni kenapa?” Shakirah yang awalnya hanya mahu
melawat teman baiknya terasa hairan pula dengan gelagat Natasha. Gerak hati
yang meronta ingin melawat teman baiknya walau kerjanya mengunung membawanya ke
pejabat Natasha. Ternyata, gerak hatinya itu benar mengatakan bahawa ada yang
tidak kena akan diri Natasha.
“Lega! Kau datang tepat pada masanya!” segera ditarik
tangan sahabatnya ke ruang sofa di pejabatnya untuk diceritakan apa yang telah
terjadi kepada dirinya. Cerita bagaimana dia mengenali Faiz, cerita bagaimana
dia berjumpa Dahlia di majlis kenduri Mama Wati dan Papa Imran, dan cerita
terbaru bagaimana Luqman meluahkan isi hatinya dihadapan Faiz, Mama Wati dan
majikannya Datin Seri Paduka Fazian. Diceritanya daripada A sehingga Z.
meluahkan semuanya kepada teman baiknya itu.
“Wah! Alhamdulillah!!!” Shakirah mengucapkan rasa
syukurnya buat Natasha.
“kenapa pula?” Tanya Natasha kehairanan.
“Ya lah. Kau kan dah lama sukakan si Luqman tu. Yang kau
mengelabah ni kenapa? Relax la beb!” Kata Shakirah lalu menepuk lembut bahu
teman baiknya.
“Aku memang la suka. Tapi..”
“Tapi apa lagi?” Tanya Shakirah tidak puas hati.
“Aku takutlah!” Luah Natasha lalu melepaskan keluhan buat
kali kedua.
Shakirah mengelengkan kepalanya. “Kau nak takut apa?
Takut Mama Wati dan Papa Imran tak restu? Takut Datin Seri marah kau? Ke.. kau
takut berjauhan dari Faiz?”
“Ish! Apa kena mengena dengan Faiz pula dalam ni?” marah
Natasha. Dah kenapa nak babitkan si kerek tu?
“Ye la. Mana tahu..” belum sempat Shakirah menghabiskan
kata-katanya, Natasha terlebih dahulu memotongnya. “Mana tahu apa?”
“hehehe.. tak ada apa-apa. Look. Kau sukakan Luqman, dia pun sukakan kau. Hal Mama Wati dan Papa
Imran pula, aku gerenti mereka mesti merestui hubungan korang! Hal Datin Seri
pula, InshaaAllah dia akan faham. InshaaAllah.” Kata Shakirah.
Kata-kata Shakirah benar buat hatinya tenang daripada
gelisah. Ada benarnya kata teman baiknya itu. Apa yang aku takutkan? Sudah lama
aku menyukai Luqman dalam diam. Kini, Abang Luqman juga sudah meluahkan bahawa dia
juga mempunyai perasaan yang sama denganku. Jadi, kenapa aku ingin berasa
takut?
Tok! Tok!
Bunyi ketukan di pintu bilik pejabat Natasha menganggu
perbualan mereka. Pasti Mila! Arahan masuk diberi. Namun sangkaannya meleset
sama sekali. Ternyata bukan Mila yang muncul disebalik pintu tersebut, tetapi
Dahlia. Natasha terkedu sebentar. Begitu juga Shakirah. Kedua- dua mereka
berpandangan antara sendiri.
“Hai. Tak nak jemput I masuk?” tegur Dahlia yang masih
berdiri tercegat di hadapan pintu pejabatnya. Pantas sahaja Natasha bangun lalu
mengorak langkah mempelawa Dahlia masuk. Shakirah yang turut terkejut dengan
kedatangan yang tidak disangka itu turut sama bangkit dari duduknya.
“Silakan Dahlia. Mila. Prepare kan minuman ya.” Arah
Natasha kepada Mila yang berdiri di belakang Dahlia sejak tadi.
Mila mengangguk faham. “Air panas atau sejuk cik
Natasha?”
“Just give me coffee” ujar Dahlia sebelum sempat Natasha
memberi arahan kepada Mila. Mila mengerti lalu menutup pintu bilik pejabat
majikannya.
“Eh? Kirah. I don’t know you ada dekat sini? I ingat
bantal sofa tadi. Matching sangat.” Perlian yang keluar daripada mulut Dahlia
pedas sekali. Natasha memandang Shakirah yang sedang menahan geram. Wajahnya
yang kelat dapat dibaca Natasha walaupun dilindungi disebalik senyuman yang
dibuat-buat.
“Haah. I dah lama dah ada dekat sini. Orang yang rabun je
tak nampak i.” perli Shakirah kembali. Aduh! Kalau dibiarkan ni habis diorang
berperang mulut. Perli memerli ni.
“Ehem!
Dahlia. What brings you here? I thought Datin Seri pergi overseas pagi tadi?’
“I
ke sini nak bincang dengan you.” Dia memandang Shakirah sekilas.
“Just
the two of us.”
Shakirah
bangun. Dia mengerti barangkali. Dia kemudian meminta diri kerana mempunyai
urusan yang perlu diuruskan di pejabatnya. Setelah pintu pejabat ditutup rapat,
Dahlia duduk di ruang sofa yang tersedia. Begitu juga Natasha. Perasaan gelisah
menguasai diri. Takut juga jika Dahlia mengila memarahinya kerana Luqman.
“I
ada benda nak discuss dengan you.” Ujarnya lagi lalu menyilangkan kakinya yang
panjang persis kaki seorang model. Uh! Seksi habis! Nasib aku perempuan! Kalau
lelaki, mesti tergoda habis!
“Erm..
what is it Dahlia? Ada benda yang tak kena ke?” Tanya Natasha kembali. Bukan
berani mana pun. Buat-buat berani sahaja.
Tajam
mata Dahlia merenung Natasha. Kecut perut pula dibuatnya.
“Pasal
Luqman.” Jawab Dahlia ringkas. Matanya masih merenung Natasha. Sedikit pun
tidak beralih dari merenung wajah itu.
Terasa
kesat air liurnya tika ini. Dah! Ni mesti Datin Seri dah cerita hal semalam!
Aduh! Habis la! Bukan aku tak kenal dengan perangai si Dahlia ni! Kalau dia tak
suka, mesti mengamuk habis.
“errm…
pasal hal tu. Serius I tak jangka langsung! i..”
“Cop!
Cop! Hal apa ni?” Tanya Dahlia. Dahinya berkerut kehairanan.
Eh?
Dia… tak tahu ke? Kepala yang tidak gatal itu digaru.
“Err..
you nak cakap apa pasal Luqman?” pertanyaan Natasha diganggu dengan ketukan
pintu pejabatnya. Mila masuk dengan membawa dua cawan coffee yang diminta
majikannya. Dia meletakkan cawan itu perlahan-lahan di atas meja lalu beredar
ke luar dari pejabat itu.
“Jemput
minum” Natasha mempelawa tetamunya minum air yang sudah tersedia. Dahlia hanya
menuruti.
“I
tahu Luqman suka you.”
Hampir
tersedak air yang diminum Natasha. Nasib sahaja air itu belum sampai ke tekak,
jika tidak. Naya.
“Ha?”
“I
tahu Luqman suka you. Dari dulu lagi.” Suara Dahlia mengendur. Wajahnya
tertunduk. Seperti menahan sebak yang melanda dirinya tika ini.
“I
tak faham. Apa maksud you Dahlia? Mustahil Abang Luqman suka kan i. Dia anggap
I tak ubah macam adik dia.”
“Tak
Natasha. I tahu Luqman. Waktu kami di universiti dahulu pun. I tahu dia simpan
perasaan pada seseorang. Memang kami bercinta. Tapi..” dia mendongakkan
wajahnya. Redup sahaja pandangan matanya.
“Tapi
jasadnya sahaja di sana. Hati? Langsung tidak terbuka untuk i.” jelasnya
menahan sebak.
“Dahlia..
i..” belum sempat Natasha menghabiskan kata-katanya, Dahlia terlebih dahulu
memotongnya.
“I
tahu apa yang berlaku semalam. Dan waktu kenduri di rumah Auntie wati dulu. I
sengaja mahu lihat reaksi Luqman dihadapan you. I know the person that he loves
most is not me. It’s you. And always be you. Maafkan I Natasha.” Ucap Dahlia
perlahan. Masih merenung sepasang mata milik Natasha. Jelas menunjukkan kekesalan
di wajahnya.
“You
buat apa?” Tanya Natasha sedikit hairan.
“Sebab
menahan Luqman untuk menyayangi you.” Ucap Dahlia.
Natasha
mengukirkan sebaris senyuman di bibirnya. Membalas pandangan redup di mata
Dahlia. “you tak perlu minta maaf dekat i. sebab I dah lama maafkan you. You
tak perlu risau.”
“Tapi
Natasha.. i..”
“Tak
pe. Really.. ikhlas.. I redha..” ucap Natasha beriya-iya menjelaskan bahawa dia
benar-benar ikhlas bahawa dia sudah pun memaafkan Dahlia.
Dahlia
akhirnya mengukirkan senyuman. “tapi.. kasihan orang tu”
“Hurm?
Orang mana?” Tanya Natasha hairan. Dahlia mengelengkan kepala. Dia kemudian
menghirup air kopi yang di sediakan setiausaha Natasha. Pelik! Ah! lantaklah! asalkan hal dia dan Dahlia sudah tidak ada apa-apa lagi.