Home Novel Komedi/Romantik Komedi Benci ke Sayang? (Oh... My Encik Tunang?)
BAB 30

ERENA menghempas duduk di atas kerusi batu di taman. Mukanya masam mencuka.

Fina yang sedang berbual-bual bersama ahli studi grupnyaberkerut dahi. Dah kenapa pula dengan budak manja ni? omel hatinya hairan.

Dia kembali memandang ahli kumpulan studinya semula. “Err… kau orang pergilah dulu. Nanti aku join ok?” bisik Fina perlahan. Bibirnya terjuih ke arah Erena. Berharap agar kawan-kawannya itu memahami.

Mereka mengangguk. “Okey!” jawab mereka serentak. Mereka meninggalkan Erena dan Fina sendirian di situ.

Fina kembali memandang Erena semula. Sekali lagi dahinya berkerut seribu. “Rena, kau okey ke ni?” tegurnya.

Erena melepaskan keluhan panjang. “Err… aku tak okey, Fina,” jawabnya lemah. Dia meraup wajahnya yang kusut masai.

Fina menjungkit sebelah kening. “Laa… kenapa pula? Kau sakit ke?” tanya Fina risau.

Sekali lagi Erena mengeluh. Dia menggeleng.

Dahi Fina berkerut seribu. “Dah tu, kenapa?” Dia semakin hairan.

Erena menarik muncung panjang. “Papa nak aku ikut mamat serius 24 jam tu balik ke kampung dia minggu depan, Fina.”

Erena mengeluh lagi. Entah untuk kali yang ke berapa, tidak terkira rasanya. Apabila mengingatkan arahan papa, dia menjadi resah. Hatinya berkeras tidak mahu. Tapi, papa beria-ia menyuruhnya pergi. Hisy, bencilah! Semua benda kena paksa.

Fina menguntum senyuman lebar. “Dah tu, kenapa pula? Baguslah kalau kau ikut tunang kesayangan kau tu balik kampung dia. Lagipun, kau masih belum kenal keluarga dia lagi, kan? Haa… inilah masa yang terbaik untuk menawan hati bakal mentua kau.”

Erena tercengang. Isyh dia ni… huhh! “Kenapa kau cakap macam tu pula? Kau sendiri tahukan, aku tak nak kahwin dengan mamat serius 24 jam tu. Takkanlah aku nak ikut dia balik kampung pula? Kalau mak dia boleh tersangkut suka kat aku, macam mana? Tak ke haru macam tu? Aku tak nak!”

Fina tergelak. Keningnya terjungkit sebelah. “Kenapa pula? Eh, baguslah kalau mak dia suka kat kau. Bolehlah jadi menantu kesayangan,” usiknya lagi.

Dia sungguh hairan. Entah apa kurangnya Dr. Qasyiful di mata Erena? Buta kayu agaknya minah ni? Dah dapat bakal suami yang kacak, baik dan berkerjaya hebat macam Dr. Qasyiful, boleh lagi nak tolak? Tolak tuah betul! Hisy… pelik betullah aku dengan perempuan ni! desis hatinya geram.

Erena mendengus. “Kau ni, tak boleh tolong langsung tau! Dulu kau janji nak tolong aku, sekarang kau pun menentang aku. Hisy… bencilah aku ada kawan macam ni!” bentaknya geram. Argh, itulah janji Melayu! Hari ni cakap lain, esok lusa lain pula jadinya.

Fina menggeleng. Kepalanya jadi pening bila ada kawan yang manja macam Erena. Argh… semuanya serba tidak kena. “Aku tengah tolonglah ni, Rena. Kalau aku tak tolong, tak adanya aku nak dengar masalah kau ni,” herdiknya geram.

Erena menjeling tajam. Dia mencebik “Hah… tolonglah sangat! Tolong apa kalau macam tu? Tolong menyakitkan hati adalah!”

Fina mengeluh panjang. Gadis itu menggeleng. “Kau nak apa sebenarnya, Rena? Dr. Qasyiful tu adalah pakej yang lengkap untuk kau tau! Paras rupa menawan, baik hati, berkerjaya hebat lagi. Apa lagi yang kau cari, hah?” herdiknya geram.

Erena semakin geram. Hisy dia ni… faham ke sengaja buat-buat tak faham? Argh! “Aku tak sukakan dia, Fina! Okey, memang dia ada pakej yang lengkap. Tapi kalau hati aku tak berkenan kat dia, nak buat macam mana lagi?”

Sekali lagi Fina mengeluh. “Kenapa kau tak nak cuba bukakan hati kau tu untuk terima dia, Rena? Tak salah kalau kau mencuba, kan?”

Erena terus terdiam. Ah, dia tidak punya jawapan yang pasti untuk soalan itu. Entahlah… dia sendiri pun tidak tahu.

Fina tersenyum kelat. Dia memegang tangan Erena. “Rena, kau ikut ajelah Dr. Qasyiful tu balik kampung dia. Kalau kau nak membentak sekali pun, tak ada gunanya. Ni arahan Uncle Harris, kan? Just follow his order, ok?”pujuknya lembut.

Erena menjeling tajam. “Kau cakap senanglah, Fina. Aku yang hadapinya, bukannya kau. Aku yang kena tunang ekspres dengan mamat serius 24 jam tu, bukannya kau. Kalau kau di tempat aku, mesti kau pun akan rasa benda yang sama.”

Fina tersenyum lebar. “Kalau aku di tempat kau, aku akan terima pilihan keluarga aku. Rena, setiap ibu bapa nakkan yang terbaik untuk anak mereka. Aku yakin, Dr. Qasyiful adalah pilihan yang terbaik.”

Erena menggeleng laju. “Tak! Itu memaksa namanya, Fina!” bentaknya lagi.

Fina mengeluh. Dia memegang bahu Erena. “Cuba bukakan pintu hati kau untuk dia, Rena. Aku yakin, dia adalah pilihan keluarga yang terbaik untuk kau. Percayalah cakap aku, Rena!” Serentak itu, dia mengatur langkah meninggalkan Erena sendirian.

Erena mengeluh panjang. Wajahnya masam mencuka. Fikirannya bertambah serabut.

Aduh, kalut betullah! Fina dah tak nak tolong aku lagi. Siapa lagi yang boleh tolong aku? Hisy! Kenapa semua orang menentang aku, hah? Bencinya!!! jerit hatinya lantang.

Previous: BAB 29 - PART 2
Next: BAB 31

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.