DATIN KATRINA memandang
Dr. Qasyiful dengan pandangan penuh mengharap. “Qasy,tolong jaga Erena
baik-baik, ya? Risau pula auntie nak lepaskan Erena, Qasy.”
Dr. Qasyiful menguntum senyuman. “Auntiejangan risau, okey. Qasy janji, Qasy
akan jaga Erena sebaik yang mungkin,” janjinya bersungguh-sungguh.
Erena menjungkit sebelah keningnya, lalu dia mencebik.
Kau nak jaga aku? Huhh, boleh ke kau jaga aku, Dr. serious?perlinya dalam hati.
Datuk Harris menggeleng. “Awak nilah, Katrina… risau
sangat nak lepaskan Erena. Qasy kan tunang Erena, bakal suaminya. Tahulah Qasy
jaga anak manja awak tu, Katrina oii,” celahnya selamba. Sengaja mahu mengusik
isterinya.
Datin Katrina menjeling geram. Dia menarik muncung
panjang. “Hisy abang ni, ke situ pula. Saya bukannya apa, bang. Erena tu
satu-satunya anak kita. Risau pula saya nak lepaskan dia.”
Datuk Harris ketawa. “Awak jangan risaulah, Katrina
sayang oii. Tahulah Qasy menjaga bakal isterinya yang manja tu.”
Datuk Harris memandang wajah bakal menantunya. “Qasy?”
“Ya, uncle?”
“Tolong jaga si Rena ni baik-baik ya, Qasy? Karang
meroyan pula bakal ibu mentua kamu ni,” balas Datuk Harris selamba.
Wajah Datin Katrina merah. “Abang!” marahnya. Dia
menghadiahkan jelingan tajam buat suaminya itu. Hisy!
Sekali lagi Datuk Harris ketawa besar. Geli hati apabila
melihat reaksi isterinya.
Dr. Qasyiful tergelak. Hisy, ada-ada aje bakal mentua aku
ni, ngomel hatinya sendirian. Dia memandang wajah tunang manjanya. Senyuman
yang terukir di bibirnya terus mati. Wajahnya berubah serius semula.
Kening Erena terjungkit sebelah. Dia mencebik. Aik,
senyuman kau terus hilang dari bibir bila pandang muka aku yang cun ni? Huhh,
poyolah mamat ni! desis hatinya geram.
“Uncle, auntie,
don’t worry ok. I promise to take care my fiancée.”janji Dr. Qasyiful.
Datuk Harris dan Datin Katrina menguntum senyuman lebar.
Lega hati mereka apabila mendengar janji itu. Mereka yakin, Dr. Qasyiful pasti
akan mengotakan janjinya itu.
Sekali lagi Erena mencebik. Ah, ini semua poyo! Ada hati
nak jaga aku konon? Uwerkk… menyampahnya! Nak termuntah hijau aku bila mendengarnya tau? Entah-entah, kau sendiri pun tak
mampu nak melayan karenah manja aku ni. So,
macam mana nak jaga aku? Oh… please!sindir
hatinya lagi.
Dr. Qasyiful mengerling jam yang tergantung di
pergelangan tangan kirinya. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 10.00 pagi. Dah
lambat ni. Karang jammedpula. Tak
pasal-pasal tunang manja aku ni membebel, desis hatinya.
“Uncle, auntie,
we’ve got to go.Dah pukul 10.00 ni. Nanti jalan jammedpula. Kami minta diri dululah. Assalamualaikum…” Tiba-tiba
Dr. Qasyiful bersuara.
Erena tercengang. Eh, dah nak gerak ke? Aduh! Mama… papa…
Rena tak nak ikut mamat serius 24 jam ni balik ke kampung dia! Someone, please help me! Please bring me
away from here! jerit hatinya.
Datuk Harris tersenyum. “Baiklah! Drive carefully, ok?”balasnya lembut.
Selepas bersalaman dengan bakal mertuanya, Dr. Qasyiful
membuka pintu kereta. Dia terus membolos masuk ke dalam perut kereta lalu dia
menghidupkan enjen kereta Toyota Viosnya.
Erena menjeling geram. Hisy, tak romantik langsung! Kat
tunang sendiri pun, tak boleh nak buka pintu ke? Wait… wait…tunang? Sejak bila pula aku mengaku yang aku ni tunang
mamat serius 24 jam ni? Please...gumam
hatinya sendirian.
Erena melepaskan keluhan. Dia bersalaman dengan papa dan
mama. Lalu, dia membuka pintu kereta Toyota Vios milik encik tunangnya. Namun
belum sempat Erena membolos masuk ke dalam perut kereta, lengannya ditarik
lembut oleh mama.
Erena
berkerut dahi. Hairan dengan tindakan mama. “Why,
mama?”
Datin Katrina tersenyum. Raut wajahnya kelihatan serius.
“Janji dengan mama, tolong jangan buat benda yang bukan-bukan di sana. Ingat
Rena, kita orang Melayu. Jaga adat dan maruah keluarga, ya?” pesannya tegas.
Erena mengukir senyuman hambar. “Baiklah, mama,” balasnya
acuh tidak acuh.
“Baguslah, Rena. Dah pergi masuk, nanti lambat pula
sampai,” kata Datin Katrina lembut.
Erena mengangguk. Dia membolos masuk ke dalam perut
kereta.
Selepas melambaikan tangan pada Datin Katrina dan Datuk
Harris, kereta Toyota Vios terus menderum pergi meninggalkan perkarangan vila
mewah Datuk Harris dan Datin Katrina.
ERENA mengerling
sekilas wajah Dr. Qasyiful di sebelahnya. Dia menarik muncung Donald Duck.
Dia mendengus geram. Hisy… bosannya! Hidup mamat sebelah
aku ni memang membosankan. Dahlah sentiasa serius 24 jam, lepas tu nak suruh
aku jadi macam dia juga? Argh, sorry
naik lori la. Tak hingin aku nak jadi macam kau tau! bebel hati Erena geram.
Erena menjeling geram. Sekali lagi dia mengerling wajah
tunangnya di sebelah. Huhh, bosannya! Seumur hidup aku, radio dalam kereta sentiasa
onaje, langsung tak pernah off. Tapi bila naik dengan mamat serius
24 jam ni, offla pula. Hisy… hidup Dr. seriousni memang membosankan!
herdik hatinya lagi.
Erena mengetuk dagu, seolah-olah sedang memikirkan
sesuatu. Tiba-tiba, dia tersenyum penuh makna. Satu idea nakal mula menjengah
ke kotak fikirannya. He he he… siap kau, wahai mamat serius 24 jam!
Dengan selamba badak, Erena menekan punat onpada butang radio. Erena menepuk
tangan. Macam sedang menonton konsert Jom Heboh. “Sayangku… oooo… ooooo… oooo…
ku sayangmu… oooo…” Dia menyanyi lagu baru kumpulan Forteen yang bertajuk Tidak
Pernah Berjumpa, lagu kegemarannya.
Dr. Qasyiful mengukir senyuman dalam hati. Kalau Rena
tahu yang lagu ni lagu kegemaran aku, apalah agaknya reaksi dia, ya? Mesti
terkejut biawak punyalah. Entah-entah, terus hilang minatnya pada lagu ni,
ngomelnya dalam hati.
Tiba-tiba, satu idea nakal menerpa di ruangan mindanya.
He he he… Dengan selamba katak, Dr. Qasyiful menekan punat offpada butang radio. Sengaja dia berbuat begitu. Sekadar ingin
melihat reaksi tunang manjanya itu.
Erena terpempan. Eh? Dia memandang wajah Dr. Qasyiful.
Tidak puas hati dengan tindakan encik tunangnya itu. “Kenapa awak offradio tu? Saya kan tengah dengar
lagu!” marahnya lantang. Siap menayang muka tidak puas hatinya lagi.
Dr. Qasyiful yang sedang memandu keretanya mengerling
sekilas wajah Erena. Bibirnya terukir senyuman sinis. “Saya tak suka bunyi
bising masa tengah memandu. Saya nak tumpukan perhatian pada pemanduan,”
balasnya dengan muka seriusnya.
Erena ternganga. Dia mencebik. Hah? Ada juga spesies
orang macam ni di muka bumi ini, ya? First
timedia berjumpa dengan manusia seperti ini. Hairan! “Saya bosanlah! Sebab
tulah saya buka radio!” jeritnya bengang.
Dr. Qasyiful menayang muka selamba. “Do I care?”balasnya selamba.
Nafas Erena turun naik. Eh, dia ni… argh! Dia menjadi
marah apabila mendengar kata-kata itu. “Hisy… bosanlah dia ni!” bentaknya
geram.
Dr. Qasyiful tidak menjawab, sebaliknya dia hanya berdiam
diri sahaja.
Erena memeluk tubuhnya. Dia membuat memek muka tidak puas
hati. Hisy… hidup mamat serius 24 jam ni memang membosankan! Macam manalah
hidup aku nanti bila dah jadi… erk? No
way!
Tiba-tiba, bait-bait lirik sebuah lagu baru bertajuk
Kekasih Abadi nyanyian pasangan selebriti Lisa Surihani dan Yusry KRU menerjah
ke kotak fikiran Erena.
“Tak perlulah aku memeluk angan… kini kau ada erat di
dalam dakapan… padamu setiaku berjanji… kekasih abadi… Jika ditakdirkan pergi
bersama... ambillah hembus nafas terakhirku… agar tak merasa bagaimana… hidup
tanpamu… ohh…” Erena menyanyi lagu popular itu dengan penuh perasaan. Sejak
kali pertama lagu itu dimainkan di corong radio, hatinya sudah terpaut. Lagu
itu… so sweet!
Ehem! Tiba-tiba, kedengaran Dr. Qasyiful berdehem.
Membuatkan Erena berhenti menyanyi. Dia memandang wajah tunangnya. “Kenapa?”
tanyanya ingin tahu. Siap menayang muka hairan lagi.
Dr. Qasyiful sengaja menayang muka seriusnya. “Jangan
menyanyi dalam kereta. Nyanyian awak tu mengganggu konsentrasi saya ketika
memandu,” katanya tegas. He he he… boleh pula alasan macam tu terkeluar dari
mulut aku ya? Tak logik! Ah, tak kisahlah. Janji, aku dapat kenakan tunang
manja aku ni.
Mulut Erena ternganga. Untuk kesekian kali, encik tunang
seriusnya memberi alasan yang tidak masuk akal. Pula dah? “Eh? Nak dengar lagu
pun tak boleh, takkanlah nak menyanyi pun salah juga?” marahnya geram.
Dr. Qasyiful menjeling tajam. “Kan saya dah cakap, tak
boleh! Awak faham kan ertinya? Takkanlah saya nak kena rewindsekali lagi? Saya bukan kaset buruk tau. Nyanyian awak tu
mengganggu konstrentasi saya memandu, Erena!” marahnya lagi. Dia siap menayang
muka serius.
Erena mendengus geram. Dia memeluk tubuh. Siap menayang
memek muka tidak puas hati. “Bosanlah! Nak dengar lagu, tak boleh! Nak nyanyi
pun, tak boleh! What a life?Huhh!”
bentaknya geram.
Dr. Qasyiful mendengus. “Cik Erena Amani, awak nak kita accidentke? Awak nak cerita accedentkita masuk ke dada-dada akhbar?
Taglineyang berbunyi ‘Pasangan
tunang yang sedang dalam perjalanan pulang ke kampung terlibat di dalam
kemalangan jalan raya yang menggerikan.’ Macam tu? Huhh, tak pasal-pasal jadi
popular,” sindirnya pedas.
Erena tercengang. Dahinya berkerut seribu. “Apa
kena-mengena pula? Nonsense!”
Dr. Qasyiful menayang senyuman sinis. Keningnya
terjungkit sebelah. “Nonsense? Fine,macam
mana kalau betul-betul berlaku? Awak nak ke?”
Erena mendengus. “Fine,
you win, I’m lose!Puas hati awak sekarang? Huhh!” bentaknya geram. Siap
menayang memek muka tidak puas hati lagi.
Dr. Qasyiful tersenyum. Nak juga kau dengar cakap aku ya?
getusnya dalam hati.
Erena diam, melayani perasaannya. Apalah nasib dapat
encik tunang yang serius macam ni? Huhh, bencinya! bentaknya dalam hati.