Home Novel Komedi/Romantik Komedi Benci ke Sayang? (Oh... My Encik Tunang?)
BAB 34 - PART 1

ERENAtercengang apabila melihat sikap Dr. Qasyiful yang berubah 360 darjah itu. Dah macam cuaca empat musim di negara luar pula. Hisy, pelik!

Dahi Erena berkerut seribu. Sungguh, dia jadi hairan dengan sikap encik tunangnya itu. Pelik bin hairan. Boleh pula mamat serius 24 jam ni berbual-bual dengan keluarga dia, siap buat lawak lagi tu. Yang bestnya,siap boleh ketawa besar lagi. Tapi kenapa bila dengan aku, dia jadi lain? Kenapa bila dengan keluarga, dia jadi lain? Ataupun dia hanya jadi serius bila dengan aku aje? monolog hati Erena sendirian.

Erena menyuap nasi berlaukkan ayam masak lemak cili api itu ke dalam mulut. Entah mengapa seleranya mati. Tidak dinafikan makanan itu sememangnya menyelerakan. Namun, susah rasanya mahu menghadam makanan itu apabila terfikirkan sikap empat musim encik tunangnya itu.

Erena mengeluh. Qasyiful Hakim, kenapa sikap awak selalu aje berubah macam cuaca empat musim kat negara luar tu? Macam mana sikap sebenar awak? Ah, saya semakin tidak faham! Siapa awak sebenarnya? desis hatinya lagi.

Tiba-tiba, kedengaran satu suara menampar gegendang telinganya. Kenapa kau sibuk-sibuk nak tahu perangai sebenar dia, Rena? Bukan ke kau tak sukakan dia? Yalah, diakan Dr. serious…sentiasa serius 24 jam. Jadi, kenapa kau sibuk nak fikir pasal dia pula? Nak jadi ahli kaji cuaca ke, Erena? Hatinya segera menepis setiap apa yang bermain dalam benak fikirannya.

Erena menarik nafas panjang. Tapi… tak salah kan kalau nak tafsir perangai sebenar tunang sendiri? Yalah… dia tukan tunang aku, jadi mestilah aku kena ambil tahu.

Mana boleh! Sejak bila pula kau mengaku yang Dr. serioustu tunang kau, hah? Bukan ke kau dah buat rancangan? Kau kan nak buat dia putuskan pertunangan ni? Sekarang, hati kau berbelah bahagi pula? Apa sebenarnya yang kau nak, Erena Amani? Sekali lagi suara itu menyindir Erena.

Erena tergamam. Aku… aku… err… aku cuma nak ambil tahu aje. Salah ke? ucap hatinya tidak mengalah.

“Amani?” tegur Shukri.

Erena tersentak. Lamunannya segera mati. Dia memandang wajah Shukri. “Ya, Abang Shuk?”

“Amani okey ke? Dari tadi, Abang Shuk tengok Amani termenung jauh aja. Kenapa? Amani tak selesa ke dengan kami?” tanya Shukri.

Erena mengukir senyuman kelat. “Saya okey aje, Abang Shuk. Err… mungkin saya rasa kekok sikit kot. Yalah, kali pertama bersua muka, kan.” Sedaya upaya dia cuba menyembunyikan hakikat yang sebenar.

Ustaz Kamarul tergelak. “Amani, janganlah malu-malu dengan kami. Anggap aje kami ni macam keluarga Amani sendiri. Lagipun, Amani kan bakal isteri Qasy. Jadi, Amani kenalah belajar biasakan diri dengan kami.”

“Insya-ALLAH, pak cik. Saya cuba,” jawab Erena. Bakal isteri Dr. serious?Jangan bermimpilah! Tak naklah aku kahwin dengan mamat serius 24 jam ni, getus hatinya.

Hajah Kamariah memandang Dr. Qasyiful yang sedang kusyuk menikmati makanan kegemarannya. “Qasy?”

Suapan Dr. Qasyiful terhenti. Lalu, dia memandang wajah emaknya. “Ya, mak?”

“Cedokkan nasi ke dalam pinggan Amani. Biar dia makan sampai kenyang,” kata Hajah Kamariah.

Dr. Qasyiful terpempan. Erk? Dia memandang wajah Erena. “Err… awak nak tambah nasi ke, Rena?” Dia menayang memek muka serius bagai nak rak.

Erena tercengang. Eh, macam tu ke tanya aku? Huh, tak romantik langsung!

“Abang ni, ada ke tanya macam tu dekat Kak Amani? Romantiklah sikit, abang,” tegur Diana.

Shukri tergelak. “Tulah… Qasy, romantiklah sikit dengan Amani. Lagipun bukannya dengan orang lain pun, dengan tunang sendiri juga.”

Dr. Qasyiful tersenyum kelat. Lalu, dia mencedok satu sudu besar nasi ke dalam pinggan Erena. “Makanlah. Makan sampai kenyang,” perlinya selamba. Sengaja hendak menyindir tunang manjanya itu.

Erena mendengus geram. Dia menjeling tajam. Nasib baik ada keluarga kau kat sini, Dr. serious.Kalau tak, memang aku dah lancar perang mulut! Kalah kau nanti bila aku dah mula bersuara! desis hatinya geram.

Diana menggeleng. “Apalah abang ni? Tak sportinglangsung! Ada ke cakap macam tu dekat Kak Amani? Kasihan Kak Amani tau,” tegurnya geram.

Dr. Qasyiful tidak membalas, sebaliknya dia menayang memek muka tak ada perasaan. Dengan selamba kataknya, dia menyambung kembali menyuap nasi ke dalam mulut.

Erena menarik muncung panjang, lalu dia menjeling geram. Huh! Sahlah, kau memang mamat tak ada perasaan! Hati kering! Hati batu! Apa lagi gelaran yang sesuai dengan kau, hah?

Shukri menggeleng. Haiya… makin teruk perangai adik aku ni. Dengan tunang sendiri pun, tak reti nak romantik. Apa dah jadi ni? getus hatinya hairan.

Lalu, mereka seisi keluarga kembali menyambung menikmati hidangan makan malam dengan penuh berselera.

Kecuali Erena… apabila memikirkan sikap dingin dan serius encik tunangnya, dia jadi hilang selera. Hatinya tertanya-tanya. Kenapa sikap kau macam negara empat musim? Peliklah! desis hatinya lagi.

Previous: BAB 33

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.