aku terjatuh
cinta juga..Disebabkan sikap
manja dan keanak-anakan
Erena Amani, Datuk
Harris dan Datin
Katrina mengambil keputusan
untuk mengahwinkannya. “Kahwin?.
Apa ni, papa?.
Rena baru 19
tahun tau.” Bertambah
terkejut lagi, bakal
suaminya ialah Dr.
Qasyiful Hakim. “Nak
kena kahwin dengan
Dr. Serious
tu?. Hah, memang
taklah!”
Pelbagai cara
dilakukan Erena, namun
tidak berhasil. Mahu
atau tidak, dia
terpaksa juga bertunang
dengan Dr. Qasyiful.
Datuk Harris memberi
tempoh selama enam
bulan pada Erena
dan Dr. Qasyiful
untuk mengenali satu
sama lain. “Enam
bulan?. Hurm, aku akan buat Dr.
Serious putuskan pertunangan
ni.”
Selama enam
bulan, pelbagai cara
dilakukan oleh Erena,
namun ternyata tidak
berjaya. “Awak buatlah
apapun Rena, saya
tak kisah. Datuk
Harris dan Datin
Katrina dah amanahkan
saya untuk menjaga
awak.” Erena geram.
“Hisy, hati kering
betul! Nak buat
macam mana ni?.”
Kedatangan Sarah
Natasya, sepupu Erena
benar-benar menduga Erena.
Sikap gatal dan
miang Sarah yang
cuba mendekati Dr.
Qasyiful mengundang cemburu
di hati Erena.
“Aku akan buat Dr.
Serious kau tu,
tinggalkan kau Erena.”
Erena semakin cemburu,
lama-lama dia tersedar
sesuatu. “Eh, aku
dah terjatuh cinta
pada Dr. Serious ke?.”
Bermacam-macam perkara
menimpa hubungan mereka,
namun Dr. Qasyiful
hanya mengambil sikap
tidak endah sahaja.
Erena semakin bengang.
“Hisy, memang hati
kering! Tak apa,
aku akan gagalkan
rancangan kau Natasya.
Sebab dia tu, Encik Tunang
aku okey!”