ERENA meniarap sambil
menongkat dagu di atas katil. Dia mengukir senyuman penuh makna. Spontan,
fikirannya menerawang mengingati peristiwa petang tadi. “Enam bulan? Hmm… satu tempoh yang agak panjang. Haa… aku
akan gunakan tempoh selama enam bulan ni untuk buat kau menyesal kerana
bertunang dengan aku, wahai Dr. serious,”
kata Erena penuh makna.
Tiba-tiba, Erena terbayangkan sesuatu. Satu adegan yang
dapat membuat hati Dr. Qasyiful berasa sakit. Satu adegan yang mungkin dapat
membuat Dr. Qasyiful mengambil keputusan untuk memutuskan tali pertunangan
kita.
Bibirnya terukir senyuman penuh makna. “Lepas ni, gerenti
kau akan putuskan tali pertunangan kita, Dr. Qasyiful Hakim,” ucap Erena penuh
tekad.
Erena ketawa. “Kalau apa yang aku rancangkan ni menjadi,
gerenti Dr. serioustu akan putuskan
pertunangan ini.”
Ah, tidak sabar rasanya mahu meneruskan beribu rancangan
yang terbayang di mindanya. Nantikannya, encik tunang a.k.a Dr. serious!
Bibirnya terukir senyuman penuh makna. “Enam bulan? Hmm…
aku akan buat Dr. serious putuskan
pertunangan ni,” ucapnya penuh makna.