SEBAIKsahaja pintu dibuka, terpampang muka
Fina di hadapan muka pintu. Erena menjeling. Siap mencebik lagi. “Tak ada muka
lain lagi ke, hah? Asyik muka kau aja, Fina. Muak aku tengok tau,” guraunya
selamba. Siap menayang reaksi hendak termuntah lagi.
Fina menarik muka masam. “Hisy kau ni, dah tak suka nak
berkawan dengan aku lagilah tu! Siap nak halau bagai. Sampai hati kau, Rena!” Dia
menayang muka sedih bagai nak raknya di hadapan Erena. Sengaja hendak meraih
simpati.
Erena menjungkit keningnya. Bibirnya mengukir senyuman
sinis. “Do I care?”balasnya sekadar
mengusik. Tawanya hampir pecah apabila melihat reaksi Fina. Kelakar sangat!
Fina mendengus geram. Dia menjeling tajam. “Auntie,tengok Rena ni? Sampai hati dia nak
halau kawan baik dia yang comel lote ni,” adunya.
Datin Katrina yang baru muncul dari dapur menggeleng
apabila melihat sikap keanak-anakan Erena dan Fina. “Apalah kamu berdua ni? Tak
bergurau dalam satu hari tu, memang tak sah, kan? Dah… masuk, Fina! Jom
bersarapan sekali dengan kami,” balasnya sambil tangannya ringan meletak
mangkuk yang berisi mi goreng ke atas meja.
“Padan
muka! Mama kau ajak aku sarapan sekali. Bertambah muaklah kau pandang aku, Cik
Erena Amani oii,” sindir Fina selamba.
Lalu, cepat-cepat dia melangkah masuk ke ruang makan.
Sebelum Erena jadi mak singa, baik aku cabut lari dulu. Erena ni kalau
mengamuk, boleh tahan juga.
Erena menarik muka geram. Dia menghentak kaki tanda sakit
hati. Siap menggenggam kedua-dua belah tangannya lagi. “Hisy! Aku nak kenakan
minah ni, tapi aku pula yang terkena. Tak guna punya kawan! Sekeh baru tau!”
bebelnya panjang lebar. Dia mengatur langkah ke dapur.
Datuk Harris memandang Erena yang berdiri tegak umpama
sedang menyanyikan lagu Negaraku di tepi dinding. “Hah Rena, yang tercegat
macam patung cendana tu, buat apa? Mari kita sarapan sekali.”
Erena tersentak. Spontan, dia melangkah lalu melabuhkan
duduk di sebelah Fina. Lalu, mereka berempat sarapan bersama-sama.
“Boleh tak kalau
Fina nak ajak Rena keluar ke shopping
mall,uncle, auntie?Fina nak
beli barang sikitlah.” Tiba-tiba Fina bersuara.
Datuk Harris menghentikan suapannya. “Boleh, pergilah.
Cuma... jangan balik lambat sangat. Kamu berdua tu anak dara, tak manis orang
pandang kalau balik lambat.”
Spontan, Erena dan Fina mengangguk. Bibir mereka terukir
senyuman lebar. Sudah terbayang barang yang mahu dibeli. Kalau boleh, bangunan shopping mallmahu diborong sekali.
Datin Katrina menggeleng. Kalau bab-bab shoppingni, serah ajelah kat anak dara
ni. Shopping malldah nak tutup pun,
masih tercegat kat situ lagi. Hisy… hisy… bebelnya dalam hati.
Selepas bersarapan, Erena dan Fina segera mengatur langkah
pergi meninggalkan rumah mewah milik Datuk Harris.
KERETA Myvi berwarna
merah jambu Erena berhenti di kotak parkir, lalu mereka berdua segera membolos
keluar dari perut kereta.
Bermacam-macam kedai disinggah oleh mereka. Dari kedai
kasut, kedai baju hinggalah ke kedai menjual telefon, tiada satu pun yang
ketinggalan.
“Rena?” panggil Fina sedikit kuat.
Erena yang sedang membelek Iphone 5S memandang Fina.
“Hmm…” balasnya acuh tidak acuh, lalu kembali memandang telefon bimbitnya
semula. Rasanya… macam nak tambah koleksi telefon bimbit aje. He he he…
Fina memuncung. “Jom makan, laparlah!”
Erena mengerling jam yang tergantung di pergelangan
tangan kirinya. Oh… dah pukul 1.00 petang rupanya. Patutlah minah sebelah aku
ni merengek minta nak makan, gerutunya dalam hati. “Okey, jom,” balasnya.
Mereka mengatur langkah seiringan menuju ke food court.Selepas membeli makanan dan
minuman, mereka terus melabuhkan duduk di satu tempat yang kebetulan baru
sahaja kosong.
“Rena, apa cerita
kau dengan kembar Sir Chief Richard Lim masa kau orang balik ke kampung dia
hari itu?” tanya Fina tiba-tiba. Raut wajahnya kelihatan teruja, tidak sabar
mahu mendengar cerita Erena.
Erena yang sedang menyuap nasi goreng kampung ke dalam
mulutnya terus tersedak. Terus merah padam mukanya. Terasa pedih di tekak.
Serentak itu, dia menyedut minuman sejuknya.
Fina sudah ketawa besar. Geli hati apabila melihat reaksi
kawan rapatnya itu. Haa kau… terkejut badak terus!
Erena menarik muncung Donald Duck. Dia menjeling geram.
Matanya merah menyala. Macam hantu langsuir sahaja. “Boleh tak kalau kau jangan
buat aku terkejut beruk? Nasib baik tak mim
alif ta ya (mati) terus tau!” jerkahnya.
Kening Fina terjungkit sebelah. “Siapa suruh kau
tersedak? Aku tak suruh pun! Sengallah kau ni, mak cik. Nak malu-malu kucing
konon… pirraah! Tunang dah lebih dua bulan pun, tapi malu-malu kucing lagi,”
perlinya dengan sisa tawanya.
“Shut up ok!Aku
sumbat mulut kau dengan kapur baru tau!” marah Erena.
Fina menayang sengihan kerang busuknya. “Okey… okey…
Haaa.. ceritalah kat aku, Rena. Apa yang berlaku semasa kau orang berada di
kampung Dr. Qasyiful?”
Erena mengeluh. Lalu dia menceritakan segala kejadian
yang berlaku di kampung Dr. Qasyiful tempoh hari. Tiada satu pun yang
disembunyikan dari pengetahuan Fina.
Fina tersengih. Dia lebih tertarik dengan cerita Erena
yang terjatuh ke dalam pelukan encik tunangnya itu. “Apa perasaan kau masa tu,
Rena?”
Erena menguntum senyuman kelat. “Boleh tak kalau kau
jangan spoilkan moodaku, Fina? Aku
tengah happy bershopping ni.Yang kau
tanya soalan sengal macam tu, kenapa?” marahnya geram. Siap menayang muka tidak
suka lagi.
Fina masih lagi tersengih. “Ala, kau ni… aku tanya aje.
Tu pun salah ke?”
Erena mendengus geram. Dia menjeling tajam. “Salah! Kau
sendiri tahu kan, aku bukannya suka pun kat Dr.
serioustu. Aku bertunang ni pun sebab terpaksa aje tau. Kalau ikutkan hati
aku ni, memang aku dah pushdia
awal-awal lagi. Tak ada maknanya nak jadi isteri Dr. seriousyang memang sentiasa serius 24 jam tanpa henti.”
Kening Fina terjungkit sebelah. Bibirnya terukir senyuman
sinis. “Ya ke kau tak suka? Entah-entah dalam hati tu, dah meleleh cair macam
kek leleh kat tunang sendiri. Jangan cakap apa-apa, Rena. Nanti cakap tu
termakan diri sendiri balik tau.”
Erena tergelak sinis. “Nonsense!”
Fina mencebik. Dia tergelak sinis. “Terpulanglah, Rena.
Tapi aku jamin, suatu hari nanti rasa cinta dalam hati kau akan berputik juga
pada Dr. Qasyiful. Percayalah cakap aku, Rena!”
Sekali lagi Erena tertawa sinis. “Tak ada maknanya! Aku
berani kerat jarilah, Fina. Hati aku tak akan terpaut punyalah pada mamat
serius 24 jam tu.”
Fina menjungkit sebelah keningnya, lalu dia menayang
senyuman sinis. “Okey, kita beat.Kalau
kau tak jatuh hati pada Dr. Qasyiful, kau menang. Tapi kalau kau dah tangkap
leleh kat dia, bersiap sedialah untuk kerat jari kau ya, Rena.”
Erena menjegil matanya. “Okey, aku terima!”
DR. AIMAN meluru masuk
ke dalam bilik Dr. Qasyiful. Dia terus melabuhkan duduk di atas kerusi. “Qasy,
ceritalah kat aku. Apa yang berlaku di kampung kau hari tu?” tanyanya
tiba-tiba. Raut wajahnya kelihatan begitu teruja sekali, tidak sabar mahu
mengetahui cerita Dr. Qasyiful.
Dr. Qasyiful yang sedang melayari Facebooknya tersentak
apabila mendengar suara kawan baiknya itu. “Haa… apa dia?” Dia kelihatan
terpinga-pinga. Siap menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal lagi.
Dr. Aiman menjeling tajam, lalu dia menarik muka masam.
“Sejak bila pula telinga kau ada masalah pendengaran ni, Qasy?”
Kening Dr. Qasyiful terjungkit sebelah. Bibirnya terukir
senyuman sumbing. “Sorry friend,aku
tak dengar. Aku tengah khusyuk berchatting
dengan adik aku dalam Facebook ni. Sampaikan kau panggil pun aku tak
dengar. Sorryya, Man?”
Dr. Aiman mencebik. Sejak bila pula pandai berFacebook ni?
Dulu, akaun Facebook pun tak ada. Kononnya… tak ada masa nak melayan Facebook.
Sekarang… dah maju setapak ke hadapan. Wah, perkembangan baik ni! “Hmm… yalah
tu, Qasy. Dah maju setapak ke depan, fuhyoo! Bagus… bagus…”
Mata Dr. Qasyiful membulat besar. Lelaki itu menayang
penumbuk di hadapan kawan baiknya itu. “Oii… aku tibai dengan karate karang,
baru kau tau! Kalau tak ada hal, malaslah aku nak berFacebook bagai. Sebab adik
aku nak beritahu sesuatu, aku kena onFacebook,”
marahnya lantang.
Dr. Aiman tersengih. “He he he… aku gurau ajelah, Qasy.
Itu pun nak ambil hati. Relax Qasy,
peace,”balasnya lagi. Siap
mengangkat dua jari tanda peace yo!
Dr. Qasyiful mencebik. “Malaslah aku nak layan kau, Man.
Buat kepala aku ni pening aje.” Dia kembali memandang skrin laptopnya semula.
“Oii… kau belum jawab soalan aku lagi, Qasy.”
Dr. Qasyiful berpaling memandang kawannya semula. Dahinya
berkerut seribu. “Soalan apa, Man?” tanyanya ingin tahu. Dia tayang muka
hairan.
Dr. Aiman menjeling geram. Hisy… hisy… Memang sahlah,
kawan aku ni pekak bin badak. Dah terjangkit dengan badak agaknya. Itu yang
jadi pekak kot. Kasihan kau Qasy, muda-muda lagi dah pekak. Tak apa, aku
bersimpati.
“Apa cerita kau dengan Rena masa di kampung?” ulang Dr.
Aiman sekali lagi.
Muka Dr. Qasyiful terus berubah apabila mendengar soalan
itu. “Tak ada apa-apa yang menarik pun, Man. Macam itu ajelah,” balasnya acuh
tidak acuh. Berharap supaya Dr. Aiman tidak bertanya apa-apa lagi.
Kening Dr. Aiman terjungkit sebelah. Dia ternganga luas.
“Tak ada apa-apa yang menarik? Kau biar betul, Qasy? Ke kau nak sembunyikan
sesuatu dari pengetahuan aku?” duganya.
Dr. Qasyiful mengeluh. “Okey… apa yang kau nak tahu?”
Dr. Aiman tersenyum penuh makna. “Everything!”
Dr. Qasyiful menguntum senyum. Lalu, dia menceritakan
segala peristiwa yang berlaku semasa di kampungnya pada minggu lepas.
Dr. Aiman menayang memek muka terkejut badak. “Haa… dia
masak untuk kau? Pandai ke dia masak? Sedap tak, Qasy?”
Dr. Qasyiful tertawa. “Aku pun tak sangka dia pandai
masak, Man. Walaupun mak aku yang ajar, tapi sedap jugalah hasil air tangan
dia. Yalah… orang yang tak pernah tayang skil kat dapur, tiba-tiba kena masak.
Semua orang terkejut kot.”
Masih terbayang lagi macam mana terkejutnya dia apabila
mengetahui perkara yang sebenar. Sungguh dia tidak menyangka, hasil masakan
Erena sungguh sedap. So delicious… mmuah!
Bak iklan Pasta dalam televisyen.
Dr. Aiman
menjungkit keningnya berulang kali. Bibirnya terukir senyuman penuh makna. “Tak
apa Qasy, belajar masak pun untuk bakal suami juga.”
Dr. Qasyiful tersenyum. Kembang kuncup hatinya apabila
mendengar kata-kata itu. Belajar masak untuk bakal suami ya? Wah, so sweet…
Dr. Aiman menggeleng apabila melihat telatah kawan
baiknya itu. Hisy, dah parah bebeno ni! Dasyat tu… sampai boleh tersenyum
bagai. Sahlah, hati dia memang dah kena panah cinta Erena Amani. Ha ha ha…
inilah petanda orang tengah angau bercinta.
“Oii? Amboi Qasy, teruknya aku tengok kau. Siap tersenyum
bagai, macam orang tak betul aje,” perli Dr. Aiman selamba. Dia ketawa besar.
Sengaja mahu mengusik kawan baiknya itu.
Dr. Qasyiful menjeling geram. “Oii Man… keep quiet ok!”marahnya. Hisy mamat ni, kacau daun
betul! Aku tengah berangan pun, nak kacau juga ke? Huh!
Dr. Aiman tidak menjawab, sebaliknya lelaki itu masih
tetap dengan tawanya.
Dr. Qasyiful menggeleng. Sengal punya kawan. Aku sekeh
baru tau! Menyesal aku cerita. Puiih!