MULUT Erena ternganga
luas. “Apa dia? Ikut awak balik kampung?” Dia terjerit. Dia terkejut besar
sebaik sahaja Dr. Qasyiful menamatkan kata-katanya tadi.
Dr. Qasyiful memandang serius wajah tunangnya. “Ya, saya
nak awak ikut saya balik kampung minggu depan, Rena,” katanya tegas.
Erena bertambah terkejut. Matanya membulat besar. “Haa…
minggu depan?” jeritnya. Huhh, no way!Aku
tak nak ikut kau pergi ke mana-mana pun!
Dr. Qasyiful mengangguk. “Ya, Rena. Minggu depan, kita
akan balik ke kampung saya,” ulangnya sekali lagi.
Erena menarik muncung panjang. Dia mendengus keras.
“Berapa hari?” tanyanya kasar.
Dr. Qasyiful tersenyum. “Err… dalam seminggu dua.
Lagipun, awak tengah cuti semester, kan? So,
saya rasa tak ada apa-apa masalah kalau awak ikut saya,” balasnya selamba.
Erena semakin terkejut. Hah? “Apa dia? Seminggu dua? Lama
tu! Saya tak nak ikut awak ke mana-mana pun. Saya nak duduk rumah aje!”
tegasnya.
Kening Dr. Qasyiful terangkat sebelah. Dia tersenyum
sinis. “Awak tak nak ikut saya? Awak bergurau ke?” bidasnya keras.
Erena menayang senyuman sinis. “Awak nampak muka saya ni
macam orang tengah bergurau ke? Ha ha ha… so
funny! I’m serious ok!Saya tetap dengan keputusan, saya tak nak ikut awak
balik kampung!” jeritnya kasar.
Dr. Qasyiful mendengus geram. Pening kepalanya melayan
telatah manja Erena. “Awak jangan nak mengada-ngada sangatlah, Erena! Mak saya
yang minta saya bawa awak balik kampung tau. Kalau ikutkan hati saya ni, tak
adanya saya nak bawa awak ikut saya minggu depan,” marahnya geram.
Erena menayang senyuman sinis. “Kalau macam tu, awak
pergilah balik seorang diri aje! Kenapa nak kena ajak saya pula? Pokoknya, saya
tetap tak nak ikut awak balik kampung! Kalau awak nak bawa peneman juga,
pergilah ajak hantu. Tolong jangan ajak saya, okey!”
Dr. Qasyiful mengeluh. Dia menggeleng. “Cuba jangan
tayang perangai kebudak-budakkan awak kat depan saya, Rena. Awak bukan
budak-budak lagi tau. Awak dah besar. Dah 19 tahun!”
Erena tergelak besar. Sinis sekali bunyinya. “Hei, suka
hati sayalah nak buat apa sekalipun! Apa kaitan dengan awak pula?” perlinya.
Dr. Qasyiful mengeluh. Kepalanya bertambah pusing. Ada
tunang pun, tapi perangai macam budak-budak kecil. Adik aku yang umur 17 tahun
pun, tak adanya nak tayang perangai macam ni. Aduh, nasib badan! keluhnya dalam
hati.
Kening Erena terjungkit sebelah. Dia tersenyum sinis.
“Kenapa? Dah putus asa ke? Hah… bagus sangatlah tu! So,tak jadi kan nak bawa saya balik kampung?”
Dr. Qasyiful tersenyum sinis. “Awak suka ke… awak tak
suka ke… saya tetap akan bawa awak balik ke kampung saya. Lagipun, saya dah
minta kebenaran daripada Uncle Harris.Dia
pun dah setuju,” katanya selamba.
Erena ternganga. Matanya membulat besar. Hah… dia dah
minta kebenaran papa? Mak aii, cepatnya bertindak. Cis! Habislah… kalau papa
dah izinkan tu, memang aku tak ada harapanlah. Aduh! gerutunya di dalam hati.
Dr. Qasyiful mencebik. “Awak mesti terkejut besar, kan?”
Erena menjeling tajam. Geram apabila mendengar sindiran
itu. “Jangan nak perli sayalah, Qasy!” marahnya geram.
Hisy, nak buat macam mana ni, ya? Aku tetap tak nak ikut
mamat serius 24 jam ni balik kampung! Dahlah aku budak bandar. Boleh ke aku
hidup dalam suasana kekampungan tu? Kalau sehari dua, tak apalah juga. Ni…
sampai seminggu dua. Hancuss nanti! Tak boleh… tak boleh… aku kena cari jalan.
Erena mengetuk dagu. Mencari jalan untuk mengelak dari
menuruti kemahuan Dr. Qasyiful.
“Hah Qasy, dah bagitahu Rena ke?” Tiba-tiba Datuk Harris
menegur. Dia melabuhkan duduk di sofa sambil merenung wajah anak dan bakal
menantunya itu.
Erena yang sedang melayan perasaan terkejut. Serta-merta
lamunannya terbang melayang. Alamak, papa muncullah pula. Hisy… masa-masa macam
nilah juga nak muncul, gerutu hatinya.
Dr. Qasyiful tersenyum sumbing. “Dah uncle,tapi tunang manja saya ni haa… dia tak
nak ikut saya balik kampung,” adunya.
Erena terkedu. Ewah-ewah, kau ingat ni program Aduan
Rakyat ke, hah? Kau ingat papa aku ni Karam Singh Walia? Cis, tak guna punya
doktor! Dahlah sentiasa serius 24 jam, tukang mengadu pula tu, bentaknya dalam
hati.
Datuk Harris tersenyum. Dia memandang Erena. “Erena
Amani?” tegurnya lembut, namun suaranya tegas.
Gulp! Erena meneguk liur. Kalau panggil nama penuh aku
tu, tak lainnya nak guna kuasa vetolah tu. Aduh, memang tak ada peluanglah nak
mengelak! Huhh! bebel hatinya geram. Dia memandang papanya. “Ya, papa?”
balasnya lembut.
Datuk Harris merenung tajam wajah anak gadisnya itu.
Wajah itu kelihatan sungguh serius. “Papa nak Rena ikut Qasy balik kampung dia minggu depan,” arahnya tegas.
Erena menarik muncung Donald Duck. “Tapi papa, Rena tak
nak!” bentaknya.
Kening Datuk Harris terjungkit sebelah. Dia tersenyum
sinis. “Papa tak peduli, kamu kena ikut juga! Keluarga Qasy belum kenal dengan
kamu lagi, Rena. Mereka nak kenal kamu dengan lebih rapat. Kamu kan bakal
menantu mereka,” tegas Datuk Harris.
Hah? Siapa nak jadi bakal isteri mamat serius 24 jam ni?
Iyuu… tolonglah! Erena menghentak kaki tanda protes. “Tapi papa, Rena…” Dia
cuba mengelak, namun hampa.
Datuk Harris mendengus geram. “Wheither you like it or not, you have to!Rena kena ikut Qasy
balik ke kampung dia minggu depan! Final!”Wajahnya kelihatan serius.
“Yalah papa, Rena ikut!” jawab Erena geram. Argh! Ini
tidak adil! Benci betullah bila kena paksa macam ni, bentaknya dalam hati.
Datuk Harris tersenyum. “Good girl,macam ni kan senang!” Dia memandang Dr. Qasyiful.
“Qasy, jangan balik lagi. Kita makan tengah hari dulu.”
Dr. Qasyiful tersenyum, lalu mengangguk. “Baik, uncle.”
Datuk Harris tersenyum kecil. “Uncleminta diri dulu. Nak ke bilik air.” Dia segera melangkah pergi
meninggalkan pasangan tunang itu.
Dr. Qasyiful memandang wajah tunang manjanya itu. Mesti
cik manja aku ni tengah marah gila. He he he… gumamnya dalam hati.
Erena menjeling tajam. “Apa tengok-tengok?” marahnya.
Dr. Qasyiful menayang muka serius. “Saja! Bukannya dengan
orang lain pun, tunang saya juga,” balasnya selamba.
Erena semakin panas hati. “Banyaklah! Dahlah mamat serius
24 jam, tukang mengadu pula tu. Haa… memang sesuailah dengan awak! Huhh!”
bentaknya.
Dr. Qasyiful menjungkit sebelah keningnya, lalu dia
tersenyum sinis. “Do I care?”perlinya
selamba. Dia berjalan meninggalkan Erena sendirian di situ.
Nafas Erena turun naik. Geramnya.