ERENA mencampak tas
tangannya ke atas katil. Dia menghentak kaki bak anak kecil. Dia menggenggam
buku lima tanda geram. Nafasnya kedengaran turun dan naik, bagai baru lepas
menyertai acara marathon.
“Hisy, benci betullah ada tunang macam ni! Dahlah
sentiasa serius 24 jam, muka tak pernah ceria pula tu! Senyum? Huh, langsung
tak pernah tergaris kat bibir kau! Hisy!” bentaknya geram.
Dia menghela nafas panjang. Tubuhnya dihempas ke atas
katil. Dia menongkat dagu. Kejadian petang tadi singgah sebentar di layar
ingatannya.
Bila teringatkan kejadian tadi, hati Erena semakin diulit
rasa geram. “Dia boleh tayang muka tak bersalah depan aku, kan? Huhh, kenapalah
papa dan mama beria-ia nak aku bertunang dengan mamat serius 24 jam a.k.a si
hati kering tu? Hisy, bencilah!”
Tiba-tiba, bayangan Fina menerpa di ruangan mata Erena.
Gadis itu memetik jari.
“Fina!” ucapnya.
Lantas, telefon bimbitnya yang terletak di atas meja
solek dicapai. Ringan jarinya menekan nombor telefon bimbit Fina di skrin
telefon itu.
Dalam masa beberapa saat, talian bersambut. Kedengaran
suara Fina di hujung talian.
“Helo?”sapa
Fina lembut. Nada suaranya kedengaran lemah. Macam orang sedang mamai.
“Fina? Aku ni, Erena,” kata Erena.
Fina tersentak. “Oii mak cik, kau bukan tengah pegang
mikrofon! Jadi, janganlah terpekik-pekik macam orang gila! Suara tu kontrollah
sikit! Pekak telinga aku tau!” sergahnya geram.
Erena tersengih. “Ala… sorry. Aku gurau aje.”
Fina menjeling geram. “Banyaklah kau! Bergurau konon? Tak
kena gaya langsung,” omelnya geram.
Sengihan kerang busuk masih lagi bergayut di bibir Erena.
He he he… orang di sana dah marahlah. Habis laaa… “Ala… tak mau la marah. Tak
comel nanti.”
Fina tergelak. Dia geli hati apabila mendengar ayat
Erena. “Sengallah kau, Rena!” Dia ketawa besar.
Erena tersenyum simpul. He he he… dah tak marah lagilah
tu. Alahai, senang aje nak pujuk kawan baik kesayangan aku ni, omel hatinya.
Tiba-tiba, peristiwa tengah hari tadi menerpa ke layar
ingatan. Serta merta, senyuman Erena mati. Dia mengeluh.
“Kenapa kau mengeluh, Rena? Kau ada masalah ke?” tanya
Fina ingin tahu.
Erena tersenyum kelat lalu menceritakan peristiwa yang
berlaku
tengah hari tadi pada Fina.
Tawa Fina meletus kuat sebaik sahaja Erena selesai
bercerita. Dia jadi geli hati apabila mendengar cerita kawan baiknya itu. Ha ha
ha… kasihan! Lain yang dirancang, lain pula yang menjadi. Hancuss rancanganmu,
kawanku.
Erena tercengang apabila mendengar tawa Fina. “Amboi, kau
boleh ketawa sakan bila dengar cerita sedih aku ni, kan? Kau nilah Fina,
menambahkan lagi sakit di hati aku! Dahlah Dr.
serioustu sakitkan hati aku, kau pun sama juga! Kau orang berpakat untuk
sakitkan hati aku ke, hah?” marahnya.
Kening Fina terjungkit sebelah. “Apa pasal pula kau kata
macam tu? Bila masa pula kita orang berpakat untuk sakitkan hati kau? Jumpa pun
tak pernah, apatah lagi nak berpakat untuk kenakan kau. Tak ada maknanya! Kau
aje yang rasa macam tu, Rena,” sindirnya selamba.
Erena menarik muncung Donald Duck. Hisy, menyakitkan hati
aje cerita kat minah ni! “Kalau tahu kau nak ketawakan aku, tak adanya aku nak
cerita kat kau. Menyesal aku cerita tau! Argh!” bebelnya tidak puas hati.
Fina tersengih. “Ala, relax
ok. I’m just joking.”
Erena tercengang. Dia mencebik. Hah… joking?Ha ha ha… so funny!
“Dahlah, janganlah ketawakan aku lagi! Aku tengah sakit hati ni!” omelnya
geram.
Fina tersenyum sinis. “Padan dengan muka kau, Rena! Lain
yang kau rancang, tapi lain pula yang menjadi. Nak malukan dia, konon?
Alih-alih, kau yang termalu sendiri. Tulah… lain kali jangan terfikir untuk
buat benda yang bukan-bukan lagi. Haa tengok… apa dah jadi?” sindirnya.
Erena menjeling tajam. Dia mendengus geram. “Dahlah, tak
nak cerita apa-apa lagi kat kau! Aku letak dulu. Assalamualaikum!” balas Erena
lalu segera mematikan talian. Dia mengeluh. Hisy, kawan aku pun sama! Berpakat
untuk menentang aku! Bencilah!