Home Novel Komedi/Romantik Komedi Benci ke Sayang? (Oh... My Encik Tunang?)
BAB 2
PERISTIWA yang berlaku dua hari lepas masih segar di ingatan Dr. Qasyiful. Sukar sekali dia hendak membuang jauh ingatan mengenai peristiwa itu. Masakan tidak, permintaan itu mengundang kejutan besar buat dirinya. Bak lagu baru Stacy, gilalah!

Kata-kata Datuk Harris tempoh hari masih lagi terngiang-ngiang di cuping telinganya. Sejujurnya, dia masih lagi berasa terkejut dengan permintaan itu. Uncle nak meminang kamu untuk jadi suami pada anak uncle,Erena Amani.”

Dr. Qasyiful melepaskan keluhan panjang. Lelaki kacak itu menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. “Jadi suami Erena Amani? Dia baru 21 tahun, sedangkan aku dah 31 tahun. Hmm… layakkah aku berdampingan dengan gadis semuda itu?” katanya dengan suara yang lemah. Wajahnya juga kelihatan sugul.

Huhh, Dr. Qasyiful mengeluh lagi. Pemuda kacak itu meraup mukanya. Erena dah macam adik aku. Boleh ke aku memimpin dia sebagai seorang isteri? Ya ALLAH, apakah yang sedang KAU rencanakan untuk aku? getus hatinya resah.

Satu per satu peristiwa dua hari lepas kembali tertayang semula di layar ingatannya.

DATUK HARRIS mengukir senyuman penuh makna. Wajah itu juga kelihatan serius. “Unclenak meminang kamu untuk jadi suami pada anak uncle,Erena Amani.”

Dr. Qasyiful menayang muka terkejut. “Apa?”

Datuk Harris tersenyum penuh makna sambil matanya memandang tepat ke wajah kacak Dr. Qasyiful. Rona mukan kahwinkan doktor dengan anak uncle,Rena,” balasnya bersungguh-sungguh.

Dr. Qasyiful terdiam kaku. Sejujurnya, dia benar-benar tidak menyangka permintaan seperti itu boleh terucap dari bibir Datuk Harris. Masya-Allah… apa semua ni?

Ah, aku bermimpi ke? Dia mencubit lengannya. Ouch, sakit! Ah, itu bermakna dia tak bermimpi. Maknanya… apa yang baru sahaja terucap dari bibir Datuk Harris adalah benar. Subhanallah! Dia menggosok tengkuknya. Ah, serabutnya! Masalah apa pula kali ini?

Dr. Qasyiful memandang wajah Datuk Harris. “Kahwin dengan Rena? Unclebetul-betul serius ke ni?” Dr. Qasyiful menginginkan kepastian.

Datuk Harris tergelak kecil. Lelaki itu merenung tepat ke mata Dr. Qasyiful. “Ini soal kahwin, doktor. Uncleserius. Unclebetul-betul mahukan doktor sebagai menantu.Unclenak doktor kahwin dengan Rena,” balasnya bersungguh-sungguh. Sedaya upaya, dia meyakinkan Dr. Qasyiful supaya mempercayainya.

Dr. Qasyiful melepaskan keluhan berat. “But, why? Semua ni terlalu cepat, uncle.Rena baru aje berusia 19 tahun, sedangkan saya dah 29 tahun. Uncle, Rena tu dah macam adik saya. Lagipun, dia hampir sebaya dengan adik saya. Permintaan uncle terlalu berat untuk saya penuhi,” balasnya lemah.

Datuk Harris mengukir senyuman kecil. “Uncledah fikir masak-masak. Doktor adalah calon yang terbaik untuk jadi suami Rena. Uncle yakin, uncle tak salah dalam buat pilihan. Percayalah cakap uncle, doktor,” balas Datuk Harris bersungguh-sungguh.

Sekali lagi Dr. Qasyiful mengeluh berat. “Tapi, saya tak layak untuk dia, uncle,”balasnya lagi.

Bibir Datuk Harris masih lagi terukir senyuman kecil. “Jangan mengukur diri, doktor. Kita tak boleh cakap apa-apa sebelum tahu hasilnya. Uncleyakin, doktor boleh bimbing Rena untuk menjadi isteri yang solehah. Uncledah lama kenal doktor. Uncletahu doktor pasti boleh lakukannya,” balas Datuk Harris yakin.

Dr. Qasyiful tersenyum kelat. “Uncleterlalu yakin dengan saya,” balasnya lagi.

Datuk Harris masih lagi tersenyum. “Macam yang unclecakap tadi, uncledah lama kenal doktor. Uncletahu doktor adalah yang terbaik untuk jadi suami Rena. Sebab tulah uncleyakin. Unclebetul-betul berharap agar doktor terima lamaran ni,” pujuk Datuk Harris lembut.

Dr. Qasyiful terdiam, tidak tahu jawapan apa yang patut diberikan pada Datuk Harris. Ah, buntunya!

Datuk Harris mengeluh kecil. “Doktor?” tegurnya lembut.

Dr. Qasyiful memandang Datuk Harris. Wajahnya kelihatan kusut. Masakan tidak, lelaki kacak itu serabut apabila memikirkan permintaan berat itu. Umpama diluah mati emak, ditelan mati bapa. Hmm…

Datuk Harris menarik nafas panjang. “Doktor tahukan anak muda zaman sekarang ni, bermacam-macam perangainya. Kebanyakannya terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral. Lagipun, uncletak nak Rena bergaul dengan budak-budak yang berperangai negatif. Sebab tulah unclenak kahwinkan Rena dengan doktor. Lagipun, uncleyakin yang doktor mampu membimbing Rena untuk menjadi isteri yang solehah,” balasnya perlahan.

Dr. Qasyiful semakin serba salah. Patut ke aku menerima permintaan Datuk Harris? Ya ALLAH, aku buntu.

Sekali lagi Datuk Harris mengeluh. Lalu, lelaki itu menyentuh lembut tangan Dr. Qasyiful. “Unclebukan makin muda doktor.Makin lama umur unclemakin meningkat. Jadi, uncle nak tengok Rena hidup bahagia. Uncle yakin, doktor adalah pilihan yang tepat untuk jadi suami Rena. Percayalah cakap uncle, doktor,” tambahnya lagi.

Dr. Qasyiful tersenyum hambar. Uncleterlalu yakin dengan saya ke?”

Datuk Harris tersenyum lalu kepalanya mengangguk. “Unclebetul-betul yakin bahawa doktor merupakan calon yang sesuai. Percayalah cakap uncle, doktor betul-betul layak jadi suami Rena,” balasnya bersungguh-sungguh. Berusaha meyakinkan Dr. Qasyiful agar menerima lamarannya.

Dr. Qasyiful mengukir senyuman payah. “Baiklah, saya terima lamaran uncle. Saya setuju untuk jadi suami Rena,” balasnya perlahan.

Datuk Harris menghela nafas lega. “Terima kasih, doktor,” balasnya. Syukur alhamdulillah!

DR. QASYIFUL terkejut kecil apabila mendengar bunyi guruh. Serta-merta lamunannya hilang.

Lelaki kacak itu menyapu mukanya. “Ya ALLAH… jauhnya aku termenung. Astaghfirullahalazim.” Dr. Qasyiful segera beristighfar panjang apabila menyedari ketelanjuran diri.

Dia mengeluh. “Jika benar Rena adalah jodohku, maka berikanlah petunjuk itu, ya ALLAH. Jika benar Rena memiliki tulang rusukku, berikanlah aku kekuatan untuk membimbingnya menjadi seorang isteri yang solehah.

Sesungguhnya, aku adalah hamba-MU yang lemah. Ya ALLAH, bantulah aku. Jika benar nama Rena tertulis untukKu, berikanlah petunjuk-MU. Sesungguhnya, aku terima segala qadar dan qada yang tertulis buat diriku, ya ALLAH.” Doanya penuh mengharap.

Previous: BAB 1
Next: BAB 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.