Home Novel Komedi/Romantik Komedi Benci ke Sayang? (Oh... My Encik Tunang?)
BAB 28

ERENAmenghentak stereng kereta tanda geram. “Argh, kenapalah nama kau juga yang muncul hah? Dah tak ada nama lain ke? Dalam banyak-banyak nama yang ada kat muka bumi ni, nama kau juga yang ada? Hisy! Syhh…. pergi main jauh-jauhlah! Tak payah nak kacau aku okey!”

Dia menarik muka cemberut. Geram hatinya apabila memikirkan Dr. Qasyiful a.k.a encik tunangnya itu. “Dahlah… aku tak suka tengok muka kau yang sentiasa serius 24 jam tu. Tak cukup dengan tu, nama kau tetap ikut aku ke mana-mana aje. Argh, bencilah! Asal aku ada aje, nama kau pun ada. Kau bela saka ke, hah?” bebelnya lagi.

Argh! Dia meraup mukanya. Tiba-tiba, wajah kacak encik tunangnya itu seakan-akan menari-nari di ruangan matanya. Hah, kenapa muka kau muncul pula ni? Cis, sibuk ajelah!

Spontan Erena duduk menegak. Dahinya berkerut seribu. “See?Tak cukup dengan nama kau, sekarang muka kau pula yang muncul kat depan aku. Haa… memang sahlah, kau memang bela saka! Kau hantar saka kau tu ikut aku ke mana aje! Hisy! Nyah kau dari hidup aku, saka!” jeritnya lantang.

Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Mulutnya muncung bak kartun Donald Duck. Wajahnya masam mencuka macam kena tabur dengan beribu kilo cuka.

“Huhh… aku tak cintakan kau, wahai Dr. Qasyiful Hakim! Tapi… kenapa papa dan mama beria-ia nak aku kahwin dengan kau? Apa istimewanya kau, hah? Argh, pelik betullah!” herdik Erena, menzahirkan rasa tidak puas hatinya.

Pon!!!

Bunyi hon kereta di belakang membuat Erena terkejut besar. “Eh, aku ada kat traffic lightke?” Dia terpinga-pinga, seakan baru menyedari sesuatu.

Erena tersenyum. “Hisy, boleh pula aku berangan? Semua ni kau punya pasallah, Dr. serious!Tengok? Tak pasal-pasal dah kena hon!” marahnya.

“BANG, jom kita makan. Saya dah hidangkan makanan ni.” laung Hajah Kamariah dari dapur.

Ustaz Kamarul yang sedang membaca surat khabar tersenyum. Dia melipat surat khabar yang sedang dipegangnya dan diletakkan ke atas meja.

Ustaz Kamarul bangun lalu bersedia untuk melangkah ke dapur. Namun, langkahnya mati apabila ternampak kelibat Shukri. “Eh, Shuk?” sapanya lembut.

Langkah Shukri mati apabila terdengar namanya dipanggil. Dia segera berpaling ke belakang. “Oh, ayah rupanya? Err... ada apa, ayah?” jawabnya lembut. Senyuman nipis kelihatan terukir di bibir lelaki itu.

Ustaz Kamarul tersenyum nipis. “Haa… Shuk nak ke mana tu?” tanyanya ingin tahu.

Shukri masih lagi tersenyum. “Shuk nak keluar dengan member, ayah. Lagipun, dah lama Shuk tak balik kampung. Sibuk memanjang dengan kerja. Sesekali nak juga melepak dengan member-member lama. Rindu betul Shuk dengan dia orang, ayah.”

Ustaz Kamarul mengangguk. “Oh… Tapi sebelum tu, jomlah kita makan tengah hari dulu. Lagipun, mesti perut kamu dah berkeroncong minta diisi, kan?” usiknya.

Shukri tergelak. “Patutlah Shuk rasa lapar semacam aje. Rupa-rupanya dah pukul 1.00. Kejap aje rasanya jam berjalan, kan ayah?” balasnya sambil tersengih-sengih.

Ustaz Kamarul menggeleng. “Kamu nilah Shuk, suka sangat melengah-lengahkan waktu makan. Kamu tukan ada gastrik? Kalau lambat makan, nanti penyakit lama tu menyerang lagi. Kamu nak macam tu?”

Shukri tersenyum simpul. “Err… jomlah kita ke dapur.”

Ustaz Kamarul tersenyum simpul. Serentak itu, kepalanya mengangguk. Lalu, dua beranak itu berjalan seiringan menuju ke dapur.

“Hah… Mar, jomlah kita makan tengah hari sekarang. Perut saya dah berkeroncong minta diisi ni,” panggil Ustaz Kamarul. Dia melabuhkan duduk di atas kerusi.

Hajah Kamariah tersenyum nipis. Ringan tangannya menceduk nasi ke dalam pinggan suami dan anaknya. “Jemput makan, bang, Shuk.”

Shukri tersenyum. “Jomlah kita makan sekali, mak. Amboi, sedapnya mak masak hari ni. Terliur Shuk bila tengok ayam masak asam pedas ni, mak.”

“Mak kamu ni memang masakannya sedap-sedap. Kalah restoran. Sebab tulah perut ayah ni makin bertambah membulat,” usik Ustaz Kamarul.

Hajah Kamariah menjeling manja. “Hisy… abang ni, ke situ pula. Malu Mar tau!” marahnya. Sengaja mahu bermanja-manja dengan suaminya.

Shukri tersengih. Geli hatinya apabila melihat telatah mak dan ayahnya. Walaupun sudah berpuluh-puluh tahun mereka mendirikan rumah tangga, namun harmoninya tetap ada. Macam orang baru kahwin.

“Hah… Mar, awak dah telefon Qasy? Minta dia bawa Amani balik kampung,” tanya Ustaz Kamarul.

Spontan Hajah Kamariah menghentikan suapannya. “Dah, bang. Semalam saya dah calldia, bang. Haa… katanya, hujung minggu ni dia baliklah. Dia bawa Amani sekali.”

Shukri tersenyum. “Baguslah tu, ayah, mak. Dapatlah kita kenal dia dengan lebih rapat lagi. Yalah, dia orang kan bertunang ekspres macam tu. Shuk pun tak berapa kenal si Amani tu,” celahnya.

Ustaz Kamarul mengangguk, setuju dengan kata-kata anaknya itu. “Betul tu, Shuk. Sekurang-kurangnya, dapatlah kita tengok macam mana sikapnya nanti,” balasnya beria-ia. Tidak sabar rasanya mahu berjumpa dengan bakal menantunya itu.

Hajah Kamariah tersenyum simpul. “Harap-harap, budak tu baik dan sopan santunlah orangnya ya, bang, Shuk? Tak sabar rasanya saya nak berkenalan dengan bakal menantu saya tu.”

Shukri tersenyum. “Insya-ALLAH, mak. Sama-samalah kita doakan ya. Lagipun, Amani tu cantik orangnya. Sepadan sangat dengan Qasy tu.”

Ustaz Kamarul menguntum senyuman nipis. “Amin, Shuk, Mar,” balasnya. “Dah, jom kita sambung makan. Kejap lagi saya nak pergi masjid. Kejap lagi si Shuk ni pula nak keluar. Nak jumpa kawan katanya,” tokoknya lagi.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.