ERENAmenguntum senyuman lebar. Siap
menayang memek muka teruja lagi. “Wah, seronoknya!” Dia bertepuk tangan, bagaikan anak kecil
sahaja lagaknya.
Shukri tergelak, geli hati dengan telatah Erena. “Kalau
Amani seronok tinggal kat sini, selalu-selalulah ikut Qasy balik kampung,” balasnya
bersungguh-sungguh.
Diana yang sedang menyedut air kotak laicinya spontan
mengangguk laju. “Betul tu, kak. Akak kenalah balik selalu. Nanti, bolehlah Ana
bawa akak pergi jalan-jalan. Kita pergi Pekan Rabu ke, muzium padi ke,
macam-macamlah.”
Spontan, bibir Erena terukir senyuman kelat. Balik
selalu? Hmm… entahlah! “Err… nak ke Qasy bawa saya balik ke kampung dia lagi,
Abang Shuk?” Tiba-tiba, soalan itu terpacul keluar dari mulut Erena. Hisy mulut
ni, cepat aje kau mainkan peranan, kan? Tengok, kan dah terlepas cakap!
Marahnya dalam hati.
Shukri mengerutkan dahinya. “Laa… kenapa pula dia tak nak
bawa Amani balik kampung? Amani kan keluarga kami juga. Lagipun, Amani kan
bakal isteri Qasy. Nak tak nak, Qasy kena bawa juga,” katanya hairan.
Diana mengangguk tanda setuju. “Betul tu, kak. Nak tak
nak, Abang Qasy kena juga bawa akak balik ke kampung. Err… kenapa akak cakap
macam tu?”
Erena terpana. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak
gatal. Err… nak jawab apa, ya? Hisy! Tulah… Rena, macam manalah boleh terpacul
keluar soalan yang tak logik tu dari mulut kau, hah? Tengok, kan dah kena
tembak! Naya aje… marah hatinya geram.
“Amani dengan Qasy okey ke?” duga Shukri. Raut wajahnya
serius.
Gulp! Erena meneguk liur. Dia tersenyum kelat. “Errr…” Ya
ALLAH… tolonglah munculkan seorang hamba-MU untuk membantuku, pinta hatinya
penuh mengharap.
Bagai terjawab permintaannya, tiba-tiba Dr. Qasyiful
muncul. “Assalamualaikum…” sapanya lembut.
Mata mereka tertumpu pada wajah kacak Dr. Qasyiful.
“Waalaikumussalam…” jawab mereka bertiga serentak.
Fuhh! Erena menghela nafas lega. Kemunculan encik
tunangnya itu memang kena tepat pada masanya. Thank you very much, Dr. serious!Tak adalah aku terkial-kial nak
jawab soalan maut Abang Shukri, gerutu hatinya lega.
Shukri tersenyum kelat. Tak apalah… mungkin lain kali
aje, gumam hatinya.
Bibir Dr. Qasyiful terukir senyuman lebar. “Wah,
seronoknya mandi sungai! Dah lama Qasy tak mandi sungai, bang.”
Erena mencebik. Bibirnya terukir senyuman sinis. Erk?
Pandai ke mamat serius 24 jam ni mandi sungai? Bukan kerja dia asyik serius
memanjang aje ke? sindir hatinya pedas.
Diana ketawa. “Apa lagi, bang? Jomlah kita mandi
sama-sama. Dah lama Ana tak mandi sungai dengan abang,” ajaknya
bersungguh-sungguh. Siap menjungkit keningnya berulang kali. Sengaja mahu
mencabar abangnya.
Dr. Qasyiful menjeling geram. “Hisy… tak naklah! Abang
pakai baju elok ni, Ana. Takkanlah nak mandi sungai dengan baju ni kot? Nanti
kotorlah baju abang. Ana nak basuh ke?”
Diana menjegil matanya. Dia bercekak pinggang. “Abang
Qasy, hisy!” bentaknya geram.
Dr. Qasyiful tidak menjawab, sebaliknya dia ketawa besar.
Geli hatinya apabila melihat reaksi adiknya itu. Ha ha ha… padan muka.
Shukri mencebik. Ooo… ketawakan orang, ya? Siap kau! He
he he… Dia tergelak jahat dalam hati.
Shukri melangkah keluar dari sungai itu. Dengan langkah
yang berhati-hati, dia berjalan ke belakang Dr. Qasyiful. Tubuh Dr. Qasyiful
ditolak dengan selamba dari belakang. Terus adik lelakinya itu terjatuh ke
dalam sungai. Shukri ketawa besar. Puas hati kerana dapat mengenakan adiknya
itu.
Diana dan Erena sudah ketawa besar.
Ha ha ha… padan muka kau, Dr. serious,ejek hati Erena selamba.
Dr. Qasyiful menyapu mukanya yang sudah basah lencun
dengan air sungai. Dia menjeling Syukri dengan geram. “Abang ni, hisy!”
Shukri masih lagi ketawa terbahak-bahak.
Diana memandang Erena yang berdiri betul-betul di tebing
sungai. Tiba-tiba, dia mendapat satu idea nakal. He he he…
“Kak?” panggil Diana. Bibirnya terukir senyuman nakal.
Dahi Erena berkerut. “Hmm… ada apa?”
Dengan selamba badaknya, Diana menolak tubuh Erena hingga
jatuh ke dalam sungai.
Tanpa diduga, Erena terjatuh ke dalam pelukan Dr.
Qasyiful. Masing-masing kelu. Muka sudah merah. Spontan, rasa aneh menyelinap
cepat ke dalam hati.
Alamak… rasa apa pula ni? Jangan cakap yang kau dah
tangkap leleh dengan mamat serius 24 jam ni, Rena? No way! nafi hatinya.
Dr. Qasyiful semakin berdebar. Ditambah lagi dengan jarak
yang terlalu rapat antaranya dengan Erena. Lagilah dia gelabah. Aduhai!
Bibir Diana dan Abang Shukri terukir senyuman penuh
makna. Wow, so romantic!
PUSING kiri… pusing
kanan… pandang atas… pandang bawah… Erena tetap gagal melelapkan matanya.
Terasa seakan ada batang lidi di bawah kelopak matanya. Oleh sebab itulah,
susah sangat matanya mahu terpejam lena.
Erena melihat Diana di sebelah. Dia mengeluh panjang.
“Dahlah aku tak boleh tidur. Dah macam burung hantu aje ni. Tapi, budak Diana
ni boleh pula tidur mati, siap berdengkur pula tu. Huhh!” keluhnya resah.
Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Spontan,
peristiwa petang tadi kembali tertayang semula ke layar ingatannya. Umpama
tayangan filem. Pergh… kalau buat filem, gerenti meletup. Masyuk!
Erena terpana, begitu juga dengan Dr. Qasyiful.
Masing-masing saling berpandangan. Umpama sinetron Indonesia. Hero terlanggar
heroin, buku jatuh bertaburan ke lantai. Mata bertentang mata, hati pun saling
berbicara. He he he…
Entah mengapa ada debaran dalam hati Erena. Jantungnya
macam nak melompat keluar bila berkeadaan seperti itu dengan encik tunangnya.
Ah, kacau! Jiwanya semakin kacau! Tak boleh jadi ni! Gerenti haru-biru jadinya
nanti.
Dr. Qasyiful bertambah berdebar. Jantungnya berdegup
kencang. Bagai sedang di gendang-gendang oleh pemain dram aje. Macam tengah
buat konsert rock ooo… Namun hakikatnya, dia resah. Resah bila berada dalam
keadaan seperti itu.
Tiba-tiba, mereka seolah-olah tersedar sesuatu. Spontan,
pelukan dileraikan. Wajah mereka sudah memerah. Macam kena tenyeh dengan cili
api. Pedih ooo…
“Err… sorry Qasy,saya betul-betul tak
sengaja.” Erena gugup. Sedaya upaya dia cuba menahan debaran hatinya.
Dr. Qasyiful menguntum senyuman nipis. “Err… tak apa
Rena, saya faham,” balasnya turut gugup. Walaupun jantungnya melompat bagai nak
gila, namun dia tetap mengawalnya supaya berada dalam keadaan tenang. Relax, Qasyiful Hakim!
Bibir Erena terukir senyuman kelat. Dia mengangguk. Dia
menjarakkan sedikit tubuhnya dari Dr. Qasyiful. Tidak mahu encik tunangnya itu
menyedari tindak balas yang terlukis di wajahnya.
Pom!!!
Petir berdentum yang menyambar dada langit membuat Erena
terkejut besar. Serta-merta, lamunannya terbang. Dia mengurut dada kerana
terkejut. Dia beristighfar berkali-kali dalam hati.
Erena mengeluh. “Alamak, dah nak hujanlah pula. Erena Amani,
baik kau pergi tidur sekarang! Karang tak pasal-pasal, kau bangun lambat!”
Huhh, namun gagal! Matanya sukar mahu dilelapkan. Hisy.
bencilah! bentak hati Erena geram.
Erena menarik nafas panjang, lalu menghembusnya perlahan.
Duhai mataku yang cantik bak biji mutiara, lelaplah dikau. Pemilik matamu ini
dah mengantuk sangat-sangat ni. Hati Erena bersungguh-sungguh merayu.