ERENAmengeluh. Dia menggaru-garu kepalanya
yang tidak gatal. Wajahnya sugul sekali. Ah, dia semakin rasa serba tidak kena.
“Aduh, kusutnya kepala aku!” bentaknya geram. “Hisy, bencinya! Kenapalah aku kena bertunang dengan
mamat serius 24 jam tu, hah?”
Erena menarik nafas panjang. Berkali-kali dia
mengetuk-ngetuk kepalanya. Ah, kusut! Kenapa dengan kau ni, Rena? Janganlah
gelabah sangat! Relax Rena, be cool!pujuk
hatinya, cuba menenangkan hatinya yang gundah gulana itu.
Dia menarik nafas panjang, lalu menghembusnya secara
perlahan-lahan. Melepaskan rasa yang semakin terbuku tebal dalam hati. Tenang,
Rena! Ni baru aje bertunang, belum kahwin lagi okey. Erena Amani, macam-macam
benda boleh jadi dalam tempoh tu. Jangan gelabah tak tentu hala, just relax. Everything is gonna be fine, ok! Sedaya upaya Erena cuba memujuk hatinya
supaya menjadi lebih tenang.
Aduh… aku tak nak bertunang dengan mamat serius 24 jam
tu! Macam mana ni? Someone please help
me, please bring me away from here,jerit hatinya untuk kesekian kalinya.
Fina yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik
Erena, berasa pelik. Dahinya berkerut. Hairan melihat sikap Erena yang bagai
kucing kehilangan anak itu. Eh, kenapa pula dengan minah ni? Gelabah macam
orang hilang anak aje, desis hatinya hairan. “Kau ni dah kenapa, Rena? Aku
tengok kau macam orang kurang siuman pula.”
Erena mengeluh. Mukanya resah. “Fina… kau kena tolong
aku. Aku tak nak bertunang!” jawabnya lemah.
“Kenapa pula? Oii mak cik, kita kan dah bincang hal ni.
Yang kau beria-ia tak nak bertunang dengan Dr. Qasyiful tu, kenapa?” bidas Fina
geram.
Erena menarik muncung Donald Duck. Dia menggosok
kepalanya berulang kali. “Entahlah, Fina! Yang aku tahu, aku langsung tak ada
perasaan kat dia. Macam mana aku nak bertunang dengan dia?”
Fina mendengus geram. Dia menjeling tajam. “Kau jangan
nak mengada-ngada, Rena! FamilyDr.
Qasyiful dah ada kat bawah tu. Dia orang tunggu kau untuk sarungkan cincin
tunang aje. Kalau kau tarik diri last
minute, karang tak pasal-pasal jadi Kecoh Hantu Raya Tok Chai. Tak
pasal-pasal jadi gosip panas kat bawah tu. Kau nak?”
Erena menghentak kaki, bak anak kecil. “Aku tak nak
bertunang dengan dia, Fina! Kau kena tolong aku. Lagipun, kau kan kawan baik
kesayangan aku. Takkanlah kau nak tengok aku tak bahagia dengan mamat serius 24
jam tu? Tolonglah aku, Fina,” rayunya bersungguh-sungguh. Siap menayang muka babyface lagi, sengaja hendak meraih
simpati Fina.
Fina mencebik. “Jawapannya tetap serupa, aku tak nak
tolong kau! Kalau kau kasihankan mama dengan papa kau, lebih baik kau ikut apa
yang dia orang nak. Kalau kau rasa nak conteng arang ke muka dia orang, buatlah
apa yang kau suka. The choice is in your
hands.”
Erena terus terdiam. Mukanya pucat lesi. Betul juga apa
yang Fina cakap. Takkanlah aku nak malukan mama dengan papa pula? Kalau aku
tarik diri last minute,kasihanlah
dia orang nanti. Tapi… Kenapalah aku langsung tak diberi pilihan? Hisy, bencilah!
Fina mengeluh. “Rena…”
Erena memandang kosong wajah Fina. “Hmm…” balasnya
perlahan.
Fina tersenyum. “Kita dah bincang hal ni, kan? Lagipun,
kau dengan dia baru aje nak bertunang, belum mendirikan rumah tangga lagi.
Macam-macam boleh jadi sepanjang tempoh kau orang bertunang, Rena. Tunang
ajelah dulu, apa susahnya? Kau belum sah jadi isteri dia, okey. So, just relax. Everything is gonna be fine,
dear. Trust me!”pujuknya lembut.
Belum sempat Erena menjawab, tiba-tiba kedengaran ketukan
pintu dari luar.
Erena memandang Fina. “Please…
help me,”bisiknya.
Fina menayang muka selamba. “No!” tegasnya.
“Rena, jom turun! Keluarga Qasy dah tunggu di bawah tu.
Mereka dah tak sabar nak jumpa dengan Rena,” teriak
Datin Katrina dari luar.
Fina tersenyum lebar. “Apa lagi? Jomlah kita turun
sekarang.”
Erena menggeleng. “Aku tak nak, Fina!” bentaknya.
Fina menjeling geram. Hisy, minah nilah… terlebih
mengada-ngadalah! “Kau jangan nak bikin panas, Rena. Karang tak pasal-pasal
Kiah Propa datang terjah, siap buat live
interviewlagi tu. Kau nak ke?”
Erena memuncung panjang. “Tak ada pilihan lain ke, Fina?”
soalnya lemah. Mengharap agar ada insan berhati mulia yang dapat membantunya.
Fina menayang senyuman sinis. “No!Suka ke… tak suka ke… kau tak ada pilihan lain. Nak tak nak,
kau kenalah bertunang dengan Dr. seriouskesayangan
kau tu.”
Erena membuntang mata. Sejak bila pula Dr. serioustu jadi kesayangan aku pula
ni? Huh, tak ada maknanya!
Erena mengeluh. “Yalah… aku turun.”
Fina tersenyum lebar. “Good
girl!”pujinya.
Erena tersenyum kelat. Gadis cantik itu melangkah ke muka
pintu. Nafas ditarik sedalam-dalamnya. Mahu menenangkan hatinya yang sedang
berperang hebat.
Pintu bilik dibuka. Tersembul muka Datin Katrina di muka
pintu. Bibirnya terukir senyuman lebar sebaik sahaja melihat anak gadisnya.
“Cantiknya anak mama.”
Erena tersenyum kelat. Kalau cantik pun tak ada guna,
mama. Nak kahwin kena paksa, tunang pun kena paksa juga. Huhh…. Nasib badan.
Sedihnya…