DATIN KATRINA yang baru sahaja melangkah
keluar dari dapur segera berjalan menuju ke arah meja makan. Lalu, wanita itu
melabuhkan duduk di atas bangku. Ringan tangannya menceduk mi goreng ke dalam
pinggan suaminya, Datuk Harris. Datuk
Harris hanya memerhati tingkah lalu isteri yang sudah dinikahinya 20 tahun yang
lalu. Pinggan yang dihulurkan isterinya segera disambut. “Terima kasih,
Katrina,” ucapnya sambil tersenyum kecil.
Datin Katrina
mengukirkan senyuman. “Sama-sama kasih, bang,” jawabnya ringkas.
Datuk Harris meletakkan
pinggannya ke atas meja. Lalu, bola matanya terarah ke arah Datin Katrina.
“Katrina, anak manja awak tu dah bangun? Ke… masih membungkam lagi atas katil
kesayangannya itu?” soalnya ingin tahu.
Datin
Katrina melepaskan keluhan kecil. “Kena simbah dengan air sejuk, baru nak
bangun. Kalau tak, sampai ke petanglah membungkus dengan kain selimut dia tu.
Jenuh jugalah saya membebel kat dia. Tak pasal-pasal dia kena tazkirah pagi,”
balasnya geram.
Datuk
Harris menggeleng apabila mendengar jawapan isterinya. “Apalah nak jadi dengan
anak kita tu, Katrina? Umur dah 21 tahun, tapi perangai masih lagi
keanak-anakan. Pening kepala saya dibuatnya,” balasnya geram.
Sekali
lagi Datin Katrina mengeluh kecil. “Entahlah bang, saya sendiri pun tak faham.
Dah berbuih mulut saya nasihatkan dia. Tapi, macam tulah juga perangainya. Saya
tak tahulah bila dia nak berubah, bang,” balas Datin Katrina lagi.
Sejenak
mereka terdiam, menikmati hidangan masing-masing.
“Hah Katrina, awak ingat lagi tak Dr. Qasyiful
Hakim?” soal Datuk Harris sambil memandang wajah Datin Katrina. Bibirnya
terukir senyuman penuh makna. Seolah-olah ada sesuatu yang sedang bermain di
benak fikirannya.
Datin
Katrina mengukir senyuman. Wanita itu mengangguk sebagai jawapan. “Masakan saya
tak ingat dia, bang. Doktor peribadi kita yang baik hati, kacak pula tu. Sejuk
hati saya tengok cara dia bekerja. Penuh berkarisma,” balasnya
bersungguh-sungguh.
Terbayang
wajah kacak Dr. Qasyiful yang sangat beretika ketika menjalankan tugasnya
merawat setiap pesakit. Pemuda kacak itu sangat berhemah, malah berhati-hati
ketika melaksanakan tugas yang tergalas di bahunya. Beruntung kalau dapat
bermenantukan lelaki kacak itu.
Datuk
Harris tersenyum penuh makna. Spontan, perbualannya bersama Dr. Qasyiful tempoh
hari menerjah ke layar ingatannya.
SEDANG Dr. Qasyiful membelek-belek fail
milik pesakitnya yang tertulis nama Lizawati binti Nordin itu, tiba-tiba
kedengaran bunyi ketukan pintu dari luar.
Dr.
Qasyiful tersentak kecil. Spontan, dahinya berkerut seribu. “Siapa pula yang
datang ni?” tanyanya hairan. Lalu, ringan mulutnya menyebut perkataan ‘masuk.
Pintu
biliknya terkuak dari luar. Tersembul muka Datuk
Harris di muka pintu. “Assalamualaikum, Qasy,” sapanya lembut. Bibirnya
tergaris senyuman lebar.
Dr.
Qasyiful terkejut apabila melihat kedatangan Datuk Harris ke kliniknya. Aik,
tiba-tiba aje datang ni. Hah, ada apa-apa ke ni? desisnya di dalam hati.
“Waalaikumussalam… Eh, uncle?
Err… masuklah!” ajak Dr. Qasyiful ramah. Segaris senyuman kelihatan terukir di
bibir lelaki kacak itu.
Datuk
Harris melangkah masuk ke dalam bilik Dr. Qasyiful. Lalu, lelaki itu melabuhkan
duduknya di atas sofa.
Dr. Qasyiful bangun
dari bangku kerjanya lalu berjalan ke arah sofa. Seraya itu, dia melabuhkan
duduk di hadapan Datuk Harris. Dia memandang wajah Datuk Harris. “Uncledatang ke klinik saya ni, mesti ada apa-apa, kan?” tekanya.
Bibirnya masih lagi terukir senyuman kecil.
Datuk
Harris tergelak kecil. “Doktor ni… macam tau-tau aje, kan? Doktor memang pandai
meneka apa yang sedang bermain dalam fikiran uncle,” balas Datuk Harris beria-ia.
Dr.
Qasyiful tersenyum kecil. “Saya dah lama berkhidmat dengan keluarga uncle.Saya dah masak dengan keluarga uncle. Jadi, mestilah saya dapat meneka apa
yang sedang bersarang dalam kepala uncle,”
balasnya selamba.
Sekali
lagi Datuk Harris tergelak kecil. “Doktor ni memang pandai membaca isi hati
saya, ya,” pujinya bersungguh-sungguh. “Sebenarnya, tujuan uncleke sini bersebab, doktor.” balasnya.
Siap tersenyum penuh makna lagi.
Dahi Dr. Qasyiful
berkerut seribu. “Tujuan apa, uncle?”tanyanya
ingin tahu. Semacam aje dia ni. Siap tersenyum penuh makna lagi. Sahlah, mesti
ada sesuatu. Tapi, apa dia, ya? Terdetik di hatinya rasa ingin tahu.
Datuk
Harris masih lagi tersenyum penuh makna. “Sebenarnya doktor, uncleada hajat. Uncleharap, doktor boleh tunaikan hajat uncle,” balasnya bersungguh-sungguh. Raut wajahnya kelihatan penuh
mengharap.
Kening
Dr. Qasyiful terjungkit sebelah. Memek muka hairan terlukis di wajah lelaki
kacak itu. “Hajat? Hajat apa, uncle?”soal
Dr. Qasyiful ingin tahu. Dah macam dalam cerita zaman Melayu klasik pula.
Kedatangan hamba ke sini ada hajat. Diharapkan supaya tuanku dapat memenuhi
hajat hamba. Ha ha ha…
Datuk
Harris mengukir senyuman penuh makna. “Uncle
nak meminang kamu untuk jadi suami pada anak uncle,Erena Amani,” balasnya bersungguh-sungguh. Siap menayang muka
serius lagi.
Dr.
Qasyiful tayang muka terkejut. “Apa?”
“ABANG?” Tiba-tiba kedengaran suara
Datin Katrina menegur Datuk Harris lembut. Diiringi dengan seribu kerutan yang
terlukis di dahi wanita cantik itu.
Datuk Harris tersentak
kecil. Serta-merta, lamunannya terbang menghilang. “Hah?” balasnya,
terpinga-pinga memandang Datin Katrina.
Berkerut dahi Datin
Katrina. “Amboi… bang, jauh benar menungnya. Apa yang abang tengah fikirkan
tu?” tanyanya ingin tahu. Bibirnya terukir senyuman nipis.
Datuk
Harris mengukir senyuman kecil. “Tak ada apa-apalah, Katrina,” balasnya lembut.
Datin
Katrina seakan baru teringatkan sesuatu. “Tadi awak ada sebut nama Dr.
Qasyiful. Kenapa dengan dia, bang?” tanyanya ingin tahu.
Datuk
Harris tersenyum penuh makna. Raut wajahnya juga kelihatan serius bagai nak
rak. “Sebenarnya, saya nak jodohkan Rena dengan dia,” balasnya tegas dan
serius.
Erena
yang baru sahaja tiba di ruang makan terkejut biawak apabila mendengar
kata-kata papanya. Matanya membulat, mulutnya ternganga luas. “Apa, kahwin?”
jeritnya sambil menayang muka terkejut.