SEPANJANGperjalanan ke SACC Mall, Erena dan Dr.
Qasyiful hanya diam membatu. Macam ada jongkong emas dalam mulut mereka.
Erena terfikirkan sesuatu. Dalam kepalanya, tersusun satu
adegan yang bakal dilaksanakan sebentar lagi. He he he… plan C!Kau kena make sure
Erena, plan Cni mesti jadi. Tak boleh gagal lagi! desis hatinya
bersungguh-sungguh.
Dr. Qasyiful mengerling sekilas wajah tunang manjanya di
sebelah. Aik, pelik! Diam aje… ada kapur dalam mulut ke? Agaknya sebab itulah
dia susah nak cakap kot, gerutu hatinya hairan.
Akhirnya tempat yang ingin dituju mereka sudah pun
sampai. Kebetulan ada sebuah kereta Myvi berwarna merah sedang revearsedari kotak parkir. Terus Dr.
Qasyiful memberi signal kiri.
Selepas kereta itu keluar, Dr. Qasyiful terus memandu
Toyota Vios hitam berkilatnya masuk ke dalam kotak parkir itu. Setelah berpuas
hati, lelaki itu terus mematikan enjin keretanya.
Dr. Qasyiful memandang wajah Erena. “Kita dah sampai ni
Rena, err… jomlah!” ajaknya. Siap menayang muka serius lagi. Hisy… kenapalah
bila dengan Rena aje… muka aku mesti serius bagai nak rak? Pelik… pelik…
Erena tersentak. Serta-merta lamunannya segera terbang
menghilang. “Hah?” Dia terpinga-pinga memandang wajah encik tunangnya.
Dahi Dr. Qasyiful berkerut seribu. Mulutnya ternganga
luas. Ya ALLAH… berangan ke apa ni?
Kasihannya… aku cakap dengan tiang rupanya. “Kita dah sampai ni. Jomlah kita
keluar sekarang.”
Erena tersenyum malu. Dia menggaru-garu kepalanya yang
tidak gatal. Apalah kau ni, Rena? Sibuk sangat dengan plan C,sampaikan dah sampai pun tak sedar. Buat malu aje! Puiih….
bebelnya dalam hati.
Erena menayang memek muka selamba. “Okey!” balasnya acuh
tidak acuh.
Pasangan tunang itu segera membolos keluar dari perut
kereta. Selepas mengunci pintu kereta, mereka terus melangkah masuk ke dalam
pusat membeli-belah yang terkenal di Shah Alam itu.
Erena menguntum senyuman penuh makna. Siap menayang gigi
putih bersihnya yang tersusun cantik itu. Plan
C…bermula. Siaplah kau, Dr. serious
24 hours.Lepas ni, gerenti kau tarik diri dari pertunangan ni punyalah!
ucap hatinya dengan penuh yakin sekali. Hatinya tergelak jahat.
Dengan selamba badak dan tidak berperasaannya, Erena
mengatur langkah laju meninggalkan Dr. Qasyiful di belakang.
Dr. Qasyiful terkedu dengan tindakan Erena. Mulutnya
ternganga luas apabila melihat telatah tunang manjanya itu. Lalu, dia
menggeleng berulang kali. Hisy! Kalau dah nama tu perempuan, perempuanlah juga.
Bab-bab bershopping ni, serah ajelah
kat kaum perempuan. Habis licin satu bangunan ni dikerjakannya, kutuknya di
dalam hati.
Habis satu kedai, Erena masuk ke kedai lain pula. Satu
pusat membeli-belah itu habis diterokainya. Macam-macam yang dibelinya. Macam
setahun tak pernah bershoppingaje
gayanya.
Erena mengerling sekilas wajah encik tunangnya, lalu
gadis itu menguntum senyuman sinis. “Qasy…” tegurnya. Namun, matanya masih
tidak lekang daripada memandang baju kebaya ungu yang tergantung di situ.
Dr. Qasyiful memandang serius wajah tunang manjanya.
“Hmm…” jawabnya acuh tidak acuh.
Erena masih lagi tersenyum penuh makna. “Awak tak kisah,
kan?” tanyanya selamba.
Dr. Qasyiful berkerut dahi. “Kisahkan apa?”
Bibir Erena terukir senyuman sinis. “Temankan saya pergi shoppingla.Kalau awak nak tahu, saya jadi lupa dunia tau bila bershopping.Setiap kedai yang ada,
habis saya teroka. So,awak tak
kisah, kan?” balasnya selamba. Sengaja menayang memek muka tak ada perasaan.
Dr. Qasyiful menguntum senyum. “Tak apalah Rena, saya tak
kisah. Teruskan bershoppingtu. Saya
ikut aje.” Dia menayang muka selamba.
Erena terpana. Dia agak terkejut apabila mendengar
jawapan itu. Dia memandang wajah encik tunangnya itu. “Betul ke ni? Takkanlah
awak tak kisah kot? Yalah… lelaki kan bukannya suka bila kena ikut perempuan
pergi shopping.” Dia sukar hendak
percaya dengan jawapan yang terluah dari bibir lelaki itu.
Dr. Qasyiful menayang muka serius. “Saya tak kisah,
Rena.”
Erena terdiam. Alamak! Plan C…kenapa aku rasa macam tak berhasil aje, ya? Hisy! Mamat
serius 24 jam ni ikutkan aje telatah aku ni. Biar tembikai? Kalau lelaki lain,
dah berangin satu badan. Tapi dia? Hati keringnya… gerutu hatinya sukar hendak
percaya.
Erena ternganga luas. Dia menutup mulutnya dengan tangan.
Plan C…gagal lagi! Argh! jerit
hatinya.
ERENA menghempas
tubuhnya ke katil. Dia meniarap sambil menongkat dagu. Dia menarik muncung
panjang. Kalah mulut kartun Donald Duck. “Plan
Cgagal! Argh! Setiap apa yang aku rancang, mesti tak berhasil. Hisy…
kenapa, hah? Susah sangat ke kau nak tarik diri dari pertunangan ni, Dr. serious? Bencilah!” marahnya tidak
puas hati.
Erena mengusap kepalanya. Pening apabila memikirkan
masalah dunianya itu. “Hisy… hati kering betul! Nak buat macam mana ni?”
Erena mendengus geram. “Sahlah, memang mamat serius 24
jam ni tak ada perasaan! Hati kering macam padang pasir! Kalau lelaki lain,
gerenti dah berangin satu badan. Mana tidaknya, dia orang bukannya suka bila
kena teman perempuan pergi shopping.
Tapi, peliklah! Mamat serius 24 jam ni boleh tayang muka blurlagi tu. Tak ada perasaan ke, hah? Argh!” jerit Erena tidak
puas hati.
Erena menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Raut
wajahnya berubah kelat. “Stressnya...hisy!
Kenapalah papa tunangkan aku dengan Dr.
serious tu, hah? Dahlah sentiasa serius 24 jam, hati kering macam padang
pasir pula tu. Tambah sakit hati aku aje tau! Kalau berterusan macam ni,
payahlah nak buat dia tarik diri dari pertunangan ni!” bentaknya geram.
“Aaaa… macam mana nak buat ni? Pokoknya, aku kena buat
sampai mamat serius 24 jam putuskan pertunangan ini!” ucap Erena penuh tekad.
Keluhan panjang terluah dari bibir Erena. Gadis itu
bangun, lalu duduk bersila di atas tilam. Mulutnya memuncung panjang. “Plan Agagal. Plan Byang baru aje nak mula pun terhenti sekerat jalan. Tak cukup
dengan tu, plan Cpun gagal juga.
Hmm… nak buat apa lagi, ya?”
Erena mengetuk dagunya. Memikirkan cara yang berkesan
untuk membuat Dr. Qasyiful memutuskan pertunangan mereka. Pokok pangkalnya,
pertunangan ini perlu diputuskan.
Tiba-tiba, dia memetik jari. Bibirnya terukir senyuman
penuh makna. Keningnya terjungkit berulang kali. “Plan D!He he he…” Lalu, dia ketawa jahat dalam hati.