Home Novel Komedi/Romantik Komedi Encik Tunang 17 Tahun (COMPLETE)
Bab 29

BAB 29: Igauan Indah


Daniel terjaga dari tidurnya. Nadirah kelihatannya tiada di sebelahnya. Daniel bangun dan hanya duduk di atas katil sambil menggosok-gosok matanya yang terasa mamai baru bangun tidur. Usai menguap, Daniel melihat jam di telefon menunjukkan pukul 2 pagi.


‘Mana Nad hilang pukul 2 pagi macam ni? Toilet ke?’, getus hati Daniel.


Baru sahaja memikirkan di mana isterinya, Nadirah sudah membuka pintu bilik untuk masuk. Saat melihat Nadirah masuk ke bilik, mata Daniel yang tadinya mamai mula terbeliak.


“Wow… kenapa awak pakai macam ni?”, terkejut Daniel melihat Nadirah berpakaian tidur kain sutera senteng yang agak lain. Bagi Daniel pakaian sedemikian agak seksi dan membuat jantungnya berdegup laju. Daniel menelan air liur dan tidak berkedip memandang isterinya.


Perasaannya juga mula tidak keruan apabila melihat gaya Nadirah yang perlahan-lahan berjalan ke arahnya dengan wajah serius. Walaupun wajah Nadirah serius, itu sudah cukup menggoda gelora jiwa muda Daniel. Daniel perlahan-lahan membelakangkan dirinya. Dia cuba menahan diri dengan melihat di tepi.


“Hahaha Nad kenapa ni? Awak sleep walking ke apa?”,Daniel mati kata. Nadirah hanya diam tidak membalas kata-kata Daniel.


Walaupun Daniel makin mengesot ke belakang di atas katil, Nadirah pula makin mendekatkan diri kepada Daniel. Jantung Daniel makin berdegup kencang. Rasa nak meletup! Fikiran Daniel sudah gundah. Maklumlah orang lelaki. Lelaki mana yang boleh menepis godaan seorang wanita yang bergelar isteri. Lebih-lebih lagi suami muda.  


Nadirah perlahan memegang wajah Daniel yang memandang tepi lalu dialihkan lembut memandang ke arahnya. Wajah mereka makin dekat sehingga dapat mendengar hembusan nafas masing-masing. 

Kemudian Nadirah memegang pula leher Daniel dan diusap lembut dengan jari jemarinya.


“Huii!!”, Daniel terkejut dan getaran elektrik terasa apabila isterinya mengusap lehernya begitu. Wajah Daniel cuak. Nadirah ketawa kecil melihat reaksi suaminya. Lalu dia menolak perlahan suaminya sehingga terbaring. Nadirah mendekatkan lagi dirinya dengan suaminya dengan senyuman.


Daniel berdebar. Senyuman isteri membuatkannya hanyut dan terasa indah. Bau-bauan Nadirah juga harum menusuk ke hidung Daniel sehingga membuatkannya terasa ingin memeluk isterinya erat. Daniel tersenyum nakal dan kembali menolak isterinya.


Kali ini, isterinya pula yang terbaring dan Daniel menahan kedua tangannya di atas tilam agar wajah mereka saling berhadapan. Daniel dan Nadirah, masing-masing ketawa kecil.


Nadirah yang terbaring mendongak ke atas sedikit lalu tangannya mencapai meja lampu untuk mengambil sedikit air yang berada di dalam cawan di atas meja lampu itu. Tangan Nadirah yang basah dengan air itu dirembes-rembeskan ke muka Daniel.


Daniel tertutup-tutup matanya dek kerana dipercikkan dengan air oleh Nadirah. Daniel ketawa kecil seraya berkata, “apa sayang main percik-percik air ni?”.


Nadirah ketawa kecil lalu memegang kedua belah pipi suaminya dengan belaian lembut.


Lalu…


**

PPAAPP!!!

“Aduhh…”, Daniel terjaga dari tidurnya. Dia memegang kedua belah pipinya yang terasa sakit.


“Woii!!! Gilalah kau ni!!!”, Rais berang memarahi Daniel sambil memegang lehernya yang sakit.


Daniel masih mamai-mamai kerana terjaga dari tidur. Dia juga agak kebingungan dengan keriuhan Rais. Entah kenapa Rais seakan bengang dengannya? Daniel juga dapat melihat Jai yang sedang berdiri di hadapannya sambil memegang gayung berisi air.


“Hah!! Bangun pun kau!”, kata Jai tegas dengan nada lega.


“Apasal korang ni?Bising-bising… ganggu je aku nak tidur”, keluh Daniel. Rupa-rupanya, situasi indah dirinya dan Nadirah tadi itu hanya mimpi. Rasa macam nyata sahaja. Daniel berasa kesal kerana mimpinya terganggu. Kalau lama sikit tidur, pasti lebih seronok. Daniel masih tidak dapat melupakan mimpinya dan berhasrat untuk menyambung tidur dengan harapan mimpi tadi dapat disambung.


“Aku ngantuklah…aku sambung tidur balik”, kata Daniel kembali baring.


“EHHH!! Bangun!”,kata Jai dan Rais serentak.


“Lagi 5 minit nak pukul 7 pagi… karang kau Subuh gajah! Lambat pula nak pergi kelas”, kata Jai.


Daniel akhirnya bangun dengan malasnya dek kerana paksaan rakan-rakannya. Setelah selesai menyiapkan diri, mereka bersama-sama ke kelas. Pada siang itu, mereka terdapat satu kelas makmal yang akan berakhir pada pukul 11 pagi. Selepas itu ada kelas kuliah yang bermula pukul 2 petang hingga 4 petang.


Setelah selesai kelas pagi itu, mereka membeli makanan di kafe dan kembali ke bilik asrama untuk makan bersama memandangkan terdapat jarak masa yang panjang untuk ke kelas seterusnya. Setibanya di bilik, mereka mula bersiap sedia untuk makan bersama.


Sambil makan bersila di lantai, mereka bersembang rancak mengenai kerja kursus, pensyarah,asrama sehinggalah meleret pasal Daniel.


“Terima kasihlah korang paksa juga aku bangun pagi tadi. Kalau tak, kurang dah kuota ketidakhadiran kelas aku untuk makmal ni”, sengih Daniel.


“Entah kau ni! Tah apa-apa tah!”, Rais bernada agak bengang kerana masih tidak dapat melupakan hal pagi tadi.


“Macam mana doh aku pagi tadi?”, Daniel teringin untuk tahu.


Jai dan Rais tersengih memandang antara satu sama lain.


“Masa tu aku terjaga untuk solat Subuh”, Jai memulakan cerita. Rais dan Daniel khusyuk mendengar.


“Lepastu aku macam nampak kau peluk Si Rais ni… Aku masa tu macam biarkan jelah sebab aku pun mamai-mamai baru bangun tidur. Then, lepas aku keluar tandas buang air dengan ambil wudhu apa semua tu aku pun balik bilik… Aku tengok kau dah lain macam peluk Rais tu dengan bunyi-bunyi yang agak disturbing…”.


“Haah!! Aku dah terjaga dah masa tu… Cuma aku mamai-mamai lah masa kena peluk dengan Danny ni…Aku mula-mula biarkan je sebab aku pun malas nak layan dan nak sambung tidur.Tapi aku dah mula rasa terganggu bila kau start buat bunyi macam ni… haah, huff, huii lepastu ada sengih gelak-gelak sikit”, kata Rais sambil mengajuk gaya bunyian Daniel.


Daniel ketawa,“seriuslah! Aku buat macam tu!”.


“Ya!!! Disturbing as hell!!!”, kata Rais dengan nada yang sangat tidak puas hati.


Jai mula galak ketawa melihat gaya Rais bereaksi yang tidak puas hati sangat-sangat. Sungguh jelas hal itu sangat mengganggu.


Rais sambung berbicara, “aku dah rasa seram dah sebab ingat kau kena rasuk ke apa kan? Rasa macam nak panggil ustaz baca-baca yasinlah semua”, Rais ber hiperbola.


Jai dan Daniel ketawa galak.


Rais menyambung lagi, “aku pun perlahan-perlahan lepaskan diri daripada kau. Lepastu, tiba-tiba kau bisik kat telinga aku macam ni… sayang…Aku pun apa lagi meremang bulu roma dan gelabah terus nak bangun. Masa tu jugalah kau terus headlock aku. Itu yang aku minta tolong si Jai ni”.


“Hahahha haah weyhya ya! Aku goncang badan kau Danny tak bangun-bangun. Nak tercekik dah aku tengok Si Rais ni… Aku pun ambil gayung isi air. Aku percik-percikkan dekat muka kau. Tak bangun-bangun jugak!Last-last kitorang berdua tampar muka kau. Barulah kau terjaga!”, sambung Jai bercerita dengan gelak tawanya.


Suasana bilik hingar-bingar dengan ketawa pemuda-pemuda tiga orang itu.


“Bapak teruk betul aku!! Hahahah”, Daniel juga turut terhibur. Dia sungguh tidak menyangka gayanya begitu.


“Tahu tak apa!!!”,kata Jai dan Rais serentak.


“Hahaha maaflah korang. Serius sorry”, kata Daniel lagi dengan ketawanya yang masih tidak lekang.


“Memang kau kena banyak-banyak mintak ampun dengan aku! Kau telah meninggalkan memori pahit dalam timeline hidup aku tahu tak! Ohok Ohok! Hah terbatuk dah aku!”,keras suara Rais bergurau dengan sedikit tersedak kerana sambil makan.


Jai ketawa lagi sambil menggeleng kepala. Daniel dan Rais juga ketawa lagi.


Masa berlalu begitu pantas sehinggalah mereka Solat Zuhur, memulakan kelas petang pada pukul 2 dan habis kelas pada 4 petang.


Sewaktu mereka bertiga keluar daripada kelas kuliah, Jai bertanya kepada Daniel, “jadi macam mana? Kau nak tidur dengan kami lagi ke hari ni? Kata nak tunggu tiga atau empat hari kan?”.


“Hishh!! Boleh ke Danny nak stay lagi dengan kita? Aku rasa cadangan aku tak berjaya”, sampuk Rais.


“Ohh hahaha trauma lagilah tu”, ketawa Jai. Daniel juga ketawa kecil.


“Yalah satu, dua hari pertama asyik nak belek telefon aje… Lepastu bila dah hari ketiga termimpi-mimpi bini weyh!!! Hahahha!!! Belum sampai empat hari lagi!!! 5 hari ke?!”, galak Rais ketawa. Jai juga ketawa sambil menepuk-nepuk lututnya terbongkok kerana sudah tidak tahan geli hati.


“Itulah pasal nanti karang kalau Si Danny ni tidur asrama lagi dengan kita sampai empat hari lima hari. Mahu Si Danny ni buat onar lagi dekat kau Rais... sampai tercekik kau dibuatnya headlock headlock bagai. Nanti dia buat grappling hold macam WWE dah jadi gelanggang gusti pulak katil kau tu! Hahaha”, Jai menambah perisa MSG untuk menyedapkan lagi perbualan.


Daniel sudah rasa bengang dengan keletah rakan-rakannya yang tidak habis-habis menggelakkannya. Wajahnya yang tadi masih boleh ketawa kecil, kini sudah masam mencuka.


“Bapak annoying nak mampus… Pissed off betul aku dengan korang ni…”,perlahan kata-kata Daniel. Wajahnya serius dengan keningnya yang sangat berkerut tidak puas hati. Daniel terasa amarah membara.


Apabila melihatkan reaksi Daniel yang sudah tidak sedap, Jai kembali memujuk, “hahaha Danny…serius kitorang minta maaf. Kitorang bukannya nak merendahkan kau atau nak halau kau tak bagi lepak bilik… Kitorang cuma rasa terhibur je. Please don’t take it seriously. Aku okay je kalau kau nak lepak tidur dengan kitorang lagi”.


“Haah Danny… akupun sama macam Jai juga. Aku cuma rasa yang kau tak payah teruskanlah cadangan aku tu. Aku rasa bersalah pula dekat kau”, kata Rais pula.


“Betul tu Danny…sebagai kawan yang baik. Aku nasihatkan, kau patut balik rumah hari ini.Tataplah wajah isteri kesayangan kau tu… dapat pahala kot. Nikmat pun nikmat…hati jadi tenang… yalah dah tiga hari tak nampak wajah dia kan. Perempuan ni gaya dia macam-macam… walaupun dia tak luahkan dia rindu dekat kau, tapi hati dia tu ada rasa tu… yalah suasana kau dengan dia kan macam tegang sikit… Macam mana dia nak zahirkan?”, kata Jai.


Daniel memandang Jai. Dia berasa ada kebenaran disebalik kata-kata rakannya itu.


Mereka berjalan sehinggalah ke tempat parkir motor. Daniel masih bingung, ingin pulang ke rumah atau tidak? Dia sememangnya ingin melihat wajah isterinya yang lembut dan manja itu. Lebih-lebih lagi apabila terkenangkan mimpi indahnya malam tadi. Wajah Nadirah senyum manis terjengah di ingatan. Terbayang senyuman bibir kecil mungil isterinya, sememangnya sudah cukup membuat dia terasa berdebar-debar.Walaupun baru tiga hari tidak bersua muka dengan isterinya, tetapi rasa macam sudah tiga bulan tidak berjumpa.


Namun hasratnya untuk pulang terhalang kerana masih ada perasaan malu membelenggu dirinya. Malu dengan diri sendiri. Malu untuk pulang ke rumah. Perasaan ego juga ke? Malu ke ego ke? Ego ke lebih? Dia juga tidak pasti dengan perasaannya sama ada dia yang malu atau ego je lebih.


Jai perasan yang wajah Daniel masih bingung dan memegang sahaja topi keledar itu lama seakan sedang memikirkan sesuatu.


Jai tersengih dan menepuk bahu Daniel lalu berkata, “dahlah tak payah fikir lebih-lebih… Hari ini kau balik je rumah! Kalau nak lepak asrama bila-bila lagi boleh… Tak payah serabut-serabut macam ni. Pergi balik!”.


Rais yang melihat situasi itu juga masuk sekali dan berkata dengan nada gurau, “betul tu Danny!Balik! Balik!... Lepak asrama, bila-bila lagi boleh! Pergi realisasikan mimpi indah kau tu dekat rumah!”.


“Bodoh...”,spontan bicara Daniel diselit ketawa kecil sambil melirikkan matanya tajam ke arah Rais apabila mendengarkan Rais berkata demikian.


Jai dan Rais kembali ketawa. Apabila Daniel melihat rakannya galak mengetawakannya, dia pula rasa terhibur dan turut tergelak sama.


“Hah! Macam tulah Danny! Don’t worry be happy!”, kata Jai pula apabila melihat Daniel turut ketawa bersama.


“Haa dah dah!”,ketawa Rais kembali reda lalu memeluk Daniel dan menepuk-nepuk belakang Daniel sebagai tanda perpisahan.


“Aaa yelah aku pun”, giliran Jai pula bersalam dengan Daniel.


“Kita balik jom !Kitorang gerak dulu”, kata Rais dan Jai sambil mula menghidupkan enjin motor masing-masing.


“Okay okay jom! Bye!”, Daniel melambaikan tangan kepada rakannya dan mula untuk menghidupkan enjin motornya. Saat itu juga pohon rendang terasa redup, angin sepoi-sepoi bahasa. Mood Daniel mula terasa baik.


Let’s get back home!..’, getus hati Daniel dengan senyuman.



Previous: Bab 28
Next: Bab 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham