Home Novel Komedi/Romantik Komedi Encik Tunang 17 Tahun (COMPLETE)
Bab 2

BAB 2: Tolong-menolong


**

“Nad…awal balik hari ini. Ada apa-apa ke?”, tanya Mak Esah yang merupakan jiran rumah atas.


“Hahaha…ada event dekat pejabat. Jadi balik awal lah”.


“Ohh…emm Nad cuti Sabtu Ahad kan?”.


“Ya haah. Kenapa?”.


“Acik ingat nak minta tolong Nad ajar Daniel… dia punya matematik dan addmath merisaukanlah. Dah macam-macam kelas tambahan acik hantar tapi macam tu juga. Cikgu dia cakap cuba tenaga pengajar yang lain pula. Nad dulu SPM kan bagus. Nad cakap saja berapa, acik sanggup bayar”, bersungguh-sungguh Mak Esah memujuk.


Nadirah berfikir sejenak, bunyi macam menyeronokkan memandangkan dia juga tiada apa yang hendak dibuat.


Nadirah senyum, “Mak Esah… Nad serius tak ingat sangat pelajaran-pelajaran sekolah ni, kalau ingat pun sikit-sikit saja… Tapi kalau Mak Esah okay, saya tak kenakan bayaran. Cuma datang masa Nad free, insyaallah Nad boleh ajar Daniel”.


“Betul ke ni Nad?!”.


Nadirah hanya mengangguk senyum.


**

“Assalamualaikum mak…”, kata Daniel yang baru pulang dari sekolah lalu menyalami ibunya.


“Waalaikumsalam anak lelaki mak dah balik…”, balas Mak Esah lalu kembali memasak.

“Hah…mak ada tanya Kak Nad. Dia kata dia boleh ajarkan Daniel… hari Sabtu nanti”,kata Mak Esah lagi.


“HAH!!!”,Daniel membulatkan matanya.


Daniel tidak berfikir apa-apa sewaktu pulang ke rumah, dia hanya berasa penat dan ingin duduk sebentar di kerusi. Namun, bait kata mak sememangnya membuat dirinya terkejut. Atau dia yang salah dengar.


“Mak cakap, Kak Nad boleh ajar kamu!”.


“Mak…malulah Daniel. Mak cerita pasal result Daniel dekat Kak Nad ehh?”.


“Tak payah nak malulah! Kita nak belajar tak boleh ada istilah malu. Lagipun Kak Nad ikhlas nak ajar tu, dia siap kata tak payah bayar lagi tau!”.


“Mak…”,Daniel semakin malu.


“Kamu kena belajar elok-elok dengan Kak Nad… siapa yang nak mengajar free-free zaman sekarang ni”.


“Yalah mak…”, patuh Daniel lalu berjalan ke bilik bujangnya.


Sepanjang jalannya menuju ke bilik, senyumnya tidak dapat ditahan. Senyumannya makin melebar, sampai sahaja Daniel di bilik dia melompat ke katilnya sambil memeluk erat gitar berdekatan.


“Hehehe belajar dengan Kak Nad!!! Hihihi terujanya aku!”, bisiknya perlahan.


**

Daniel berdiri di hadapan pintu rumah Nadirah. Wajahnya berpeluh dan dadanya agak berdebar. Daniel agak takut untuk mengetuk pintu rumah Nadirah. Dia juga melihat cermin telefon untuk melihat penampilannya samada sesuai atau tidak.Dia menghembus nafas. Jam tangan dilihat.


Saturday;8.29 a.m.


Daniel mengetuk pintu rumah Nadirah. Baru beberapa ketukan, pintu rumah dibuka. Daniel berkerut apabila melihat orang lain yang membuka pintu rumah.


“Ya?”,tanya seorang lelaki yang membuka pintu sambil menguap. Daniel melihat lelaki itu. Kerutan di wajahnya masih tidak lekang.


Lelaki yang berjanggut dan berambut panjang kerinting. Dia juga memakai baju tshirt putih berserta tuala good morning tersangkut di leher dan juga seluar pendek bawah lutut bergambar bintang-bintang.


‘Aku salah rumah ke?’, getus hati Daniel.


“Siapatu? Ohh Daniel eh? Bagi dia masuk Fauzi”, suara Nadirah kedengaran dari dalam rumah.


Mata Daniel membulat, ‘Astaghfirullah! Kak Nad bawa masuk lelaki ni dalam rumah?!’.Daniel hampa.


“Daniel ke?! Hahahah! Dah besar dah hahaha!”, teruja pula lelaki yang berada di hadapannya.


Daniel pelik. Bagaimana lelaki itu mengenalinya.


“Masuk masuk… hahaha maaflah abang Fauzi selekeh pula sekarang ni”, kata Fauzi.


“Abang Fauzi?”, Daniel mula terfikir.

‘Ohhh!!Abang Fauzi! Adik lelaki Nadirah’.


“Hahaha…”,Daniel ketawa. Dia sedikit lega.


Fauzi merupakan adik lelaki Nadirah dan 2 tahun tua daripada Daniel. Mereka agak rapat sewaktu sekolah rendah. Namun, sudah renggang sejak Fauzi mula masuk ke sekolah berasrama di tingkatan satu.


“Maaflah abang Fauzi ni baru balik semalam. Dia ada cuti semester dan tak nak balik rumah ibu dengan ayah. Jadi dia duduk dengan akak untuk cari kerja part time”,cerita Nadirah.


“Ohh…”,Daniel hanya mengangguk.


“Wahh nak belajar Matematik SPM dengan Kak Nad ke? Hahaha how time flies… dulu abang pun macam Danny juga”, kata Fauzi diikuti sengih kerang.


“Hiii busuklah pergi sana mandi!”, kata Nadirah kepada Fauzi.


Fauzi hanya tersengih sambil menggaru-garu kepalanya lalu beredar pergi.


Nadirah menyiapkan sarapan dan mempelawa Daniel untuk makan.


“Daniel lemah topik yang mana?”, tanya Nadirah.


“Semua,dari subjek tingkatan 4”, Daniel resah.


“Ohh okay kita mula dari awal. Baca doa belajar”, Nadirah mula mengajar.


Daniel hanya mengangguk terhadap apa yang dikatakan Nadirah. Dia sebenarnya agak gementar memandangkan Nadirah begitu dekat dengannya. Apa yang diajar Nadirah tidak masuk langsung ke dalam kepalanya. Jauh di lubuk hatinya dia mengeluh,‘susahlah belajar dengan crush ni’.


“Okay kalau faham cuba buat…”, senyum Nadirah sambil menunjukkan soalan.


Daniel terpinga-pinga. Nadirah hanya melihat lelaki yang berada di hadapannya sedang terkebil-kebil melihat soalan.


‘Dia tak faham lagi ni…’, Nadirah mengangkat kening sebelahnya.


“Okay…Daniel tarik nafas. Lepastu hembus. 3 kali”.


Daniel mengikut arahan yang diberikan Nadirah.


“Okay Daniel… macam ni cara buat dia”, perlahan Nadirah menerangkan.


Daniel cuba untuk memahami dan dia mula memahami sedikit demi sedikit. Namun, semakin Daniel faham semakin banyak juga yang Daniel tidak faham.


“Kalau tak faham tanya saja…”, kata Nadirah.


Lama juga mereka belajar hingga tidak sedar jarum jam sudah menunjukkan pukul 12 tengahari. Wajah Daniel yang awalnya bosan, sekarang semakin serius. Mungkin,dia sudah dapat memahami topik berkenaan. Nadirah pula terasa penat memandangkan Daniel pelajar yang agak lambat untuk memahami.


“Baiklah sampai sini sahajalah, topik ni kena selalu buat latihan… nanti karang Daniel lupa.”, pesan Nadirah.


Daniel juga berkemas-kemas untuk pulang. Namun, apabila melhat Fauzi yang turut bersiap membuat Daniel tertanya-tanya.


“Kak Nad dengan abang Fauzi ada nak pergi mana-mana ke?”.


“Ohh nak teman abang Fauzi ni pergi gunting rambut”, jawab Nadirah tersenyum.


“Ohh..Maaf ganggu masa Kak Nad ajar Danny”.


“Ahh takda apapun… nanti balik kirim salam dekat mak okay”, senyum Nadirah lagi.


**

“Wahh bukan main baik kau ajar dia kak? Masa aku dulu, kau garang betul haha”, sengih Fauzi dalam kereta.


“Hmm tulah Daniel kan anak jiran kita… akak pun baik baik la ajar dia. Lagipun, dia tu jenis kena perlahan-perlahan”, kata Nadirah yang sedang memandu.


“Ohh…”.


“Lagipun akak tak pandai sangat nak mengajar tapi yang akak tahu… kalau kita nak bagi budak cepat faham, kita kena marah dia, supaya otak dia dipaksa untuk cepat jalan. However, method macam tu mungkin akan buatkan pelajar tu jadi terpaksa belajar. Second method, kita sebagai tenaga pengajar yang kena bersakit-sakitan… kena sabar dan tabah ajar budak, terangkan banyak kali sampai budak tu faham”.


“Amboi…dah macam kaunselor bunyinya”, kata Fauzi.


“Lagipun,Mak Esah kata subjek kira-kira saja yang Daniel lemah. Jadi akak tak nak dia belajar secara terpaksa”.


“Kak…nanti Daniel datang lagi ke?”, Fauzi tertanya-tanya.


“Haah…setiap Sabtu Ahad yang akak free”.


“Sampai bila?”, tanya Fauzi lagi.


“Tak sure… sampai Daniel SPM rasanya. Akak tak kisah”, Nadirah memberikan signal untuk ke kiri.


“Fauzi dekat sini 2 bulan saja kak… nanti kalau Fauzi takda. Siapa nak teman akak?”.


“Teman?Untuk apa?”, Nadirah berkerut.


“Yalah…takkanlah akak nak mengajar Daniel dalam rumah, dua orang saja? Kalau Fauzi tak balik semalam? Akak dengan Daniel 2 orang sajalah agaknya tadi…”, kata Fauzi sambil melihat barisan kedai di luar tingkap kereta.


“Alaa…kenapanya pun? Budak sekolah lagi kot Daniel tu… takda apalah”, kerut Nadirah apabila adik lelakinya seakan risau.


“Alaa kak… budak sekolah pun, Daniel tu lelaki… Fauzi pun dulu pernah jadi macam Daniel… tingkatan 5 tu dah bukan budak lagi dah kak…”, kata Fauzi sambil melayan telefon pintarnya.


“Alaa kau ni…”, Nadirah mencebik.


“Fauzi pun tak kisah… Fauzi saja je cakap hehe”, Fauzi tiba-tiba sengih.


“Yalah…hah! Dah sampai dah ni, barber shop”, kata Nadirah sambil memakirkan keretanya.



Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.