Home Novel Komedi/Romantik Komedi Encik Tunang 17 Tahun (COMPLETE)
Bab 39

BAB 39: Khilaf


Lina senyum sahaja sepanjang perjalanannya untuk pulang ke bilik. Selama ini dia hanya dapat memerhatikan Daniel dalam diam sahaja. Tetapi kali ini, Daniel yang membuka mulut untuk berbicara dengannya dahulu.


‘Ramah juga orangnya’, getus Lina.    


Andai sahaja Daniel itu bukan suami orang, perasaan Lina terhadap Daniel pasti lebih dapat diyakinkan.


‘Alah Lina! Jadi kenapanya pun kalau dia suami orang?! Hati manusia tak boleh dipaksa!  Tak salah pun nak suka orang yang dah dipunya! Bukannya hang runtuhkan rumah tangga depa pun!’, bisik isi hati Lina.


Wajah Lina sedikit berkerut. Dia cuba untuk menyedapkan perasaannya, ‘hmm takpalah ya kalau lagu tu kan? Tak salah nak ada perasaan lagu ni… Asai tau jaga batas dah lah kan?’.


Setibanya di bilik asrama, Lina merebahkan diri di atas katil. Lina menarik nafas lalu menghembus.Tiba-tiba Lina tersenyum kecil. Perasaan kewanitaannya tidak dapat tertahan,lalu dia membuka telefon pintarnya. Lina membuka Instagram kemudian mencari instagram milik Daniel.


‘Mujur tak private…’getus hati Lina.


Semakin dia melihat-lihat gambar Daniel, senyuman Lina semakin lebar. Perasaannya berbunga-bunga. Disamping perasaan terujanya, dia turut berhati-hati agar tidak tertekan butang hati.


Handsome sungguh Si Danny ni!... Ohh! Haha lawak pula tu orangnya”, Nadirah rasa terpesona dan terhibur melihat gambar-gambar Daniel.


Dia menarik-narik gambar sehinggalah terjumpa satu foto perkahwinan Daniel dan isterinya. Dengan rasa ingin tahu, Lina menekan gambar itu. Lina hanya memerhatikan gambar itu.


‘Lawa akak ni…Mungkin citarasa Daniel sebegini ka? Matured woman? No wonder Danny terlekat’, getus hati Lina.


Lina turut membelek ruangan komen.


You’re a real man Danny! Good luck on wed!


First wedding of the batch!! Gua respect sama lu!!Tabik spring high2!


Lawa giler bride! Jealous aku! Urayamashī no :’(


Danny sangkut dengan kakak cantik la huhu! Tanya bini kau, dia ada kawan lain tak? Kalau ada pm aku hewhew…


Sumpah isteri kau awet muda! Patutlah attached!Apa2 pun Selamat pengantin baru!!


Selamat pengantin baru Danny!! Semoga kekal hingga keanak cucu dan syurga!


Barakallah hulakuma wabaraka alaikuma wajama’abainakuma fil khair…


Wajah Lina yang ceria tadi menjadi murung sedikit. Dia juga tidak tahu hendak rasa gembira atau sedih? Dia berasa seronok membaca komen-komen positif yang diberikan rakan-rakan Daniel terhadap perkahwinannya. Tetapi pada masa yang sama dia berasa agak sedih. Lina melihat wajah Nadirah dengan rasa sedih dan cemburu.


‘Untungnya hang…dapat doa kawan-kawan… Kahwin pun dengan lelaki baik macam Danny. Andai kami jadi hang, kami mungkin lebih bersyukur berganda-ganda daripada hang’, getus hati Lina dengan rasa cemburu apabila melihat foto kahwin itu.


Kemudian Lina melihat igstory Daniel.


‘Oh.. 23 hours ago. Baik tengok cepat sebelum post ni hilang’, getus hati Lina tertarik.


Lagu Backstreet Boys yang bertajuk Incomplete kedengaran. Post nya mengenai kucing-kucing yang sangat comel bergaduh. Mata Lina tertarik kepada tulisan kecil yang berada dihujung sudut story itu. Lina mengecilkan matanya untuk membaca tulisan itu.


Ketika kenal seseorang, seseorang mengecewakan diri dengan cara yang tak terbayang. Manusia memang takkan sayang kita sama macam mana kita sayang dia… Banyak kali hati sakit, tapi… apa boleh buat? Rasa takut,rasa tersepit…


Secara kasar, orang mungkin akan terhibur dengan kelucuan kucing-kucing comel yang bergaduh itu. Tetapi mungkinkah Daniel ada maksud tersirat di sebaliknya. Tulisan yang tertaip juga saiznya sangat kecil dan mungkin orang tidak akan perasan. Adakah kata-kata ini ada kaitan dengan rumah tangganya? Atau dirinya saja yang terfikir lebih-lebih. Fikir Lina.


Rasa kasihannya kepada Daniel bertambah. Lalu Lina, melawati ig Nadirah yang di tag di dalam gambar kahwin tadi. Lina berkerut sahaja membelek gambar-gambar Nadirah.


Sambil berkerut, Lina berbicara perlahan.


“Hang tak baik buat laki hang lagu tu! Danny dahlah laki baik-baik! Karang kalau ada perempuan lain ambil baru hang terngadah!”, bicara Lina memandang gambar Nadirah.


“Mentang-mentang hang successful woman hang queen control laki hang! Tak hidu bau syurga tau dak!”, Lina ada rasa marah bagi pihak Daniel.


Lina kembali melihat ig Danny. Wajahnya kembali sedih lalu mengeluh.


‘Kesian hang Danny… tabahlah. Adalah yang terbaik untuk hang tu’, simpati Lina.


Saat Lina membelek telefon, rakan sebiliknya menegur.


“Lina buat apa tu?”, tanya rakan Lina.


Lina menggeleng sambil menutup telefonnya tergesa-gesa, “Takdak apa eh? Kenapa?”.


“Ohh… Lina nak join tak kelas usrah Kak Kinah? Lagipun Kak Kinah dah lama nak bonding dengan Lina. Kita pun dah lama tak face to face dengan Kak Kinah sejak-sejak dah nak tahun akhir ni”, ajak rakannya dengan wajah yang berharap.


Lina mengerutkan kening. Entah kenapa, dia terasa berat sahaja hendak menerima pelawaan rakannya itu. Dia ingin menjaga hati Kak Kinah juga.


“Emmm… tengoklah macam mana kalau tak sibuk”, kata Lina kepada rakannya lagi.


**


Daniel membuat kerja kursus bersama Rais dan Jai setelah selesai kelas sehinggalah pukul 10 malam. Kemudian, Daniel bergerak pulang dan sampai ke rumah setelah jam hampir menunjukkan 11 malam. Dia masuk ke dalam rumah dengan memberi salam. Terasa takut juga untuk masuk ke dalam rumah. Maklumlah, keadaan antara dia dan Nadirah masih tegang lagi. Tetapi apabila masuk ke rumah, ruang tamu gelap. Hanya lampu dapur sahaja menyala.


“Eh dah tidur ke Nad ni?”, Daniel tertanya-tanya. Dia sedikit lega jika Nadirah tidur awal.


Daniel naik ke bilik. Dia dapat melihat belakang Nadirah yang sedang berbaring mengiring ke tepi.

Daniel langsung mencapai tualanya dan masuk ke dalam tandas untuk membersihkan diri.


Nadirah yang berbaring mengiring membelakangi pembaringan suaminya masih terjaga. Nadirah tidak dapat tidur dari jam 10. Fikirannya asyik terbayang suaminya sedang berbicara dengan perempuan yang kononnya lebih baik itu. Apabila melihat jam sudah 10 lebih, Nadirah terasa sakit hati. Memang suaminya pulang lambat pun pasti kerana sudah bosan dengan rumah tangga sendiri. Pasti Daniel lebih suka di kampus atau asrama memandangkan gadis bertudung labuh itu mungkin di sana juga. Fikir Nadirah.


Tak tahan dengan perasaan sakitnya, Nadirah menjatuhkan air mata. Dalam berbaring mengiring itu, hatinya terasa pilu. Tersedar akan tangisannya yang deras, Nadirah mengelap perlahan dengan selimut dan bantal berhampirannya. Suasananya terasa sungguh emosional. Hati terasa pilu, berbaring mengiring keseorangan di katil dan lampu tidur yang malap membuatkan Nadirah terasa semakin sepi.


Nadirah pernah cuba untuk meredakan perasaannya dengan berfikir.


‘Kau kenapa nak sedih sangat untuk Danny tu?!’.


‘Dia tu asalnya budak hingusan saja di mata kau!’.


‘Dapat kahwin dengan kau ni pun dia patut rasa beruntung!’.


‘Dia juga dulu yang terhegeh-hegeh nak dengan kau!’’.


‘Sekarang kenapa kau nak sedih teruk macam ni untuk budak hingusan macam tu?! Kau nak merendahkan diri kau sendiri ke Nad?!’.


‘Kalau kau tak kahwin dengan dia sekalipun… ramai lagi yang nak dengan kaulah! Cuma dia tu je yang tak sedar diri, tak bersyukur bila dah dapat kau!’.


‘Air mata kau tak worth it untuk dia! Faham tak?!’.


Getusan-getusan hati Nadirah cuba untuk meredakan dirinya. Tetapi air matanya tak berhenti mengalir. Dia sudah mula rasa dirinya bodoh kerana asyik menangis untuk suaminya. Tetapi apa yang dia boleh buat. Rasa hendak menangis ini keluar dengan sendiri. Nadirah sudah membuat kesimpulan untuk perasaannya.


‘Mungkin aku memang cintakan Daniel lebih dari yang aku sedar’.


Nadirah terkaku saat Daniel masuk ke dalam bilik. Dia pura-pura menutup matanya. Tidak lama kemudian, bunyi bilik air shower kedengaran. Nadirah melihat jam di tepi.


‘Dah nak pukul 11 baru sampai rumah!’.


Setelah beberapa minit, Daniel keluar dari tandas dan bersiap untuk tidur. Dia dapat melihat isterinya masih berbaring membelakangi pembaringannya. Daniel mengeluh dan berbaring di sebelah isterinya. Dia turut mengiringkan badan berbaring memandang belakang isterinya. Dia ingin sekali memeluk isterinya, tetapi dia berasa takut. Takut dan tidak bersedia untuk hatinya disakiti lagi. Dia akan terasa sedih jika dia memeluk, isterinya terbangun dari tidur dan menolak ajakannya untuk memeluk dari belakang.


Namun, Daniel sedar. Dia juga bukanlah suami yang baik. Dia bukanlah suami yang sempurna. Dahulu dia berasa Nadirah yang keras kepala tetapi setelah menyedari perbuatan sendiri, dia merasa wajar saja Nadirah melayannya dingin sbegini. Malah dia sudah berasa yang dia tidak layak untuk menerima apa-apa daripada Nadirah. Selama ini Nadirah sudah menjadi isteri yang terbaik dan menantu yang terbaik juga. Mengapa baru sekarang hatinya terbuka untuk melihat perkara-perkara itu.


Dia hanya berharap situasi tegangnya dengan Nadirah dapat berlalu seperti sebelum-sebelum ini. Harap Nadirah boleh percaya maafnya di saat dirinya hendak meminta maaf nanti.


‘It’s only the matter of time… right?’, Daniel cuba meredakan perasaan gelisahnya.


Daniel mengusap lembut rambut isterinya dari belakang dengan perasaan yang penuh kasih sayang. Dia tidak dapat menzahirkan melalui kata-kata memandangkan isterinya sudah tidur. Dia berharap dengan membelai rambut isterinya lembut, perasaannya dapat sampai kepada isterinya walaupun terasa mustahil.


Nadirah terkedu saat merasakan suaminya membelai rambutnya lembut. Keningnya berkerut. Tindakan suaminya membuat dirinya semakin bingung.


‘Kenapa nak buat macam tu?! Kau bukan ada perempuan yang lebih baik tu ke?! Kau nak apa sebenarnya? Suka buat hati aku berbolak-balik macam ni? Stop doing that Danny! Kau saja je tak nak aku benci kau! Kau saja je nak buat aku makin sayangkan kau!’, getus hati Nadirah yang paling dalam. Dia tidak dapat menanggung bebanan perasaannya. Mata Nadirah hanya berair.



Previous: Bab 38
Next: Bab 40

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.