BAB 35: Home Alone
Pada suatu malam, bunyi bising lagu-lagu muzik kedengaran sangat kuat di sebelah rumah Sarah iaitu jirannya. Perkara itu agak mengganggu Sarah yang hendak bersantai-santai di ruang tamu.
‘Berparti ke mereka ni?’, getus hati Sarah.
Mahu ditegur, tetapi perasaan takut menyelubungi diri. Hasratnya dipadamkan sahaja. Biarlah jirannya hendak bising, asalkan dirinya tidak diganggu. Orang Barat kalau berparti dengan muzik kuat begitu, sudah pasti disertai dengan minuman keras. Kalau sudah blackout buat apa sekalipun sudah hilang kesedaran.
Bunyi muzik yang dipasang mereka semakin kuat. Sarah terkejut dan langsung ke bilik tidurnya untuk menyelubungi diri dengan selimut.
‘Ya Allah… YaAllah…’, zikrullah di hati Sarah tidak henti-henti.
Tiba-tiba….
DDOOOM!! DDOOOM!!
Bunyi ketukan pintu yang sangat kuat didengari Sarah. Sarah semakin takut.
‘Siapa pula ketuk waktu-waktu macam ni?!!’, getus hati Sarah ketakutan.
DDOOM!! DDOOM!!
Bunyi ketukan pintu rumah Sarah tidak henti. Bunyi yang sangat kuat sehingga Sarah takut kalau-kalau orang yang mengetuk itu mungkin mampu memecahkan pintu rumahnya walaupun ada pagar besi.
‘Ya Allah…lindungilah hambamu ini’, Sarah berasa sangat takut. Sudahlah dia seorang gadis beragama Islam, tinggal berseorangan di rumah sewa di negara asing. Tambahan jirannya, lelaki asing yang sangat ramai pula. Hal ini menyebabkan dirinya nekad hendak pindah juga dari situ esok hari. Dia sudah memikirkan yang dia mungkin akan mempertimbangkan untuk duduk dengan Susanti, rakan Qis itu.
Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Panggilan daripada James terpamer di skrin telefon. Sarah terasa sedikit lega apabila melihat nama lelaki itu lalu menjawab panggilan.
“James!...”,panggil Sarah dengan nada ketakutan.
“It’s okay Sarah! Your drunkard neighbour has calm down. I’m here! Outside your house! Hey boys!!! Can’t you low down those fucking goddamn music!!! So loud!!!”,kata James kepada Sarah dan dia juga sempat memarahi jiran Sarah itu.
Sarah bangun dan lantas bersiap dengan mengenakan tudung dan jubah untuk menutup aurat. Lalu dia keluar ke pintu rumah dan mendapati James dan dua orang jiran rumah sebelahnya ada di hadapan pintu rumahnya.
“I’m sorry miss… my friend just got blackout and knock the wrong house. Let’s go back Sam! See our house is over there… not here!”, lelaki itu menarik rakannya yang sudah terlalu mabuk.
“Ohh!! You’re right… I’m sorry beautiful miss. I wish you happiness”,sengih sahaja pemuda itu sambil ditarik oleh rakannya untuk pulang ke rumah sebelah.
James hanya mengeluh kemudian dia merenung tajam ke arah Sarah.
“I’m so worry about you right now! Fortunately I’m near here!”, tegas James dengan nada risau.
Sarah hanya berkerut kening memandang bawah. Dia juga rasa bersalah kerana dirinya, James susah hati.
“Come up, I’ll serve you some hot tea”, ajak Sarah kepada James untuk membuang rasa bersalahnya. James naik ke beranda luar rumah Sarah dan duduk di bangku. Sarah pula masuk ke dalam rumahnya dan pergi ke dapur untuk membuat minuman. Jauh disudut hatinya dia sangat bersyukur kerana tuhan masih melindunginya dengan menghadirkan kehadiran James. Tanpa James, mungkin pintu rumahnya sudah pecah diketuk oleh jirannya yang mabuk.
Beberapa minit kemudian, Sarah keluar dengan dua cawan yang berisi teh panas lalu dihidangkan kepada tetamunya.
“Thanks…”, kata James.
“I’m the one who should thank you ... If you are not here, my door will break at any time! I was seriously scared just now”, luah Sarah.
“Yes, you should be scared! Miss Bravery Home Alone Sarah ... I think you can be one of the actors in the Home Alone Movie Series”,usik James sambil menghirup teh yang dihidang Sarah.
Sarah tersenyum dan ketawa kecil. Keningnya sedikit berkerut lalu berkata kepada James, “What’s with that?! Are you mocking me?!”.
James turut ketawa melihat reaksi Sarah, “Hoo, don't take it to your heart…”.
“Stop it James!...”, senyuman Sarah makin melebar.
James masih ketawa.
Setelah masing-masing reda daripada ketawa, Sarah memulakan perbualan.
“What happened outside my house actually?”.
“Well… I went to your house when I see a guy knocking your door house violently. It just weird, you know... when seeing that happen. Something doesn’t feel right. Then, there comes another guy… persuade that knocking door guy, Sam. After that, I brought myself closer to them… and that time, the Sam guy stop knocking. I started to call you that time. That Sam guy really having a crazy blackout. He really believed that this house is his, until he saw you. Then he wants to go”, cerita James panjang lebar.
“Thank you again James… but is it coincidence that you near around my house?”, Sarah tertanya-tanya.
James menggeleng, “actually your friends ask me to take look after you”.
‘What?!’, getus hati Sarah. Dia membayangkan Alia dan Qis sedang mentertawakannya. Sarah terdiam sebentar.
“I guess I should find a new house”, sembang Sarah lagi kepada James.
James berhenti menghirup. Dia meletakkan cawannya di atas meja sambil menggeleng-geleng kepala lalu berkata, “no need! A lonely foreign girl like you finding a house in a foreign country? No!”.
Sarah terpinga-pinga, “so what am I going to do then?”.
“You just have to calm down and eat something good here… I’ll help you with that. I’m going to ask my mom if there are Malay family around here. Maybe you can have an adoptive family. My mom has a lot of contacts ... you know”.
“Please don’t. It sounds tiresome… I don’t want to burden you”, Sarah segan.
“Don’t refuse me… besides it’s for your safety!”, tegas James.
Sarah hanya diam. Baiklah kalau James memang betul-betul ingin membantunya. Sebenarnya dia juga sangat bersyukur James hendak membantunya, cuma dia rasa segan. James banyak membantunya. Dia tidak mahu menyusahkan James.
**
Setelah Nadirah usai dari membersihkan diri, Daniel perlahan-lahan mendekati isterinya. Lalu, dia memeluk isterinya yang berbau wangi itu dengan lembut. Dia ingin mengambil hati isterinya lagi apabila terkenangkan cadangan Jai.
Riak wajah Nadirah berubah. Keningnya berkerut.
“Rimaslah! Jangan peluk-peluk boleh tak?! Orang dah lah baru lepas mandi! Tak pasal-pasal berpeluh balik awak peluk macam tu”, kasar Nadirah.
Daniel langsung bermasam muka lalu mengarah isterinya, “yalah! Kalau macam tu! Buatkan air untuk saya!”.
Nadirah merengus lalu bangkit turun ke dapur untuk membuatkan air untuk suaminya.
Daniel mengeluh. Nadirah awalnya suka menyindir. Sekarang Nadirah sudah semakin berani untuk melawan dan meninggi suara. Dia sudah jemu dengan layanan isterinya yang sangat jelas hangat-hangat tahi ayam. Buat air Nescafe juga airnya terasa sejuk, tidak panas kaw begitu.
Layanan Nadirah juga separuh-separuh dan tidak sepenuh hati. Baik zahir ataupun batin. Penat dengan layanan sebegitu, Daniel bersuara.
“Awak boleh tak ubah sikap tu?... Saya ni suami tau. Syurga neraka awak ada pada saya. Buat air tak ikhlas macam tu… entah dapat pahala tah tidak”, sindir Daniel kepada Nadirah.
Nadirah geram. Kata-kata Daniel sememangnya menguji kesabarannya. Tidak dapat menahan perasaan geram amarahnya, Nadirah langsung melenting.
“Awak tak payah nak bersyurga neraka dengan saya ya! Awak ni layak ke nak cakap macam tu hah?! Rumah ni… nama saya tahu tak!! Awak tu menumpang je faham!! Barang-barang besar dekat dalam rumah ni, banyak saya yang beli!! Semua kerja rumah pun saya yang buat!! Nak harapkan awak! Memang taklah! Setakat nak harapkan kerja sambilan dengan duit elaun awak tu pun belum sampai tahap gaji saya lah! Ada hati nak bersyurga neraka!!”, lantang suara Nadirah berbicara.
Daniel terdiam. Riak wajahnya berubah saat isterinya menuturkan kata sedemikian. Kata-kata yang sangat menghina dirinya sebagai seorang lelaki. Ayat seorang isteri yang merendah-rendahkan suami. Ayat yang umpama memijak-mijak suami dengan tapak kaki.
Nadirah terasa puas dapat bercakap apa yang mahu dikatakan. Apabila berbicara tanpa berfikir memang terasa puas, tetapi kesan selepasnya bukanlah sesuatu yang mendatangkan kebaikan. Dek kerana mulut, badan binasa.
Apabila melihat suaminya yang terdiam dan riak wajah yang berubah menjadi dingin, Nadirah baru tersedar yang kata-katanya sudah keterlaluan. Walaubagaimanapun suaminya, dia tidak sepatutnya menghina mata pencarian suaminya. Dia tidak sepatutnya membanding-bandingkan harta pemberian masing-masing.
“Awak yang suruh saya sambung belajar kan… suruh saya ikut cakap mak untuk tak kerja tetap supaya dapat fokus belajar… sekarang awak cakap macam ni pula”, suara Daniel masih mendatar.
Lalu Daniel langsung melantangkan suaranya, “Macam mana lah orang lelaki tak cari perempuan lain?!! Dah perangai awak asyik macam ni saja!! Kalau awak berterusan perangai macam ni!! Tak nak layan saya sebaiknya… baik saya kahwin lain lagilah!!...Dekat ‘U’ tu ada saja yang nak dekat saya tau, cuma saya berkawan saja dengan dia!!Sebab sikap awak macam ni!! Baik saya kahwin dengan dia!”.
Daniel langsung keluar dari rumah dengan menghempas pintu. Dia tidak mahu melihat wajah Nadirah. Dia baru tersedar yang dia sudah terguna cadangan Rais. Namun, kata-kata itu untuk melihat reaksi isterinya. Tetapi kali ini, dia memang tidak mahu melihat sebarang reaksi. Walaupun dirinya berkata demikian, tetapi hatinya juga terasa sakit.
Rasa sakit yang bercampur aduk dan berkecamuk. Dia menghidupkan enjin motor. Fikirannya hendak pulang ke rumah ibunya, Mak Esah.