Home Novel Komedi/Romantik Komedi Encik Tunang 17 Tahun (COMPLETE)
Bab 17

BAB 17: Diduga


Setelah selesai perjumpaan kelab Hana memanggil Fauzi.


“Hah kenapa Hana? Banggalah Ali puji kau tadi”, kata Fauzi.


Hana tersenyum dan wajahnya sedikit merah. Hana menggelengkan kepala.

“Ehh bukan itulah aku nak cakap dengan kau”.


“Habis itu?”,Fauzi menggaru-garu kepala.


“Fauzi betul ke kau ada makwe belajar dekat overseas”, tanya Hana yang berminat dengan gosip. Lagipula Hana memang tertarik dengan cerita pelajar yang pergi ke luar negara memandangkan dia juga mempunyai impian untuk kesana.


Fauzi mengerutkan kening, “ehhhh!!! Siapa cakap ni?! Mana ada??!”.


“Ohh…”, angguk Hana.


“Beritahu aku Hana… Siapa cakap macam tu?!”, Fauzi tertanya-tanya.


“Kau kenal kan Laila? Roomate aku… yang kau selalu nak tahu tu. Dia kata dia pernah nampak kau dekat airport dengan seorang perempuan. Dia kata kau nampak mesra dengan perempuan itu. Jadi kami  assume yang mungkin itu kekasih kau”,panjang cerita Hana.


“Eh… alaah itu bukan makwe akulah! Itu ipar aku… Aku hantar dia balik”, kata Fauzi dengan gaya cemas.


“Ohhh okay”.


‘Alaah Laila ingat aku ada makwe ke?!!’, risau di hati Fauzi.


“Kau kenapa??”,kata Hana lagi apabila melihat gaya Fauzi yang seakan tidak keruan.


“Tak ada apalah…”, balas Fauzi masih dengan gaya tidak keruan.


**


Nadirah mencium dan memeluk Daniel secepat mungkin memandangkan dia ingin segera ke pejabat. Daniel tersenyum melihat isterinya yang gelabah.


Bye... hati-hati bawa kereta”, kata Daniel.


“Bye…”, balas Nadirah.


Masing-masing berlambaian antara satu sama lain.


Nadirah di tempat kerja serius berbicara dengan Farid. Farid juga memberikan cadangan dan komen terhadap hasil kerja Nadirah. Mereka bekerjasama untuk menyempurnakan pekerjaan mereka.


Daniel juga di makmal menjalankan eksperimen di iring pensyarahnya. Pada masa yang sama, matanya mencari-cari kelibat Rais yang tidak kelihatan. Mungkin Rais tidak hadir.


“Jai… mana Rais?”,tanya Daniel memandangkan Jai dan Rais sama bilik di asrama.


“Entah… semalam dia kata dia nak join ceramah dan qiamulail di surau asrama”, kata Jai.


“Wahh makin bagus ya budak tu sampai terlajak tak datang kelas”, ketawa Daniel.


Jai turut ketawa, “tulah pasal”.


**


“Janganlah stress stress Nad…”, senyum Farid.


“Mestilah stress Encik Farid… kan nak audit ni. Tak boleh silap”, kata Nadirah.


“Dulu masa saya pertama kali mengaudit pun macam tu juga…”, Farid ketawa kecil.


“Maaflah Encik Farid… Saya tak ada pengalaman”.


“Eh? Hahaha”, Farid terhibur melihatkan Nadirah yang seakan terasa.


Apabila melihat Encik Farid ketawa, Nadirah juga tersenyum.


“Nad… teman saya pergi The Mines nak lepas habis kerja. Saya nak beli sedozen A4 paper dengan peralatan komputer. Lepastu kita pergi minum-minum kejap”, Farid mengajak.


“Sedozen? Kenapa banyak sangat Encik Farid?”, Nadirah berkerut.


“7 untuk pejabat… 5 untuk saya”, senyum Farid.


“Haha… tak apalah Encik Farid. Saya kena balik awal nanti suami saya marah”, sengih Nadirah. Dia sememangnya tidak mahu mengikuti Farid apabila mendengarkan perkataan sedozen A4. Sudah pasti Farid inginkan dirinya membantu untuk mengangkat kertas-kertas A4 yang berat itu.


“Jangan nak lari…”, senyum Farid. Dia dapat merasakan Nadirah ingin lari. Dia sememangnya memerlukan seorang untuk membantunya mengangkat kertas-kertas A4 yang banyak.


**


Daniel mendapat mesej daripada isterinya yang mengatakan dia tidak dapat mengambilnya pulang. Daniel mengeluh.


Grab lagi…”.


“Kenapa Danny?”,tanya Jai apabila melihat Daniel resah gelisah.


“Isteri aku tak dapat nak ambil aku. Naik Grab lagilah ni”.


“Alaa Danny lepak dulu bilik kitorang… Asar dah nak masuk ni”, ajak Jai.


“Okaylah…”.


Setibanya di bilik Jai. Jai dapat melihat Rais yang sedang bersiap-siap.


“Rais… smart smart nak pergi mana?”, tanya Jai.


Rais memandang tajam ke arah Jai seraya berkata, “biar betul Jai?!... Aku wasap kau kot nak ajak pergi The Mines lepas Asar ni”.


“Ehhh yeke??!!”,Jai pantas membuka telefonnya. Dia terlupa untuk membalas wasap daripada Rais.


“Alaa aku dengan Daniel ni baru habis kelas… Ajaklah Zali”, kata Jai.


“Zali orang pertama aku tanya… tapi dia tak boleh ikut. Ada hal penting katanya”, kata Rais.


“Wahhh budak tak datang kelas ni… Bangun-bangun terus nak pergi The Mines?”, sengih Daniel.


“Alaa kau ni…aku memang nak pergi The Mines harini. Kelas pun sama, tapi masalahnya aku tertidur sampai pukul 12 tengahari. Nak buat macam mana?”.


“Ya ya… aku saja je. Kau memang rajin pergi qiam di surau ke sejak akhir-akhir ni? Masa sama bilik dengan aku macam jarang saja”, tanya Daniel.


Rais mencebik. Jai ketawa.


“Kau tak tahu ke Danny… Dia ada tertarik dengan seorang perempuan ni dari Fakulti Bahasa Arab. Jadi dia nak kenal-kenal lah tu”, cerita Jai.


“Jai…”, kata Rais lagi.


“Waahhh kau memang suka ke dekat perempuan tu?”, tanya Daniel.


“Taklah… aku cuma nak kenal saja”, wajah Rais memerah.


Daniel dan Jai memandang antara satu sama lain. Mereka kembali memandang Rais, ‘tipu!’.


Setelah solat Asar, pantas mereka ke The Mines dengan bas yang disediakan pihak universiti. Setibanya di The Mines, mereka berjalan dan mencari barang yang diingini mereka. Mereka turut makan dan minum di situ.


“Aku nak kena balik oh… Grab malam-malam makin mahal”, kata Daniel.


“Jangan risau Danny... sampai saja kolej aku hantar kau naik motor,” kata Rais.


“Seriuslah!”,Daniel tersenyum lebar.


“Ya…”, kata Rais lagi.


“Jadi suami orang ni tak free jekan. Balik lambat mesti isteri bebel. Cuba tengok orang bujang macam kitorang ni… Have fun saja. Tak payah nak fikir apa-apa. Malam masih muda”, kata Jai mengangkat-angkat kening. Rais turut mengangkat kening. Saja ingin mengusik Daniel.


Daniel mengeluh,“yalah… aku cemburu sangat dengan korang yang boleh hidup bujang ni. Sangat cem..bu..ru!”.


“Hahahah!”,ketawa Jai dan Rais melihat reaksi Daniel.


Daniel memandang ke arah lain. Malas hendak melihat reaksi kawan-kawannya yang menggelakkannya.

 

Mata Daniel membulat. Tiba-tiba dia terlihat satu susuk tubuh yang sangat dikenalinya.


“Dah jom Danny”,ajak Rais. 


“Kejap Rais… kau cuba tengok tu. Aku tak salah nampak kan?”, kata Daniel menyuruh Rais melihat ke arah satu sudut.


Mata Rais juga membulat lalu memandang Daniel kembali.


“Itu Nad kan?Aku tak salah nampak kan?”, tanya Daniel. Rais mengangguk. Wajah Rais juga kelihatan cemas.


Melihatkan keadaan yang tiba-tiba berubah serius, Jai bertanya.


“Kenapa?”.


“Isteri Danny dekat situ…”, tunjuk Rais.


Jai melihat seorang wanita berbaju pejabat sedang bergelak ketawa bersama seorang lelaki yang berada di sebuah kedai komputer. Jai turut menelan air liur. Suami mana yang tidak risau melihat isteri sendiri keluar dengan lelaki lain.


“Cantik isteri kau ha ha”, Jai cuba untuk meredakan suasana. Rais dan Daniel masih terdiam. Wajah Daniel sudah lain. Bila-bila masa saja boleh meledak.


“Danny… jangan macam ni. Jangan mudah bersangka buruk dengan isteri. Cuba telefon dia, tanya dia dekat mana?”, cadang Jai.


“Betul tu Danny. Jangan terus serang”, kata Rais juga.


“Okay”, Daniel cuba menghubungi Nadirah.


Tidak disahut.


“Telefon dia mute tu… Call lagi sekali depan-depan”, kata Jai apabila melihat Nadirah dan lelaki di sebelahnya keluar dari kedai komputer berkenaan.


Setelah keluar dari kedai Nadirah mula terdengar deringan telefonnya.


Farid menunggu Nadirah apabila melihat Nadirah berhenti untuk mengeluarkan telefonnya.


Nadirah dapat melihat panggilan daripada Daniel. Baru sahaja ingin diangkat, telefonnya sudah mati.


“Kenapa tak angkat?”, tanya Farid.


“Saya nak angkat tapi bateri telefon saya tepat-tepat habis”, kata Nadirah.


“Ohh okaylah kedai seterusnya”, senyum Farid.


“Hah… baik Encik Farid”, angguk Nadirah.


Daniel meletakkan telefonnya di poket. Dia berasa yang Nadirah mematikan panggilannya. Rais dan Jai sudah risau. Daniel sememangnya dalam keadaan marah.


“Danny nak pergi mana tu?!”, kata Jai dan Rais mengekori Daniel.


Sedang Farid dan Nadirah rancak berborak, satu suara nyaring memotong.


“Nad!!”, kasar suara Daniel.


Nadirah terkejut dan melihat keberadaan Daniel.


“Danny?...”,Nadirah bingung sebentar.


“Inj kerja Nad eh?! Hah escort mamat ni ke apa?! Patutlah tak nak ada anak dengan aku?!Dah ada jantan lain!!”, marah Daniel.


“Danny!! Apa yang awak cakap ni?!!”, Nadirah cemas. Orang sekeliling sudah melihat. Isu anak pula dilibatkan suaminya. Wajah Nadirah sangat malu untuk menghadap orang lebih-lebih lagi senior pejabatnya itu.


“Cakap apa?! Buat-buat tak faham?! Cepat balik sekarang!!”, Daniel menarik tangan Nadirah dengan paksa. Nadirah  dapat merasa Daniel menarik tangannya dengan keras sekali.


“Kejap-kejap Encik… biar saya jelaskan”, potong Farid.


Daniel memandang tajam ke arah lelaki di depannya. Tidak tahan melihat wajah lelaki itu, Daniel menarik tali leher lelaki berkenaan.


“Ehh ehh”, Rais dan Jai cuba memegang Daniel agar tidak melakukan sesuatu yang di luar kawalan. Maklumlah mereka di tengah-tengah pasaraya besar.


“Kau tahu kan itu bini aku! Aku ni laki dia! Jangan nak kacau bini orang! Sebelum aku sepak terajang kau! Pakai gigi palsu awal karang!”, marah Daniel.


“Okay okay…”, Farid mengangkat tangannya ke atas.


Daniel menarik tangan Nadirah sehingga mereka masuk ke dalam lif.


“Cepatlah pergi dekat kereta! Kita balik sekarang!!!”, marah Daniel.


Nadirah terkesima dan pantas bergerak. Perasaan Nadirah terasa seakan sedang diperas ugut. Setibanya di kereta, Nadirah mengeluarkan kunci kereta. Daniel merampas kunci kereta Nadirah lalu masuk ke dalam kereta bahagian pemandu.


Nadirah terkejut. Dia sudah terasa hendak menangis. Tekaknya sudah mula sakit. Nadirah juga dapat melihat mata Daniel yang merah seakan kena rasuk sesuatu.


“Masuklah!!”,jerkah Daniel.


Nadirah terkejut lagi dan matanya mula berair.


“Tak nak!!”,kata Nadirah dengan suara yang tersekat-sekat dek kerana menahan tekaknya.


Daniel keluar dan menarik tangan isterinya untuk masuk ke dalam kereta.


Suasana di dalam kereta tegang. Daniel hanya diam. Dia membawa kereta dengan laju sekali.


Nadirah pula sudah malas hendak memikirkan apa-apa. Dia memang sudah nekad dengan perasaannya. Dia sememangnya tidak boleh mencintai suaminya. Dia sudah cuba untuk belajar mencintai suaminya tetapi hal yang berlaku padanya hari ini semakin menguatkan lagi perasaannya.


Perasaan cinta boleh dipupuk tetapi tak boleh dipaksa juga.


Air mata Nadirah hanya mengalir.


Dia sudah tidak boleh. Biarlah apapun yang terjadi hari ini. Dia sudah tidak mahu memaksa dirinya.


Daniel masih menarik tangan Nadirah dengan kasar sehingga ke dalam rumah. Nadirah hanya mengikuti Daniel. Air matanya sudah tak dapat dibendung lagi. Biarlah jika mak mertuanya melihat. Buat masa sekarang, fikiran Nadirah juga bercelaru.


“Kenapa diam?...”, tanya Daniel setelah mereka berada di rumah.


Nadirah hanya memandang bawah. Daniel dapat melihat Nadirah memegang-megang lengan tangannya. Mungkin dia menarik tangan isterinya terlalu kasar sehingga menyebabkan Nadirah sakit.


Nadirah mengabaikan Daniel. Dia berjalan perlahan melepasi Daniel sambil memegang lengannya yang sakit. Air matanya sudah kering.


Daniel memandang bawah. Hatinya semakin sakit. Air matanya juga jatuh. Nadirah diam, membuatkan Daniel berfikir yang Nadirah ada sesuatu dengan lelaki tadi.

Diam tandanya setuju.


Dia teringat wajah Nadirah dan lelaki tadi bergurau senda dan gelak ketawa.


“Nad!”, marahDaniel.


“Apa lagi?!”,Nadirah turut meninggi suara.


Suasana tegang.


Nadirah juga dapat melihat wajah Daniel yang juga dibasahi air mata. Sesuatu terlintas difikiran Nadirah.

‘Sebegini marahnya Daniel kalau aku curang?!’.


Itu kali pertama Nadirah melihat Daniel menangis. Nadirah mengerutkan dahi seraya berkata.

“Danny… ini semua salah faham. Tolonglah”.


“Jangan tipu! Depan mata aku kau tutup telefon tu! Dan kau tak nak ada anak dengan aku! Lelaki tadi tu! Aku kenal! Dia orang yang cakap aku gigolo!”, keras Daniel.


Nadirah teringat. Farid pernah menyindirnya dan Daniel ada di situ.


Nadirah menggeleng kepala. Suaminya bertindak tidak matang. Dia sudah malas. Pekerjaan auditnya juga belum selesai. Jika dia bersungguh-sungguh mempertahankan dirinya, Daniel sememangnya tidak akan percaya.


Nadirah mula mengambil barang penting.


“Nad! Nak pergi mana?! Jawab pertanyaan aku!”, kata Daniel lagi.


“Jawab apa?! Apa yang aku cakap… Kau tak akan percaya. Aku dah tawar hati dengan kaulah”, kata Nadirah.


“Nad!”, Daniel menarik lengan Nadirah lalu mencium-cium isterinya.


“Dahlah! Lepas!”, Nadirah sedaya upaya melepaskan diri. Dia pantas mengambil kunci kereta lalu keluar dari rumah.



Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.