Home Novel Komedi/Romantik Komedi Encik Tunang 17 Tahun (COMPLETE)
Bab 46

BAB 46: Permulaan Klimaks!


             “Apa?!!! Danny ada perempuan lain? Biar betul Nad?!”, Sarah sangat terkejut apabila mendengar berita itu.


             Nadirah hanya diam. Dia rasa tidak berdaya untuk mengiakan hal itu. Terasa sakit di dadanya untuk membenarkan kebenaran.


             “Nad?!...”, tanya Sarah lagi dengan lebih keras.


             “Aku tahu!! Aku tahu kau tak percaya Sarah! Tapi kitorang dah tak bersefahaman dah lama dah! Aku dan Danny selalu bergaduh! Selalu bertikam lidah! Tapi aku tahan perasaan aku! Lagi-lagi bila teringat mak! Tapi sampai bila Sarah? Sampai bila aku nak seksa zahir batin aku macam ni? Lebih-lebih lagi bila Danny ada perempuan lain”, Nadirah tersedu sambil berkata-kata.


             Sarah terdiam. Jadi maknya masih tidak tahu apa-apa tentang hubungan Nadirah dan Daniel. Fikir Sarah.


             “Sarah… aku tak minta apa-apa. Aku cuma nak kau dengar luahan aku saja. Tolong jangan beritahu mak… Aku tak nak dia risau. Aku cerita dekat kau sebab aku tak tahan nak simpan perasaan ni seorang diri. Aku minta kepada Allah Sarah… tapi Allah buka mata aku… yang hati Danny dah berubah untuk orang lain. Aku pun tak nak kau risau. Cuma kalau ada sesuatu yang terjadi, sekurang-kurangnya kau dah tahu…”, Nadirah tidak sempat menghabiskan percakapannya. Panggilan mereka sudah terputus.


             “Hello… Nad? Nad!”, Sarah terperanjat kerana panggilan mereka terputus secara tiba-tiba.

             Sarah cuba untuk menelefon Nadirah berulang kali tetapi talian mereka tidak kesampaian.

             ‘Ya Allah… Apa yang terjadi dengan rumah tangga adik aku ni?’, Sarah berasa sangat risau.


             James menghampiri Sarah tatkala melihat gaya Sarah yang sangat gundah seakan ada sesuatu yang berlaku.


             “What’s going on Sarah?”, tanya James.


             “No…it’s my brother”, Sarah sudah susah hati. Dia tidak boleh berfikir untuk menjawab pertanyaan James.


             James masih menanti kata-kata Sarah.


             “Can I go back home? I need a peace mind for now… I’ll talk to you later”, kata Sarah.


             “Oh…alright. You should get some rest”, kata James kepada Sarah sambil melihat Sarah perlahan berjalan masuk ke dalam rumah.


             Sarah berjalan masuk ke dalam rumah dengan kening yang berkerut. Dia berasa sangat risau dan sungguh tertanya-tanya. Apa yang terjadi kepada Nadirah dan apa yang dilakukan Daniel? Dia juga tertangguh untuk memikirkan perihalnya sendiri dengan James. Bermacam perkara yang difikirkan tentang rumah tangga adik lelakinya yang seorang itu.


             James masih memerhatikan Sarah sehingga Sarah selamat masuk ke dalam rumah. Dia tidak tahu apa yang dibualkan Sarah di telefon, dia cuma berharap keadaan Sarah masih baik. Cumanya, jawapan Sarah kepada luahan perasaannya membuatkannya berfikir lebih dalam. James melangkah kaki untuk beredar dari rumah keluarga angkat Sarah.


**

             Nadirah memandang telefonnya. Dia terputus panggilan dengan Sarah. Nadirah mengeluh. Hati Nadirah makin berdebar. Sehabis saja bangun dari bermimpi, dia langsung mengambil wudhu’ dan menunaikan solat Subuh. Dia terasa tidak boleh khusyuk. Di dalam solatnya juga, dia tidak habis meminta kepada Allah untuk perihal rumah tangganya. Sehabis solat juga perasaannya masih gundah dan kecewa.


             Tiba-tiba Nadirah teringatkan Sarah. Kemudian, dia langsung menelefon Sarah dek kerana tidak tahan menahan perasaannya seorang diri.


             Tidak mahu berlama-lama termenung, Nadirah langsung bersiap untuk pergi kerja.


             Jarum jam menunjukkan 6.30 pagi, Nadirah membuka pintu rumah untuk gerak pergi kerja. Dia teringatkan suaminya yang masih tidur di bilik.


             ‘Pandailah dia bangun sendiri’,keluh Nadirah cuba menyedapkan perasaan sendiri.


             Setibanya di tempat kerja, orang sekeliling ramai yang mememandang-mandangnya. Nadirah keluh-kesah. Perasaan rendah dirinya semakin menggunung-gunung. Dia tidak tahu apa yang mereka fikirkan kepadanya.


             Kenapa Nad tu?

             Kan…dia macam mayat hidup je aku tengok…

             Mana taknya… dia kan baru lepas bercerai.

             Dengar cerita suami dia ada perempuan lain.

             Hush!!Jangan cakap kuat-kuat… Sedih kawan tu!

             Orang macam Nad pun kena curangkan?

             Tengok…sampai macam tu sekali terkesan dekat diri Nad…

             Mata dah ada eyebag… Muka macam tak bermaya

             Kesian betul dia…

             Kena tinggal laki…

             KENA CURANG… LELAKI DIA KAHWIN LAIN…


             “Nad!!...”, seseorang memanggilnya dengan nada keras.


             Nadirah tersedar dari lamunannya. Nadirah bernafas dan melihat keadaan sekeliling. Tiada sipa yang memandangnya. Keadaan pejabat berjalan seperti biasa. Mungkin perasaannya sahaja yang berfikir lebih-lebih.


             “Saya panggil awak dari tadi!”,kata Farid yang sudah berdiri di hadapan Nadirah.


             “Ohhh… Encik Farid. Saya tak perasan Encik Farid ada dekat sini…”, Nadirah masih berwajah gundah.


             “Saya panggil awak banyak kali tadi. Dah nak tiga kali. Takkan awak langsung tak perasan”, berkerut kening Farid.


             “Saya minta maaf…”, Nadirah memandang bawah.


             Farid mengeluh, “Nad… awak ni kenapa sebenarnya? Saya tengok awak sejak akhir-akhir ni macam tak terurus. Orang lain mungkin tak perasan… tapi saya perasan okay! Awak macam tak cukup rehat. Mata awak tu sembap betul… Awak ada masalah ke?”.


             Nadirah senyum, “tak ada Encik Farid”.


             Farid juga tersengih, “awak tak boleh bohong sayalah Nad… Saya tahu… ini pasal suami awak tu kan?”.


             Nadirah terdiam. Dia memandang bawah dan berlalu pergi melepasi Farid.


             “Nad… saya bukannya nak menyibuk atau nak menyakitkan hati awak. Saya cuma risaukan keadaan awak saja… macam orang lain”, Farid berterus terang.


             Langkah Nadirah terhenti. Hatinya agak tersentuh tatkala mengetahui Farid merisaukan keadaannya. Selama ini Farid kelihatan serius saja dalam pekerjaan, tetapi tak sangka Farid masih ada perasaan ambil berat kepada rakan kerjanya.


             Dengan senyuman kecil Nadirah memandang Farid, “terima kasih Encik Farid.


             Nadirah melalui hari kerjanya seperti biasa. Namun apabila jam hampir menunjukkan pukul 5 petang, hati Nadirah rasa gundah saja. Dia terasa tidak mahu pulang ke rumah. Dia berasa takut. Takut dia bersedih hati kembali. Dia sudah tidak berasa seronok untuk pulang ke rumah.


             “Haa Nad… aku ketuk dari tadi kau macam tak dengar. Jadi aku masuk saja tak apa kan?”, tanya Liza yang memecahkan lamunan Nadirah.


             “Ohh… masuklah”, kata Nadirah.


             “Kau tengok yang ni… macam ni kan?”, tanya Liza kepada Nadirah tentang hal kerja.


             Nadirah memerhatikan dokumen itu,“haah… betul dah ni”.


             “Semua ni?”, tanya Liza.


             Nadirah melihat lagi lalu berkata,“haah… semua dah okay”.


             “Okaylah kalau macam tu. Aku sambung balik kerja aku”, Liza mengangguk sambil meminta izin untuk keluar.


             Nadirah melihat saja Liza hendak keluar. Saat Liza memegang tombol pintu Nadirah memanggil.

             “Liza…”.


             Liza berpaling melihat Nadirah.


             “Emm aku nak tanya sikit boleh?”.


             “Hah tanyalah”.


             “Boleh tak aku nak tidur rumah kau malam ni”, pinta Nadirah dengan wajah yang berharap.


             “Eh… kenapa? Emm maksud aku… kau boleh saja, cuma kenapa?”, Liza tertanya-tanya.


             Nadirah terdiam. Dia tidak tahu hendak berkata apa. Dia terasa malu untuk meluahkan perasaannya dan memberitahu masalahnya.


             Apabila Liza melihat Nadirah yang terdiam, Liza mengeluh.


             “Boleh… sangat dibolehkan. Aku ada peneman malam ni”, senyum Liza. Dia tidak mahu mendesak Nadirah untuk bercerita.


             Nadirah tersenyum. Dia rasa agak terharu. Hatinya berasa lega.


**

             Daniel termenung lagi. Luarannya nampak biasa, tetapi di dalam hatinya sangat gundah.

             ‘Bila aku boleh cakap dengan Nadirah ni?’, getus hati Daniel.


             Saat dia terjaga dari tidur pagi tadi, Nadirah sudah tiada di rumah. Nadirah sekali lagi pergi kerja awal pagi. Sepanjang kelas, Daniel tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya. Jasadnya di kelas tetapi fikirannya terawang-awangan.


             Rais dan Jai sedar saja akan kejanggalan Daniel, tetapi mereka juga hanya diam. Tidak mahu menyampuk atau berbicara lebih.


             Setelah selesai Solat Asar berjemaah di masjid bersama Rais dan Jai, Daniel termenung lagi di motornya.


             Jai dan Rais berpandangan antara satu sama lain dengan wajah yang risau.


             “Pergi balik rumah cepat Danny…bincang elok-elok dengan isteri kau”, kata Jai.


             “Kalau tak berkesempatan, cari juga kesempatan untuk cakap!”, bersungguh Rais mendorong.


             Daniel terdiam. Dia tidak berbicara apa-apapun kepada rakan-rakannya tetapi rakannya tahu apa isi hatinya.


             “Haa ya…”, angguk Daniel.


             Rakan-rakannya menepuk-nepuk bahu Daniel lalu meninggalkan Daniel yang masih berdiri di situ.


             Tersedar dengan masa yang tidak akan menunggu, Daniel langsung pulang ke rumah. Setibanya di rumah, Nadirah masih tidak ada.


             ‘Balik lambat lagi ke?’, getus hati Daniel. Daniel berasa gusar. Dia berjalan mundar-mandir di ruang tamu. Apabila terdengar bunyi kereta di luar saja, Daniel akan melihat. Dia amat mengharapkan isterinya sudah sampai tetapi itu semua hanyalah kereta yang lalu lalang sahaja.


             Sudah setengah jam bermundar-mandir, perasaan Daniel makin tidak sedap. Jika dia mesej atau telefon sekalipun pasti isterinya tidak menjawab. Daniel mengeluh. Dia keluar dari rumah dan menghidupkan motosikalnya.


             Fikirannya hendak ke tempat kerja Nadirah kalau susah sangat hendak bersemuka. Setibanya di tempat kerja Nadirah, Daniel menyorokkan diri di celah-celah kenderaan. Hampir 15 minit menanti, isterinya masih tidak keluar. Daniel membelakangkan lagi dirinya untuk melihat lebih luas. Saat membelakangkan diri, dia terlanggar seseorang.


             “Ahemm!”, orang dibelakangnya berdehem.


             Daniel terkejut dan melihat orangitu, “maaf bang. Maaf maaf… saya tak buat apa-apapun”.


             Orang itu melihat lagi wajah Daniel dengan wajah sombong.


             Daniel terkesima, “kau?...”.


             Farid mengeluh, “apa kau buat dekat-dekat dengan kereta aku ni?”.


             Daniel turut kembali berkerut , “maaflah…”.Daniel hendak pergi menyorok ke kereta lain pula.


             “Aku tanya… kau buat apa dekat sini?”, tanya Farid lagi memberhentikan langkah Daniel.


             Daniel terasa menjengkelkan dan mengabaikan soalan Farid. Tidak mahulah dia memberitahu yang dia mencari isterinya. Nanti dituduh tak pandai jaga bini pula! Fikir Daniel.


             “Cari bini ke? Nad tak ada… Dia dah balik”, kata Farid yang sudah dapat mengagak situasi Daniel.


             Daniel terdiam dan berkerut memandang Farid, “kenapa dia tak ada dekat rumah?!”.


             Farid ketawa kecil, “kau kan suami dia? Kenapa kena tanya aku pula?”.


             Daniel memandang arah lain. Diaberasa malu apabila kata-kata Farid berbaur sindiran.

             “Aku tanya kalau kau tahu! Kalau tak tahu sudah! Tak payah nak sindir-sindir macam tu!”, geram Daniel.


             Farid ketawa lagi melihat reaksi Daniel lalu berkata, “aku tak tahu Nad pergi mana… tapi kau tak perlu risau sebab dia dengan officemate dia tadi…Perempuan!”.


             Daniel menjeling sahaja mamat dihadapannya ini. Farid kelihatannya suka mengenakannya dengan ayat-ayat seperti itu. Walau apapun dia berasa lega mendengar keadaan Nadirah. Malas hendak berlama-lama dengan Farid, Daniel hendak melangkah pergi.


             “Kejap!”, panggil Farid.


             “Apa?!...”, berkerut Daniel memandang Farid.


             “Dinner dengan aku. Dah alang-alang petang ni. Aku ada nak cakap sesuatu… pasal Nad”,senyum Farid.



Previous: Bab 45
Next: Bab 47

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.