Home Novel Komedi/Romantik Komedi Encik Tunang 17 Tahun (COMPLETE)
Bab 26

BAB 26: Refleksi


Nadirah termenung jauh. Dia juga asyik mengeluh. Lebih-lebih lagi hal rumah tangganya. Dia memang malas hendak memikirkannya tetapi kata-kata Daniel sememangnya mengecewakan hati wanitanya. Perasaan makan dalam seorang isteri daripada suaminya yang tidak memahaminya. Suami yang memikirkan diri sendiri. Suami yang membanding-bandingkan isteri sendiri dengan isteri orang lain.


‘ “Awak ni kenapa?! Masa awal-awal kita kahwin dulu elok saja awak buatkan semua kerja rumah… tak ada pun nak mengungkit ke?!bahagi-bahagi housechores macam sekarang ni. Apa?! Jijik sangat ke nak basuh pinggan mangkuk sisa saya makan?!! Hahh?!! Awak tak boleh ke jadi macam isteri yang lain-lain?! Yang tak bergantung dekat suami untuk hal-hal kerja rumah ni?!Awak tu dah berubah Nadirah!... Awak ni dikira mengabaikan tanggungjawab awak tahu tak?! Pentingkan sangat profesion tu sampai rumah terabai!,,, Bila rumah terabai, salahkan saya pula”’.


Kata-kata Daniel sekali lagi terjengah di ingatan. Peritnya rasa apabila ayat sebegitu dituturkan Daniel kepada dirinya. Salahkah dirinya? Apa yang dirinya tidak lakukan sebagai isteri? Nadirah berfikir dalam.


Nadirah belajar menerima lelaki itu di saat usia yang masih muda. Bagi menjaga hati keluarga masing-masing Nadirah menerima pinangan dan mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang baru habis sekolah. Hal itu seumpama merisikokan masa depan sendiri.


Pada awal perkahwinan, Nadirah membuat semua kerja rumah, membantu mak mertua, melayani Daniel malah bekerja juga. Dia menerima Daniel yang kewangannya tidak begitu menjamin seadanya. Semuanya kerana dia percaya yang Daniel menyayangnya lebih dari dirinya menyayangi Daniel pada waktu itu.


Nadirah ingat lagi peristiwa dirinya dan Farid. Walaupun Daniel pernah menganggapnya perempuan murah, Nadirah tetap memaafkan suaminya dan bersabar.


Salahkah isteri minta dibantu untuk membuat kerja rumah? Nadirah sudah letih melakukan kerja rumah secara keseluruhan. Dia sangat memerlukan Daniel untuk turut membantu sama.


Mata Nadirah berair. Dia sekali lagi teringat kata-kata Daniel yang dituturkan dengan keras dan merendah-rendahkannya dengan membandingkannya dengan isteri orang lain. Nadirah mengeluh. Dia juga tidak tahu hendak berbuat apa. Jika itu yang Daniel mahukan, biarlah. Dia amat berharap agar tuhan memberikannya sepenuhnya kesabaran dan ditunjukkan jalan penyelesaian.


**

“Aku dah kata dah!”,kata Rais dengan perasaan geram apabila medengar cerita Daniel mengenai pertikaman lidahnya dengan isteri.


“Yalah tu. Aku tak ada hati doh nak buat kerja-kerja rumah ni. Isteri aku tak boleh nak faham aku ke? Assignment lagi berlambak”, luah Daniel.


“Tapi kau masih sayang isteri kau tak?”, tanya Jai.


“Sayang je… tapi itulah aku rasa dia queen control kadang-kadang. Ini nak balik ni pun aku rasa malas”, kata Daniel.


“Tak apa kau ajari steri kau sikit”, kata Rais.


“Ajar macam mana?”,Daniel berkerut.


“Kau tak payah balik rumah tiga ke empat hari ke… Lepastu kita tengok apa reaksi isteri kau. Kau tidur je dekat sini dengan kitorang. Mesti isteri kau rasa bersalah punya”,cadang Rais.


“Biar betul kau Rais?”, tanya Jai yang seakan tidak setuju dengan cara Rais.


Daniel berfikir sejenak.


“Bagi aku kau kena deal benda ni dengan lembut. Queen control macam mana pun isteri kau…dia tu perempuan. Hati lembut mudah tersentuh, mudah makan dalam”, kata Jai pula.


“Hish kau ni Jai…tak dengar cerita Danny tu. Cuba kalau kau! Kalau isteri kau suruh kau buat kerja rumah macam-macam? Tak ke kau naik angin juga?!”, tegas Rais kepada Jai.


“Aku memang tak duduk dekat situasi Danny… tapi bagi aku cadangan kau tu macam childish! Apa faedah kalau Danny ni takbalik rumah. Masalah akan jadi lebih panjang tak ada penghujung tahu tak. Tak ada communication… tak ada perbincangan macam mana masalah nak selesai”, kata Jai.


“Bawa bincang apanya?! Kalau dah isteri tu queen control, bincang macam manapun dia nak menang juga”, Rais tegas memberi pendapat.


Jai mengeluh lalu bertanya kepada Daniel, “queen control teruk sangat ke isteri kau Danny? Kau tahu tak queen control yang sebenar-benarnya macam mana?”.


Pertanyaan Jai membuatnya tersentak. Dia tahu keadaan queen control itu sehingga seorang isteri menguasai segala-galanya dan suami sudah tiada pilihan selain menuruti. Tetapi dirinya tidaklah sampai ke tahap itu. Nadirah masih terkawal cuma dirinya yang ego.


Daniel hanya ego dengan diri sendiri, dengan isteri dan rakan-rakan. Ada saat di mana kita tidak mahu mengalah walaupun ada sedikit kebenaran di pihak lawan. Di saat yang mana kita rasa kita betul walaupun ada tercalit sedikit kesalahan. Daniel hanya diam,tidak menjawab pertanyaan Jai.


“Hish kau ni Jai!..pergi tanya lagi sedih kawan tu”, kata Rais kepada Jai. Jai memandang ke arah lain dan mengeluh.


“Hmm terserah kaulah Danny”, Jai sudah malas.


“Terima kasihlah korang sebab ambil berat pasal aku. Aku rasa aku ikut suggestion Rais kot… duduk dengan korang. Alang-alang dapat siapkan kerja lagi awal”, kata Daniel setelah berfikir panjang. Walaupun keputusannya begitu, ada sedikit rasa bersalah dan keraguan dalam dirinya.


“Haaa boleh-boleh!”kata Rais.


“Yalah kalau kau dah kata macam tu”, kata Jai pula.


**

Nadirah pulang ke rumah setelah kerja. Motor Daniel tidak kelihatan. Jadi memang betullah suaminya pulang lewat. Wajahnya sedih. Perasaannya kosong. Setelah meletakkan beg tangan di sofa, Nadirah mengambil pakaian di luar lalu diletakkan di bilik dobi. Pakaian-pakaian kotor juga diasingkan untuk dimasukkan ke dalam mesin basuh agar dapat disidai pada esok pagi. Setelah itu, Nadirah berehat sebentar dan membersihkan diri.


Usai membersihkan diri Nadirah turun ke dapur untuk makan. Rumah terasa sunyi. Malas hendak memasak, Nadirah hanya membuat mi segera cup sahaja. Lalu dinikmati untuk mengalas perut kosong. Sambil makan, telefon pintar dibeleknya. Tiada chat daripada suaminya. Nadirah kembali makan dengan wajah muncungnya.


Pada esok paginya, suasana rumah senyap. Nadirah dan Daniel langsung tidak berbicara antara satu sama lain. Nadirah membuat sarapan dan menyidai baju sebelum kerja seperti biasanya. Daniel pula bersarapan apa yang disiapkan Nadirah dan berkemas-kemas untuk ke kelas.


Nadirah hanya diam kerana dia masih terasa dengan kata-kata Daniel. Dia cuba untuk mengabaikan perasaannya tetapi dia juga tidak tahu hendak berkata apa dan akhirnya dia hanya mendiamkan diri. Melihat Nadirah yang hanya diam, Daniel akhirnya membuka mulut.


“Saya pergi dulu”,kata Daniel.


Nadirah hanya senyum dan mengambil tangan Daniel untuk dicium. Daniel mula terasa aneh. Isterinya seakan sudah emotionless. Selalunya,Nadirah cium di pipi tetapi kali ini Nadirah hanya mencium tangannya sahaja. Lagipula, Daniel lebih suka kalau isterinya mencium di pipi berbanding tangan. Kalau cium di tangan rasa macam diri sudah tua pula. Rasa macam formal, seperti anak-anak yang mencium tangan ibu bapa mereka.


Tanpa menunggu lama, Daniel langsung pergi dengan beg galasnya yang besar ke arah motor. Lalu dihidupkan enjin motor dan beredar pergi.


Nadirah yang kembali menyidai kain sempat melihat beg galas Daniel yang kali ini lebih besar dari biasanya. Seakan hendak bercuti 3 hari 2 malam di mana-mana.



Previous: Bab 25
Next: Bab 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.