BAB 9: Tunang Orang II
**
“Dah dapat 7A kenapa muka sedih lagi ni?”, tegur Amar. Mereka kelihatannya sedang rehat dari pekerjaan mereka.
“Tak ada apalah…”, senyum Daniel.
“Ceritalah dekat aku…”.
“Hmm Nadirah…”.
Amar memandang Daniel dengan khusyuk, “kenapa?”.
“Dia tak pernah telefon aku… keputusan SPM aku keluar semalam pun dia tak ada wish pun.Aku terkilan. Aku rasa macam tak ada give and take dalam pertunangan ni. Aku berusaha kumpul duit, tapi dia dekat Krabi. Hesyy… Aku tahu dia sibuk tapi setidaknya mesej ke apa ke? Aku rasa dia macam dah tak berminat dengan pertunangan ni. Aku rasa macam tak yakin… Aku dah tak berharap… Aku redha kalau dia minta putus tunang”, sedih Daniel meluahkan perasaannya.
“Danny…”,berkerut wajah Amar mendengar luahan rakannya.
Daniel masih mampu tersenyum tipis memandang Amar.
“Danny… kau kena yakin dengan diri kau. Bukan kau dulu bersungguh-sungguh ke? Dah bertunang kenapa jadi macam ni? Beberapa langkah je nak bina masjid… Kalau kau nak tahu…ini ujian waktu bertunang. Hati kau akan dilanda resah. Kau akan mempersoalkan status pertunangan kau sendiri. Kau jadi tak yakin sama ada kau boleh go on dengan Nadirah atau tak. Kau kena sabar… percaya kepada ketentuan yang Allah nak bagi.Sekarang kau fokus je untuk bahagiakan orang yang ada di sekeliling kau… macam mak kau kan. Soal Nadirah tu kau tak payah fikir sangat, kau kena bersangka baik dengan Nad dan bersangka baik dengan Allah. Sebelum kahwin ni kau kena train diri kau untuk jadi suami yang baik”, Amar cuba untuk menyedapkan perasaan Daniel.
“Terima kasih bro…”, senyum Daniel kepada Amar lalu kembali memerhatikan cincin tunang dijarinya.
Tiba-tiba, Daniel menerima satu panggilan telefon yang tidak dikenalinya. Dia hanya mematikan panggilan itu. Nombor itu sekali lagi menelefonnya. Daniel berkerut dan mematikannya lagi.
“Siapa tu?”,tanya Amar kepada Daniel.
“Entahlah… macam pelik saja nombornya”, Daniel menggaru kepalanya.
Telefon Daniel berdering.
“Nombor tadi ke?”, tanya Amar.
Daniel mengangguk.
“Angkat sajalah…”, beritahu Amar.
Daniel langsung berbuat demikian dan menanti.
“Assalamualaikum?...Danny?”.
“Waalaikumsalam…siapa ni?”, tanya Daniel.
“Ini Nadirah…”,balas Nadirah.
Daniel membulatkan matanya,“Nadirah?!”.Daniel menjadi teruja.
Amar juga terkejut dan turut senyum untuk rakannya.
“Haah ni Nad.Nad nak minta maaf sebab tak beritahu khabar dan tak balas semua chat Danny…Telefon Nad rosak. Ini Nad call guna nombor baru”, beritahu Nadirah.
“Lah iyakah… hmm tak apa Nad sibuk kan. Danny tak nak mengganggu Nad”, sejuk hati Daniel mendengar jawapan Nadirah.
“By the way… Nad nak ucap tahniah atas kejayaan Danny dapat 7A!”, Nadirah tersenyum.
“Mana tahu ni?!”, Daniel teruja.
“Haha… Fauzi beritahu”.
“Ohh”.
“Nadirah mungkin akan balik Malaysia minggu ni… Kerja dekat Krabi siap awal. Orang audit datang periksa pun dah approved kerja kami. Jadi kitorang boleh balik Malaysia dah”, beritahu Nadirah.
Daniel terdiam.Dia berasa sangat gembira hingga tidak tahu hendak berkata apa.
“Okay…”.
“Danny nak hadiah apa? Nad belikan… import dari Krabi heheh”, kata Nadirah.
“Ajak kahwin Danny…”, bisik Amar kepada Daniel secara seloroh.
Daniel hanya mengangguk memandang Amar.
“Nad balik Malaysia nanti… jom kahwin nak?. Danny dah ada duit tapi untuk buat simple-simplelah. Kalau nak buat besar-besaran boleh tapi tunggu Danny kumpul duit. Cuma lamalah takut ambil masa setahun lebih”, Daniel bersungguh-sungguh.
Nadirah terdiam.Dia terkejut dan tidak tahu untuk membalas apa. Daniel sememangnya bersungguh-sungguh,tetapi dirinya? Nadirah rasa bersalah. Namun, dia sudah berazam untuk memberi perhatiannya kepada Daniel.
“Danny… Nad terima saja apa keputusan Danny. Nad okay kalau Danny nak kahwin lepas Nad balik ni”, Nadirah menerima Daniel kalau ini saja caranya untuk membuatkan Daniel gembira.
“Nad…”, Daniel tersenyum bahagia.
Daniel memeluk Amar secara tiba-tiba. Amar terkejut, namun dia hanya membalas pelukan rakannya itu.
**
Daniel dan Nadirah membuat persiapan di rumah Daniel. Mak Esah juga sibuk menguruskan cendarahati yang nak diberikan kepada tetamu. Rumah Daniel dan Nadirah agak sesak dengan saudara-mara memandangkan rumah mereka rumah pangsa. Selepas solat Asar, saudara-mara mula berpakat pulang. Mak Esah sempat menghulurkan bungkusan nasi dan lauk-pauk kepada mereka.
“Nanti datang masa kenduri!...”, beritahu Mak Esah dengan teruja kepada mereka.
Ibubapa Nadirah dari kampung turut bertandang sebentar di rumah lama mereka memandangkan majlisnya di rumah Daniel.
Fauzi pula asyik berulang-alik dari rumahnya ke rumah Daniel untuk menghulurkan bantuan.
“Nanti kakak kau nak balik… terkejut beruk dia bila dengar Danny nak kahwin”, Mak Esah tergelak kecil.
“Kak Sarah dah sampai Malaysia ke? Bukan dia tengah degree last year ke? Tak mengganggu kakak ke mak?”, tanya Daniel.
“Tak adalah… tak mengganggu kakak pun. Hahaha tak sangka Danny langkah bendul”, kata Mak Esah lagi.
“Hehehe”, Daniel hanya menggaru kepala.
Sarah merupakan kakak kepada Daniel. Umurnya sebaya dengan Nadirah dan dia merupakan seorang pelajar ijazah tahun akhir di University of Queensland, Australia.
Jarum jam sudah menunjukkan 11.30 malam. Mak Esah berasa risau kerana tiada panggilan diterima dari anak perempuannya Sarah. Apabila di telefon, tidak diangkat pula.
Daniel masih mengemas barang bersama Nadirah di rumahnya. Maklumlah, majlisnya lusa.
“Sarah tak sampai lagi ni? Mak risau… Danny… pergi ambil kakak dekat airport”,pinta Mak Esah yang asyik membelek telefonnya.
“Takutlah mak…Danny baru dapat lesen. Takkanlah mak nak suruh Danny terus bawa jauh ke KL sana? Malam-malam pula tu… Tunggulah 2 tahun lagi, habiskan lesen P tu. Barulah lebih confident nak bawa jauh-jauh”, kata Daniel.
“Hishh kamu ni penakutlah”, dengus Mak Esah.
“Sarah?! Dah lama tak nampak Sarah… macam mana dia agaknya dekat oversea? Kalau tak keberatan… saya boleh ambil dia dekat airport”, tawar Nadirah apabila mendengar perbualan Mak Esah dan Daniel.
“Betul ke?! Hah macam nilah!... Terima kasih Nad. Kalau nak harapkan Danny ni penakut nak bawa kereta”, beritahu Mak Esah kepada Nadirah.
“Bukanlah mak…orang takut je sebab itu kan kereta mak. Kalau kereta sendiri Danny beranilah”,kata Daniel.
“Yalah… yalah. Apa-apapun jangan seorang. Bawalah Fauzi… malam-malam ni kan”, beritahu Mak Esah.
“Alah… bawa Danny lah”, Daniel mencebik.
“Tak boleh malam-malam bawa kamu lagi bahaya!”, beritahu Mak Esah lagi.
Nadirah tersengih melihat Daniel dan bakal ibu mertuanya.
“Kalau macam itu saya turun rumah sekejap eh?.. Nak ajak Fauzi dengan siap-siap”, beritahu Nadirah.
“Okay… hati-hati Nad”, pesan Mak Esah.
Nadirah keluar dari rumah Daniel dan turun ke rumahnya.
15 minit kemudian…
“Assalamualaimum mak… Danny…”, Sarah langsung meluru masuk ke dalam rumahnya memandangkan pinturumah terbuka.
Mak Esah terkejut namun dia sangat gembira sehingga langsung memeluk anak perempuannya itu.
“Kakak!...”,Daniel turut menyalami kakaknya.
“Ohh inilah budak yang gatal sangat nak kahwin?”, sindir Sarah kepada Daniel.
“Hehehe…”,sengih Daniel sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Akak tak main-mainlah! Akak penat-penat belajar di overseas! Sedap-sedap Danny nak kahwin hah?! Dengan perempuan sebaya akak pula tu?! Tak ada kerja ke nak kahwin awal?!”, marah Sarah. Sarah sememangnya tiada mood pada malam itu.
Nadirah dan Fauzi pula terdengar perbualan keluarga Daniel di sebalik pintu rumah Mak Esah. Sewaktu mereka sudah bersiap untuk keluar mengambil Sarah, Nadirah dan Fauzi naik ke rumah atas untuk mengambil kunci kereta yang tertinggal. Namun, tak sangka pula Sarah sudahpun sampai ke dalam rumah Mak Esah. Lebih memeranjatkan lagi, apabila Sarah seakan tidak setuju dengan perkahwinan adik lelakinya.
Nadirah hampa apabila terdengar perbualan anak-beranak itu. Fauzi dapat melihat kesedihan diwajah kakaknya.
“Kak… kau turun dulu”, beritahu Fauzi kepada kakaknya.
Tanpa berfikir panjang, Nadirah hanya menuruti kata Fauzi.
“Tunggulah besar dulu! Dah ada kerja bagus! Kahwin pun dengan perempuan baya-baya kau! Ini tak?!Tolonglah jaga mak dulu ke?!”, kasar Sarah.
“Sarah… mak bagi Danny kahwin awal. Lagipun keluarga Nadirah orang baik-baik. Kita dah kenal lama dengan keluarga diorang. Tak payah risau pasal mak…”, Mak Esah cuba hendak meredakan keadaan.
“Hah! Ikut sangatlah kemahuan Si Danny ni. Sampai dia nak kahwin dengan perempuan lebih tua daripada dia pun… mak tak kisah”, Sarah masih tidak boleh terima.
“Kak Sarah… akak sepatutnya gembira jodoh Danny dah sampai. Ya Danny tahu… Danny baru habis sekolah. Tapi setidak-tidaknya Danny kumpul duit sendiri walaupun mak ada nak sponsor sikit… Danny tak minta duit akak satu sen pun. Kehadiran akak ke majlis Danny pun Danny dah gembira”, balas Daniel perlahan. Daniel masih menghormati pendapat kakaknya.
“Sarah jangan fikir negatif… adik kau ni cuma nak jadi lelaki yang baik. Bila dah berkenan dan mampu, dia nikah dengan perempuan yang dia suka… macam arwah ayah dengan mak dulu… Mak faham, Sarah risau dengan masa depan Danny. Tapi percayalah dengan rezeki yang Allah bagi…”,beritahu Mak Esah lagi.
“Okay… tapi takkanlah dengan Nadirah? Dia itu sebaya dengan akak kot?”, Sarah masih mempersoalkan.
Daniel mula tidak senang dengan ucapan kakaknya yang seakan berbaur penghinaan, “habis apa beza dengan akak? Kak Sarah ada pakwe orang putih kan?”.
Sarah terdiam. Mak Esah pula terkebil-kebil.
“Danny! Kau jangan nak…”, Sarah masih tidak habis berbicara.
“Assalamualaikum! Mak Esah… Danny…”, Fauzi langsung serbu masuk ke dalam rumah Mak Esah.
Sarah terdiam apabila melihat kehadiran Fauzi secara tiba-tiba. Dia berkerut dan langsung masuk ke bilik.
“Waalaikumsalam…”,balas Daniel dan Mak Esah.
“Eh? Kak Sarah dah balik?”, Fauzi buat-buat bertanya.
“Haah Fauzi…Alhamdulillah Sarah dah sampai. Kiranya tak payah keluar lah nak pergi airport. Maaf ya Mak Esah dah susahkan Fauzi dengan Nad”, kata Mak Esah dengan rasa bersalah.
“Oh tak apa… emm saya ada mengganggu ke? Sebab ada Kak Sarah tadi kan…”, Fauzi tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Taklah bang Fauzi… tak tak. Marilah teman saya tengok bola kejap lagi”, laju Daniel membalas.
“Hah okay jom”,senyum Fauzi.