BAB 64: Jejak II
Nadirah masuk ke dalam wad Daniel. Dia duduk disamping suaminya yang masih tidak sedar dari pembaringan. Air matanya sudah kering dek kerana asyik menangis. Hari ini sudah hari kelima Daniel tidak menyedarkan diri. Nadirah keseorangan di dalam wad bersama suaminya sementara ibu dan mak mertuanya di bawah untuk membeli roti-roti.
“Sayang…bangun. Kesian anak-anak dekat dalam perut… Kesian mak awak, dia sedih je bila teringat awak. Kesian dekat saya, seorang-seorang je… selalu tunggu awak. Tapi awak selalu suka tidur dulu… macam sekarang”, Nadirah teresak-esak sambil mengusap tangan suaminya lembut. Nadirah dapat merasakan tangan suaminya yang kasar dan ada urat-urat timbul juga.
Tak pernah Nadirah sedar, tangan suaminya yang dahulu kecil kini boleh menutupi tapak tangannya. Nadirah ingat lagi sewaktu mereka kanak-kanak, siapa sangka lelaki hingusan adik Sarah itu adalah suaminya kini. Nadirah tersenyum dengan air matanya yang mengalir. Tangan suaminya yang kini sudah menjadi tangan lelaki yang sasa, yang kasar, yang boleh menggenggam tangannya erat dan susah untuk dilepaskan.
Nadirah terkenang juga saat tangan Daniel mencengkam lengannya dengan kuat, menarik dirinya masuk ke dalam kereta saat mereka berada di The Mines. Saat itu, Daniel menjerkah memanggilnya tanpa mengira orang sekeliling. Daniel salah faham akan hubungannya dengan Farid. Nadirah tersenyum lagi. Jika dikenangkan Daniel sangat kasar pada waktu itu, tetapi itu semua hanyalah cara suaminya menzahirkan rasa cemburu.
Nadirah mengusap tangan suaminya lagi. Tangan inilah yang selalu mengusapnya lembut. Walaupun kasar, tapi tangan inilah yang membuatkan dirinya berasa terlindung.
“Danny…awak je yang selalunya menzahirkan perasaan awak kepada saya… Saya jarang buat macam itu. Tapi saya nak awak tahu, walaupun saya jarang cakap… tapi sejujurnya saya sayangkan awak. Saya cintakan awak. Awaklah peneman saya di dunia dan syurga…”, Nadirah tidak tahan dan teresak-esak lagi.
“Ya Allah… berikanlah yang terbaik untuk kami. Aku minta maaf Ya Allah, aku berjanji akan berusaha untuk lebih menghargai pemberianMu”, pinta Nadirah perlahan.
**
Daniel berjalan bersama ayahnya. Dia juga tidak tahu ke mana ayahnya hendak pergi, tetapi dia hanya mengikut sahaja.
“Em…ayah tahu tak yang mak rindu sangat dengan ayah”, Daniel membuka perbualan.
“Ayah tahu… ayah pun tapi Allah lagi sayang ayah”, senyum ayahnya.
“Kalau semuanya rindu ayah… Nanti banyakkan lagi doakan Al-Fatihah untuk ayah ya”,kata ayahnya lagi.
“Itu sudah semestinya ayah!”, bersungguh-sungguh kata Daniel.
Daniel tersengih. Walaupun dirinya bakal menjadi bapa, tetapi dia berasa dirinya masih anak kecil saat berjalan di samping ayahnya. Dirinya teringat pada zaman kanak-kanaknya.
Apabila terfikirkan dirinya yang bakal menjadi bapa, Daniel berbicara lagi dengan ayahnya.
“Ada banyak yang Danny nak cerita ayah!”, teruja Daniel.
“Ceritalah…”,senyum ayahnya.
“Keputusan SPM Danny bagus ayah!… lepastu akhirnya Danny dapat juga kahwin dengan Kak Nad jiran kita, anak Pakcik Hamid! Lepastu Danny nak jadi ayah dah sekarang! Nad mengandung anak kembar! Mak seronok sangat nak dapat cucu!...”, teruja Daniel.
“Hahaha…”,ayahnya terhibur.
‘Danny bangun… Saya sayang awak Danny…”, satu suara masuk di fikiran Daniel.
“Haaa! Ayah dengar tak suara tu? Ayah tunggu sini kejap… Danny rasa Nad dan semua ada dekat sini. Apa kata ayah jumpa diorang dulu”, kata Daniel.
“Kamu carilah diorang… ayah tunggu sini. Kalau lambat ayah tinggal”, senyum ayahnya.
“Okay-okay…Ayah tunggu sini. Ayah sabar tau. Jangan pergi dulu”, kata Daniel dengan tergesa-gesa lalu berpatah balik.
Saat berpatah balik di kawasan taman tadi, suasananya sunyi seakan tidak pernah ada orang. Daniel mengerutkan kening. Dia menjadi keliru dan berpatah balik pergi kearah ayahnya. Tetapi wajah Daniel hampa saat ayahnya juga tiada di tempat yangsepatutnya ayahnya menunggu.
Daniel terduduk. Di alam yang tiada penghuni itu, Daniel terasa sunyi.
‘Ya Allah… berikanlah yang terbaik untuk kami. Aku minta maaf Ya Allah, aku berjanji akan berusaha untuk lebih menghargai pemberianMu’, suara Nadirah dansuara keluarganya yang lain terngiang di fikiran.
Saat suara-suara itu memasuki fikiran Daniel. Daniel menangis. Dia terasa bingung. Adakah ini yang dinamakan alam separa sedar? Jika benar. Dia ingin cepat-cepat bangun. Lagipula ayahnya juga sudah hilang dari pandangan mata. Suara keluarga tercinta pula memanggil-manggil. Air mata Daniel mengalir lagi.
**
Nadirah sedih. Dia memerhati sahaja wajah suaminya. Tiba-tiba, Nadirah melihat air mata keluar dari mata suaminya. Nadirah terkedu dan pantas memanggil doktor dan jururawat yang berhampiran.
Doktor datang ke arah Nadirah dan memeriksa keadaan Daniel.
Setelah memeriksa doktor berkata, “keadaan suami puan makin membaik. Tekanan dia berkurang. Encik Daniel masih memerlukan sokongan puan dan keluarga yang lain. Mungkin Encik Daniel ada nekad nak sedarkan diri tapi badan dia dan otak dia masih belum berupaya. Lagipun, masa saya rawat Encik Daniel… saya dapat rasakan ada kesan dari akibat kuat bekerja dan tak cukup rehat. Otot-otot dia banyak kejang. Nanti kalau Encik Daniel dah sedar pun pihak hospital akan sediakan tongkat”.
Apabila terasa lama menemani suaminya, Nadirah turun ke bawah untuk berjumpa Sarah, ibu dan mak mertuanya. Mereka pulang sebentar ke rumah untuk membersihkan diri.
Daniel perlahan-lahan membuka matanya yang terasa berat. Dia melihat keadaan sekeliling. Dia berada di hospital. Badannya terasa sakit-sakit saat mula-mula membuka mata, tetapi apabila dia cuba menggerakkan sedikit tangannya, sakit itu mula berkurang. Tetapi sakit-sakit badan itu masih terasa. Suasana sepi. Dia keseorangan di situ. Pesakit lain pun masih memejamkan mata. Daniel menarik nafas dan menghembus.
Tiba-tiba, terdengar beberapa bunyi tapak kasut yang berjalan menuju ke arahnya. Daniel berasa teruja jika-jika itu keluarganya. Saat dia melihat saja orang yang lalu itu , hatinya sedikit hampa. Dia kembali menghembus nafas.
‘Ingatkan mak dengan Nad tadi?’, getus hati Daniel sekaligus cuba untuk merehatkan diri. Bunyi tapak kasut tadi semakin dekat seakan menuju ke arahnya. Daniel tidak jadi menutup mata. Dia berkelip-kelip agar dapat penglihatan yang lebih jelas. Maklumlah, sudah lama tidak terjaga, sekali terjaga matanya agak berpinar.
“Danny…dah jaga? Alhamdulillah”.
‘Suara ni…’, Daniel teringat dan terjaga sepenuhnya.
“Abang Din?!”, Daniel terkejut.
“Haah…Ini Encik Hamdan, ketua pegawai tempat kita ingat kan?”, senyum Abang Din.
“Oh ingat… Assalamualaikum tuan… Abang Din”, angguk Daniel.
“Waalaikumsalam”,jawab Encik Hamdan dengan senyuman.
Jiwa Daniel terasa hampa. Jika sudah sampai ke pengetahuan ketua pegawai, pasti latihan industri nya ada masalah. Adakah dia digagalkan? Fikir Daniel.
“Saya minta maaf Abang Din dan Encik Hamdan atas kecuaian saya… sampai effect masa intern saya”, sedih Daniel.
“Tak apa Danny… Encik Hamdan datang sini dia nak beri lagi satu peluang dekat kau”,senyum Abang Din.
Mata Daniel lebih besar, cuba mendengar lebih jelas apa yang dikatakan mereka. Hatinya rasa berdebar seakan tidak percaya juga.
“Saya dah tahu keadaan keluarga Daniel dan ekonomi Daniel sekarang. Daniel seorang pekerja yang bagus… memandangkan Daniel seorang yang kuat bekerja, saya beri tawaran untuk serap Daniel jadi pekerja kontrak lepas habis waktu intern. Daniel boleh buat pendahuluan gaji dulu kalau dah sampai waktu yang sangat memerlukan. Tetapi sebagai balasan, Daniel kena kerja kontrak dengan kami selama 4 tahun. Selepas itu baru boleh kalau nak berpindah”, kata Encik Hamid.
Daniel terdiam. Entah mengapa hatinya terasa sebak.
Dengan suara yang tersekat-sekat Daniel berbicara, “betul… ke? Encik Hamdan? Abang Din?”.
Mereka berdua mengangguk dan bertanya kepada Daniel untuk mengetahui hal sebenar lebih lanjut. Lalu, Daniel pun menceritakan apa yang dilaluinya dan dirasainya sehinggalah menghadapi kemalangan sebegitu.
“Allah…Alhamdulillah… Terima kasih Encik Hamdan… Abang Din”, Daniel berasa terharu. Tekaknya terasa sakit menahan tangis. Suaranya tersekat-sekat juga. Baginya,ini adalah rezeki yang diberikan Allah tidak disangka-sangka.
Setelah Encik Hamdan dan Abang Din pergi. Keluarganya pula sampai untuk melawatnya. Wajah-wajah keluarga yang menjenguk sangat menggembirakan Daniel. Abang Fauzi, ayah mertua pun ada. Maknya juga menangis-nangis melihat dirinya sudah sedar.
“Danny…sayang dah bangun. Daddy dah jaga… Alhamdulillah”, Nadirah juga mengalir air mata dengan senyuman sambil tangannya tidak lekang mengusap perut. Daniel senyum kepada isterinya dan memeluk isterinya. Sudah pastilah isterinya merasakan rindu memandangkan dia asyik sibuk bekerja. Bila waktu sakit, ini bolehlah berehat di rumah dengan isteri di sisi. Nanti, dah sihat dia sambung berlatihan industri.
Memandangkan dia dijamin dengan pekerjaan selepas latihan industri, Daniel berfikir untuk berhenti membuat kerja sambilan dan ingin meluangkan lebih masa lagi bersama isterinya yang mengandung, dan kepada keluarganya yang lain juga. Sepenuh syukur kepada tuhan yang Maha Pemurah. Manusia itu selalu cuai, tetapi Allah sentiasa menggantikan kecuaian manusia itu dengan benda yang lebih baik. Sungguh cantik perancangan ini. Fikir Daniel lagi.