Home Novel Komedi/Romantik Komedi Encik Tunang 17 Tahun (COMPLETE)
Bab 15

BAB 15: Kehidupan Pelajar II


**

Rais asyik melihat jam tangannya.


“Macam inilah orang perempuan… jam negara manalah yang mereka ikut? Suruh jumpa 10 pagi tapi dah nak 10.30 dah”, keluh Rais.


Akhirnya kelibat ahli kumpulannya kelihatan. Rais tersenyum.


“Rais!...”,salah seorang gadis memanggilnya dari jauh dalam keadaan teruja.


Apabila mendengar panggilan gadis yang mendayu-dayu memanggil namanya, Rais menjadi angau.


“Iya…”,sengih Rais.


“Rais…dah nak siap dah ni. Tengok-tengok dulu Rais”, kata ahlinya sambil menghulurkan komputer riba.


Rais membelek kerja kursus kumpulannya yang masih belum dicetak.


“Kau print kan dengan binding sekali ya?”.


“Ya ya”, senyum Rais.


‘Memang itu selalunya lelaki yang kena buat kan?!’, getus hati Rais redha.


“Bell… yang ni jusify kan perenggan ni. Kemudian share dekat group whatsapp supaya senang aku nak print”, kata Rais.


"Baik Rais".


“Jadi dengan ini habislah kerja kursus akhir kita untuk Asasi ni!!”, teruja ahli kumpulan Rais. Rais hanya senyum memandang mereka.


“Kau dah fikirke nak sambung degree kos apa Rais?”.


Rais menggeleng,“belum lagi”.


“Aku akan rindu masa-masa kita agric practical…. Gambar kau banyak kot ditangkap haritu”, kata gadis itu kepada Rais.


“Hahhaha yeke?!Biasalah lelaki Melayu terakhir idaman ramai wanita hahaha. Banggakan sama kumpulan dengan aku”, Rais perasan.


“Hahaha”.


“Dah keluar dah perangai perasan dia tu…”.


“Mujur kau tukang print dengan binding”.


Kelibat seorang gadis yang bertudung labuh menarik perhatian mereka.


“Lina!Sinilah!...”, panggil gadis dari kumpulan Rais.


Gadis yang bernama Lina datang menghampiri mereka. Empat orang perempuan itu mula rancak bersembang bersama Lina. Rais agak tertarik dengan Lina memandangkan dia seorang yang cantik, walaupun bagi Rais semua perempuan cantik. Namun, Rais agak malu untuk menegur memandangkan Lina dari kelas lain. Tambahan pula, Lina bertudung labuh. Malu pula kalau dia menegur Lina, tetapi tidak dilayan.


“Okaylah… aku balik dulu ya. Tak ada apa-apa dah kan?”, tanya Rais kepada ahli kumpulannya. Mata Rais tertancap pula pada Lina.


“Eh kami pi dulu na… Sian ahli hangpa tu”, kata Lina kepada rakan-rakannya.


Rais yang terdengar bicara halus Lina berkata, “eh tak apa tak apa… aku pergi dulu. Nak pergi main bola”.


 “Hah okay Rais. Jangan lupa print”.


Ya… ya..”.


Mata Rais sempat memandang Lina, lalu berjalan pulang ke kolej asrama.


Apabila pulang ke bilik, Rais melihat Daniel tersenyum-senyum.


“Kenapa? Bini datang lagi ke?”, tanya Rais.


“Taklah… aku baru lepas video call mak aku dengan Nad je”.


“Patutlah sengih-sengih… kau tak nak join Muthu dengan Lim main bola sepak ke petang ni?”, tanya Rais sambil membelek almari bajunya.


“Lim main bola sepak? Jai kata Lim pro bola keranjang?”, kata-kata Rais menarik perhatian Daniel.


“Itu yang ramai nak turun petang ni… Nak tengok Lim main bola sepak hahaha”, Rais ketawa kecil. Daniel turut tersenyum.


“Kau pergi Rais dinner night ahad malam esok?”, tanya Daniel.


“Tak pasti lagilah sebab aku belum print assignment lagi. Kau?”, kata Rais.


“Aku tak pergi kot…”, jawab Daniel.


“Hmm Daniel…kita kan dah nak habis asasi. Masa ijazah nanti kau masih duduk asrama ke atau ulang-alik?”, Rais tertanya-tanya.


“Ulang-alik”,pantas Daniel menjawab.


“Huish! Yakin betul!”, kata Rais.


“Yalah… nak duduk dengan bini…”, Daniel menggerak-gerakkan keningnya diikuti sengihan.


Rais berkerut seraya berkata, “untunglah duduk dengan bini".


**


              “Saya nak Puan Nadirah dan Encik Farid audit syarikat perkilangan bahan timah di Shah Alam. Annual General Meeting mereka lagi 5 bulan. Semua book keeeping ada disediakan. Saya tahu agak terburu-buru, tapi upahnya lumayan. Bekerja dengan penuh integriti ya”, beritahu Ketua Pengurus syarikat.


              Nadirah berkerut, ‘buat audit? Dalam masa 5 bulan?!. Macam mana ya?’.


              Faridyang dapat melihat kegusaran wajah Nadirah berkata, “Nad jangan risau… sayatahu ini pertama kali awak diberi amanah untuk audit. Selama ni awak bantu PuanSham buat audit saja kan. Tak apa… saya ada. Kita buat sekali nanti. Saya akan pastikan 3 bulan saja dah siap”.


              “3 bulan?!”, Nadirah terkejut.


              “Saya dah biasa dah Nad… kita siap awal. Banyak masa kita boleh cek balik. Tak payah nak datang tempat kerja mereka dah. Nanti saya akan bantu Nad”, kata Farid.


              Nadirah lega. Dia akui yang Farid sememangnya antara yang profesional. Dia pernah menerima tawaran audit 3 bulan dari beberapa syarikat ternama. Nadirah juga kagum dengan Farid yang sememangnya tidak terpengaruh dengan apa-apa hadiah yang hendak diberikan syarikat.


              Nak menjadi seorang auditor kena buang rasa bersalah.


              Fikir Nadirah.


Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.