Home Novel Komedi/Romantik Komedi Encik Tunang 17 Tahun (COMPLETE)
Bab 23

BAB 23: Bisikan Luar


Seminggu sudah berlalu, jadual kerja rumah yang telah ditetapkan dilaksanakan seperti biasanya. Daniel mengambil kain baju, mencuci pinggan mangkuk dan memastikan rumah kemas ‘pada pandangan mata kasar’.


Setelah selesai kelas, Daniel mengeluh di tempat parkir motosikal. Rais yang melihat Daniel mengeluh panjang tertanya-tanya.


“Panjang mengeluh tu nampaknya”, kata Rais.


“Ohh… tak ada apalah. Rasa malas nak balik rumah… kena buat housechores”,balas Daniel biasa.

“Apa?!! Kau dipaksa buat housechores??!!”, Rais terkejut besar.


Daniel berkerut melihat reaksi Rais yang berlebihan seraya berkata, “apahal kau ni? Kenapa dengan buat housechores? Its not a big deal pun. Lagipun aku tak dipaksa… Its just a duty yang aku kena buat”.


“Entah budak ni… over je reaction”, sengih Jai yang turut mendengar perbualan rakannya.


“Ehh… kau jangan ambil mudah benda-benda macam ni”, kata Rais.


“Lah… apa yang ambil mudahnya? Aku tak fahamlah maksud kau ni?”, Daniel pula bingung.


‘Hishh, bila Si Rais ni sampai mood overthinking nya dengan aku aku sekali pening’, fikir Daniel sambil melihat Rais.


“Hmm kau kata kau malas nak balik rumah kan? Apa kata kau lepak-lepak dekat bilik kitorang”, ajak Rais. Manakala,Jai sudahpun mendahului mereka untuk pulang ke bilik asrama.


“Boleh jugalah”, Daniel menggerakkan kepalanya. Lagipula, sudah lama juga tidak menyinggah bilik Rais dan Jai.


Setibanya di bilik Jai dan Rais,Daniel merebahkan diri berbaring di atas perbaringan lantai yang sejuk.


“Ehh?! Danny… kau singgah bilik kami?”, Jai sedikit terkejut dengan kehadiran Daniel. Daniel hanya senyum mengangguk.


“Emm lantai asrama ni best jugak”,sengih Daniel.


“Haah… baru je semalam aku sapu dengan mop. Sejuk kan? Hahaha”, Jai berbangga dengan diri sendiri.


“Ohh rajin kau…”, sengih Daniel yang masih lagi berbaring.


Well its not a big deal… okaylah, kau borak dengan Rais. Dia pergi coway kejap tu. Aku sambung belajarya?”, kata Jai.


“Hah… sila-sila”, kata Daniel sambil melihat ke atas Jai yang duduk di kerusi dan meja belajar. Jai kelihatan mengulangkaji pelajaran kelas yang tadi. Daniel kembali melihat siling yang mana kipas berputar tepat di bawahnya.


“Hmm…”, Daniel selesa. Matanya sudah mula terbuai. Perlahan-lahan Daniel melelapkan matanya.


“Hoii!!!”, Rais menepuk punggung Daniel dengan kuat sekali.


“Oh mak kau?!!!... aduhh”, Daniel terkejut dan melihat Rais yang mengejutnya dengan wajah bengang.


“Sakit doh Rais kau buat camtu… kot terkentut aku hah! Tangan kau juga bau”, Daniel merungut.


Jai tergelak lalu berkata, “tah kau Rais… terkentut okay lagi. Kalau dibuatnya Si Danny ni sembelit?”.


“Tak adalah… lantai ni sejuk. Kau tidurlah kat atas katil aku situ”, Rais mempelawa sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.


Daniel bangun dan langsung duduk sambil memegang punggungnya.


“Ergh… tak kot. Aku dah tak ngantuk dah. Huarghh”, kata Daniel sambil mengeliat.


“Ceritalah yang pasal bini kau… dia suruh kau buat kerja rumah?”, Rais langsung bertanya.


“Ya… tapi biasa-biasa jela. Kenapa kau cakap bunyinya macam teruk sangat?”, Daniel menggaru kepalanya yang tidak gatal.


“Ehh aku ni kawan yang mengambil berat! Aku nak nasihatkan kau sikit”, kata Rais dengan wajah yang serius.


Apabila melihatkan wajah Rais yang serius, Daniel juga tertarik untuk memberi perhatian.

“Apa?”, tanyaDaniel.


“Kau tahu tak kalau isteri minta tolong ni adalah satu langkah dia nak lepaskan tanggungjawab dia sebagai isteri”, kata Rais perlahan.


“Ishhh kau ni merepek!!!”, Daniel pantas memberi tindak balas.


“Kau cakap aku merepek? Okay okay, bunyi dia macam teruk sangat. Hmm..”, kata Rais sambil memikirkan cara untuk memberi tahu rakannya.


Don’t get me wrong… Maksud aku, kau jangan terlalu ikut cakap isteri kau. Dia suruh itu, kau buat. Dia suruh ini,kau buat. Nanti kau jadi lembu kena cucuk hidung…”, kata Rais lagi.


“Itu aku tahulah…lagipun sepanjang aku buat housechores,Nad suruh yang biasa-biasa saja. Kiranya apa yang aku buat, aku kena kemas balik. Macam itu jelah”.


“Ya… tapi macam yang aku cakap. Kalau isteri kau rasa kau dah boleh harap, dia akan menambah-nambahkan lagi kerja kau. Nanti bila dah habis buat itu, dia suruh tambah buat ini. Kau tengoklah… kalau masa tu kau terkena baru kau ingat dekat aku”, kata Rais.


“Lagipun, Kak Nad tu lebih berduit daripada kau. Memang berpeluanglah dia nak buat macam tu.Kalau sampai satu tahap, kau melawan cakap dia. Nanti dia akan ungkit segala harta mak nenek dia. Masa tu kau tergigit lidah tak tahu nak kata apa”.


“Mana kau tahu semua ni?”, Daniel pula terasa cemas di jauh sudut perasaannya.


“Aku baca grup facebook Kisah Rumah Tangga: Suami-Suami Tersakiti”, kata Rais.


“Eh? Kenapa kau pergi belek-belek grup FB suami-suami? Kau bukan belum kahwin lagi ke?”, Daniel pula semakin pening. Kata-kata Rais seakan meyakinkan, tetapi fakta yang diperolehnya sukar untuk dipercayai.


“Aku membaca… buat untuk rujukan masa depan”, kata Rais sambil menggaru kepalanya yang tak gatal.Dia turut menutup mulutnya dengan gaya malu-malu.


“Dah-dah lah tuRais… rumah tangga Danny kan. Tahulah dia urus sendiri. Kau jangan nak menakut-nakutkan dia”, sampuk Jai pula yang turut mendengar perbualan mereka.


“Tak payah ambil port sangat cakap Rais tu. Kalau kita bantu orang, kita juga dapat pahala. Lebih-lebih lagi bantu isteri. Ikhlaskan diri sajalah”, kata Jai kepada Daniel pula.


“Ahh ya ya”,Daniel berasa sedikit lega dengan kata-kata positif yang diberikan Jai.


“Ish kau ni Jai…Aku nasihatkan Danny je”, Rais mencebik.


Jai dan Daniel tersengih melihat gaya cebikan Rais.


“Ya… terima kasih juga Rais”, senyum Daniel.

**

“Assalamualaikum…”,Nadirah memasuki rumah. Daniel kelihatannya sedang membasuh pinggan. Nadirah senyum.


“Awak baru lepas makan ke?”, tanya Nadirah.


“Eh? Nad balik. Tak perasan saya… Haah, ni saya baru lepas makan”, kata Daniel sambil meletakkan pinggan mangkuk di almari pengering.


“Ohh okaylah… saya pergi mandi dulu”, kata Nadirah lagi.


Setelah selesai mandi, Nadirah turun ke ruang tamu sambil menggosok-gosok rambutnya dengan tuala. 

Nadirah pergi ke arah suaminya yang sedang menonton televisyen. Nadirah duduk bersebelahan dengan suaminya.


“Danny…”, panggil Nadirah perlahan.


“Ya… hmm wanginya baru lepas mandi”, kata Daniel mengalihkan pandangan ke arah isterinya sambil menarik isterinya lebih dekat.


“Ohh hahaha”,Nadirah ketawa saat Daniel hendak memeluknya. Nadirah turut membalas pelukan Daniel sambil mengusap-usap belakang dan rambut suaminya.


‘Hari-hari macam ni… haaa rasa seronok aku’, getus hati lelaki Daniel.

“Em… Danny saya nak minta tolong lagi ni”, kata Nadirah.


“Ya? Tolong apa?”,tanya Daniel.


“Tadi masa saya mandi… toilet kita tu bau hancing tau. Saya yang baru balik kerja ni ingat nak mandi dengan tenang, tapi bau-bauan macam tu saya… emm”, Nadirah berfikir untuk menyambung percakapannya.


Daniel masih menanti-nanti percakapan isterinya.


Nadirah mula membisik ke telinga Daniel, “awak kalau buang air kecil dekat tandas… boleh tak awak jirus lepas tu”.


Apabila mendengar teguran Nadirah sebegitu, Daniel tergamam. Perasaannya ibarat satu panah deep jauh tertusuk di jantungnya.


‘Erk...’.

“Haha… kenapa Nad cakap macam tu? Emm…”, Daniel juga tidak tahu hendak berkata apa. Dia tidak pernah kisah pun tentang tandas. Lebih-lebih lagi tandas rumah sendiri. Kalau sewaktu bujang, Mak Esah ada untuk membersihkan tandas. Kalau waktu gotong-royong sekolah atau gotong-royong asrama pula, dia dan rakan-rakannya hanya membersihkan tandas ala kadar sahaja.


Tetapi entah kenapa teguran Nadirah agak terkesan, menusuk ke dalam lubuk jiwa kelelakiannya. 

Tandas pun boleh jadi isu yang terkesan di hati.


“Saya bukan apa…penatlah kalau asyik saya saja yang cuci tandas. Tadi pun saya terbongkok-bongkok menggosok lantai tandas tu. Saya dahlah nak rehat. Boleh tak sekali-sekala nanti Danny pula yang tolong cuci tandas. Danny cuci seminggu sekali”, kata Nadirah lagi.


‘Ehh??’, Daniel terdiam.


“Boleh ya?”,Nadirah memegang pipi Daniel.


“Hah ya ya”,Daniel langsung menjawab.


Nadirah senyum lalu memandang televisyen, “okay… tengok cerita apa ni?”.


“Ah… cerita drama…”, jawab Daniel membalas perbualan isterinya. Namun, fikirannya agak blur pada waktu itu. Dia cuba menghadam perbualan awalnya bersama isterinya sebentar tadi. Bingung jelas terserlah diwajahnya.

Previous: Bab 22
Next: Bab 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.