Home Novel Komedi/Romantik Komedi Encik Tunang 17 Tahun (COMPLETE)
Bab 70

BAB 70: Bloopers Interview II 🎦📹🎥


Ahli kru penemuramah tertanya-tanya. Mereka saling memandang antara satu sama lain. Namun dek kerana tetamu yang hendak ditemu ramah sudah ada dan alat-alat rakaman juga sudah sedia ada, rasa tidak percaya pula jika mereka sudah di penghujung cerita. Para tetamu yang hendak ditemu ramah menanti saja bila hendak mula. Yang memakai jam tangan, melihat jam tengan mereka. Ada juga yang membelek telefon.

               Tatkala, pengarah sudah mula berwajah bengis memandang ahli krunya, ahli krunya bergegas memulakan temuramah.

Penemuramah:Okay baik… maaf atas kelewatan. Sekarang kita akan memulakan temu ramah kita.

               Para tetamu mula bersedia.

Penemuramah:Okay… kita mulakan dengan James dan Sarah. Sarah… macam mana boleh kenal dengan James dan bagaimana boleh tertarik dengan James?

Sarah: Sarah tersenyum mendengar soalan itu. Emm kitorang kenal masa belajar di universiti. Masa itu, pelajar Malaysia ada buat festival kebudayaan macam tu… dan James ni antara yang datang dekat booth kita. Masa awal-awal tu saya layan baik jelah…entah macam mana… asyik jumpa dekat perpustakaan je. Pernah kan… macam kita tak pernah jumpa orang tu, sekali dia hadir dalam hidup kita asyik terserempak je haa.

               James menyampuk dengan bahasa melayunya yang masih pelat-pelat.

James: Ya ya…dulu Sarah ni good girl masa awal-awal dulu. Sweet je senyum dia apa semua…tapi bila dah lama-lama kenal barulah tahu dia kadang-kadang garang, keras kepala… tapi saya tertarik jelah. One step closer on knowing her…

Sarah: Yalah…kita perempuan kena ada self defence yang tinggi… Kena jual mahal, lagi-lagi dengan foreigner yang kita tak kenalkan.

               James tersengih.

James: Habis tu macam mana Sarah boleh suka saya?

Sarah: Masa James ni dah kawan-kawan dengan saya, saya tahu je kadang-kadang dia cuba nak masuk line, nak mengorat apa semua… Saya nampak je, tapi tulah… kita ada pendirian kan. Tapi kalau ikutkan tipulah saya tak suka… James pun banyak caring pasal saya. Saya suka jelah dekat James, tapi saya diam je. Sampailah James ajak kahwin tu.

               James tersenyum mendengar jawapan Sarah. Penemu ramah juga tersenyum lalu bertanya kepada James.

Penemu ramah: James macam mana boleh tertarik dengan Sarah?

James: Budi bahasa dia… Masa awal-awal kenal dekat booth tu, booth bahasa…seni pantun ke syair ke not sure what it is?

               Sarah menyampuk.

Sarah: Haahhaah… saya uruskan booth kebudayaan bahasa macam tu. Malay language lah senang cerita…

James: Haa…masa tu Sarah cakap bahasa melayu yang macam apa tu orang kata? Yang origin punya pronounciation tu… baka? Baku?

Penemuramah: Baku…

James: ya baku…soft voice… rasa enchanted for a while… Baiklah layanan mereka semua masa tu… tapi saya tertarik dengan Sarah lah… sebab kadang-kadang ternampak dia dengan Chinese Malaysian friend… Masa awal-awal tu saya memang nak kawan-kawan saja… tapi bila dah makin kenal tu rasa sukalah… tapi as you know, she’s hard to get… but that’s what I like. But most of all, yang paling saya tertarik tu dia punya pendirian. She’s different from other girl. Susah nak cakap… dia sangat pentingkan religion tu kan. I think because of religion priority, buat dia seorang wanita yang kuat dalaman dan luaran. Saya rasa macam bagus juga kalau Sarah boleh priority kan saya juga. Sampailah satu masa tu, saya tak boleh tahan dah… Saya nak sangat Sarah dan I am curious… So I want to be in her life.

               Sarah memandang James dengan menahan senyumannya.

Penemuramah: Jadi nama James setelah Islam masih sama atau ada tukar nama?

James: Nama asal James Chin Caesar… Nama setelah Islam, just tambah Ali selepas James tu. James Ali Chin Caesar.

Penemuramah: Ohhh emm ada cerita ke kenapa pilih nama tambahan tu?

James: Ali tu sebab… I’m amazed with Muhammad Ali… You know the famous boxer… apa tu bahasa melayu dia? Ahli tinju! Saya memang suka tengok video-video legend ahli tinju…and ada video tentang masuk Islam tu, I’m amazed… I bet he’s just not strong outside but in the inside as well. So, saya dapat idea dari situ.

               Penemuramah mengangguk.

Penemuramah: Macam mana boleh fluent bahasa melayu dan korang dua tinggal dekat mana?

James: tengok youtube channel yang cakap bahasa melayu dengan tengok subtitles… cuba bersembang dalam bahasa melayu dengan Sarah. Lagipun kitorang dah duduk dekat Malaysia. Jadi kena tahu bahasa melayu.

Penemuramah: korang dah kahwinlah ceritanya kan? Memang cerita ni skip eh bahagian korang kahwin?

               James dan Sarah memandang satu sama lain.

Sarah: Kitorang watak sampingan je hahaha… lagipun malaslah nak kecoh-kecoh satu dunia. Keluarga terdekat jela tahu… Asal halal alhamdulillah.

               James turut mengangguk.

Penemuramah: Okay-okay terima kasih kepada Sarah dan James. Seterusnya Mak Esah. Mak Esah…apa perasaan dapat menantu orang putih?

Mak Esah: Terdiam juga masa mula-mula dengar Sarah bawa kawan orang putih tu… Kita dah faham-fahamlah yang mestilah mereka saling suka. Cuma kadang-kadang Mak Esah tersengih… ada juga mat salleh yang berkenan dengan anak aku ni?

Mak Esah ketawa kecil. Wajah Sarah pula memerah.

Sarah: Mak…malulah.

Mak Esah: Tapi itulah, teruja-teruja juga… Cuma risau tu ada je. Yalah ibu kan… Kita mesti nak anak kita dengan orang yang baik-baik ya tak? Asal-usulnya apa semua… Bila dengar orang putih tu… kita terfikir pula agamanya macam mana… Walau macam mana suka pun, agama tu kena utama. Itu pesan Mak Esah kepada anak-anak Mak Esah.

Penemuramah:Jadi Mak Esah okaylah dengan James.

Mak Esah: Masa awal-awal tu Mak Esah hati-hati juga… tapi bila nampak kesungguhan dia belajar agama. Memanglah ada kurang sikit, tapi semangat nak belajar tu saya nampakkan…Jadi alhamdulillah saya redha dengan perkahwinan Sarah dan James ni. Kadang-kadang James ni masak-masak western apa semua… dapatlah merasa sarapan pagi jagung rebus dengan kentang putar yang macam KFC tu.

               James tersengih. Daniel menyampuk.

Daniel: Laaaaa!Tak pernah rasa pun? Nak juga!

James:Datanglah rumah…

Mak Esah:Datang lambat… mak habiskan

Sarah: Mak ni dulu-dulu macam kena makan nasi dengan lauk je. Sejak ada James ni selalulah mak merasa western.

Mak Esah: Dah ada rezeki ya kita makan aje… Kadang makanan macam tu kat luar mahal. Ini dah ada chef import menantu sendiri kita dapat free aje.

               James tersengih lagi.

James: Mak…saya pun mak. Dapat taste emm nasi lemak ayam, nasi ayam, nasi tomato… Sarah dan mak buat memang lagi kenyanglah.

Saat melihatpara tetamu sudah mula bersembang antara satu sama lain pasal makanan, penemuramah sudah mula pening kepala.

Penemuramah:Okay okay terima kasih semua… kita akan teruskan dengan Daniel dan Nadirah. Jadi untuk watak utama kita. Saya ada beberapa pertanyaan. Nad bersalin bila? Anak kembar lelaki ke perempuan.

               Kesemua para tetamu memandang antara satu sama lain.

Daniel: emm dalam cerita bukan dah beritahu ke?

Penemuramah: Ohh…nanti saya tengok balik. Emm tapi saya rasa scene bersalin tu tak ada. Berhenti sampai Fauzi kahwin je.

Nadirah: Ohh scene tu… tak lama lepastu scene saya bersalin. Tak ada ke?

Penemuramah: Kejap saya tengok… Tak ada.

Daniel: Belum siar lagi tu. Cerita belum habis lagi lah tu kiranya.

Penemuramah: Patutlah!.... Rasa pelik. Ingatkan dah hujung cerita.

Nadirah: Dah nak ke hujung cerita tapi belum lagi.

Penemuramah:Kalau macam tu lastnya bila?

               Daniel dan Nadirah tersenyum memandang antara satu sama lain.

Daniel: tunggu Rais kahwin.

Penemuramah:Rais kahwin? Macam mana tu? Macam lama lagi je? Biar betul!?

Nadirah: Adalah macam mana. Kena tunggu dan baca.




Previous: Bab 69
Next: Bab 71

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.