BAB 31: Isteri Idaman? II
Daniel menyiapkan diri di bilik pada pagi itu. Setelah selesai bersiap, Daniel turun ke bawah untuk sambung bersarapan. Saat hendak turun dia melihat isterinya terbongkok-bongkok menyapu di kawasan sofa tempat duduknya semalam. Apabila melihat keadaan itu, muncul satu perasaan rasa bersalah di dalam lubuk hatinya yang paling dalam. Maklumlah dia yang sakan menonton televisyen sambil mengunyah kerepek semalam. Dia juga malas hendak mengemas kembali memandangkan dia sudah berasa mengantuk pada saat itu.
Langkah Daniel di tangga terhenti seketika, memerhatikan isterinya yang terbongkok-bongkok menyapu di bawah kerusi dan karpet.
Satu bisikan menusuk, “alah… jangan rasa bersalah Danny. Itu memang tugas isteri kemas-mengemas semua. Lagipun kau kan memang malas gila semalam... tak ada mood nak mengemas balik lah katakan… Bukannya kau tak nak kemas langsung pun, cuma Nadirah saja yang dah kemaskan awal… Nadirah saja yang rajin melebih-lebih. Tak suruh pun dia kemas tempat duduk kau semalam ya tak?’.
‘Tapi masalahnya sampai bila kau nak fikir macam tu Danny?! Ini rumah dia! Rumah idaman dia! Rumah isteri kau! Rumah yang dia beli dengan titik peluh dia sendiri! Salah ke kalau dia rasa sensitif pasal kebersihan rumah dia?! Kau saja yang tak ambil kisah pasal hal ni! Sebab kau tak berfikir Danny! Kalau kau berfikir sekalipun,fikiran kau tu tak matang!’.
‘Aku tahu kau dan Nadirah suami isteri. Walaupun rumah ini Nadirah punya, tapi korang sama-sama duduk dalam rumah ni kan… Jadi kau tak rasa menghargai seperti mana Nadirah menghargai rumah dia. Sebab kau tak rasa apa yang dia rasa… Kau tak lalui momen-momen kesungguhan dia untuk dapatkan rumah ni. Yang kau tahu cuma duduk sini je’.
‘Apa perasaan kau kalau barang kesayangan yang kau berusaha bersungguh-sungguh untuk kau dapatkan, orang lain guna sambil lewa? Kau terkilankan? Setidaknya kau mengharapkan orang yang guna barang kau tu turut menghargai barang tu sepertimana kau hargai barang tu’.
Daniel mengeluh.Perasaan rasa bersalah yang terpendam di lubuk hati yang paling dalam kini menjalar hingga ke luar. Ini bukan masanya untuk ego! Memang dirinya yang harus rasa bersalah. Daniel menghampiri isterinya.
Nadirah yang terbongkok-bongkok menyapu memendam rasa geram. Dia sudah agak hal ini akan berlaku! Suaminya memang tak boleh diharapkan! Memang dia sajalah yang harus melakukan semuanya. Sukar Nadirah hendak mengikhlaskan diri sewaktu mengemas sepah yang dilakukan suaminya. Ingin bersabar tetapi ingin mengomel juga. Ingin ikhlas tetapi perasaan geram amarah bercampur baur. Nadirah tidak tahu hendak bersabar dan ikhlas yang bagaimana.
Nadirah telah selesai menyapu. Baru sahaja hendak berdiri meregangkan badan, suaminya memanggil.
“Nad…”.
Wajah Nadirah masam mencuka memandang suaminya, “ya…”.
“Emm ada apa-apa yang saya boleh bantu?”, tanya Daniel.
‘Dah habis kemas baru nak tanya?!’, geram di hati Nadirah.
Nadirah memaksa dirinya untuk senyum lalu berkata, “tak ada apa… awak sarapanlah. Ada kelas pagi kan?!”.
“Hah okay okay”,kata Daniel lalu pergi ke meja makan.
Nadirah hanya mengeluh dan kembali bersiap-siap untuk ke pejabat. Setelah Daniel selesai bersarapan, dia mencari isterinya di bilik dobi.
“Saya nak pergi kelas dah ni”.
“Ohh…”, Nadirah berhenti dari menseterika lalu memimpin suaminya hingga ke pintu utama. Lalu dia menyalam tangan Daniel.
“Emm Nad… saya nak minta maaf ya pasal sepah-sepah yang saya dah buat semalam… Saya nak kemas tapi saya lupa… boleh je saya kemas tapi nanti-nanti. Tak sangka pula Nad dah kemaskan”, kata Daniel.
Nadirah memaksa lagi dirinya untuk senyum lalu berkata, “tak apa… lagipun dah bersemut dah tadi, sebab tulah saya kemas terus. Kalau biar lama nanti menjemput lagi banyak serangga ya tak?”.
“Ohh ye ke?! Okaylah kalau macam tu… terima kasih Nad”, kata Daniel. Nadirah hanya mengangguk senyum dan tunggu di pintu sehinggalah suaminya beredar pergi ke kuliah dengan motosikal.
Setelah suaminya hilang dari pandangan mata, wajah Nadirah yang asalnya senyum dibuat-buat berubah 360 darjah ke masam mencuka yang amat sangat. Mulutnya monyok dan keningnya berkerut sekerut-kerutnya. Pagi-pagi lagi suaminya membuatnya hilang mood.
“Senangnya dia cakap macam tu!!! Eiii!!! Geram aku! Pagi-pagi lagi aku dah terbongkok-bongkok menyapu! Ingat aku ingin sangat ke nak kemas sisa kau buat sepah hah?!!Disebabkan semut hurunglah aku kemas tahu tak! Kalau nak harapkan kau memang semut buat sarang dekat sofa pun belum tentu kau kemas lagi!”, marah Nadirah. Nadirah mengeluh.
“Astaghfirullahalazim…”,pantas Nadirah mengucapkan kalimah istighfar apabila menyedari dia terlalu memaki suaminya. Nadirah mengeluh lagi. Sejujurnya, perasaan marahnya masih ada lagi dan sangat membara. Tetapi apa yang dia boleh buat? Perkara sudah lepas,nak marah-marah pun buat menyusahkan kepala sendiri saja. Nadirah cuba untuk melupakan hal tadi dan pantas sambung bersiap untuk ke pejabat.
**
Sarah berjalan keseorangan melalui lorong untuk ke rumahnya. Lorong agak sunyi dan gelap tetapi itu saja cara untuk cepat sampai ke rumahnya. Ada saja jalan lain cuma jauh sedikit. Sambil Sarah berjalan, sambil dia meniup-niup tangannya yang kesejukan. Sambil itu juga dia memikirkan seribu satu masalah.
Sarah kini sudahpun melanjutkan pelajaran PhD nya di tempat yang sama, University of Queensland. Sarah sememangnya manusia yang terpilih. Satu dalam sepuluh. Satu dalam seribu. Berkat kesungguhan belajarnya dan tawakal kepada tuhan, Sarah terpilih sebagai, antara pelajar yang dapat meneruskan pengajian PhD tanpa melalui Master. Kini sudah setahun lebih dia menduduki pengajian PhD.
Namun disebalik kelebihan yang dipunya, Sarah diuji juga dengan rakan-rakan Malaysia yang semakin berkurangan. Kebanyakan rakannya sudah kembali ke tanah air setelah selesai menamatkan pengajian Ijazah. Hanya tiga orang sahaja rakannya yang masih berada di St Lucia Brisbane, Autralia bersamanya. Seorang meneruskan pengajian Master dan seorang lagi sudah bekerja manakala dirinya meneruskan PhD di situ. Jadi ada tiga orang sahaja di dalam apartment nya sekarang.
Namun rakannya yang melanjutkan pengajian Master nekad untuk berhenti belajar apabila dia sudah tidak dapat membawa pengajian Master yang semakin susah. Hal ini menyukarkan Sarah dan rakannya yang lain kerana harga sewa pasti akan lebih mahal kerana penduduk sudah kurang seorang. Tidak lama selepas itu, rakannya yang bekerja pula ditugaskan untuk berpindah tempat kerja yang lebih jauh iaitu di New South Wales, Australia. Jauhnya kira-kira 10 jam perjalanan menaiki kereta. Jadi Sarah tinggal keseorangan dan harus berfikir bagaimana untuk menanggung kos sewa kesemuanya. Sarah terkenang.
“Kenapa kau tak boleh teruskan Master ni Qis?... Mahal ni kos nya!”, kata Sarah.
“Aku memang dah tak boleh bawa serius aku tak tipu! Sebelum lebih banyak lagi pembaziran… lebih baik aku berhenti sekarang. Aku minta maaflah Sarah… Aku bukan apa… aku memang betul-betul tak boleh dah. Sungguh! Aku masuk Master ni pun sebab kau ajak aku untuk stay lagi kat Aussie ni… Tapi makin lama, aku memang tak bolehlah. Dah tak kena dengan aku. Lagipun kita lain-lain kos, aku nak minta siapa ajar aku? Tak ada yang aku rapat dalam kelas tu. Kalau masa ijazah dulu bolehlah… belajar sama-sama semua. Sekarang aku nak belajar dengan siapa? Aku tak boleh masuk dengan classmate aku. Lagipun aku tak sepandai kau, boleh belajar sendiri”, Qis meluahkan perasaan yang dipendam.
Sarah terdiam. Wajahnya hampa memandang rakannya. Dia juga sudah mati kata untuk memujuk Qis. Bila sudah nekad, apa-apa pandangan pun tidak kena. Lagipula manusia lain-lain. Sarah sudah memahami Qis. Jika dia memujuk rakannya itu bersungguh-sungguh sekalipun, itu semua hanya untuk kepentingan peribadinya kerana tidak ingin rakannya makin berkurang. Tetapi dia tidak merasakan apa yang dilalui rakannya.
Sarah mengeluh,“Yalah kalau macam tu… aku minta maaf ya sebab desak-desak kau”.
“Tak apa Sarah…aku faham, tapi tulah aku tak boleh teruskan. Ibu bapa aku dah rancang untuk aku sambung Master di Malaysia saja”, kata rakannya lagi. Sarah hanya mengangguk.
Sementara rakannya yang bekerja…
“Aku minta maaf Sarah. Aku ingatkan aku boleh duduk lama-lama dengan kau… tapi syarikat aku tiba-tiba pindahkan aku ke NSW mendadak. Aku tak boleh nak beri alasan sebab aku pun baru kerja. Lagipun, mereka sediakan tempat tinggal dekat sana”, kata Alia iaitu rakan Sarah.
Sarah muncung memandang bawah. Dia juga tidak boleh memujuk Alia memandangkan Alia mempunyai urusan yang lebih pentig daripada kepentingannya.
Sarah berjalan melalui lorong itu dengan wajah yang hampa. Dia baru pulang dari pekerjaan sambilannya. Pasti apabila tiba di rumah nanti, dia melihat Alia dan Qis berkemas-kemas untuk pindah. Dia tidak mahu melihatnya. Dia terasa sedih rakan-rakannya hendak meninggalkannya bersendirian. Sarah mengeluh.
Tiba-tiba seseorang memegang bahunya.
“Oh mak kau!!!”,Sarah terkejut. Siapa pula yang tiba-tiba memegang bahunya.
“Your startled quiet funny… Don’t you think?”, seorang lelaki ketawa kecil kepada Sarah.
“For god sakes! You surprised me James! What are you doing here? And please… don’t touch my shoulder”, kata Sarah kepada James.
“Okay… I’m sorry”, James mengangkat tangannya.
“Well I’m just wandering around here and suddenly bump into you”, sambung James dengan ketawa kecil lagi.
“Funny…”, Sarah tiada mood hendak melayan James.
“Is this how you treat a man who have been protecting you?”, kata James.
“Protecting me from what?”, tanya Sarah kebingungan.
James mengeluh lalu berkata, “you don’t even know when there is a drunkard behind you, don’t you?”.
Sarah pantas menoleh ke belakang dan mendapati ada seorang lelaki tua yang mabuk sedang berjalan mengesot-ngesot ke dinding. Lelaki tua itu juga sedang memegang botol arak. Sarah berkerut dan kembali memandang hadapan.
“Wooah… scary”, kata Sarah perlahan.
“Thanks James”, kata Sarah.
“No worries…”.
“Hey! I heard you are looking for housemates right?” tanya James apabila teringat.
“Yeah… why?”, kata Sarah.
“Well… instead of looking for housemates. How about you moved in to our house?”, James memberi cadangan.
Langkah Sarah terhenti lalu merenung James, “I can’t do that James… I can’t live in a mix gender house. I’m Muslim remember”.
“What’s the big deal? Eventhough the house got mix gender in it, we still have different room. Separate rooms okay… It’s not like we sleep together”, terang James.
“I know you care about me and I thank you for that…but still, we don’t even know what might happen in the future. It’ll be best if I avoid it…”, kata Sarah.
“But you have to live alone… and bear all the rent cost alone if you don’t find any housemates, you know?”, tanya James.
“I know… but it’s okay. If that happens, I still have god to look after me and I’ll work harder to gain money”.
“Besides it’s better than live in a mix house. Emm…I’m sorry for offending you James… It’s just forbidden for me”, jawab Sarah dengan rasa bersalah.
James terdiam memandang Sarah, “okay then, if you say so”.
Suasana diam sebentar antara mereka. Bagi memecahkan kesunyian, James memulakan perbualan.
“I’ll send you to your door house. We don’t even know what might happen in the future… right?”, sengih James. Sengaja dia mengusik Sarah dengan mengajuk kembali apa yang dikatakan Sarah.
Sarah berkerut memandang James lalu ketawa kecil. James turut ketawa apabila gadis di sebelahnya ketawa.
James menghantarnya sehinggalah depan rumah. Saat tiba di hadapan pintu rumah, Sarah mengetuk lalu Alia membukanya.
Alia tersengih memandang Sarah apabila melihat James disampingnya lalu berkata, “you got a new job James? Being Sarah’s bodyguard?.
James ketawa lalu berkata, “well yes… an unpaid bodyguard”.
Sarah tersengih memandang James, “how clever! You make me look like an irresponsible employer now huh?!”.
Mereka bertiga ketawa.
“Okay… I go first”, pinta James.
“Okay bye!”, Sarah dan Alia melambai James.