BAB 66: Fauzi dan Sarah III
“Abang Fauzi… abang tak cakap pun dekat Danny. Tak cerita-cerita pun… Tup-tup dah nak kahwin!”, kata Daniel.
“Bukan abang tak nak cerita… Semua orang sibuk… aku sibuk kau pun sibuk, mak sibuk…Kak Nad pun sibuk. Ini semua orang macam tengah seronokkan, itu yang baru nak cerita tu… biar bertambah-tambah keseronokan”, kata Fauzi. Lagipula, Fauzi hendak memberitahu hal itu sebelum ini tetapi pada masa itu Daniel pula kemalangan. Fauzi ingin fokus pada kesembuhan iparnya dahulu. Lagipula, diapercaya yang iparnya akan sembuh.
Apabila tiba waktu yang lebih tenang, barulah Fauzi nekad untuk memperbesarkan hal itu.
“Semua cakap tahniah dekat abang… Mak Esah dan Kak Sarah pun cakap tahniah dekat abang”, kata Daniel.
“Kak Sarah pun?”, senyum Fauzi makin melebar.
“Haah…ingatkan Kak Sarah kahwin dulu… maklumlah semua tahu pasal kawan orang putih dia tu kan. Rupa-rupanya diam-diam abang Fauzi ni, abang yang kahwin dulu. Kesian Kak Sarah semua orang langkah bendul dia… Antara kita empat orang ni,saya, Kak Sarah, Nad dan abang… dia paling terakhir sekali kahwin”, ketawa kecil Daniel.
“Hush shh… kau jangan cakap kuat-kuat. Karang Kak Sarah dengar dia bagi flying fist hahaha”, ketawa Fauzi.
Daniel ketawa dan tiba-tiba matanya terpaut kepada seseorang yang sedang memerhatikannya dengan renungan mata tajam.
‘Erk Kak Sarah!’, terkedu Daniel.
Speak of the devil…
Kak Sarah menghalakan satu jari telunjuk di mulut sebagai tanda suruh adiknya diam. Lalu, tangan Kak Sarah yang sebelah memanggil-manggil sebagai tanda giliran dia pula berbual dengan Fauzi.
Perlahan-lahan Daniel memberikan telefonnya kepada kakaknya.
Apabila Sarah meletakkan telefon itu di telinga, dia masih dapat mendengar suara Fauzi yang mengekek di talian.
“Ohhh sedap eh ketawakan Kak Sarah…”, senyum Sarah sinis.
Mata Fauzi membulat saat mendengar suara yang berganti itu.
‘Ini bukan suara Danny ni… Ini Kak Sarah!’, Fauzi mula gerun.
“Hah! Kenapa diam?! Gelakkan kita bukan main lagi tadi”, kata Sarah lagi dengan sengihan.
“Haha…maaflah Kak Sarah. Danny yang mula dulu… saya ketawa je”, kata Fauzi sambil menggaru belakang kepalanya yang tak gatal.
“Kak Sarah macam mana sekarang? Sihat?”, senyum Fauzi.
“Alhamdulillah sihat. Apa-apapun Kak Sarah nak ucapkan tahniah. Diam-diam dia berisi juga.Tup-tup dah nak kahwin dah. Nanti kahwin, jadi suami yang baik yang soleh yang selalu bantu isteri. Kak Sarah doakan kebahagiaan Fauzi dan bakal isteri. Heishh… dah besar dah semua orang”, senyum Sarah mengucapkan tahniah seikhlas hatinya. Maklumlah walau bagaimanapun masa silam mereka, waktu itu mereka masih tidak berfikir panjang. Masih tidak matang. Tetapi apapun, Sarah menganggap Fauzi seperti adiknya juga. Perangai sakat menyakat lebih kurang Daniel. Fikir Sarah.
“Terima kasih…”, senyum Fauzi lagi.
‘ “Dah besar dah…”’.
Kata-kata itu. Fauzi pernah terdengar. Bukan pernah dengar tetapi selalu dengar daripada mulut Sarah.
‘Memang betullah’, getus hati Fauzi dengan senyuman kecil yang masih terukir.
Dahulu, ada satu ayat yang paling menyakitkan hati yang pernah dituturkan Sarah sewaktu mereka bercinta monyet.
‘ “Perasaan saya kepada awak ni bukanlah cinta tau… tapi saya caring dengan awak sebab saya anggap awak macam adik saya. Itu je”.’
Fauzi terkenang kata-kata yang pernah dituturkan Sarah kepadanya. Dahulu ayat itulah yang paling merobek hatinya tetapi saat ini dia dapat merasakan yang Sarah tidak berbohong. Sarah memang melayannya dan menganggapnya seperti adik sendiri. Seperti Daniel juga. Fauzi berasa terharu.
Fauzi terkenang masa lalu…
Fauzi berdiri di beranda luar kelasnya. Berdiri sahaja di situ, sambil memerhati kereta-kereta yang datang. Hari ini hari keputusan SPM diumumkan, jadi guru ramai yang tidak dapat masuk ke kelas. Fauzi melihat-lihat kalau-kalau kereta Mak Esah sudah tiba. Fauzi berasa teruja untuk berjumpa dengan Sarah. Kalau dahulu dia boleh masih melihat keberadaan Sarah di kelas-kelas tingkatan 5,tetapi kini Sarah sudah menjadi alumni.
Fauzi masuk ke dalam kelas semula untuk mencari hadiah yang hendak diberikan kepada Sarah. Dia keluar semula dengan beg kertas di tangannya. Fauzi pergi ke beranda lagi untuk melihat. Senyuman terukir di bibir Fauzi dan dia pantas turun untuk menuju ke dewan.
Sarah dan Mak Esah masuk ke dalam dewan dan mendengar ucapan Tuan pengetua terlebih dahulu. Mak Esah di bahagian ibu bapa, sementara Sarah duduk bersama rakan-rakannya. Sarah dan rakan-rakan sempat merakam gambar sebagai kenang-kenangan.
Habis sahaja ucapan, sesi penyerahan keputusan pun bermula. Mak Esah memeluk Sarah erat. Sarah pula menangis kegembiraan dengan keputusan yang diperolehnya. Dia rasa sangat bersyukur ke hadrat Illahi.
Setelah selesai, Sarah diminta beratur untuk naik ke pentas bersama pelajar lain bagi penyampaian hadiah kategori pelajar 10A. Pelajar-pelajar cemerlang diminta tunggu di atas pentas bagi sesi bergambar bersama guru-guru.
Sarah senyum sahaja sepanjang berada di atas pentas memandangkan ramai orang yang mengambil gambar mereka. Matanya melihat-lihat telefon dan kamera sehinggalah terpandang ke arah seseorang yang sedang berdiri di tepi pintu di hujung dewan.Senyuman Sarah makin melebar.
Fauzi senyum sahaja melihat Sarah yang berada di atas bersama pelajar-pelajar cemerlang yang lain. Sungguh dia mengagumi Sarah. Sarah kelihatan elegan dan optimis di atas pentas itu. Gaya wanita berjaya. Fikir Fauzi.
“Assalamualaikum Mak Esah…”, tegur Fauzi.
“Waalaikumsalam Fauzi!...”, teruja Mak Esah bertemu Fauzi.
“Tahniah Mak Esah… Kak Sarah jadi pelajar cemerlang”, senyum Fauzi lagi.
“Itulah alhamdulillah… Fauzi dah tingkatan 4 kan? Ambil kos apa?”, tanya Mak Esah.
“Sains tulen macam Kak Sarah juga”.
“Ohhh…Fauzi belajar pandai-pandai ya. Boleh banggakan ibu dan abah”, senyum Mak Esah.
Fauzi juga mengangguk senyum.
“Haa okaylah Mak Esah nak ke tandas sekejaplah… Dekat tepi situ kan?”, tanya MakEsah.
“Haah dekat belah kirinya… yang kanan tu tandas lelaki”, tunjuk Fauzi.
“Haa okay okay terima kasih”.
“Sama-sama”.
Setelah Mak Esah pergi Fauzi ke luar dewan untuk mengambil angin. Mata Sarah dari atas pentas ikut sahaja gerak geri Fauzi yang keluar dari dewan.
Fauzi berdiri di bawah pohon rendang. Bunyi dedaun yang dilalui angin terasa nyaman. Redup pun redup. Fikir Fauzi. Di tangan Fauzi masih ada beg kertas yang berisi hadiah buat Sarah, tetapi dia tidak dapat beri lagi memandangkan Sarah di atas pentas. Jadi Fauzi tunggu di luar sebentar.
“Tenangkan angin macam ni… Bunyi pokok-pokok, burung-burung berkicau. Angin pun sepoi-sepoi… tenang je rasa”, kata Sarah secara tiba-tiba.
Fauzi terkejut dan memandang belakang.
“Kak Sarah…”, senyum Fauzi.
Sarah juga hanya senyum memandang Fauzi seraya bertanya, “apa tu?”. Sarah menunjuk beg kertas yang dipegang Fauzi.
“Oh ini… nah! Untuk Kak Sarah… Tahniah! Fauzi memang dah tahu Kak Sarah berjaya.Jadi Fauzi beli hadiah awal-awal”.
“Wahh terima kasih… apa ni?”, Kak Sarah melihat-lihat isinya.
“Terima kasih!!! Kak Sarah dahlah suka coklat!”, Sarah berterima kasih.
Fauzi tersenyum malu melihat Sarah gembira dengan pemberiannya. Sarah memandang Fauzi dan dia turut malu-malu apabila melihat Fauzi senyum memandang bawah. Suasana antara mereka senyap sebentar, tetapi hati masing-masing rasa malu dan agak berdebar.
Dalam suasana itu, ada yang mengintai mereka berdua juga.
Apabila terasa lama dalam keadaan senyap, Sarah membuka mulut dan sambung bersembang dengan Fauzi sehinggalah Sarah melihat jam di tangannya.
“Okaylah Fauzi… terima kasih tau. Kak Sarah dengan kawan-kawan nak jumpa junior-junior dekat Aspuri ya”, kata Sarah sambil melambakan tangan.
Fauzi turut senyum dan mengangguk. Fauzi lihat sahaja Sarah yang semakin menjauh meninggalkannya dengan senyuman kecil terukir di bibir. Hatinya berasa bunga-bunga apabila orang yang diminatinya menerima hadiahnya. Fauzi angau.
Sejak peristiwa itu, ada ura-ura tentang Fauzi bercinta dengan alumni di kalangan pelajar perempuan. Pelajar lelaki tidak begitu tahupun tentang cerita itu.
“Kau minat Fauzi yang form 4 tu? Dia dah ada makwe lah rasanya. Kitorang nampak dia dengan alumni haritu”.
“Ye…Fauzi yang setiausaha rumah merah tu… yang atlet tu”.
“Alah…sedihnya. Melepas”.
Pelajar-pelajar perempuan yang meminati Fauzi baik sebaya atau junior, semuanya berasa hampa.Fauzi juga ada mendengar ura-ura tentangnya di kalangan pelajar perempuan tetapi Fauzi malas hendak mengambil tahu. Biarlah. Maklumlah sudah boleh dikategorikan senior di situ pasti ada ramai mata memandang dan dikenali.Lebih-lebih lagi dirinya atlet rumah sukan. Terima kasih kepada ura-ura itu,suasana persekolahan menengah atasnya tenang tanpa sebarang gangguan daripada sesiapa.
Namun,hubungan Fauzi dan Sarah yang kononnya tenang itu tidak kekal lama. Nadirah sudah masuk ke institut pengajian tinggi untuk mengambil diploma. Sementara Sarah masih bekerja sambilan dan menanti surat dan email untuk pergi keluar negara. Sarah berasa agak sedih kerana sangat lama menunggu. Rakan-rakan sudah ada yang sambung, tetapi dirinya masih menanti. Ada yang mencadangkan menyuruh masuk dahulu ke institut pengajian di dalam negara, tetapi Sarah tidak mahu membazir kos. Ada juga yang menyuruhnya berhenti menunggu, takut-takut tak dapat nanti membazir masa. Tetapi Sarah percaya yang dia boleh. Dia menceritakan perasaannya kepada Fauzi juga.
“Saya tak sukalah orang suruh saya mengalah untuk pergi oversea tu. Saya boleh tunggu kot. Saya sabar menunggu… kenapa mereka cakap macam tu?!”, luah Sarah.
“Saya faham awak berkeyakinan… tapi saya rasa mereka pun ada pendapat tersendiri.Mungkin kata-kata mereka itu ada betulnya. Awak tunggu lama-lama nanti masa berjalan, awak juga rugi. Lagipun awak sendiri beritahu hari itu persaingan ramai kan. Awak pun cerita yang kawan awak masa interview tu pun dah dapat email.Awak?Kita kena ada plan B… kalau tak dapat yang ini… boleh masuk yang ini. Hah macam itu. Kalau awak berharap dengan yang oversea je macam mana?”, kata Fauzi.
“Hah!Awak pun sama macam diorang… semua tak percaya saya! Saya dah cakap yang orang pejabat tu kata saya terpilih untuk ke oversea cuma dia suruh tunggu email je!”, Sarah sudah stress.
“Okay-okay…awak dapat. Lepastu mana emailnya? Mana dia”, Fauzi berkerut. Niatnya ingin Sarah sedar akan dunia realiti.
“Malaslah cakap dengan awak ni! Saya perlukan orang yang support saya! Bukannya orang yang melemahkan semangat saya!”, Sarah berkerut lalu meninggalkan Fauzi.
Ada suatu saat mereka berjumpa di taman. Sarah berjalan menuju ke arah Fauzi. Tanpa disedari, Sarah tersadung batu dan terjatuh. Fauzi yang dari jauh pantas menuju ke arah Sarah dengan ketawa kecil. Fauzi merasakan gaya Sarah jatuh itu agak lucu. Seperti model di platform yang terjatuh disebabkan kasut tinggi.
“Kenapa gelakkan saya?! Sakit tahu tak!”, Sarah berkerut memandang Fauzi yang mengetawakannya.
“Saya minta maaf… Awak jatuh kelakar tadi. Macam feeling-feeling dekat oversea lepastu terjatuh.Hahaha!”.
“Awak…tak kelakar okay”.
“Memanglah tak kelakar… tapi bagi saya kelakar… sebab saya teringat yang awak nak pergi oversea kan? Pastu gaya jalan tadi macam ala-ala dekat London… Lepastu terpeleot jatuh”, ketawa Fauzi dengan imaginasinya.
Sarah berkerut. Dia berasa sakit hati dengan cara Fauzi. Mungkin imaginasi Fauzi menggelikan hati, tetapi Sarah tidak suka Fauzi berkata begitu. Dia seolah-olah meremehkan cita-citanya.
“Janganlah marah… nanti hilang cantik tu. Nak pergi oversea mana boleh muka masam-masam”, usik Fauzi dengan gelak tawa.
“Hish dahlah! Malaslah cakap dengan awak ni!”, Sarah berkerut.
“Alaaa Sarah… janganlah”, sengih Fauzi lagi.
Pada hari yang lain pula…
“Saya dah pesankan semalam! Awak nak saya teman awak pergi perpustakaan awam tapi sekarang tak jadi pula?! Saya dah siap dah ni!”, marah Sarah menerusi telefon.
“Alaa maaflah… tak boleh ke saya belajar je dekat taman, awak duduk sebelah kan best juga. Lagipun kad ktm saya terpatah tadi… tak boleh nak pergi”, Fauzi memberi alasan. Dia sebenarnya baru bangun tidur. Malam semalam dia tidur lewat dek kerana menonton bola sepak.
“Kad ktm patah lepastu dah tak nak pergi?! Beli jelah token itu pun susah ke?”, Sarah berkerut. Sudahlah dia sanggup meminta cuti kerja hari itu memandangkan Fauzi ingin pergi ke perpustakaan, tetapi ini pula hasilnya.
“Saya ni tak kerja… beli token je dah nak RM20 perjalanan ulang alik. Kalau pakai kad ktm murahlah sikit. Awak mana tahu… awak dah kerja ada duit bolehlah. RM20 tu sikit bagi awak, tapi bagi saya tu bernilai”, kata Fauzi lagi tanpa berfikir panjang.
“Susah sangat ke? Kita pergi taman je tak boleh ke?”, kata Fauzi sambil berkerut.
‘Masalahnya perpustakaan lain! Taman lain! Kalau aku tahu hari nak pergi taman je… baik aku tak payah minta cuti kerja. Membazir cuti je! Alih-alih pergi taman dekat sini je’, geram Sarah. Dia sudah mengambil kira apa yang akan dilakukannya hari ini sehingga sanggup mengambil cuti tetapi Fauzi tidak faham akan semua itu. Fauzi sangat mengambil mudah sehingga menyusahkan dirinya.
“Awak fikir pasal awak je! Pasal saya?! Masa saya?! Awak fikir duit awak tak cukuplah apalah… Kalau dah tahu tak cukup kenapa ajak saya keluar?! Awak ingat saya ni apa? Saya sampai minta cuti tau bila awak kata nak pergi perpustakaan awam tu!Alih-alih tak jadi!”, marah Sarah.
“Okay-okay saya minta maaf… tapi tak boleh ke kita pergi taman je. Masa yang diluangkan pun lebih lama”, Fauzi rasa bersalah dan memujuk kembali Sarah.
“Habis tu apa beza dengan hari sebelum-sebelum ni? Sama je kan? Baik harini saya kerja lepastu petangnya pergi jumpa awak dekat taman. Dahlah! Awak buat kepala saya serabut tahu tak! Saya tak jadi nak pergi mana-mana hari ini. Saya nak rehat dan luangkan masa dengan mak saya”, kata Sarah dengan nada kecewa.
“Sarah Sarah nanti”, Fauzi baru sahaja hendak memujuk tetapi Sarah sudah mematikan panggilan.
“Aduh!”,Farid mengeluh saat Sarah mematikan panggilan.
Sarah ke ruang tamu. Daripada memikirkan tentang Fauzi, baik dia bersama maknya diruang tamu yang sedang menonton tv. Sejak asyik dikecewakan Fauzi, hati Sarah terdetik untuk lebih menghargai maknya. Maknya yang sentiasa menyokongnya dan membesarkannya dari kecil. Di saat orang meragui keputusannya untuk menunggu,maknya mempercayai keputusannya untuk menanti.
‘ “Oh Sarah tak nak sambung dekat dalam negara?”’.
‘ “Haah membazirlah mak… Lagipun Sarah yakin Sarah boleh dapat”’.
‘ “Kalau macam itu yalah.Lagipun, sementara tunggu ni Sarah boleh kerja sambilan. Bila kerja sambilan dapat juga duit untuk simpan-simpan”’, senyum Mak Esah.
Sarah senyum dan duduk di sebelah maknya apabila teringat perbualan itu.
**
“Fauzi-Fauzi…”,Sarah datang ke arahnya dengan gaya teruja.
“Saya tahulah awak dapat pergi Australia”, kata Fauzi dengan wajah sedih.
“Awak dah tahu? Mesti mak awak cerita kan? Tulah saya rasa bersyukur sangat.Alhamdulillah penantian saya tak sia-sia”, senyum Sarah bahagia.
Fauzi pula dengan wajah yang murung.
“Awak tak payah pergi sanalah…”, kata Fauzi dengan kerutan.
“Saya tahu awak cakap macam tu… sebab nanti awak rindu saya kan”, sengih Sarah.
“Saya tak main-mainlah Sarah. Boleh tak awak tak payah pergi. Sambung jelah dekat sini… Nanti saya habis SPM, saya masuk dekat universiti awam yang awak masuk juga tu”, cadang Fauzi memandang Sarah.
Sarah yang tadinya senyum berkerut, “mana boleh macam tu Fauzi… Saya dah lama tunggu.Bila dapat takkanlah saya nak lepaskan”.
“Awak tahu tak selama ni… saya rasa yang awak takkan dapat tau sebab itulah, saya boleh relaks. Tapi bila awak dapat betul-betul, saya rasa berat nak lepaskan…entah nanti awak jumpa mast salleh atau orang yang lebih hebat. Lepastu awak lupakan saya”.
“Kenapa awak cakap macam itu? Saya pergi sana nak belajarlah”, kata Sarah lagi.
“Awak tahu tak saya cakap macam ni sebab tak nak hilang awak. Awak tak boleh ke kesian dekat saya”.
“Ya saya takkan lupakan awak. Awak jangan risaulah”, pujuk Sarah.
“Susahlah cakap dengan awak ni… Tak faham saya betul. Bila sekali nekad tu, sampai orang sekeliling pun lupa”, marah Fauzi memandang ke arah lain.
Sarah lagi berkerut dan meluahkan rasa, “Awak ni kenapa eh? Apa masalah awak sebenarnya? Ini impian saya! Awak siapa nak haling-halang! Eh saya peliklah…Selama ni saya cuba bersabar dengan perangai awak yang childish ni tau! Muka dah macam bapak orang tapi fikiran macam budak tadika! Awak cemuh cita-cita saya nak belajar dekat luar negara. Awak perlekehkan saya… Awak buat lawak sakit hati. Saya sabar je. Dan sekarang awak suruh saya abaikan tawaran tu demi awak? Hei! Awak tak fikir tau sebelum bercakap… bukan saya je yang berharap dengan tawaran ni… Mak saya juga tau!Kalau saya ikut cakap awak, sama je macam saya abaikan perasaan mak saya!”.
Fauzi memandang Sarah. Dia tidak berfikir sejauh itu. Dia tidak sangka kemahuannya menyeksa Sarah. Fauzi rasa bersalah lagi dan berkata, “Sarah… saya minta maaf okay. Saya tak tahu”.
“Fine awak tak tahu. Sekarang awak dah tahu kan. Okay saya maafkan awak, tapi saya rasa saya tak boleh teruskan hubungan ni. Awak buat saya ubah fikiran”.
“Sarah jangan…”, Fauzi belum menghabiskan kata-katanya.
“Saya dah tak nak teruskan semua ni Fauzi… Saya stress”.
Fauzi terdiam.
“Sebenarnya saya rasa saya tak pernah suka dekat awak tau. Saya ikut je perasaan saya yang merepek cinta monyet ni bila awak kata awak suka saya dulu. Tapi bila saya fikir balik, saya rasa pelik sangat dengan diri saya… Semua benda ni… pasal kita bercinta monyet. Saya rasa macam saya paksa diri saya. Saya paksa diri saya untuk setia dengan perasaan saya yang kononnya cinta tapi hakikatnya… ish saya tak tahulah nak cakap macam mana Fauzi. Tengoklah kita dua sekarang ni… saya rasa hubungan kita ni ridiculous gila. Keanak-anakkan. Sejujurnya Fauzi… saya rasa saya tak suka awak pun”, luah Sarah panjang lebar.
Hati Fauzi rasa tertusuk dengan pengakuan Sarah. Dia rasa tidak percaya.
“Perasaan saya kepada awak ni bukanlah cinta tau… tapi saya caring dengan awak sebab saya anggap awak macam adik saya. Itu je”, kata Sarah lagi.
**
Fikiran Fauzi kembali ke talian saat Sarah memanggil-manggil namanya.
“Maaf Kak Sarah saya ter mengelamun tadi”.
“Ohh okay-okay”.
“Kak Sarah…”, panggil Fauzi.
“Ya saya?”.
“Nanti Kak Sarah bawalah sekali siapa tu nama dia? James haa James sekali datang masa majlis tunang dengan kenduri kahwin”.
“Tak apa ke? Kot-kot ada lebih orang nanti banyak kos pula”.
“Tak apa datang je dengan James. Alang-alang James boleh belajar makan sambal belacan”, Fauzi berseloroh.
“Hahahaha pandai je Fauzi ni. Yalah Kak Sarah bawa James sekali”, ketawa Sarah.