Home Novel Komedi/Romantik Komedi Encik Tunang 17 Tahun (COMPLETE)
Bab 56

BAB56: Syukur


               Nadirah berkerut kening. Riak wajahnya seakan tidak percaya.

               Daniel pula terdiam dan mulutnya tersenyum sikit demi sikit. Fikiran Daniel terkenangkan masa lalu, adegan raya mereka bersama makcik bawang di kampung Nadirah itu. Makcik-makcik bawang raya itu asyik saja bertanya, bila nak ada anak. Kali ini…

               “Hah!! Dengar tu makcik bawang raya! Isteri aku mengandung!! Hahahha hebat kan aku! Hahhahah!!”, tawa Daniel dengan rasa penuh gembira.

               Nadirah menepuk peha suaminya keras, “ishh! Apa macam ni?!! Malulah!”. Nadirah tersengih malu dengan tindakan suaminya yang melebih-lebih itu.

               Daniel pula terkejut saat disedarkan oleh isterinya dan kembali memandang doktor yang berada di hadapan mereka seraya berkata perlahan dengan teruja, “alhamdulillah… rezeki! Isteri saya mengandung!”.

               Nadirah pula masih dalam keadaan terkejut dengan berita itu lalu bertanya, “saya mengandung doktor? Macam tak sedar pun? Tak ada pun muntah-muntah macam yang dalam tv tu. Saya pun tak ada rasa mual-mual apapun”.

               Doktor itu tersenyum lalu menjawab, “hal-hal begini berbeza ikut individu. Sesetengah orang mengandung dia rasa muntah-muntah, ada yang tak rasa apa-apa… tup tup mengandung. Depends…”.

               “Ohh”, Nadirah mengangguk memandang bawah.

               “Emm saya tanya Puan Nadirah…Puan ada tak rasa emosi ke? Rasa penat yang sangat-sangat? Rasa moody ke? Itupun boleh jadi juga… sebab rangsangan hormon. Emosi wanita mengandung berbeza dengan emosi wanita yang tak mengandung”, senyum doktor itu lagi.

               Nadirah terdiam lalu bersuara,“ohh ya betul doktor! Sejak akhir-akhir ni… kalau saya gembira, gembira sangat. Kalau sedih, sedih sangat. Penat pun, penat sangat. Haah saya rasa doktor”.Jauh di sudut hati Daniel, dia turut mengiakan hal itu.

               “Baiklah. Mulai sekarang Puan Nadirah kena jaga kandungan puan. Jangan buat kerja berat-berat, sebab kandungan puan masih lemah. Kalau puan masih ada rasa penat yang penat sangat tu… saya minta puan berehat. Minta cuti kerja ke. Penjagaan emosi sewaktu mengandung pun penting. Suami pun berperanan penting untuk jaga isteri. Jangan biar emosi isteri terganggu. Wanita masa mengandung ni ada aura tersendiri”,nasihat doktor wanita itu.

               “Baik doktor!”, semangat Daniel.

               Setelah selesai berbincang,Daniel dan Nadirah keluar dari bilik itu. Daniel kelihatannya sedang memegang Nadirah yang berjalan agar tidak jatuh.

               Apabila melihatkan gaya suaminya yang mengiringnya seakan dirinya sakit kaki, Nadirah berkata dengan berkerut kening, “saya tak sakit kakilah”.

               “Tak ada takut awak terjatuh”,jawab Daniel.

               ‘Apa-apa jelah…’, getus hati Nadirah geli hati.

               Saat melihat Nadirah diiring Daniel dengan gaya sebegitu, Liza pergi ke arah mereka dan bertanya, “kau kenapa Nad? Doktor cakap apa? Kau okay tak?”. Wajah Liza jelas kelihatan cemas.

               “Okay je. Alhamdulillah… Doktor kata aku mengandung dua minggu dah”, senyum Nadirah.

               “Seriuslah! Alhamdulillah tahniah! Ya Allah tak sangka”, teruja Liza sambil menutup mulutnya dengan tangan. Sally dan Farid turut pergi ke arah Liza tatkala melihat keberadaan Daniel dan Nadirah disitu.

               “Weyh! Nad mengandung!”, beritahu Liza kepada Sally dan Farid dengan nada teruja.

               “Ya Allah Alhamdulillah! Tahniah Danny! Nad!”, Farid juga gembira bagi pihak Daniel dan Nadirah.

               Apabila mendengarkan ucapan tahniah yang diberikan daripada Farid, Daniel turut tersenyum dan mengangguk.‘Baik juga Si Farid ni…’, hati kecil Daniel mula mengakui.

               “Ya Allah Danny!! Good job! Nad pun tahniah! Nanti kena jaga diri elok-elok dah lepas ni. Danny pun jaga Nad ni betul-betul! Diri Nad tu dah bukan Nad saja. Dah ada orang lain juga dalam Nad tu. Huhuhu nanti keluar boleh panggil Uncle Sally!”, teruja Sally berlebihan.

               “Eiih kau ni? Over je…”, berkerut Liza pula.

               “Alaaa! Apa salah aku… Aku seronok kot bagi pihak diorang! Kita datang majlis Si Nad dengan Danny kan?Sekarang nak ada baby dah kot”, kata Sally lagi dengan gayanya ala-ala diva.

               Apabila melihatkan gaya Sally begitu, mereka semua ketawa. Daniel juga semakin gembira dengan suasana itu. Rakan-rakan sekerja Nadirah bukan sahaja professional malah prihatin juga.

               “Haa Danny nanti drive kanlah. Bawa Nad balik rumah rehat. Aku dah inform dekat pihak atasan yang Nad pengsan masuk hospital. Bos bagi Nad cuti hari ini”, beritahu Farid lagi.

               “Baiklah Farid. Terima kasih…terima kasih juga semua”, senyum Daniel lagi.

               “Haa ya ya… sama-sama”, jawabFarid.

               Mereka semua mengucapkan selamat tinggal dan melambai-lambai antara satu sama lain.

               Sewaktu di dalam kereta, Daniel tersenyum sahaja. Hatinya rasa tenang dan gembira saat mengetahui Nadirah mengandung. Jadi, perangai kucing garang Nadirah itu pasti bawaan ibu mengandung. Fikir Daniel lega.

               “Kita terus balik ke? Saya lapar ni…”, tanya Nadirah apabila melihat suaminya memandu jalan untuk pulang ke rumah.

               “Ehhh!! Ya Allah…Astaghfirullahalazim. Saya lupa! Alahai kesian baby lapar ya? Maaf-maaf”, Daniel tersedar dari lamunannya lalu patah balik untuk mencari restoran yang terdekat.

               Nadirah mengerutkan kening, ‘baby?’. Kemudian Nadirah ketawa kecil.

               Sewaktu makan di restoran pun, Daniel memerhati saja Nadirah makan. Nadirah memang nampak lapar. Mungkinkah kerana sudah berbadan dua? Getus hati Daniel. Dia ketawa kecil. Hatinya terusik.

               Perasaan apa ya ni?

               Perasaan gembira ini sangat lain. Perasaan gembira ini berbeza dengan perasaan dapat keputusan SPM bagus. Perasaan ini berbeza dengan perasaan gembira dapat kerja sambilan. Perasaan ini juga berbeza dengan perasaan bila crush kita suka kita balik.

               Perasaan ini lebih besar dari semua itu. Perasaan gembira yang mengubat hati.

               Wanita yang dicintainya sedang mengandung anaknya.

               Dia akan menjadi bapa kepada anak yang dikandung wanita yang dicintainya.

               Hatinya tersentuh.

               ‘Allah…’.

               Sebutan itu yang terkeluar difikirannya. Sungguh Daniel dapat merasakan Allah sudah memberikan rahmat kepadanya dengan mengurniakan anak buatnya dan Nadirah. Allah membantu menguatkan perkahwinannya dengan menghadirkan seorang lagi ahli kecil buat keluarganya. Dia sangat bersyukur kepada tuhan.

               Justeru, hal ini membuatkan semangat dalamannya berkobar-kobar untuk menjadi manusia yang lebih baik.Daniel terkenangkan arwah ayahnya. Sepertimana dia mengagumi arwah ayahnya, dia ingin dikagumi oleh anak-anaknya juga. Dia ingin menjadi ayah yang baik seperti arwah ayahnya.

               Daniel merenung isterinya dengan senyuman angau, ‘haaa… Nad mengandung anak aku’.

               “Kenapa awak macam tu? Makanlah ni…”, kata Nadirah sambil menunjukkan makanan Daniel.

               “Haa ya ya”, sahut Daniel saat tersedar dari leka.

               Saat makan, mereka sempat berbicara.

               “Bila kita nak beritahu family ya? Mak… ibu, abah… semuanya?”,tanya Nadirah berfikir sambil makan.

               “Itulah… saya pun fikirkan benda yang sama”, fikir Daniel.

               Saat ini, mereka berdua dapat merasakan yang mereka tidak ada ilmu soal ini. Maklumlah, baru dapat tahu si isteri mengandung anak pertama. Apa yang perlu dilakukan?

               Nak terus beritahu ke?

               Atau nak kena tunggu sebulan baru beritahu ke?

               Rutin orang mengandung ini macam mana?

               Adakah semua pasangan yang baru nak dapat anak pertama akan merasakan hal yang sama? Banyak pertanyaan yang terkumpul di fikiran.

               “Saya rasa kan sayang… kita beritahu je lah sekarang. Orang tua-tua kan lagi tahu. Lagi banyak pengalamanlah katakan. Diorang boleh bagi nasihat dekat kita. Lagipun banyak benda kita tak tahu soal-soal anak macam ni”, cadang Daniel.

               “Kalau kita beritahu kan… Macam mana reaksi mak ayah kita semua agaknya?”, sengih Nadirah.

               “Ehh mestilah diorang gembira! Cucu pertama kot!”, kata Daniel.

               “Kan!... Lagi-lagi mak… ibu dan abah. Confirm confirm…”, kata Nadirah dengan ketawa kecil.



Previous: Bab 55
Next: Bab 57

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.