Home Novel Komedi/Romantik Komedi Encik Tunang 17 Tahun (COMPLETE)
Bab 45

BAB 45: Kekeliruan III


             Nadirah pulang ke rumah lewat memandangkan dia singgah ke rumah Liza. Liza menjemputnya makan-makan di rumah. Dek kerana seronok berada di rumah Liza, Nadirah terpulang lewat ke rumah.


             Namun, jika pulang awal ke rumah sekalipun tiada apa yang dinantikan. Hanya hubungan suami isteri yang tiada jiwa sahaja tersisa.


             ‘Mesti Danny dah tidur…’, getus hati Nadirah apabila melihat ruang tamu sudah gelap. Baguslah kan? Masuk bilik saja terus tidur. Tidak perlu hendak fikir lebih. Keluh Nadirah.


             ‘Entah sampai bila nak macam ni?...Rasa macam perkahwinan ni tak ada life, tak ada jiwa’, getus hati Nadirah.


             Saat Nadirah hendak ke bilik, dia terdengar Rais sedang berbual dengan seseorang. Nadirah mendekati pintu bilik lalu dia terdengar kata-kata Daniel yang membuatkannya kaku.


             “Aku akui aku memang gembira sikit masa kau accidentally kenalkan aku dengan Lina. Siapa je yang tak teruja bila dapat tahu kita ada peminat. Lebih-lebih lagi aku tengok Lina tu ala ala ustazah. Tudung labuh, ambil kos agama… bahasa arab bagai. Memang nampak macam bakal isteri solehah. Siapa je yang tak nak?”, kata Daniel di panggilan telefon.


             Nadirah membulatkan matanya. Hatinya terasa sangat sedih. Perasaannya sangat perit sehingga boleh diumpamakan ada pisau yang menikam hatinya. Fikirannya mula kosong seakan cahaya yang kecil sudah terpadam. Rasa diri dikhianati.


             ‘Sekejap!’, Nadirah berkerut kening memandang bawah. Dia terasa keadaan ini déjà vu.


             ‘Kenapa benda ni macam déjà vu? Aku rasa macam pernah alami benda ni…’, getus hati Nadirah kekeliruan. Bingung dengan keadaan yang dialaminya dia langsung masuk ke dalam bilik sebelah dan mengunci pintu.


             Nadirah memegang kepalanya. Seingatnya waktu ini dia menangis dan Daniel hendak masuk ke bilik untuk membicarakan sesuatu tetapi dia menolak. Nadirah menggeleng kepalanya. Dia tidak tahu apa yang terjadi kepadanya sekarang. Adakah ini semua mimpi?


             Kemudian tombol pintu dipulas kedengaran. Saat pintu dikunci diketahui, tombol pintu itu dipulas-pulas lebih keras. Kemudian, pintu bilik diketuk.


             “Nad… saya nak cakap dengan awak. Boleh tak awak buka pintu ni?”, tanya Daniel dari luar pintu.


             Nadirah menggeleng kepalanya. Dia tidak memahami apa yang terjadi kepadanya sekarang dan berasa agak takut untuk membuka pintu.


             Daniel mengetuk pintu lebih keras tatkala tiada jawapan daripada Nadirah.


             “Nad… Tolonglah buka pintu ni?! Saya tak boleh tunggu esok! Buka saja dulu… tolonglah”, rayu Daniel.

             Dengan perasaan yang masih keliru, Nadirah membuka sahaja pintu itu. Kemudian Daniel perlahan-lahan masuk ke dalam bilik.


             “Awak nak cakap apa?”, Nadirah tidak mahu memandang wajah Daniel.


             “Saya nak cakap sesuatu…”, kata Daniel.

             Nadirah hanya menanti.


             “Izinkan saya kahwin lagi dengan Lina…”, kata Daniel dengan nada serius.


             Mata Nadirah membulat. Dia terdiam. Dia memalingkan diri dan memandang suaminya. Nadirah terkejut saat melihat suaminya sudah berbaju melayu yang sangat segak. Seakan baju pengantin.


             “Tolong betulkan sampin saya…”,pinta Daniel dengan senyuman.


             Nadirah berkerut kening. Dia tidak faham situasinya.


             Daniel tersenyum dengan keluhan,“tak apalah… teman saya turun bawah saja”, Daniel menarik tangan Nadirah untuk turun ke bawah.


             Nadirah terpinga-pinga. Dia hanya ikut sahaja ke mana Daniel hendak membawanya. Saat turun ke ruang tamu, rumah kedengaran kecoh. Cuaca di luar juga terang benderang seakan hari ini suatu hari yang indah. Lebih-lebih lagi dengan kedatangan tetamu yang ramai.


             ‘Kenapa ni? Apa yang terjadi?’, keliru Nadirah. Tiba-tiba ada sekumpulan lelaki yang sedang duduk bersila di satu sudut di ruang tamu. Mereka semuanya berbaju melayu. Barang-barang seakan barang hantaran juga ada di tepi mereka.


             “Duduk Nad…”, senyum Daniel kepada Nadirah lagi.


             Nadirah bingung. Adakah mimpi ini mereka hendak berkahwin lagi?


             Nadirah memandang belakang dan dia terkejut tatkala melihat seorang gadis yang berpakaian paling indah sekali. Seakan pakaian pengantin. Hati Nadirah mulai gundah.


             “Aku terima nikahnya Lina binti”.


**

             “TAKKKKKKKKKKK!!!!!!!”, Lina terjaga dari tidurnya. Dia bernafas laju. Jantungnya berdegup kencang. Nadirah terasa debaran yang tinggi. Satu perasaan takut mula menyelubungi dirinya.


             Kenapa dia bermimpi suaminya hendak berkahwin lain? Itukah yang Daniel ingin bincangkan dengannya? Hati Nadirah gundah.


             Nadirah terbayangkan suaminya dan perempuan lain itu berjalan bergandingan dengan berbaju pengantin sambil menegur para tetamu. Dirinya pula hanya memerhatikan senyuman kebahagiaan suaminya dan perempuan itu dari jauh. Lebih menyakitkan hati apabila mendengar lafaz akad nikah yang dituturkan suaminya sewaktu dalam mimpi tadi. Nadirah kembali menangis. Dia juga terbayang suaminya dan perempuan itu berpegang tangan dan senyum antara satu sama lain dengan senyuman.


             Hatinya semakin sakit.

             ‘Ya Allah… kenapa perasaan aku macam ni? Aku tak nak fikir tapi… aku takut Ya Allah. Sesungguhnya aku hamba yang lemah… hati aku terasa lemah dengan semua ini Ya Allah. Ujian hati yang kau beri ini sangat berat untuk aku. Ya Allah… aku mohon. Tolonglah aku Ya Allah’.


             Air mata Nadirah mengalir lagi. Perasaannya tidak tertahan. Dia terasa ingin meluahkannya kepada seseorang tetapi tidak tahu siapa. Dia terasa sangat emosional sekarang. Tekaknya terasa sakit.


**

             “Terima kasih Sarah tolong Mama Zu siapkan sarapan…”, kata Puan Zubaidah.


             “Kalau kenal Sarah lagi awal, lagi bagus kan mama… Senang awak sekarang, dah ada kawan dekat dapur”, kata Encik Malik pula.


             “Tak ada apalah Ayah Malik… Mama Zu… Sikit je ni”, kata Sarah.


             “Kami bukan apa… anak-anak kami semua dah besar-besar. Kerja dah jauh-jauh… ini ambil Sarah jadi anak angkat rasa terubat rindu kami kepada anak-anak”, kata Encik Malik dengan senyuman.


             Sarah juga tersenyum sehingga menampakkan barisan gigi.


             “Pandai Daphne cari anak sesopan Sarah ni kan…”, senyum Puan Zubaidah kepada Encik Malik.

             “Ayah Malik rasa… James tu suka dekat Sarah”, kata Encik Malik.


             Sarah hanya tersenyum kelat. Dia tahu hal itu. Tapi tidak ada apa yang boleh dilakukan. Mereka dipisahkan dengan sesuatu yang kuat, iaitu agama.


             Tiba-tiba bunyi ketukan pintu rumah kedengaran.


             “Itu mesti James”, kata Encik Malik lagi lalu pergi membuka pintu.


             “Oh my… young Mr. Caesar. What are that things?”, terkejut Encik Malik saat melihat James membawa sesuatu.


             “Well…my mum give these plums, apricots and some blueberries. All of it freshly picked though”, senyum James.


             “It seems a lot…”, Encik Malik terasa berlebihan pula pemberian daripadakeluarga James.


             “No worries… your giving to my family which are the torch ginger those days were more valuable. Such a rare plants to be found here… My mum gives these fruits as a gratitude”, kata James.                 


             “We’ll take that then… send my regards to your mum”, kata Puan Zubaidah dengan senyuman lalu mengambil barang-barang yang dipegang James.


             James masih berdiri di hadapan pintu rumah itu sambil mengintai-intai di dalam rumah.


             “I can call Sarah for you… but be an obedient man okay. Sarah is not just an ordinary girl. Just outside the house okay”, senyum Encik Malik melihat reaksi James.


             James tersenyum malu sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Encik Malik masuk kembali ke dalam rumah.


             “Sarah is a straight forward girl… if you have a thing, you need to tell her straightly. If not she just don’t know anything”, kata Encik Malik secara tiba-tiba.


             James terkejut dengan tindakan dan kata-kata Encik Malik. Encik Malik masuk kembali ke dalam rumah. James terhibur dengan gaya Encik Malik.


             Tidak sampai seminit, Sarah keluar dari rumah dan melihat James duduk di kerusi luar rumah.

             “James…”, senyum Sarah.


             James turut tersenyum dan memberi ruang kepada Sarah untuk duduk.

             “So how is your life now? Is it better?”, tanya James.


             “Alhamdulillah…thanks to your family. I’ve met a wonderful family here”, senyum Sarah.

             “You don’t tell me much about your family after all this time. Who would know that your mum is a Malaysia Chinese! Mrs. Daphne Chin… she is sure a wonderful and friendly lady that I’ve ever met!”, kata Sarah lagi dengan teruja.


             “But I still got more western features though… People says I look after my dad a lot”, kata James dengan nada bangga.


             Sarah terhibur dengan lagak gaya James lalu berkata, “hooo look at this boy… your hair really black and shiny! That sure from your mum! But I agreed that your eyes and other features look after your dad. Its just your hair only…”.


             Masing-masing terdiam sebentar.Bagi memecahkan suasana senyap sunyi, Sarah berbicara.


             “Our James Chin Caesar is sure a secretive guy isn’t?”, Sarah ketawa kecil.


             James tersenyum kecil, “Only a special person can get to know me more”.


             Sarah terdiam dengan kata-kata James, “what does that mean?”.


             James terdiam. Dia terkenang kembali perbualannya bersama Encik Malik beberapa hari yang lepas.


**

             “Young Mr. Caesar… you’re willing to help this girl until this extent. Why is that?”, senyum Encik Malik.


             “To be truth… I do like her. That’s why I’m willing to help her until this extent. I just want her to be safe”, kata James.


             “Then…do you think she know this?”, tanya Encik Malik ramah.


             “I bet she knows my feelings but sometimes she pretends not to know it. I know she might have a thing for me but… it seems like she don’t care about it. I gave a lot of hints though… Why is she like that? I guess”, kata James tertanya-tanya.


             Encik Malik terdiam mendengar pertanyaan James. Jauh di sudut hati Encik Malik, dia tahu jawapan kepada persoalan James. Sarah itu gadis yang ada pendirian. Sudah pastilah kerana perbezaan agama, membuatkan Sarah bertindak seperti itu. Hanya agama sahaja satu tali yang kekal. Dengan agama boleh menghubungkan ramai orang. Dengan agama juga, mana-mana hubungan boleh terhalang. Itulah betapa besarnya kekuatan agama.


**

             “Go out with me… Let’s just start dating and you will know more about me”, James langsung meluahkan perasaannya kepada Sarah.


             Sarah terdiam. Dia terkesima. Dia tidak tahu hendak membalas apa. Dia tidak sangka James sangat berani kali ini untuk meluahkan perasaannya.


             “Why you’re quiet? Are you still can’t forget your ex? I mean that younger boy of yours”, James berkerut. Dia tahu cerita tentang bekas kekasih Sarah iaitu Fauzi memandangkan Sarah pernah menceritakan hal itu kepadanya.


             “You tell me once that… he was the first and last man that you’re gonna date. After that no more relationship… Does that mean you still have a thing for him?”, desak James ingin tahu.


             Sarah berkerut mendengar kata-kataJames, “No!,,,”. Wajah Sarah jelas tidak suka apabila hal itu diungkitkan.


             “Then what?”, James tertanya-tanya.


             “You’ve got it all wrong… You misinterprate it…”, kata Sarah.


             James masih menanti kata-kata Sarah.


             “You see… my religion is not just a religion. My religion is not just about praying…My religion is a way of life. It somewhat you can call it as a guide… and my religion guide me not to have any relationship before marriage like couple, dating stuff… boyfriend, girlfriend. All of it are forbidden. But for my case, I  was not mature that time… I am still a childish girl. I’m not thinking enough during that time and just accept him. But now I know… Now I mature enough to differentiate what is right or wrong… Besides, me and him? We’re not that compatible… So, I can’t be with him neither”, Sarah susah hendak menerangkan.


             James agak lega apabila mendengar perasaan Sarah sebenar-benarnya. Sarah memang betul-betul tidak ada perasaan kepada bekas kekasihnya daripada cara Sarah berbicara. Mimik muka Sarah juga seakan sangat tidak suka dan geli dengan hubungan cintanya yang lampau. Namun, James masih tidak mengerti lagi. Jika Sarah tidak suka kepada bekas kekasihnya, apa yang membuatkan Sarah tidak boleh menerimanya juga? Soal agama sahaja kah? Adakah hal agama sebesar itu?


             Sarah dapat melihat ada kelegaan diwajah James. Namun ada juga kebingungan di wajah James.

             Sarah mengeluh lalu berkata dengan lebih terus terang, “I can’t date! I can only engage and marry! With a muslim… By that way, I’ve save myself”.


             James terdiam.


             Sarah mula rasa berdebar saatmelihat wajah James yang terkesima. Dia tertanya-tanya apa yang sedang difikirkan James sekarang. Adakah James dapat memahami maksudnya? Atau tidak?


             Tiba-tiba satu panggilan masuk.


             “Emm I want to answer this for a while…”, kata Sarah kepada James lalu berjauhan sebentar daripada James.


             “Hello? Assalamualaikum…”, kata Sarah.


             “Waalaikumsalam Sarah… Ini Nad”.


             “Nad? Nad!...”, senyum Sarah. Rasateruja pula adik ipar menelefon.

             “Ya Nad? Ada apa ni? Apa-apapun rasa teruja pula sebab dah lama tak call call macam ni. Masing-masing pun sibuk kan”, kata Sarah lagi.


             “Emm…”, Nadirah tersenyum kecil.


             Sarah berkerut kerana dia dapat mendengar ada bunyi sedu-sedan juga.


             “Kenapa ni? Selsema ke Nad?”, tanya Sarah.


             “Sarah…”, sayu suara Nadirah.


             “Ya?...”, Sarah semakin tertanya-tanya memandangkan suara Nadirah kedengaran lain.


             “Aku tak tahu nak cerita hal ni dekat siapa Sarah?... Entah kenapa aku teringat kau, sebab kau saja yang paling jauh sekarang ni”, kata Nadirah.


             “Kenapa ni Nad? Cuba cerita dekat aku”, risau Sarah.


             “Danny… dia ada perempuan lain”.



Previous: Bab 44
Next: Bab 46

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.